m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label syafiq. Show all posts
Showing posts with label syafiq. Show all posts

Monday, August 8, 2016

Pertunangan Syafiq dan Alia: Pulang dengan kejayaan

Bahagian 7 (Akhir)

Okay. Ini adalalah bahagian yang terakhir siri pertunangan di antara Syafiq dan Alia. Sebagai penutup majlis, izinkan aku untuk menjualkan sedikit pantun yang berharga RM 2.50 satu pantun. Murah aje. Campur GST jadi RM  25.00 satu pantun. Begini bunyinya. Hayatilah:

Rombongan Pak Zahid begitu ramai,
Dari Ampang menaiki kereta,
Menuju Shah Alam sambil bersantai,
Ke rumah Pak Mael kisah bermula.

Jejaka hensem Syafiq namanya,
Dah besar panjang, cukup sifatnya,
Ke rumah Pak Mael menyunting bunga,
Bunga yang cantik, Alia namanya.

Man to man talk.
Bergaya di laman rumah.
Pengantin diiringi pembawa barang-barang hantaran.
Harith ternampak sesuatu di bawah dulang pahar.
Tiba-tiba aku ternampak sesuatu objek yang tertanam di kawasan laman.
Ohhh! Rupanya secebis tembikar lama dari zaman Dinasti Ming.
Pak Long Zainuri memulakan bicara,
Hajat Pak Zahid ingin disempurnakan,
Pak Mael menerima dengan hati terbuka,
Semoga ikatan terus berkekalan.

Mak Uda Mahani menyarungkan cincin,
Cincin berlian cantik berkilau,
Tertib dan sopan bagai dipimpin,
Alia berseri, semua terpukau.

Semua tetamu mengundurkan diri.
Next time jumpa lagi.
Puan Sri dengan hero dan heroin-nya.
Puan Sri masih lagi di pintu pagar.
Syed Saleh dengan buah-buahan tempatan.
Menjamu selera nasi Pak Arab,
Para tetamu riang dan girang,
Makan dan minum penuh beradab,
Perut kenyang, hati pun senang.

Bertunang sudah, makan pun sudah,
Bersalam-salaman, memohon diri,
Bermaafan sudah, berterima kasih pun sudah,
Di lain waktu bersua lagi.

TAMMAT.
Isteriku bersama Sabriena.
Sabriena memberikan satu pose lentok manja.
Menjunjung sirih junjung.
Sirih junjung masih lagi dijunjung.
Dan terus dijunjung.
Titah dijunjung Tuanku!
Sirih dijunjung Tuanku!

Pertunangan Syafiq dan Alia: Bersiar-siar di laman

Bahagian 6

Setelah puas menjamu selera di bawah khemah juadah, kami mula bersiar-siar di laman rumah yang agak luas. Luas terbentang, luas pemandangan. Boleh memuatkan padang bola untuk Piala Dunia edisi tahun 2020. Kami bergambar beramai-ramai. Bersenam-senam ringan setelah kenyang makan. Semua berwajah ceria. Tiada yang muram berduka.

Meh aku perkenalkan. Ini semua sepupu-sepapat dan adik-beradik.
Dari kiri: Nurin, Nana, Angah, Shasha, Shakirah dan Syura. Dan Baby Harith.
Berkumpul beramai-ramai dan bergambar.
Lebar sungguh barisan ahli keluarga untuk dirakamkan gambar mereka.
Dari pangkat datuk dan nenek, sampailah kepada cucu.
"Kami dari keluarga Hj Atan ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"!
Dua orang ketua kampung - Kois dan Fai.
Sorang Ketua Kampung Dusun, sorang lagi Ketua Kampung Pasir Berdengung.
Selaku bapa pengantin, Abang Zahid perlu memastikan keseluruhan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.
Umar dan anaknya.
Yeah! Ketua kampung datang kembali.
Syafiq dan teman-teman akrabnya.
Best Friends Forever - ala-ala Batman Forever jugaklah.
Syafiq masih lagi denga BFF nya.
Saleh mendapat mesej dari teman tetapi mesranya.
Syafiq dengan pasangan dan Umar dengan pasangan.
Masih lagi dengan pasangan masing-masing.
Walaupun di luar mentari memancar agak terik, tetapi kami tidak terasa keterikannya. Hembusan angin petang yang sepoi-sepoi sedikit menyamankan tubuh kami. Tugasku sebagai juru foto amatur semakin mendesak. Banyak gambar yang perlu diambil. Pelbagai gaya diperagakan. Tapi aku dah makan. Dan aku dan kenyang. Maka aku tak kisah. Ambillah gambar walau sebanyak mana sekali pun. Aku sanggup. Walau tanpa bayaran.

Bersambung...

Kawan-kawan rapat menumpang bahagia.
Kembali kepada pasangan masing-masing.
Wefie beramai-ramai.
Wefie lagi tanpa mengambil kisah orang-orang di sekeliling. Cheers!!!
Anak kecil yang kebosanan.
Syauqi kini telah memasang azam.
Cokelat ini akan dibedal sorang-sorang.
Tetapi Syafiq mencelah. Ini cokelat, Syafiq yang punya.
Ali turut nak merasa sedikit colelat. Lalu dia mencelah di bahagian belakang.
Saleh pun nak cokelat jugak. Dan dia jugak turut mencelah.
Adik-beradik membawa hantaran.
Syauqi masih berlagak dengan cokelat idaman kalbunya.
Tiga beradik membawa hantaran.
Syakirah, Ali dan Saleh.
Namun bagi Syauqi, dia tetap menjadi juara, kerana cokelat masih lagi di dalam gengamannya!