m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label river. Show all posts
Showing posts with label river. Show all posts

Thursday, August 12, 2021

Ringan-ringan di Kalumpang

4 June 2017 - Kita singgah kat Kalumpang sekejap, tempat birasku dan kakak iparku - Dato' Abang Hasni dan Datin Kak Ogie. Tak silap aku masa ni bulan puasa pada tahun 2017. Aku pun tak ingat kenapa kami ke sana pada hari tu. Tapi tak kisahlah. Anggapkanlah kami ni telah masuk ke dalam teleport machine dan accidentally kami ter-sampai ke Kalumpang Resort and Training Centre secara tak sengaja. Kami sampai sana kira-kira jam 9.00 pagi. Dah sampai sana kira layan ajelah. 

Aku terus menyiapkan dua batang joran teleskopik, meletak umpan pada mata kail dan terus melemparkan umpan ke dalam air sungai yang mengalir laju. Target aku sudah tentulah ikan tengas daun. Tetapi Sungai Inki ini juga turut didiami oleh ikan tilan, limbat, seluang, dan labi-labi. Malah kalau beruntung, boleh mendapat ikan kelah juga. Seingat aku, tidak seekor ikan pun yang berjaya kami naikkan pada hari itu. Yang menggetu memang ada, tapi malu-malu untuk terus ngap mencuri umpan.

Dua batang joran sedang menanti untuk memerangkap ikan-ikan di air.

Inilah joran teleskopik kegemaranku.

Joran yang pernah menaikkan ikan-ikan saiz monster seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus biru bersalut tepung.

Air di sini cukup deras. Tapi di spot ini aku pernah menaikkan ikan tilan dan ikan tengas daun.

Bergambar dengan background batu besar warna kuning.

Batu ni jadi kuning sebab kena cat kot?

Amier dan Sabriena.

Amier dan Sabriena memang suka kalau dapat terjun berendam dalam sungai.

Amier mungkin kesejukan sebab dia pakai jeket.

Sabriena tak bawak pakaian mandi. So, dia duduk kat darat ajelah kali ini.

Kat darat pun okay jugak.

Tak buat apa-apa aktiviti pada lawatan kali ini.

Duduk berehat-rehat sajalah.

Sambil mendengar bunyi air sungai mengalir.

Itu dah cukup membuat kami terhibur.

Duduk bersantai.

Selain famili kami, famili Kak Esah pun ada di sana juga. Syura and gang siap main flying fox lagi dan terus menjunam ke dalam sungai yang airnya mengalir deras. Beberapa kali kami tengok Syura menaiki flyng fox itu. Hati kena kental juga sebenarnya. Zuuurrr... dia meluncur, dan dush!!! Menjunam ke air!

Kami tidak terlalu lama di Kalumpang. Sekitar pukul 1.00 tengah hari (lebih kurang) kami terus memandu pulang menghala ke Kuala Lumpur. Serius aku tak ingat kenapa kami ke sana. Mesti ada sebabnya. Sayangnya Melayu mudah lupa. He he he... Kami sampai rumah kira-kira jam 2.15 petang dengan Encik Selamat.

Syura sedang bersedia untuk menaiki flying fox.

Pengembaraan bermula.

Pecutan 450 km/jam.

Dan semakin laju melepasi 600 km/jam.

Dan terus menjunam ke air. Blooosh!!!

Ini Angah Nabiha ke?

Amier merenung jauh ke jeram sungai.

Sabriena dah bersiap sedia untuk pulang.

Tapi nak bergaya dulu.

Jom kita balik KL.

Dan kami pun terus teleport sampai rumah.


Friday, June 5, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Berehat di Sayong Resort

Bahagian 7

Pulang dari majlis pertunangan Syauqi dan Izzati, kami mencari-cari tempat penginapan yang berdekatan dengan harga yang berpatutan. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Sayong Resort yang letaknya di bandar Sayong. Bukan Ssangyong kereta Korea tu ya? Lokasi resort ini agak menarik. Terletak betul-betul di sebelah Sungai Perak yang lebar. Bagi sesiapa yang minat memancing seperti aku, memang lokasi seumpama ini menjadi igauan sepanjang hayat. Tak apa. Apa-apa pun kita check in, solat, dan rehat dahulu. Lepas ni baru cerita pasal memancing. Oh, by the way, yang menetap di resort adalah keluargaku, keluarga Kak Esah dan keluarga Kak Timah.

Dari Kuala Lumpur lagi aku sudah bersiap bersedia untuk memancing. Cuma pada masa itu aku tak tahu  lagi nak memancing di mana. Jadi aku pun bawalah umpan universal, iaitu cacing serta cengkerik dan ulat seinci. Tak taulah ulat apa, tapi panjang dia satu inci. Aku menggunakan dua batang joran teleskopik dan mencangkukkan umpan-umpan pilihan ke mata kail sebelum membuat casting ke sungai. Air sungai pada ketika itu agak laju. Dan keruh. Mungkin tidak begitu ideal untuk aktiviti memancing. Tapi itu sajalah masa yang aku ada. Aku ada masa sampai maghrib untuk memancing. Selalunya isteri akan menemani aku. Cuma kali ini aku pergi bersendirian duduk di satu port bawah pondok yang redup.

Beberapa kali aku menukar lokasi dan arah balingan umpan. Sekejap ke tepi. Sekejap ke tengah. Sekejap ikut arus. Sekejap lawan arus. Dan umpan juga bertukar-tukar. Namun sepanjang aku memancing, tiada langsung walau satu getuan pun dari ikan-ikan di sungai. Aku rasa memang ini faktor kondisi air sungai yang deras dan keruh. Nak casting gewang pun tak sesuai juga. Lama-lama aku jadi bosan. Packing-packing dan balik ke resort dan berehat. Itu barangkali lebih baik.

Inilah jeti tempat aku memancing.

Tempatnya dah cukup strategik.

Cuma air sungainya agak deras dan keruh pada waktu itu.

Di resort aku dapati seluruh keluargaku sedang minum-minum dan makan petang di cafe. Aku terus duduk join makan dan minum sekali. Puas dapat minum air dingin. Hilang sekejap dahaga akibat berpanas ketika memancing ikan tadi. Aku tak begitu lapar. Jadi aku makan yang ringan-ringan saja, seperti kapas, kekabu, bulu ayam dan sawang lelabah. Sesekali berhembus juga angin di tempat kami duduk makan. Teramat lega rasanya. 

Amier minum air di cafe.

Rehat minum petang di kafeteria.

Order air dan makanan ringan.

Makan chicken nugget aje.

Nak makan nasi goreng pun boleh juga.

Petang-petang macam ini memang sedap melepak sambil mengunyah.

Seronoknya Sabriena menyandar.

Berehat sambil berbual pasal hal-hal yang tak memeningkan kepala.

Amier minum air three layer.

Pesanan Syura sudah pun sampai.

"Akan kumakan makanan ini dengan sepenuh jiwa ragaku," bisik hati Syura.

Amier tak dapat menahan perasaan bila chikcen chop-nya tiba-tiba muncul di depan mata.

Setelah makan dan minum, kami bersiar-siar seketika di pekarangan Sayong Resort. Waktu itu matahari sudah tidak terik memancar lagi. Lebih nyaman suasananya. Kami berjalan beramai-ramai tanpa perlu terburu-buru mengejar masa. Bak orang putih kata, just to kill the time. Kami juga singgah di jeti tempat aku memancing petang tadi. Air masih deras. Masih keruh. Masih tak ternampak kelibat ikan timbul atau bermain dan menghasilkan riak di permukaan air. Setelah seketika di jeti, kami kembali bergerak ke resort. Bergambar di pintu masuknya yang agak gah. 

Sebelum kembali ke bilik masing-masing, kami sempat singgah melihat pohon-pohon tinggi yang ditanam di laman resort itu. Pokok-pokok itu tidak asing rupanya bagi Syura. Katanya iitu pokok kayu putih. Atau juga dikenali sebagai pokok gelam. Atau nama saintifiknya, Melaleuca Cajuputi. Pokok ini sangat banyak khasiatnya. Batang dan daunnya boleh diekstrak sejenis bahan untuk menghasilkan minyak kayu putih. Baunya pun sangat harum dan menyamankan. Kalau kereta aku cukup besar, sudah pasti akan kubawa balik sebatang pokok ini ke Kuala Lumpur untuk ditanam di belakang rumah. Kami pulang ke bilik sebelum maghrib menjelang.

Bersambung...


Bersiar-siar di pekarangn resort.

Berjalan beramai-ramai macam ini memang menyeronokkan.

Tanpa perlu tergesa-gesa.

Tak ada apa yang nak dikejar pun.

Kami singgah di jeti tempat aku memancing.

Tak ada orang lain melepak di sini pada waktu itu.

Air masih keruh dan deras.

Jeti dan pondok ini sangat teratur pembuatannya.

Aku jangka ada bot yang berlabuh di sini sekali -sekala.

Mungkin ada cruise di Sungai Perak ini.

Melihat ke arah Sungai Perak yang lebar.

Amier dan Sabriena bergaya dua beradik.

Macam sculpture.

Bergambar di depan pintu masuk Sayong Resort.

Tempat wajib untuk bergambar.

Ini salah satu bangunan utamanya.

Syura sedang memberi penerangan kepada kami mengenai pokok kayu putih a.k.a. gelam.

Syura petik beberapa helai daun untuk dibuat sayur makan malam nanti.

Sabriena terdiam dalam kekaguman.