m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 29, 2014

Rombongan Pakcik Rizali datang beraya di rumah

23 Ogos 2014 - Hari ni Pakcik Rizali memang dah bagi tau kami yang dia nak bawak satu rombongan datang beraya di rumah kami. Pakcik Rizali kata rombongan tu akan datang dalam waktu tengah hari. Kami tanya Pakcik Rizali, berapakah jumlah tetamu yang bakal datang. Kata Pakcik Rizali, rombongan beliau mungkin sebanyak dua atau tiga bas, termasuk satu kereta kebal. Macam rombongan nak tengok Final Piala Malaysia. 

Kebetulan pada hari tu, aku dan isteri ada jemputan open house kawan-kawan kami. Jadi sebelum kami bertolak keluar rumah, kami pun pulunlah menyiapkan segala keperluan hidangan dan memastikan rumah terhias cantik dan bersih. Bila agak-agak semua dah ready, barulah kami pergi beraya di luar.

Pada hari tu, kami pergi beraya di rumah Azah dan di rumah Zahli. Kami pulang ke rumah kira-kira waktu maghrib. Masa kami sampai tu, rupanya rombongan Pakcik Rizali masih ada kat rumah kami. Setelah diberi tahu, barulah kami faham bahawa Pakcik Rizali sampai kat rumah kami agak lewat jugak. Ini semua akibat nak konvoi sekali dengan kereta kebal yang memang sah-sah tak boleh bergerak laju. 

Setelah solat maghrib, barulah rombongan Pakcik Rizali meminta diri untuk beredar. Kami bersalaman, bergambar ramai-ramai sebelum sessi bertandang selesai. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah.

Azlimi bersama baby boy-nya.
Pa enter frame kejap kat belakang.
Satu lagi shot bersama baby boy.
Group photo sebelum bersurai.

Sunday, September 28, 2014

Beraya sambil kenduri aqiqah di Ampang

16 Ogos 2014 - Petang ni kami memang bercadang nak beraya di rumah Abang Leman dan Abang Hj Khalid. Dari rumah Abang Leman, kami ke rumah Wak Esbat. Lepas tu barulah kami bercadang nak ke rumah Abang Khalid. Bila kami telefon, Kak Shidah cakap mereka tak ada kat rumah pasal mereka berada di rumah adik Kak Shidah. Ada kenduri aqiqah kat situ. Kak Shidah ajak kami ke sana. Maka kami pun ke sanalah. Di rumah adik Kak Shidah, ada satu juadah yang unik yang tak pernah dibuat orang ketika majlis aqiqah atau open house Hari Raya. Juadah itu adalah yong tau fu. Maka pada kunjungan kami kali tu, yong tau fu lah yang menjadi pilihan kami. Nak makan makanan lain macam dah tak mampu perut nak menerima. Memang kami dah kenyang sangat masa tu. Kalau setakat yong tau fu kira makanan ringanlah tu.

Setelah puas minum-minum dan makan makanan ringan, kami pun mintak diri untuk pulang. Terima kasih kepada semua.

Bersama ibu dan anak yang yang buat aqiqah.
Kak Shidah di kiri sekali.
Tahniah kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

Saturday, September 27, 2014

Beraya di rumah Wak Esbat

16 Ogos 2014 - Dah lama benar rasanya kami tak ke rumah Wak Esbat. Seingat aku baru sekali aje kami ke sana. Itu pun dah berkurun lamanya. Kali ni kami bertandang ke sana atas permintaan ayahku yang nak menziarahi kawan lamanya itu yang dikhabarkan tak berapa sihat. Kami ke rumah Wak Esbat setelah beraya di rumah Abang Leman. Aku tanya Abang Leman hala ke arah rumah Wak Esbat. Setelah mendapat petunjuk, barulah kami bergerak pergi.

Wak Esbat gembira kami datang.
Bercerita pasal kisah-kisah lama.
Sangat bersemangat ketika bercerita.
Kisah zaman kerja.
Masa kami sampai, Wak Esbat sedang duduk-duduk di bahagian bawah rumah. Kakinya sakit akibat penyakit gaut yang agak teruk. Bukan main heppi lagi Wak Esbat melihat kelibat ayahku. Tak sangka kami akan datang menjenguk beliau. 

Wak Esbat banyak bercerita. Kerap dia flashback pasal cerita-cerita lama ketika masih bekerja sama tempat dengan ayahku di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Bila banyak bercerita, Wak Esbat kerap ketawa, dan akan keluar air mata dengan banyak. Mungkin agak emosi. Beliau sendiri yang mengakui keadaannya yang sedemikian. Panjang sungguh Wak Esbat bercerita. Ayahku jadi tukang dengar dengan sabar. Kami dijamu dengan air teh tarik yang kaw. Nak makan, kami dah kenyang pulak pasal dah makan macam-macam masa beraya kat rumah Abang Leman tadi.

Penuh ekspresi.
Penuh emosi.
Amier tumpang mendengar, walaupun tak tahu hujung pangkalnya.
Tak ada aktiviti lain yang boleh dibuat melainkan mendengar kisah silam Wak Esbat.
"Atuk! Saya ada satu soalan," tanya Amier.
Setelah agak-agak dah nak maghrib, kami mintak diri dari Wak Esbat. Kami nak ke rumah adik Kak Shidah pulak pasal ada kenduri aqiqah, sambil beraya sekalilah. Dan kami pun berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. Dan Wak Esbat sendiri berterima kasih kepada kami kerana sudi datang menjenguk beliau di rumah.

Break sekejap setelah penat bercerita.
Sambung bercerita - episod kedua.
Wak Esbat tak berapa sihat.
Dia duduk berehat ajelah.
Ayahku baru nak bukak mulut bercerita kisah dia pulak.
Dua orang kawan lama.
Ayahku dan Wak Esbat.

Beraya di rumah Abang Leman

16 Ogos 2014 - Kami beraya di rumah Abang Leman dan Kak Ita pada suatu petang Syawal. Walaupun rumah kami agak berdekatan, tapi tak berkesempatan nak ke sana lebih awal. Bila ada slot kosong barulah kami pergi. Ayah aku pun ikut jugak ke sana.

Amier dan kawan / sepupu akrabnya - Mukamil.
Meninjau pusat pembakaran sampah.
Amier ambil bau asap bagi menjauhkan nyamuk dari menghinggapi badannya.
Melihat api yang marak.
Kak Ita jamu kami makan mi kari spesel. Kami pun makanlah dengan sangat berselera. Borak-borak, tumpang solat asar, main dengan anak kucing, barulah kami mintak diri untuk beredar. Kami bercadang nak ke rumah Abang Khalid dan Kak Shidah lepas ni. Tapi dengar cerita mereka tak ada kat rumah pasal pergi kenduri aqiqah anak saudara Kak Shidah. Tapi Kak Shidah ada jugak mengajak kami ke sana. "Tengok keadaanlah", kataku kepada isteri. Tetiba ayahku mengajak kami bertandang ke rumah Wak Esbat - seorang sahabat lama ayahku yang rumahnya terletak tak jauh dari rumah Abang Leman. Wak Esbat pun memang selalu juga menjengah ke rumah kami, bertanya khabar. Maka sangat wajarlah kami membalas kunjungannya. Dan kepada Abang Leman sekeluarga kami ucapkan banyak terima kasih dan Selamat Hari Raya Puasa.

Amier main dengan anak-anak kucing.
Anak-anak kucing main dengan Amier.
Mukamil dan Amier.
Mukamil, Amier dan Meow.
Bersama Ashraf yang baru balik dari kerja.

Wednesday, September 24, 2014

Beraya di rumah Zahli

23 Ogos 2014 - Dari rumah Azah, kami straight menghala ke Bangi untuk ke rumah kawanku - Zahli pulak. Masa memandu ke arah rumah Zahli, kami agak tersesat jugaklah. Pusing-pusing satu Bangi. Segala ceruk kami pergi sampailah ke sudut dan lokasi yang tak pernah diterokai manusia. Padahal kami menggunakan perisian Waze untuk mencari jalan. Tapi masih lagi tersasar. Line tak berapa clear masa tu agaknya. Tak kisahlah tu semua. Yang penting, kami sampai jugak akhirnya.

Di rumah Zahli aku makan kambing mandy dan sate. Lepas tu terus aku mintak diri untuk pulang, pasal hari pun dah agak lewat petang. Dan hujan pun sedang turun dengan agak lebat. Yang lebih penting sebenarnya, aku nak refresh balik persahabatan aku dengan Zahli. Maklumlah, dah lama sangat aku tak jumpa. Wajahnya pun aku hampir-hampir terlupa. Kepada Zahli sekeluarga, kami ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana menjemput kami datang ke rumah.

Bersama Zahli.
Terlalu singkat masa kami di sana. Tak sempat berbual panjang.

Bersyawal di rumah Azah - Bandar Tun Hussein Onn

23 Ogos 2014 -Di hujung-hujung bulan Syawal, masih ada lagi kengkawan dan saudara-mara yang buat open house, memanggil dan menjemput orang ramai datang bertandang untuk makan juadah raya yang masih ada. Salah satu rumah yang kami pergi ialah rumah kawan lama isteriku - Azah.

Kami mulakan dengan memakan buah-buahan tempatan.
Di sebalik pokok mata kucing.
Amier dan Sabriena petik beberapa biji buah mata kucing yang masih muda. Tak sempat aku menegah mereka. Sorry kepada Azah dan keluarga.
Sangat teruja melihat buah-buah bergugusan.
Himpunan pokok cili benggala yang sangat subur.
Amier dan pokok cili.
Kami memang tak pernah sampai kat situ. Itulah first time kami ke rumah Azah yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn Jaafar Onn Linda Onn. Masa kami sampai tu, tak seorang pun yang kami kenal. Tapi kami main masuk aje, pasal alamat yang tertera pada muka rumah sama dengan alamat yang diberi. Bila dah masuk ke dalam, barulah bertemu dengan Azah yang sedang sibuk melayan tetamu. Kami anak-beranak ambil tempat di suatu sudut meja di luar rumah. Lantas kami layan dirilah makan apa-apa saja yang mampu dicapai oleh tangan kami.

Berehat di tangga rumah sebelum pulang.
Menanti mama habis berbual dengan kawan-kawan.
Sabriena lega sebab dah kenyang makan macam-macam.
Sementara wife aku sibuk berbual-bual dengan kengkawannya, aku, Amier dan Sabriena pergi bersiar-siar di laman belakang rumah Azah. Ada pokok mata kucing yang besar kat belakang rumah. Bukan itu aje, malah pokok mata anjing, mata panda dan mata tenuk jugak ada ditanam di laman rumah. Kami sangat teruja. Selain pokok-pokok yang aku sebutkan tadi, ada jugak pokok salak yang buahnya sempat kami merasa. Buah salak tu pulak ada macam-macam jenis. Ada buah salak selatan, buah pasir salak, dan buah salak anjing. Kami jugak menyaksikan pokok cili benggala turut ditanam di belakang rumah. Subur-subur tanamannya.

Setelah puas makan, especially bihun sup utaranya yang sangat hebat, kami pun mengatur langkah untuk pulang dan beredar dari situ. Lepas ni kami nak pergi rumah kawan lama aku pulak kat sebelah Bangi. Kepada Azah dan keluarga kami ucapkan banyak-banyak terima kasih.

Bersama Azah di muka pintu.
Terima kasih banyak-banyak.

Friday, September 19, 2014

Pra-Perjumpaan kawan-kawan Diploma Senibina UTM

8 September 2014 - Aku dapat mesej melalui whatsapp dari Amran. Dia tanya, "Boleh jumpa tak malam nanti?" Aku check jadual aku dulu. Diari dalam beg aku selak. Tak ada meeting atau apa-apa appointment malam nanti. Aku check pulak Blackberry aku yang dah rosak tu. Pun tak ada apa-apa temujanji. Aku call Setiausaha Peribadi YAB PM. "Malam ni saya ada appointment dengan PM tak?" Jawab beliau, "Tak ada kot?" Okaylah. Aku reply mesej Amran dengan jawapan yang positif. Maknanya aku boleh jumpa Amran. Tapi kat kawasan Ampang Jaya lah yang seelok-eloknya. Aku memang malas sikit nak jalan jauh-jauh dari rumah. Amran ada ajak kengkawan yang lain jugak. Tapi yang kata nak join cuma Fauzi aje, sebab rumah Fauzi pun tak jauh sangat dari rumah aku.

Fauzi dan Amran dah sampai awal. Mereka asyik bersembang pasal MH17, MH18, MH19 dan MH20.
Aku tanya Fauzi, kenapa dia tak boleh tanggalkan topi. Fauzi kata, gam Gajah tumpah kat dalam topi sebelum dia pakai topi tu.
Aku bertolak kira-kira jam 9 malam, setelah solat isyak. Wife aku dan Amier turut ikut serta, pasal kami nak tumpang makan tosei rawa kat Restoran Kayu Original. Sesampainya di sana, Amran dan Fauzi dah sedia menunggu. Aku join mereka sambil order air panas untuk diminum. Wife aku order tosei rawa, dan Amier order Maggi goreng.

Amran nampak cool. Aku tanya apa rahsianya. Dia kata, selalu duduk dalam bilik air-cond lah.
Setelah berborak untuk sekian lama, kami went straight to business. Amran menghulurkan kepadaku satu buku rahsia yang berisi segala macam rahsia tersirat ahli-ahli ISB 1986-1989. Apa kebenda tu menatang ISB? ISB bermakna Integrasi Seni Bina. Maknanya kami semua ni bekas pelajar UTM yang ambil pengajian Diploma Senibina sekitar tahun 1986 hingga 1989. Lebih kurang macam tulah.

Bebalik kepada buku tadi. Aku tanya kat Amran, "Nak buat apa dengan buku ni?" "Buatlah apa-apa yang patut", jawab Amran. Aku terdiam dan berfikir sejenak. Kami terus habiskan makanan dalam pinggan dan minuman dalam gelas. Makan malam kami ditaja oleh Fauzi, dan dibayar oleh Amran. Terima kasih kami ucapkan kepada yang terlibat.

Fauzi memperlihatkan geran tanah yang nak dibuat banglo mewah suatu hari nanti.
Di rumah, aku terus sambung berfikir mengenai apa yang Amran katakan mengenai misi buku rahsia pemberiannya. Amran kata buatlah apa-apa yang patut. Terlintas jugak beberapa idea dalam fikiran aku tentang apa yang patut aku lakukan terhadap buku tadi. Aku boleh koyak-koyakkan dan buat origami atau roket. Atau aku boleh bakar aje buku tu. Malah aku jugak boleh bagi kat mamak kedai suruh dia masak kari kertas. Tapi setelah agak lama berfikir secara intelektual dan profesional, aku putuskan untuk melukis gambar kengkawan di salah satu muka surat buku itu. Dan lukisan karikatur itulah yang akan aku bawak ke majlis perjumpaan bekas pelajar Diploma Senibina UTM 1986-1989 nanti pada 13 September 2014 di Restoran Teja di Wetland, Putrajaya milik kawan kami semua, Fakhrul.

Aku dan kengkawan lama, serta Amier sedang tidur di meja makan.