m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, April 13, 2011

Batu 18 Hulu Langat: Sumbangan suara di malam syahdu

Percutian di Langat bermula riuh. Anak-anak bermain, mak bapak bersembang, kaki pancing menjerit-jerit bila joran disentap ikan, dan yang berenang di kolam ligat membuat terjunan-terjunan ala profesional sampai tempias air ke merata tempat. Suasana jadi reda seketika  apabila menjelang waktu makan malam. Redanya tak lama apabila saudara Raffi memulakan langkah menggenggam mikrofon dan membuat ucapan bernadanya, "Kepada penduduk-penduduk Kampung Pisang, hendaklah kita menjaga kebersihan kampung supaya nyamuk aedes tak dapat membiak dan menggigit kita dan anak-anak kita. Sempena itu, saya bagi pihak ahli jawatan kuasa JKKKKKKK Kampung Pisang akan menyumbangkan lagu-lagu merdu supaya kita semua bersemangat untuk kerja gotong royong esok hari. Sekian." Dan lagu pertama malam itu didendangkan oleh Mr Raffi. Kemudian Zuraimi menyusul. Kemudian aku, dan isteri aku turut ke medan nyanyian selepas itu.

Round 1 medan karaoke cuma ada beberapa penyanyi saja yang terlibat. Dan aku sempat menyumbangkan 3 lagu pilihan peminat yang dah sekian lama menantikan album terbaru untuk muncul. Tetapi round 2 yang bermula kira-kira jam 11 malam lebih ramai pesertanya. Dan alunannya lebih panjang dan lama. Waktu tu aku dah menghala ke sudut peraduan melabuhkan tubuh di atas pangkin untuk melelapkan mata. Sesekali terjaga di tengah malam, aku masih terdengar suara-suara nyanyian yang terkadang lunak, terkadang garau masih berkumandang. Bagus jugak, dah lama aku tidur tidak didendangkan (last sekali masa aku masih baby).

Dendangan pembuka tirai.





Amier mendendangkan lagu ciptaan sendiri.

No comments:

Post a Comment