m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 12, 2011

CERAGEM - urutan gaya Korea

Selepas main tenis di awal pagi, aku, ibu, kakak dan isteriku menghala ke sebuah pusat urutan Korea di Ampang yang bernama CERAGEM. Ceragem adalah cara urutan dengan menggunakan sejenis katil khas yang beroperasi menggunakan elektrik. Batu-batu jade digunakan sebagai pengurut badan, khususnya tulang belakang. Bagi mendapat kesan yang lebih efektif, pesakit perlu memakai pakaian serba putih. Pusat urutan ini menawarkan perkhidmatan percuma. Maka ramailah jugak warga emas dan warga perak datang berkunjung untuk menyihatkan badan. Tapi pada masa yang sama, satu katil urut turut dijual dengan harga sekitar RM9,000.

Sementara menanti giliran, Mr Park Ji Sung (pemain midfield Manchester United), eh silap, bukan Mr Park Ji Sung, tapi Mr Park, orang yang bertanggung jawab memperkenalkan alatan urut ini kat sini memberi ceramah pasal pemakanan serta penggunaan alatan mengurut ini. Kami jugak membuat exercise mengikut video (macam arobik) selama kira-kira 15-20 minit. 

Tak lama menanti, tibalah giliran kami menggunakan katil mengurut itu. Mula-mula baring kat katil tu rasa pelik dan sangat tak selesa pasal ketulan jade menolak tulang belakang serta haba panas yang dikeluarkannya, sampai berpeluh kami dibuatnya yang berselubung di dalam selimut. Selepas berurut selama 40 minit, badan terasa sangat ringan - macam dan turun 10 kilo. Kalau ikut penjelasan Mr Park, macam-macam penyakit boleh terubat dengan as-sebab katil urut ini.



Mr Park bagi ceramah pasal kesihatan.

Berselubung sambil berurut.

5 comments:

  1. Salam Saudari,
    Memang urutan ini seperti kita berjoging 2 km. Saya invest untuk kesihatan dan demi masa depan kesihatan keluarga, saya telah memiliki katil ini sejak 2010 sebab tak sempat pergi ke pusat rawatan, saya telah berpindah tempat kerja di genting highlands

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasslam,

      Kami jugak ada membeli katil ni. Tapi masalahnya, bila dah ada kat rumah, katil tu jadi tempat letak barang lah pulak. Yang rajin menggunakannya ialah ibu kami. Sedangkan kami, dah jarang sangat menggunakannya, kecuali bila perlu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete