m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label lisa. Show all posts
Showing posts with label lisa. Show all posts

Thursday, May 28, 2020

13 Syawal 2019: Meraikan teman-teman akrab

17 Jun 2019 - Pada hari ke-13 Syawal, rumah kami dikunjungi oleh teman-teman akrab adikku. Mereka semua datang untuk beraya. Dan kami pula telah memaklumkan kepada mereka juadah yang bakal dihidangkan kepada mereka. Juadah istimewa yang tak mudah dijumpa di mana-mana. Terutama di bandar-bandar. Juadah yang tersohor di kalangan orang-orang Jawa. Itu pun di kampung-kampung sahaja. Dan bukan semua kampung masih menyajikan juadah seumpama ini. Itulah dia "nasi ambeng". Nasi putih berlapik daun pisang, dengan lauk-pauk istimewa. Ada ayam goreng berempah. Ada sambal goreng Jawa. Ada daging masak kicap. Ada ulam timun. Kadang kala ada juga kami iringkan bergedil. Dan yang paling istimewa ialah serunding kelapa spesel. Cara kami tak letak mi goreng. Tetapi rasanya tetap nombor satu! Dan sebahagian teman-teman adikku memang pernah merasa masakan ini. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa mereka datang lagi ke rumah kami - untuk menikmati kelazatan nasi ambeng terbaik di Ampang Jaya.

Adikku bersama teman-temannya.

Ini baru sebahagian yang hadir.

Sebahagian yang lain masih lagi duduk-duduk di ruang tamu.

Ardi baru nak menikmati nasi ambeng.

Kebanyakan yang lain telah pun selesai makan.

Tetamu-tetamu kami itu kelihatannya sangat teruja dan berselera menikmati masakan nasi ambeng yang kami hidangkan. Alhamdulillah! Seronok kami bila melihat mereka makan bertambah-tambah. Ada yang kami bekalkan nasi ambeng bungkus untuk dibawa pulang. Orang Jawa panggil 'nasi berkat'. Sepatutnya makan dalam talam ramai-ramai. Barulah 'feel' dia lebih sikit. Mungkin bukan kali ini. Lain kali kita boleh cuba, ya? Terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang beraya ke rumah kami. Jika ada kesempatan yang lain, sudi-sudikanlah singgah di rumah kami lagi. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

'Nasi berkat' untuk dibawa pulang.

Ada yang sudah hendak beredar.

Ardi dan Jali masih di sini.

Kalau tak ada urusan lain, duduklah lama sikit di sini.

Ibu, Yana dan isteriku duduk di suatu sudut yang lain.

Membiarkan para tetamu menikmati keceriaan malam raya hari yang ke-13.



Saturday, January 25, 2014

Happy birthday Lisa 2013

27 Oktober 2013 - Macam biasa, kami sambut hari lahir adik aku, Lisa kat rumah ala kadar aje. Beli kek dan egg tart. Masak nasi ayam. Dan makan ramai-ramai sekeluarga waktu petang. Kalau tak silap aku, ada kawan-kawan adik aku yang nak belanja dia makan lepas tu. Jadi sebelum dia celebrate dengan kengkawan, dia celebrate dengan kami dululah.

Kek hari jadi kali ini.
Adik aku sedang menunjukkan sesuatu - gosip artis tempatan yang paling meletop!
Dengan kek hari jadi.
Bergambar ramai-ramai.
Menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Ambil gambar puas-puas dulu sebelum kek dipotong lumat.
Time to potong kek.
Kek pun dah terpotong.
Ramai-ramai bergambar. Bibik yang ambil gambar.
Potong kek kecil-kecil.
Lepas menyanyi lagu birthday, lagu hari jadi, lagu panjang umur, lagu Negaraku, lagu Ombak Rindu dan lagu Kalau Aku Kaya, api kat lilin pun ditiuplah. Selain dari meniup lilin, ada juga acara meniup belon, tiup wisel dan tiup kipas siling sampai berputar. Lepas tu kek pun dipotonglah. Lepas tu wife aku suruh adik aku suap kek ke mulut ibu dan ayah. Dan lepas tu ibu dan ayah pulak suap kek ke mulut adik aku. Dan seterusnya menyuapkan kek ke mulut ahli keluarga yang lain, ke mulut jiran-jiran tetangga, dan ke mulut kucing-kucing kami yang ada kat rumah. Begitulah kisah sambutan birthday adik aku tempoh hari.

Time untuk menyuap.
Mula-mula giliran ibu dulu.
Satu, dua, aaaammmmmm.....
Mmmmmm.... sedapnya.
Sekarang giliran ayah pulak.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, aaaaaammmmmm.....
Enaknya.....
Okay, ibu pulak suap kek ke mulut Lisa.
Aaaammmmmm.....
Inilah kek paling tersedap di dunia.
Ayah menyuapkan kek ke mulut Lisa. Satu, dua, tiga, empat,.......... sembilan puluh sembilan, seratus... aaaammmmm....
Happy birthday Lisa!

Thursday, November 15, 2012

Surprise party untuk Lisa!

Pada hari kedua Hari Raya Haji Aidiladha, surau kat tempat aku ada buat sembelih lembu qurban. Lima belas ekor semuanya. Lepas aku tolong-menolong sikit kat situ, aku terus balik ke rumah pasal kena pergi Shah Alam. Ada surprise birthday party untuk adik aku. Meh aku kisahkan serba sedikit pasal surprise party ni.

Kek karot ni mak aku yang bikin, wife aku yang decorate tulisan dia.
Kebetulan birthday adik tunggal aku tu jatuh pada hari yang sama, iaitu hari kedua raya haji. Mak aku plan nak buat kek harijadi untuk adik aku tu. Tapi pada hari berkenaan, adik aku kena kerja pulak kat ofis. Bukan dia sorang aje kena kerja, seluruh team dia kena kerja extra hours. Jadi wife aku pun cadangkanlah secara spontan untuk buat surprise party kat ofis dia. Maka berpakatlah isteri aku dengan kawan baik adik aku, Abdah nama dia. Setelah kajian dibuat oleh Abdah, akhirnya dia kata surprise party tu lebih sesuai kalau dibuat di rumahnya saja. Kami pun setuju.

Yana mendukung Sabriena.
Baby Sabriena, Yana dan Wanie.
Syahmie, Farid dan Amier menunggu dengan sabar di ruang tamu rumah Abdah akan kedatangan makcik mereka.
Pada hari yang dinanti-nantikan, kami pun telah bersedia seluruh team. Mak aku siapkan kek dan nasi tomato untuk makan tengah hari. Abdah pula pandai-pandai dialah nak trick adik aku supaya datang ke rumah dia. Kami sampai di rumah Abdah agak awal. Kereta kami parking jauh dari rumah Abdah. Segala selipar dan kasut kami sorokkan kat suatu sudut terpencil. Tak mahu adik aku nampak kereta dan kasut selipar kami. Lampu di rumah pun digelapkan. Dan kami semua bersembunyi di dalam bilik. Dan sebahagian kami bersembunyi di dapur. Amier yang terlalu excited, ke hulu dan ke hilir mencari tempat persembunyian yang paling strategik. Beberapa kawan pejabat adik aku jugak turut datang untuk sama-sama meraikan adik aku dalam surprise party yang hebat ini.

Berpelukan anak beranak kerana kegembiraan.
Tak lama kemudian, adik aku pun sampailah kat rumah Abdah. Sejurus pintu dibuka, lampu pun dinyalakan, dan.... "SURPRISE!!!" Jerit kengkawan adik aku. Adik aku yang terkejut berasa gembira berbaur terharu dengan sambutan hari jadi yang tak disangka-sangka itu. Tapi sebenarnya adegan surprise ni tak habis begitu saja, beberapa minit kemudian, kami pulak yang keluar dari dalam bilik dan dapur dan menjerit "SURPRISE!!!" Terkejut untuk kali kedua buat adik aku. Lagilah adik aku berasa gembira (x 2) dan terharu (x 2). Kami berpelukan anak beranak sambil adik aku menitiskan air mata kegembiraan. Memang dia tak sangka langsung akan sambutan yang serba mengejutkan ini. Sampaikan aku sendiri pun berasa terkejut dan bagai nak pitam, walaupun sambutan ini bukan dimaksudkan untuk aku.

Time untuk potong kek.
Kaum keluarga dan kengkawan adikku.
Abdah dan adikku menyediakan makanan tengah hari.
Ready, makan time!
Kami nyanyikanlah lagu birthday, potong kek dan makan nasi tomato yang dibawa dari rumah. Jamuan harijadi tu berlangsung dengan sangat simple tapi meriah. Kami bergambar, berbual-bual, sebelum adik aku dan kengkawannya terpaksa bergegas ke ofis untuk menghadiri mesyuarat serta untuk menyudahkan kerja yang bertan-tan banyaknya. Selamat hari jadi buat adikku, dan terima kasih kepada Abdah sekeluarga kerana sudi menjadi host untuk jamuan ini. Dan salute untuk ibu dan isteriku yang memastikan surprise party ini berjaya dilaksanakan. Okay, tahun depan kita buat satu lagi surprise party untuk Lisa. Tapi jangan bagi tau dia, ya? Ssshhhhhhh...

Tempat makan khas yang special.
Syahmie dan Farid. Farid memperagakan giginya yang putih bak Louis Armstrong.
Mencedok makanan beramai-ramai.
Tengah lapar bak pelarian Afrika, kami makan bak piranha.
Kengkawan adik aku pulak yang makan kat tempat duduk khas yang special.
Ayah aku sementara tunggu turn untuk makan.
Memang sedap sungguh nasi tomato masakan ibuku.
Baby Sabriena bersama salah sorang kawan adikku.
Mmmmmm.... nyummy!
Wanie suka makan nasi. Hari-hari Wanie makan nasi.
Menikmati keenakan carrot kek.
Salah sorang kawan adik aku yang dikenali sebagai paparazi sedang di-paparazized oleh aku.
Carrot cake ibuku laris di pasaran.
Semua orang dah kenyang.
Amier tengah makan kek.
Family photo shoot. Say cheese!
Adik aku bersama kengkawan ofisnya.
Satu lagi shot bersama kengkawan baik.