m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label hidayah. Show all posts
Showing posts with label hidayah. Show all posts

Friday, May 29, 2020

20 Syawal 2019: Di rumah menerima tetamu lagi

16 Jun 2019 - Pada hari yang ke-20 Syawal tahun lalu, kami duduk di rumah lagi. Menanti tetamu untuk hadir beraya di rumah kami. Kami tak buat open house besar-besaran. Sekadar masak sedikit juadah dan menjemput teman-teman rapat dan beberapa saudara-mara unuk dijamu. Ada sebahagian kawan dan saudara telah datang lebih awal. Yang berkesempatan, telah singgah di rumah kami pada hari itu.

Antara yang hadir pada hari itu ialah teman-teman teater kami - Along Yusry, Kak Yatie, Sadiq, Een dan Mummy. Sepupuku, Abang Wira juga datang dengan isterinya. Dan teman sepejabat isteriku, Rahma datang dengan keluarganya. Dalam kelompok kecil lebih mudah kami berinteraksi dan berbual santai. Para tetamu nampaknya mula bergerak pulang apabila waktu maghrib menjelang. Kepada semua tetamu kami pada hari itu, kami mengucapkan terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah kami. Kami ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Mummy dan Een sedang menjamu selera.

Makan-makan di tepi dapur.

Ada sesuatu yang menggeletek hati Kak Yatie.

Bercerita tentang bahaya virus corona.

Vaccine nya masih belum ditemui.

Along Yusry memakai baju yang matching dengan warna rumah kami.

Sebahagian dari teman-teman teater kami.

Abang sepupuku, Abang Wira dan isteri.

Anak kepada teman isteriku.

Mereka ini sangat peramah dan happening.

Suka buat facial expression yang lucu.

Rahma bersama dua orang puterinya.

Bergambar bersama Rahma.

Bergambar bersama geng-geng teater.

Bergambar puas-puas sebelum berangkat pulang.



Sunday, December 29, 2019

GSSN 2019 - ZENI: Kisah sesudah persembahan

Bahagian 10 (Akhir)

Kami masih lagi di pentas. Terasa berat nak meninggalkan pentas persembahan. Bagai masih ada sesuatu yang ingin ditunjukkan kepada penonton. Walaupun hakikatnya naskhah Zeni ini telah disimpulkan kesudahannya. Pelakon bergambar bersama pelakon. Masih dalam karaktor. Masih dengan nama dan watak masing-masing. Masih belum menjadi diri mereka yang sebenar lagi. Syel masih berasa Mummy Sarah itu adiknya. Mummy Sarah masih berasa Sarah Atan itu sahabat karibnya. Roslan masih terfikir Syel itu mantan isterinya. Dan Paan masih mengharap Syel menerima lamarannya. Begitulah umpamanya. Sejurus mereka meninggalkan pentas, semua watak ini akan lupus sepenuhnya dari jiwa masing-masing. Itulah dunia lakonan pentas.

Zirah dan Zeni berpelukan.
Zedi turut berpelukan.
Akrab di dalam dan di luar pentas.
Isteriku bersama Syel dan Mummy Sarah.
Tiba-tiba Mohdi datang lagi. Masih ada perkara yang ingin ditagihnya.
Zeni keliru. Mohdi atau Ehran.
Mohdi tak puas hati kerana Zeni memiih Ehran.
Mohdi buat-buat merajuk mengharapkan Zeni akan memujuk.
Tetapi Zeni sudah muktamad memilih Ehran.
Nampaknya Ehran juga gembira dengan keputusan Zeni itu.
Oh! Rupanya Mohdi belum mahu kalah.
Mohdi betul-betul dah berubah menjadi manusia.
Zeni juga gembira dengan perubahan yang diperlihatkan Mohdi ini.
Mungkin ada harapan untuk berbaik kembali?
Hmmmmm.... Entahlah.
Macam tak aje...
Confirm. Mereka tak akan berbaik kembali. Haluan mereka nyata berbeza.

Sebelum kami meninggalkan pentas Daeng Chelak ini, ingin aku mengimbas kembali lagu tema teater Zeni ini. Melodi ilham Syel Ramlan. Seni kata hasil kolaborasi Syel Ramlan dan Kamarul AR. Ini versiku sendiri yang lebih pantas temponya. Dengarlah...




Kaum keluarga kami duduk di luar panggung setelah selesai persembahan.
Kak Timah bersama Faqehah dan Yaya.
Anak-anak kami lagi sibuk menulis di buku pelawat.
Sabriena sedang berfikir - apa yang wajar dititipkan.
Okay. Sabriena dah dapat idea.
Panjang tulisan Sabriena. Macam novel.

Sesudah selesai urusan di panggung, kami ramai-ramai berkumpul di sebuah restoran di Seksyen 11 Shah Alam untuk makan-makan dan minum-minum. Kami anak beranak order roti nan dan ayam tanduri. Yang lain order macam-macamlah. Bubur nasi, chicken chop, otak-otak dan satar. Aku duduk di hujung meja panjang. Tak banyak berbual, sekadar melayan Sabriena dan makan. Sampai kenyang. Sangat kenyang. Terlihat kelegaan setiap warga Zeni setelah selesai pementasan. Hasilnya sangat memuaskan. Semoga meninggalkan impak yang besar kepada penonton. Agak lama juga kami berkampung di restoran itu. Sampai lewat malam. Sangat lewat. Sampai pemilik kedai tutup kedai. Balik rumah. Besok pagi datang lagi. Bukak kedai. Pun kami masih bersembang lagi di meja makan. Setelah genap tiga hari tiga malam, barulah kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Itulah kisah kami dan Zeni.

T A M A T

Sekarang kami di kedai makan.
Hannah dan Wanie.
Kak Yatie bersama isteriku.
Kak Yatie bersama Azeera.
Harez, Ienah dan Azeera.
Chip - penyokong kuat Mummy Sarah.
Good! Semuanya good!!
Along sentiasa terfikir sesuatu.
Mohdi dan Zeni.
Abang Haji Kamarul dan Roslan.
Anak-anak remaja turut berfikir panjang.
Sabriena dan Amier menanti pesanan sampai.
Sabriena dengan gaya kungfu.