m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label goat. Show all posts
Showing posts with label goat. Show all posts

Monday, August 5, 2019

Patin, kambing dan ayam mengamuk dalam perut

4 Ogos 2019 - Ini kisah baru berlaku semalam. Masih segar lagi. Tengah hari semalam, waktu tengah lapar, aku pekena nasi dengan ikan patin masak tempoyak. Masakan ni didatangkan khas dari Temerloh. Banyak jugaklah aku makan. Penuh nasi dalam pinggan. Sampai membukit. Tiga jam lepas tu, aku pekena pulak nasi mandy al-Arabia. Nasi arab ni dibeli sempena menyambut hari jadi anak saudara aku, Yana. Nasi arab dibedal bersama kambing dan jugak ayam. Round yang ni pun aku makan boleh tahan jugak banyaknya. Tiga jam lepas tu, aku telan pulak mi wantan. Kali ni kami makan kat medan selera di Sungai Ramal, Kajang selepas melawat Amier di asrama. Pekena pulak dengan air lencikang sejuk. Memang sangat mengancam!

Lepas tu kami ke Dengkil hantar Wanie. Dan kemudian ke Cyberjaya hantar sabun ke rumah teman. Lepas tu kami terus balik. Dalam perjalanan balik, tatkala menghampir ke Kuala Lumpur, tiba-tiba perut aku bagai menggelodak. Tali perut ni seolah-olah telah disimpul-simpul. Terpaksa aku menahan senak sambil memandu. Bila kami semakin hampir ke Ampang, aku mula berasa mual. Macam nak muntah. Loya dan lawyer bergabung membuat tekakku tak senang duduk. Bila sampai aje kat depan rumah, aku pun terus keluar dari kereta dan terus muntah. Muntah dan terus muntah. Berpanjangan. Membuak-buak muntahku di laman rumah. Habis keluar semua segala nasi, mi, patin, kambing dan ayam. Berketul-ketul. Memang aku makan pun tak kunyah dengan sempurna.

Bila dah selesai muntah, terus aku baring atas tilam. Pakai selimut dan terus tidur. Tak mampu nak buat apa-apa dah. Syukur, esok paginya bila bangun barulah aku berasa lega. Dan terus aku ke pejabat menyambung kerja.


Friday, March 7, 2014

Kambing dan anjing di Hari Kemerdekaan

31 Ogos 2013 - Pada Hari Kemerdekaan Malaya yang ke-56 tahun lalu, aku mendapat jemputan kenduri aqiqah dari salah sorang kawan lama aku yang sama-sama belajar kat MRSM-KB dulu. Kira geng dari group Wattop-lah. Pagi tu kami anak beranak ada program lain. Jadi sebelah petang sikit barulah kami menyinggah di rumah kawan aku tu - Nasir namanya.

Nasir sedang bercerita pasal perlawanan bolasepak di antara Malaysia melawan Brazil pada musim Piala Dunia baru-baru ni.
Mulanya aku ingat aku dah terlalu lambat. Maklumlah, dah melepasi waktu kenduri yang sebenar. Mencari rumah Nasir ni pun satu hal jugak. Wife aku yang expert sebagai co-pilot telah memandu kami hingga di kawasan taman rumah Nasir. Tapi kelibat rumah Nasir masih jugak tak kami temui. Tiba-tiba aku terdengar bunyi salakan anjing yang macam familiar aje. "Awwwwooooooouuu.....!!!" Begitulah bunyinya. Bila aku amat-amati, aku rasa macam pernah kudengar salakan itu. Tapi di mana ya? Oh ya! Baru aku ingat. Itu adalah bunyi salakan anjing yang ada di sekitar rumah Nasir. Lalu kami bergerak menuju ke arah datangnya bunyi itu. Semakin kami menghampiri, kami terhidu pulak bau kambing yang semerbak harumnya. Lalu aku semakin konfiden bahawa kami sudah semakin hampir dengan rumah Nasir. Dan kambing masih ada tersimpan lagi untuk kami sekeluarga menjamahnya.

Wak Oden dan keluarganya, turut sampai lewat.
Bersama Jehe, Nasir dan Oden.
Sesampainya di rumah Nasir, aku bersalaman dengan tuan rumah. Aku ingatkan dah tak ada geng Wattop lagi kat situ. Rupa-rupanya kawan kami Oden masih ada kat situ dengan keluarganya sambil menikmati juadah yang disajikan. Aku terus ke meja hidangan dan mendapatkan kambing-kambing yang ada di dalam mangkuk. Yes! Masih ada lagi daging kambing yang ditinggalkan untuk kami. Lalu aku makan masakan kambing itu sambil mengembek panjang sekuat hatiku. "Mmmmbbbeeekkk!!!"

Amier sedang buat street magic show.
Jeli Hashim sampai lagi lewat dari aku.
Amier dapat ole-ole dari Nasir.
Bersama Sabriena.
Wanie dah kenyang. Sekarang masa untuk bosan.
Amier happy dapat makan biskut.
Mendukung Sabriena.
Wanie masih termenung dalam kebosanan.
Aku ingatkan aku yang paling last sampai di rumah Nasir. Tak lama kemudian datang pulak Jehe, dan Jeli Hashim. Dengan keluarga masing-masing. Kami bersembang ringkas sebelum memohon diri untuk pulang. Sebelum beredar, aku sempat melaungkan kata-kata ini, "Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!" Bukan apa, sempena Hari Kemerdekaan pada hari tu. Terimah kasih Nasir. Terima kasih kengkawan Wattop ku.

Bersama rakan-rakan Wattop yang tiba lewat.
Satu lagi post sebelum pulang.

Tuesday, November 13, 2012

Beraya di rumah tauke kambing golek

Pada hari raya haji lepas, kami beraya sampai agak lewat malam jugaklah. Dari rumah Kak Long di Kepong, kami terus meluru ke Keramat, ke rumah tauke kambing golek tersedap di dunia. Kami sampai sana pun memang dah lewat. Banyak jugak makanan yang dah habis. Tapi kami tak kisah, pasal kami memang dah sangat kenyang kerana terlalu banyak makan masa kat rumah Kak Long sebelum ni. Tapi nasib kami baik, kambing golek idaman qalbu masih ada tinggal sedikit lagi untuk kami menikmatinya. Aku pun cuma makan kambing dan sedikit kuih. Lepas tu dah tak boleh nak makan apa-apa lagi. Cuma teringin nak minum aje apabila tekak kekeringan. Walaupun ringkas dan cepat lawatan kami ke rumah Puan Fidah dan Encik Arif, tapi kami berpuas hati kerana dapat jugak hadir walaupun last-last minute. Terima kasih kerana telah menjamu kami. Kami pulang ke rumah dengan berasa sangat letih dan penat longlai. Menanti waktu untuk tidur aje...

Bersama Fidah.
Sedang menjamu mi goreng mamak yang jugak enak.
Syahmie dah tak boleh bergerak. Terlalu kenyang dan penat.
Amier tak sabar-sabar nak pulang ke rumah.

Sunday, September 23, 2012

Majlis campuran: Pilih kambing

Apa tu "majlis campuran"? Maksudnnya, dalam satu majlis ada pecahan banyak majlis. Ia berlaku pada kira-kira Syawal minggu ketiga. Kami dan keluarga besar kami (maksudnya termasuk ipar-duai, mentua-mentua) bergabung mengadakan majlis dalam satu hari yang mengandungi majlis cukur jambul, marhaban, tahlil, doa selamat buat haji, aqiqah, sambut hari jadi, dan open house. Jimat sikit belanja. Jimat masa. Jimat tenaga. Memang lebih penat, tapi cuma satu hari aje.

Sehari sebelum majlis diadakan, aku, wife aku dan Amier pergilah ke tempat pemilihan kambing untuk dijadikan kambing aqiqah. Tempat tu kat sekitar Keramat. Masa kami sampai tu, bos dia dan pekerjanya sedang bertungkus lumus melapah daging kambing pasal banyak sungguh orang order untuk open house buat kambing golek kot. Jadi bos dia suruh kami tengok dulu kat kandang kambing tu, kot-kot ada yang kami berkenan.

Kambing-kambing jenis import dari Alaska dan Guatemala.
Kambing-kambing ni nampak aje kecil. Tapi sebenarnya mereka besar macam seladang.
Kami diberitahu oleh seorang kontek (geng bos kambing ni jugaklah), kambing kami tu jenis biri-biri. Tapi kami nengok jugaklah semua jenis kambing yang ada dibela kat situ. Ada kambing yang ada janggut pendek. Ada pulak kambing yang ada janggut panjang, macam A. Samad Said. Ada yang tak ada janggut langsung, tapi ada misai pulak. Ada kambing yang saiz dia macam kambing kampung biasa. Tapi ada jugak yang besar dan tinggi macam lembu New Zealand. Hebat betul! Memang banyak pilihan kambing kat sini. 

Setelah seketika menjenguk kandang, bos kambing pun datanglah masuk kandang. Katanya kepada kami, "Kalau nak cepat, biar saya aje yang pilihkan kambing biri-biri ni untuk abang dan kakak. Kadang-kadang kita nampak kambing tu macam besar. Tapi sebenarnya yang besar tu cuma bulunya aje yang tebal. Badan kurus macam lidi". Dia ambil contoh sekor kambing yang besar macam anak gajah. Bulu dia afro macam Alleycats. Dia angkat biri-biri tu pakai jari kelingking aje. "Cuba abang dan kakak nengok! Satu jari pun saya boleh angkat kambing ni, pasal bulunya aje yang tebal. Dagingnya tak ada. Kalau ada pun cuma boleh buat taik gigi jer. Cuba abang dan kakak nengok kambing yang tu pulak. Walau pun badannya kecil macam anak kucing, tapi badan dia punyalah berat, macam anak badak. Kalau yang ini sure punya banyak daging yang berkhasiat dan bermutu tinggi". Fikir punya fikir, akhirnya kami ikut jugak pilihan bos kambing tu.

Kumpulan biri-biri yang perlu kami pilih.
Semua biri-biri tu pandang kami dengan penuh suspen. Macam dah tau aje - ada yang nak jadi mangsa.
Bos kambing dengan kambing pilihan.
Kambing biri-biri terus diambil, dibaringkan di atas tilam Dunlop. Eh! Tak jadi. Dibaringkan di atas lantai. Kami akad untuk aqiqah. Dan terus disembelih. Begitu pantas dan cepat. Semuanya telah selesai. Biri-biri tergolek atas lantai. Darah menghambur keluar dari dua urat utama di lehernya. Dan biri-biri pun mati. Sedia untuk dilapah. Amier yang menyaksikan adegan tadi terus pilu sedih dan terus nak berkurung dalam kereta. Amier memang pencinta binatang. Dia tak boleh tengok binatang-binatang dibunuh, walaupun disembelih untuk dijadikan makanan yang halal. Air mata bergenang kat mata Amier.

Kambing dibaringkan setelah akad.
Sudah selesai sembelih.
Lepas ni kerja melapah perlu dilaksanakan.
Dalam masa kira-kira 10 hingga 15 minit, siaplah biri-biri tadi dilapah. Hati dan paru-paru serta kepala biri-biri tadi kami bawa pulang. Badannya secara menyeluruh akan diserahkan kepada seorang pemanggang kambing untuk dijamu kepada orang ramai pada hari majlis esoknya nanti. Kami pun beredar dan mengucapkan terima kasih kepada bos kambing dan para pekerjanya. Tempat ternakan kambing tu, walaupun tersembunyi kat belakang rumah-rumah orang, tapi sangat diketahui oleh pak-pak Arab yang suka makan kambing, atau yang ada kedai makan. Masa kami datang tu, tak kurang dari tiga orang Arab singgah kat situ.

Kerja melapah akan dimulakan oleh brader ni.
Mula-mula potong bulu kat perut.
Nampak sangat mudah kulit kambing disiat dari badannya. Bulu kambing tu aku plan nak buat seluar tidur.