m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 12, 2011

Batu 18 Hulu Langat: Barbeque dan makan malam

Tiba waktu maghrib di percutian Hulu Langat, masing-masing membersih diri dan bersiap-siap untuk solat. Sebelum tu ada yang mandi kolam, ada yang pergi memancing, ada yang siapkan makanan malam. Menu istimewa malam tu adalah barbeque kambing, ayam dan ikan laut (ikan pancing tak sempat disiang, so tak sempat nak dibakarlah). Kami bergilir-gilir memanggang lauk pauk. Dan rasanya sangatlah lazat sehingga menjilat siku.

Bermacam-macam aneka juadah ada disediakan yang dibawa oleh semua peserta cuti-cuti Langat. Antara makanan yang tersaji adalah barbeque kambing, ayam, ikan, sosej & kentang, nasi goreng, bihun goreng, kuih-muih asli dan moden, dan seribu satu makanan dengan pelbagai rasa dan keenakan macam makan buffet kat hotel. Perut masing-masing disumbat dengan makanan-makanan ini sampai memboyot dan memberat. Kami letih makan pada malam itu.




Syahmie bertarung dengan ayam yang tiba-tiba melompat dari bara.


Menyinsing lengan meratah ayam.




Izham bercuti dari hospital untuk bersama rakan-rakan yang lain. That's the spirit bro!

No comments:

Post a Comment