m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 4, 2011

Ardy+Zila: Menepung tawar lagi

Memang tak dapat dipisahkan upacara merenjis & menepung tawar dengan majlis persandingan. Ketika di majlis pihak pengantin perempuan aku tak boleh banyak bergerak kerana tugasku sebagai pengacara. Kali ni aku agak bebas kerana tak terikat dengan apa-apa tugasan khas. Peluang ini aku gunakan untuk turut menepung tawar pengantin (walaupun aku sendiri tak tau apa yang best sangat letak bunga rampai kat tangan pengantin dan sembur air mawar kat pengantin). Upacara merenjis di sini berlangsung  dengan sangat efisien. Kejap aje dah selesai dan pengantin boleh terus duduk makan. Macam ni baru tak banyak orang mengeluh kelaparan. Tambahan pula pengantin bersemayam di atas pelamin yang didirikan di kawasan porch rumah. Jarak dari meja makan dan pelamin sangatlah dekat. Hanya setengah pelaung sahaja.





No comments:

Post a Comment