m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, July 31, 2012

Gerai Ramadhan di sisi jalan

Pada hari Sabtu lepas, kami sempat berbuka puasa dengan ayah mentuaku di rumah kakak iparku di Gombak. Di depan rumah, kami nengok ada gerai kecil bawah khemah kecil, dan turut ada meja dan juadah kuih muih dan makanan lain untuk dijual kepada penduduk setempat yang lalu-lalang kat situ. Ohh... kakak iparku buat business kecil-kecilan pada bulan puasa. Baguslah tu. Tukang jualnya ialah Syura, Intan dan Ika. Tapi masa kami datang tu, Mak Uda dan Pakcik Karim pun ada sama. Jadi anak-anak mereka turut jadi tukang jual. Dan bila kami sampai, anak-anak aku pulak join jadi tukang jual. So, semua sekali tukang jual ada kira-kira dalam 9 orang. Ramai tu. Orang yang datangnya runcit-runcit aje.

Dari jauh, ternampak sebuah gerai...
Juru jual berhimpun mengatur strategi untuk melariskan jualan.
Menu juadah jualan yang terdapat di sini.
Masa Amier jadi jurujual jugak, dia pun berteriaklah, "Kuih-kuih! Karipap ada! Donut ada! Roti ada! Mari-mari!" DIa main sebut aje entah apa-apa jenis makanan. Yang tak ada dalam menu pun Amier sebut jugak kuat-kuat. Dan statement yang paling memikat pembeli ialah bila Amier kata, "Free-free!!!" Cepat-cepat kami tutup mulut Amier. Nanti orang yang datang ingatkan itu gerai subsidi makanan untuk rakyat Gombak.

Antara juadah yang dijual.
"Mari! Mari! Beli kuih sedap!!!" jerit Amier.
Gerai makanan ni sebenarnya baru masuk hari kedua dibuka. Sambutan pada hari tu nampak gayanya lebih baik dari hari sebelumnya. Orang baru nak perasan dan kenal, memang makan masa sikit. Gerai tu ada menjual mi goreng, roti jala, kuih keria, kuetiau goreng, samosa, popia basah dan popia goreng. Orang lebih ramai datang pada waktu dah nak berbuka puasa. Mungkin kalau nak pergi pasar Ramadhan dah tak sempat, sebab pasar Ramadhan terletak sebelah jalan besar, lebih jauh dan terlalu sesak. Nak parking pun payah. Jadi lebih mudah beli kat situ aje.

Belajar menjadi usahawan.
Masakan Mak Anjang memang sedap. Cuma orang ramai masih tak tau lagi. Tak apalah, bagi masa sikit lagi, lepas ni berduyun-duyunlah orang datang membeli kat situ. Pembantu jualan sembilan orang pun nanti belum tentu boleh handle puluhan malah ratusan orang yang datang nak membeli kuih muih yang Mak Anjang masak. Lepas ni gerai ni kena extend  lagi sampai ke tengah jalan. Dan lepas ni boleh terus buat kedai tiga tingkat kat depan jalan tu. Itu semua bila orang ramai dah mula membanjiri gerai Mak Anjang seprti semut membanjiri gula. Semoga business Mak Anjang lebih mantop dan maju.

Ika sebagai penyelia gerai.
Sedang melayan pembeli roti jala yang enak.

Sunday, July 29, 2012

Bermain sukan extreme di bulan puasa

Sabtu semalam, aku telah mengerah dua orang anak buahku, Ali dan Hidayat untuk menjalani latihan gigih ala tentera sempena menyiapkan diri untuk temasya sukan Olimpik 2012 di London yang telah bermula beberapa hari lepas. Jam 7.30 pagi aku dah tercegat kat pintu rumah mereka berteriak memanggil mereka untuk keluar dari selimut enak dan masuk ke dalam keretaku untuk berlatih tubi bagi mencapai tahap kecemerlangan sukan peringkat tertinggi di alam maya ini. Rata-rata kat Titiwangsa aku nengok hanya warga keturunan China aje yang ber-jogging, dan bersukan. Kami aje geng Melayu Muslim yang buat kerja extreme masa bulan puasa ini.

Dua orang jagoan tenis dalam pembikinan.
Wajah-wajah penuh konfiden untuk menang emas Olimpik pertama buat Malaysia.
Kami bermula dengan bermain tenis kat tengah panas. Mula-mula stroke ringan-ringan aje. Aku tahu, ini bulan puasa. Kederat masing-masing memanglah tak sekuat mana. Tapi main pukul-pukul aje mana nak puas. Lagi pun aku nengok Ali ada membuat beberapa pukulan kilas halilintar yang menghantar bola laju hingga aku sendiri pun tak terkejar. Lalu aku cakap pada Ali, "Masa main stroke, pukul pelan-pelan aje. Yang penting control. Nanti kita main kira, baru boleh hentam sekuat hati". Lalu kami pun bermainlah satu set kat tengah gelanggang yang panas tu. Kelebihan Hidayat, dia control bola baik. Serve dia pun baik. Aku kena ace dua kali dengan Hidayat. Kelebihan Ali, kalau dia dapat bola tinggi, dia akan pukul top spin yang deras dan memang susah nak kejar. Kalau masing-masing dapat overcome kelemahan tang control bola dan servis, aku rasa mereka ini nanti boleh kalahkan Djokovic dan Nadal suatu hari nanti. Tapi tak mungkin mereka dapat kalahkan sifu mereka, iaitu aku. Pasal aku dah bayar mereka kaw-kaw punya untuk sentiasa kalah bila berentap dengan aku kat gelanggang.

Ohhhh... masing-masing mula terbayang juadah minuman yang enak dan menyegarkan...
Lepas main tenis tu, memanglah kami keletihan. Soal tekak kering dan haus tak payah nak cakap. Masa tulah terbayang segala macam juadah minuman seperti abc, cendol, Coke, 100 Plus, iced lemon tea, sirap bandung, soya cincau, air barli, milo ais, teh ais, dan tak ketinggalan air ketum ais. (Ooops! Pecah rahsia pulak).

Lepas tu kami berpindah pulak ke gelanggang ping-pong. Medan main ping-pong lebih redup dan nyaman. Kami main pun kira ala kadar aje. Ingatkan ada kengkawan aku nak join. Tapi mereka semua ada hal dan tak dapat datang. Jadi kami main bertiga jugaklah lagi. Hidayat dah mula menunjukkan taringnya yang mengerikan dalam permainan ping-pong. Serve-nya jugak semakin laju dan sukar untuk aku return dengan baik. Aku hampir kalah dengan Hidayat masa game yang pertama. Aku terpaksa bayar dia up sikit barulah Hidayat mengalahkan dirinya. Fuuuh.. lega. Top spin Hidayat jugak semakin menjadi.

Aksi Ali bagaikan juara dari China.
Ali mempamerkan teknik permainan gaya Korea.
Ali jugak telah semakin baik dari segi kontrol bola. Kalau Faiisal join sekali mesti lagi best. Kalau Syahmie cuti, mesti aku dah bawak dia join main ping-pong dengan aku. Sepatutnya kami main ping-pong selama dua jam. Tapi oleh kerana keletihan, kami putuskan untuk berhenti awal. Hidayat aku nengok amat keletihan. Katanya dia tak bangun sahur semalam. Oh... patutlah lepas main tu dia melepek kat bangku kayu.

Hidayat dengan aksi kombinasi Jepun dan Bangladesh.
Teknik pukulan Gagak Nigeria telah memperdayakan pihak lawan secara berkesan.
Lepas habis main tu aku taklah berasa letih sanat. Tapi masa lepas zuhur, badan aku mula terasa kering dan panas. Masa tulah baru aku rasa letih yang amat sangat. Tapi aku gagahkan jugak pasal nak kena tunjuk macholah sikit. Bila kena air atau aircond, barulah rasa nyaman sikit. Minggu depan kami semua dah bersetuju untuk main ping-pong aje. Tenis tak payah. (Walau pun aku ada cadang untuk main futsal dan ragbi lepas main ping-pong. Tapi cadanganku telah ditolak oleh anak-anak buahku). Kami pulang dengan berat badan kami turun sebanyak 5 kilo.

Setelah tamat sessi permainan.
Wajah ceria dalam keletihan.
Owh! Hidayat terlalu penat...

Friday, July 27, 2012

Cuba pancing tepi jalan Gemencheh

Sambungan dari kisah hantar Syahmie balik belajar di MRSM Gemencheh pada hari Ahad lepas, kami sempat singgah di sebuah lubuk ikan yang kami baru jumpa beberapa minggu sebelum itu. Lubuk ikan pelbagai spesis ini terletak betul-betul di sebelah luar MRSM, kat sebelah jalan raya menghala ke Gemas. Meh aku kisahkan macam mana kami boleh memancing kat sini.

Isteriku dengan joran pen.
Pagi Ahad tu, sebelum hantar Syahmie balik, aku telah mengenakan baju pancing cap Toman yang aku dapat free pasal masuk pertandingan dalam majalah pancing. Wife aku pun kata, "Wah, pakai baju pancing nampak. Nak pergi mancing ke tu? Hah, nanti jangan lupa bawak joran pen. (Joran pen ialah joran teleskopik mini yang menyerupai pen tulis, dan boleh disimpan di dalam poket). Aku asalnya memang tak ada plan langsung nak pergi mancing, atau mencuba lubuk baru tepi MRSM tu. Tapi oleh kerana wife aku dah cakap macam tu, jadi aku pun bawaklah dua batang joran teleskopik, serta beg pancing berisi pelbagai barang.

Isteriku nampak happy dan konfiden memancing tepi jalan raya,
Lepas hantar Syahmie pulang ke asrama, barulah kami suami isteri singgah sebentar di lubuk tersebut. Lubuknya terletak di sebelah jalanraya. Penuh dengan semak dan lalang panjang. Ada bekas laluan menghala ke lubuk tu. Tapi oleh kerana terlalu semak, maka kami putuskan untuk pancing dari tepi jalan aje. Pancing kat tepi-tepi kolam aje. Cuma nak test power. Wife aku ada beli roti Gardenia sebagai umpan, dan aku pulak ada bawak pellet ikan yang jugak sesuai dijadikan umpan. Setelah siap pasang pancing, aku pun mulalah buat balingan ke lubuk. Tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku sehingga joranku patah dua.

Umpan kulabuhkan tepat ke tengah kolam yang tenang. Seekor anak seluang tiba-tiba datang menggigit umpan pellet tadi dan tersangkut pada mata kail. Ketika aku sedang menarik anak seluang tadi, tiba-tiba lalu pulak seekor keli bagak sebesar lengan bayi membaham seluang tadi. Dan ikan keli itu pulak yang tersangkut kat mata kail. Sedang aku terkial-kial nak menaikkan ikan keli yang kuat melawan tadi, menjelma pulaklah seekor toman gergasi sebesar peha gajah Afrika menyentap rakus keli yang terkulai tadi. Kini sang toman pulaklah yang tersangkut pada mata kail. Tarikan toman tadi sungguh dahsyat. Setelah bertarung lebih lima belas minit, kederatku hampir lupus. Aku tak daya menahan asakan toman gergasi yang sungguh dahsyat itu. Lalu kuikat joran ku pada kereta ku yang ku parking tepi jalan raya. Alangkah terkejut badaknya aku, ikan toman tadi hampir saja menarik keretaku masuk ke dalam kolam. Lalu ku start enjin keretaku, dan tekan minyak sampai ram mencecah angka 20. Berasap tayar keretaku yang seakan-akan tak dapat bergerak kerana ditarik si toman perkasa. Tiba-tiba, krak! Terdengar bunyi kuat membingitkan telinga. Joran teleskopikku patah dua! Dan ikan toman tadi terlepas. Aduh! Alangkah tak berbaloinya pertarungan tadi yang berpihak kepada sang toman........ (Hmmmm boleh percaya ke cerita ni?)

Joranku patah dua akibat diasak "toman".

Sebenarnya, lubuk tepi jalan tu sangat semak. Balingan pertama tersangkut kat semak sebelah sana. Balingan kedua tersangkut kat semak sebelah sini. Bila kutarik-tarik nak lepaskan mata kail dari semak, terus joran teleskopikku yang rapuh patah dua. Umpan tu tak sempat cecah air pun. Bila joran dah patah dua, macam mana nak teruskan memancing. Balik ajelah. Dan sebetulnya, aku berasa agak segan memancing kat tepi jalan tu tengah panas disaksikan oleh orang yang lalu-lalang kat situ. Tapi wife aku steady aje pancing tanpa menghiraukan orang ramai disekitar. Akhirnya aku tak sempat nak mancing pun. Dan kami pun terus pulang tanpa membawa balik walau seekor ikan pun. Tapi juadah dan ole-ole lain ada jugak kami beli dari gerai tepi jalan. Kami sampai KL sebelum maghrib.

Oh! Sedihnya hatiku bila "toman" terlepas lari...

Thursday, July 26, 2012

Awal Ramadhan bersama Syahmie

Hari Jumaat lalu, aku dan isteri ke Gemencheh selepas solat Jumaat untuk jemput Syahmie bercuti awal Ramadhan dengan kami kat Ampang. Masa tu wife aku baru aje keluar hospital pasal sakit perut yang amat sangat. Masa sampai kat Gemencheh, kami perasan MRSM tempat Syahmie belajar tu dah agak lengang. Kebanyakan pelajar pulang bercuti sebelum solat Jumaat. Kami aje yang datang lambat pasal wife aku discharge dari hospital pun agak lewat.

Dengan Syahmie sebelum pulang ke KL.
Semasa Syahmie berada di rumah, kami ambil kesempatan suruh Syahmie mengimami kami dalam solat tarawih. Kami suruh dia baca surah yang panjang-panjang sikit. Kalau baca Quran dalam solat, lebih mudah diingat dalam hati. Aku, isteriku, Wanie, ibu ayah serta kakakku semua solat jadi makmum di belakang Syahmie yang membaca sebahagian surah Al-Baqarah. Bak kata orang tua-tua sejuk perut mak mengandung. Perut mak aje yang sejuk. Perut bapak tak sejuk. Tapi yang aku rasa sejuk ialah muka aku. Eh! Tak pernah pulak aku dengar bidalan sejuk muka bapak mengandung. Setelah kajian dibuat, barulah aku perasan, angin aircond tu menghala straight ke muka aku. Patutlah sejuk.

Syahmie dengan mamanya.
Kami jugak bertadarus selepas solat tarawih. Satu malam satu juzuk. Kami baca semuka dua muka aje. Yang lainnya kami bagi Syahmie yang baca, pasal dia baca laju macam jet pejuang Rusia, sedangkan aku sendiri terkial-kial nak habiskan satu muka.

Beg galas Syahmie dah rabak. Tapi dia jahit bagi boleh pakai lagi.
Memeriksa barang-barang yang perlu dibawa Syahmie ke asrama.
Syahmie kami hantar pulang ke Gemencheh pada hari Ahad. Travel waktu puasa agak meletihkan jugak. Tak boleh makan-makan dan minum-minum untuk hilangkan ngantuk. Dua setengah hari berpuasa bersama Syahmie macam terlalu sekejap. Lepas ni kami akan jemput lagi Syahmie untuk beraya puasa pulak. Masa ni cuti dia mungkin lebih lama sikit. 

Syahmie posing sendiri.
Kolam tadahan ini betul-betul buat aku geram. Dari atas tebing tinggi pun aku boleh nampak ikan-ikan berenang-renang. Siap buat akrobatik lagi.

Buka puasa dengan Ayah Atan

Pada hari Ahad lepas, selepas hantar Syahmie balik ke Gemencheh, barulah kami sempat ke Gombak untuk berbuka puasa dengan ayah mentuaku. Sampai di rumah kakak iparku, Mak Anjang, aku nengok kakak iparku yang sorang lagi, Mak Uda pun ada jugak. Wah! Meriah jugaklah kalau berbuka ramai-ramai macam ni. Ayah Atan waktu tu tengah rehat kat bahagian alam rumah. Nampak dia pun agak sihat, walaupun kekadang semputnya datang jugak.

Ayahanda Atan dan Abang Zahid (Pak Uda).
Sementara menanti waktu maghrib tiba, aku dan birasku, Pak Uda bersembanglah pasal macam-macam hal termasuklah soal pengalaman-pengalaman berbuka pada masa-masa lalu. Menanti menjelang jam 7.30 malam nampaknya macam terlalu lamalah pulak, lebih-lebih lagi apabila makanan telah terhidang cantik di atas meja yang lebar. Geram sungguh aku nengok murtabak Singapore, cengkodok goreng, popia perasa tangan Syauki, tepung pelita minyak tanah, nasi ayam serama dan ayam terpercik kat baju. Semua juadah ini membuat aku berasa tak sabar-sabar nak berbuka puasa. Letih jugak aku menelan air liur dalaman aku kerana menahan perasaan untuk mentekedaghah juadah yang nampak hebat dan menyelerakan itu.

Tepung pelita dan murtabak Singapore.
Bila azan bergema aje, aku pun terus berkata kepada semua, "Ke tepi, ke tepi, ada orang lapar nak makan!" Dan aku pun mencapai segala kuih muih dan nasi lauk pauk, kugenggam dan kupeluk dan kusauk semuanya. Dan kumamah, kunyah dan telan dengan rakus. Dan sampai aku tersandar bak ular sawa hingga tak mampu aku bergerak kerana perutku menbuncit besar kembung dan menjadi terlalu berat. Arrrghhh... Tak lama kemudian, Ayah Atan mengajak semuanya untuk solat maghrib. Dan bersolatlah kami secara berjamaah.

Lihatlah makanan yang banyak ini. Aku jugak yang kena habiskan...
Acara makan-makan masih belum selesai lagi bagi aku. Lepas solat maghrib, aku melantak lagi dua tiga empat round sampai semua ruang-ruang kecil di sudut-sudut terpencil dalam perutku dipenuhi dengan makanan yang pelbagai. Kali ni aku betul-betul tak boleh bergerak. Sekadar bergolek ke kanan dan ke kiri bagaikan bola. Aku memang cukup tak sampai hati menengok makanan masih banyak atas meja. Aku tau, kalau bukan aku yang makan, tak akan ada orang lain yang makan. Akhirnya akan terbuang dan terbazir. Selepas makan yang banyak, kami sembang-sembang adik beradik, ipar dan biras. Bila time dah agak lewat, barulah kami balik ke rumah. Sessi yang ringkas di rumah iparku, tetapi sangat menyeronokkan.

Ya! Aku bertekad akan memasukkan semua ini ke dalam perutku yang tough!

Saturday, July 21, 2012

Bermukim di Ampang Puteri

Isnin lepas wife aku dimasukkan ke dalam wad pasal sakit perut yang amat sangat. Doktor pun buatlah kajian dan pemeriksaan terhadap pesakit. Check darah dan air kencing, buat ultra-sound, ultra-man pun ada buat jugak, dan yang final sekali buat endoskopi. Mula-mula doktor nak buat endosteh dan endosmilo jugak. Tapi teh dan milo dah kehabisan stok. Yang tinggal cuma kopi aje. Jadi buat endoskopi ajelah. Hasil dari kajian tu memanglah tak berapa jelas kenapa wife aku sakit perut yang amat sangat pada hari Isnin dan Selasa. Mungkin sebab gastrik kot. Wife aku dibenarkan pulang pada hari Jumaat. Sepanjang hari-hari di hospital, akulah yang menemani isteriku siang dan malam. Aku ke ofis pun kejap aje. Ambil file softcopy dari ofis, dan buat kerja ofis kat hospital. Syukur, wife aku dah lebih sihat sekarang. Semoga Allah akan terus memberikan keafiatan berpanjangan kepadanya.

Menanti detik sebelum menjalani pemeriksaan endoskopi.
Bilik endoskopi.
Kejap lagi nak masuk bilik pemeriksaan.
Hadiah bunga dari ofis wife aku.

Tenis sebelum Ramadhan

Ahad lepas aku begitu teruja nak main tenis, sebelum tiba bulan Ramadhan. Kalau bulan Ramadhan, aku kenalah cuti kejap dari bermain tenis. Pagi tu sebenarnya aku tak sure sama ada aku berkesempatan untuk ke Titiwangsa atau tidak. Kalau Sabriena tidur nyenyak dan tak menangis panjang, aku bolehlah lari kejap. Kalau Sabriena terus-terusan menangis, nampaknya aku kenalah stay kat rumah. Pagi tu Sabriena tidur nyenyak. Jadi aku pun bergegas ke Titiwangsa tanpa menjemput anak-anak buahku untuk join aku main tenis.

Court-court di Titiwangsa agak lengang. Kengkawan aku yang telah aku ajak main pun nampaknya tak tiba lagi. Aku cuba jugak cari orang-orang sekeliling yang boleh aku ajak main dengan aku. Nampak gayanya tak ada. Jadi aku sorang-sorang practise servis dan buat latihan pukulan bola. Tapi tak puaslah main macam tu. Jam pukul 9 pagi dan aku masih bersendirian kat gelanggang. Aku ajak Abang MdNor join. Mula-mula dia kata nak join, tapi terpaksa cancel last minute. Aku call Abang Haji Nordin. Dia pun tak dapat hadir pasal keletihan baru balik kerja shift malam. Bila jam dah pukul 9.30, aku nekad nak balik ajelah dengan perasaan hampa dan kecewa. Tapi tiba-tiba kenalan aku, Helmi sampai dengan seorang lagi rakan. Aku ajak Helmi stroke dengan aku. Lega rasanya.

Sebahagian dari geng tenis court sebelah. Yang badan besar kat kiri tu, Afiq namanya, sangat hebat permainannya.
Geng group court sebelah, yang juga geng Helmi sebenarnya mengajak aku main dengan mereka. Jadi aku pun joinlah. Aku partner dengan Ahmad, lawan Helmi partner dengan seorang pemain wanita. Ketiga-tiga pemain itu hebat-hebat belaka dengan control dan pukulan yang mantap. Team aku mendahului 4-1. Tapi lepas tu aku terus-menerus buat salah, especially masa main volley. Kesian partner aku yang telah bekerja keras. Team lawan dapat samakan kedudukan menjadi 4-4. Dan akhirnya kami tewas 4-6. Banyak point hilang masa bola kat tangan aku. Tapi aku gembira pasal dapat jugak aku main dengan group yang sangat hebat permainannya.

Aku ada jumpa salah sorang geng ni yang badannya agak besar dan berisi. Tapi permainannya sangatlah hebat. Pukulannya sangat kuat dan konsisten. Aku rasa dalam group tu, dialah yang paling hebat permainannya, dari segi teknik dan konsistennya. Aku siap jumpa dia, Afiq, dan cakap aku admire mutu permainannya. Lepas tu aku pun beredar dengan rasa puas.

Helmi, pemain tangan kidal yang hebat dan bakal mengakhiri zaman bujangnya tak lama lagi.

Thursday, July 19, 2012

Jalan-jalan cari makan kat Kajang

Pada hari Ahad lepas, orang gaji aku keluar pergi shopping dengan pakciknya yang jugak bekerja kat Malaysia. Jadi tengah hari tu kami sekeluarga makan kat luarlah. Kebetulan kakak aku pun nak jenguk anak dia kat Kajang. Jadi kami semua dah setuju nak makan siang kat kawasan Kajang aje. Lepas solat zuhur, kami pun keluar menghala ke Sungai Ramal, Kajang. Lepas ambil anak buahku, Yana, kami terus ke sebuah restoran dekat sebelah highway yang bernama Restoran Yus - Sate Kajang.

Bahagian hadapan Restoran Yus.
Bermain dengan jam sementara menunggu makanan tiba.
Kakak aku sedang order makanan pakai telefon.
Ayah aku sedang khusyuk melihat menu untuk dipilih.
Signboard restoran tu taklah menarik. Tapi suasana kat dalamnya kira okay jugaklah. Kami pun mula memesan makanan. Aku order kuetiau ladna dan air lai chi kang. Selain dari tu, ada juga di antara kami yang order makanan-makanan lain seperti mi jawa, mi rebus, sate, nasi ayam, dan macam-macam lagi. Bila makanan sampai, kami pun makanlah. Meh aku kisahkan sikit pasal makanan kat sini. Tempat ni memang tak nampak glamer langsung. Tapi masakannya agak enak jugak. Kuetiau ladna yang aku order tu pun rasa dia best. Aku turut rasa masakan-masakan lain. Pun sedap berkhasiat jugak. Dan satenya... pun lebih sedap dari sesetengah sate yang lebih popular dari sate kat sini. (Tapi tak lawan sate Ampang Jaya). Kalau korang tanya aku, aku memang boleh rekomen korang makan kat sini. Pilihan menu makanannya jugak banyak. Sampai pening nak pilih makanan yang mana satu. Try-lah!

Happy menunggu makanan.
Kami berlapan semuanya, termasuk baby Sabriena.
Bau makanan dah mula menusuk ke hidung-hidung kami.
Wanie dan Amier order nasi ayam. Yang ini aku tak sempat rasa.
Sessi makan bermula.
Sedang menikmati juadah.
Yana jaga Sabriena.
Wanie suka makan sate. Hari-hari Wanie makan sate.