m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Bergambar puas-puas

Bahagian 6

Puas sudah kami mengerjakan pokok rambutan tepi rumah yang buahnya ranum dan merimbun. Manis rambutan masih terasa di tekak. Wajah kami berseri-seri setelah melunaskan kehendak tekak dan perut. Lapar dan hilang. Dahaga dah hilang. Penat dah hilang. Sekarang nak naik ke atas rumah kembali untuk menyejukkan badan dan menyelesaikan hal-hal yang bersangkutan dengan majlis pertunangan ini. Antaranya ialah bertukar-tukar barang hantaran. Dan sampingannya ialah untuk bergambar di atas pelamin.

Kami bergilir-gilir bergambar di pelamin. Pasangan demi pasangan. Macam pengantin baru. Kemudian bergambar secara berkumpulan pula. Macam-macam kumpulan dan kategori yang ada. Ada kumpulan perempuan. Ada kumpulan laki-laki. Ada kumpulan adik-beradik pengantin. Ada kumpulan keluarga pengantin. Ada kumpulan ibu bapa pengantin. Ada kumpulan beramai-ramai. Yang beramai-ramai ini juga ada pecahannya. Ada yang pihak keluarga lelaki sahaja. Ada yang pihak keluarga perempuan sahaja. Ada yang gabungan pihak keluarga lelaki dan perempuan. Ada yang gabungan dengan orang-orang kampung setempat. Ada juga gabungan dengan orang-orang kampung seberang. Ada gabungan dengan orang-orang di luar negeri Perak. Dan yang paling extreme sekali ialah gabungan alien-alien dari planet-planet lain merentas cakerawala dan alam semesta.

Faridz dan Azi bersanding lagi.

Semakin merapat.

Ekspresi kegembiraan.

Giliran Abby dan Za pula, bersama baby.

Sekarang baby pergi main sekejap. Tak ada dalam foto.

Juga mempamerkan kegembiraan.

My wife satu orang saja di pelamin, sebab pengantin lelaki tengah pegang kamera.

Tunjuk cincin sikit.

Bersama Kak Timah pula.

Bergambar mengikut kategori - Ini geng Wanita Hari Ini.

Sabriena pula dari geng Jalan-jalan Cari Makan.

Satu lagi pose dari geng Wanita Hari Ini.

Ini kategori adik-beradik dan Mama serta anak saudara perempuan sahaja.

Masih dengan kategori yang sama.

Ini kategori pasangan pengantin bersama ibu dan bapa. Errrr.. dan secebis sepupu perempuan.

Ini kategori pasangan pengantin bersama ibu dan bapa, tanpa cebisan sepupu perempuan.

Ini kategori pasangan pengantin bersama ibu dan bapa, versi potret.

Ini pula gambar pengantin bersama keluarga pihak lelaki.

Masih mengekalkan kategori yang sama.

Kategorinya masih sama, cuma aksinya ada sedikit berbeza. Cuba cari perbezaan itu.

Ini pula adalah kategori pria-pria ganteng. Hehehe...

Muka masing-masing dah naik biru sebab menahan nafas terlalu lama.

Habis sesi bergambar, kami pun bertukar-tukarlah barang hantaran. Masing-masing memegang satu barang hantaran untuk dibawa pulang. Siapa yang jadi drebar tak payah bawa barang hantaran, sebab nak bawa kereta. Berebut-rebut kami nak bawa barang hantaran yang berupa makanan yang lazat seperti buah-buahan dan cokelat. Sambil pegang, bolehlah menyuap di mulut.

Kepada keluarga Izzati, seluruhnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana layanan yang diberi sangatlah hebat dan superb. Menyebabkan kami tak berasa canggung ketika berada di sini. Makanan yang disajikan pun power juga. Menyebabkan kami terkenang-kenang anak keenakan sajian yang telah kami makan. Segalanya berjalan sangat lancar. Kini hanyalah doa dan harapan agar segalanya dipermudahkan, agar Syauqi dan Izzati dapat disatukan dengan ikatan yang sah pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui. Amiin.

Bersambung...

Masa untuk berangkat pulang.

Faridz bertuah dapat membawa coklat Ferrero Rocher.

"Nasib kaulah coklat dapat kat tangan aku. Sat lagi pandai-pandailah aku mengerjakannya," bisik Faridz dalam hati.

Masing-masing nak turun ke bawah.

Hati-hati, jangan tersandung.

Abang Zahid juga membawa sebingkis barang hantaran.

Perasan tak? Satu biji coklat sudah hilang. Siapakah gerangan yang mengambilnya???  Sudah tentu bukan Faridz. Sebab Faridz buat muka tak bersalah.

Cuba teka, siapa di sebalik kipas ini?

Bergambar beramai-ramai bersama orang-orang kampung sekelian.

Serta seluruh penduduk daerah ini.

Sama ada dari jauh atau pun yang dekat.

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan kampung kita ini.

Dari serangan nyamuk aedes.

Dan dari taklukan kuman korona.

Yang sedang menguasai bumi pada masa ini.

Semoga kemuafakatan kita ini membawa kemakmuran.

Dan kesejahteraan buat orang-orang kampung semua.

Hidup dan sejahtera selalu!

Jom balik!



Tuesday, January 15, 2019

Apa khabar teman di Raub?

11 September 2018 - Ini ada satu lagi cerita lama. Masa ni Amier belum bersekolah kat SEMESTA lagi. Sabriena belum masuk darjah satu lagi. Malah Syahmie pun masih belum berangkat ke Mesir lagi. Tapi masa tu kawan rapat wife aku, Ienah telah ditimpa kemalangan yang menyebabkan beliau terpaksa banyak berehat dan kurang bergerak. Sebagai kawan rapat, isteriku berhasrat untuk menziarahi beliau yang tinggal di Raub. Sebab Ienah dan suami (Mohamad) memang selalu jugak berkunjung ke rumah kami ketika sihat. Ini adalah lawatan balas dari kami pulaklah.

Isteriku sedang check out kat kaunter.
Duduk berehat di lobi yang lengang sebelum berangkat pulang.
Memang cuma ada kami aje kat sini pada masa ni.
Full house. Seluruh anggota famili ada di sini.
Kami berada di rumah Ienah sehingga tiba waktu isyak. Jadi kami putuskan untuk duduk lepak kat Raub satu malam dan akan bertolak ke Kuala Lumpur pada esok paginya, ketika kami lebih segar. Kami cari hotel di pekan Raub. Lalu terjumpalah satu hotel yang diberi nama Hotel Raub. Kalau tengokkan dari segi design dia, luaran dan dalaman, aku rasa usia hotel ni dah agak lama. Dan kalau ikut tulisan yang tertera di papan tanda, katanya Hotel Raub ni telah wujud sejak tahun 1968 lagi. Lama betul tu! Tak taulah aku kesahihannya. Dari luar hotel ni nampak agak buruk pasal di luarnya menjadi tempat beristirahat burung-burung merpati. Faham-faham ajelah, di mana ada kawanan merpati, di situlah ada najis burung dalam kuantiti yang banyak. Tapi bila kami masuk ke dalam, suasananya agak berbeza. Walau pun design interior-nya agak lama, tapi masih terjaga rapi dan agak bersih. Kami berpuas hati duduk bermalam di sini. Harganya pun boleh tahan jugaklah. Tak silap aku sekitar RM140 kot semalam.

Amier membandingkan kalkulator miliknya dengan kalkulator yang dipamerkan di ruang lobi hotel.
Lama versus baru.
Sabriena bergambar dengan kuda.
Hidungnya dikembangkan macam hidung kuda. Hahaha... kelakarlah Sabriena ni!
Bangun dari tidur keesokan paginya, kami berasa cergas. Sempat bergambar seketika di lobi hotel dan di luar hotel. Kami pulang ke Kuala Lumpur tidak tergesa-gesa. Perjalanan sangat tenang dan alhamdulillah, selamat. And we all live happily ever after. The end.

Bergambar di luar hotel.
Nampak macam buruk aje kan?
Tapi dalamnya boleh tahan.