m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

Amier ambil hadiah: Dua hadiah untuk Amier

Bahagian 2

Majlis Khatam Al Quran & Hari Kecemerlangan Ilmu 2015 berlangsung dengan sangat meriah. Acara pertama ialah majlis khatam Al Quran bagi anak-anak yang dah khatam. Majlis ini dikendalikan oleh Ustaz Ashraf. Ada lebih kurang 20 orang pelajar kalau tak silap aku yang terlibat dalam majlis ini. Al Quran dialunkan dengan lunak. Dan para hadirin mendengarnya dengan khusyuk.

Anak-anak bersedia untuk membaca Al Quran.
Bunga manggar ditegakkan.
Ustaz Asyraf mengalunkan bacaan Al Quran.
Anak-anak turut mengaji.
Ada lebih kurang 20 orang pelajar di atas pentas.
Membaca dengan penuh khusyuk.
Doa khatam Al Quran dibacakan oleh Ustaz Asyraf.
Doa dipanjatkan.
Para hadirin turut berdoa.
Isteriku bersama para hadirin yang lain.
Amin ya rabbal alamin...
Setelah tamat majlis khatam Al Quran, tetamu kehormat Ustaz Abd Aziz Dollah pun dijemput untuk berucap. Best jugak aku dengar sepatah dua kata dari ustaz ni. Banyak jugak info baru yang aku ketahui. Setelah ini, barulah acara penyampaian sijil kecemerlangan kepada pelajar yang mendapat tempat tertinggi dalam kelas dan darjah. Buat pertama kalinya aku nengok para pelajar pakai baju jubah graduasi. Waaaahhh! Makin up nampak gayanya majlis penyampaian hadiah ini. 

Ustaz Abd Aziz Dollah membuat ucapan.
Pelajar mengambil hadiah dengan memakai jubah.
Keputusan peperiksaan Amier - tempat ketiga.
Pelajar cemerlang mendapatkan habuannya.
Seronok dapat hadiah berupa piala.
Balik nanti boleh tunjukkan hadiah kepada kawan-kawan dan jiran-jiran.
Ramai pelajar yang mendapat hadiah berupa sijil dan piala. Akhirnya tibalah giliran Amier untuk naik ke atas pentas dan mengambil hadiah. Amier dapat nombor tiga dalam kelas. Tak kisahlah. Janji dapat naik pentas. Dapat ambil hadiah. Dapat bergambar. Aku tetap bangga. Amier pun bangga dengan dirinya sendiri.

Selepas Amier dah ambil hadiah, aku ingat nak mintak diri. Kami kena bergegas ke Gemencheh untuk menjemput Syahmie di asrama pulak. Tetiba, kawan Amier, Zarfan kata Amier ada dapat dua hadiah. Aku tanya kat Zarfan, hadiah apa lagi yang Amier dapat. Zarfan kata Amier dapat hadiah kecemerlangan untuk kedatangan. Terkejut jugak aku dan isteri aku. Malah Amier sendiri pun terkejut. Manakan tidak, Amier selalu datang kelas lambat. Kekadang terlalu lambat sampai setengah jam. Tapi memang Amier jarang ponteng. Sebab tulah dia dapat hadiah kedatangan. Dan dengan perasaan gumbira, Amier pun melangkah maju ke atas pentas dan mengambil hadiah untuk kali keduanya. Setelah itu barulah kami mintak diri untuk beredar. Kami sempat jumpa Ustaz yang mengajar kelas Amier - Ustaz Sharulnizam. Setelah bersalaman, mengucapkan terima kasih, dan bergambar, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan dewan majlis.

TAMAT

Amier punya giliran ambil hadiah.
Amier gembira dapat hadiah.
Antara pelajar yang turut mendapat hadiah.
Amier turut mendapat hadiah kedatangan.
Amier dengan Ustaz Sharulnizam.
Bergambar sebelum beredar.

Monday, December 1, 2014

Secara tak dijangka, Wanie pulak yang dapat hadiah

23 November 2014 - Tahun ni Amier dapat nombor 9 untuk Sekolah Agama. Maknanya tahun ni tak ada keperluanlah bagi kami untuk ke majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada pagi Ahad itu. In fact, inilah kali pertama kami tak perlu datang ke majlis berkenaan. Selama ni, baik Syahmie mahu pun Wanie, pasti akan mengambil hadiah bagi pencapaian cemerlang. Tak kiralah sama ada nombor 1, 2 ataupun 3.

Pengerusi Surau Ihsaniah, Tn Hj Mohd Nor sedang menyampaikan hadiah kepada Wanie.
Walaupun dapat hadiah, Wanie bagaikan tiada emosi.
Tetapi, sehari sebelum majlis berlangsung, aku mendapat panggilan telefon dari salah sorang ustazah yang mengajar di sana. Dia menjemput kami hadir ke majlis tersebut, sebab Wanie akan diberikan sedikit habuan di atas pencapaian cemerlangnya ketika menduduki peperiksaan UPSRA tahun lepas. Oooohhh... nampak gayanya kami masih kena hadir jugak. Tapi malangnya, pada waktu yang sama, aku terpaksa hantar Syahmie ke TBS pasal dia ada trip ke Kuantan. Jadi aku masih tak dapat hadir. Nasib baik jugaklah keluarga kami dapat diwakilkan oleh wife aku. Tahniah buat Wanie. Dan kepada Amier, kena berusaha lebih kuat lagi agar pencapaian dapat ditingkatkan.

Wanie dengan sijil UPSRA-nya. Wanie dapat keputusan Mumtaz dengan markah tertinggi pada tahun itu.