m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya dari Neuformation Architects 2020

Raya tahun 2020 ini, disambut lagi. Kad ucapan digital disebar luaskan ke serata alam. Mengucapkan selamat hari raya untuk seluruh teman-teman, saudara-mara, dan kenalan, yang duduk berhampiran, atau di negeri-negeri lain di dalam negara. Malah kad ucapan juga disampaikan kepada kenalan yang berada di luar negara. Di planet-planet lain juga turut dipanjangkan kad ucapan aidilfitri ini.

Di penghujung bulan Ramadan, aku telah diminta oleh salah seorang bossku untuk merekacipta kad ucapan raya digital. Tahun 2019, kami pakai gambar projek. Tahun ini pun aku berbuat perkara yang sama. Cari projek lain, cari gambar yang cantik-cantik, bagi effect sikit, letaklah kata-kata manis. Itulah yang selalu diamalkan oleh kebanyakan firma arkitek di Malaysia ni. Lalu aku post dalam group whatsapp. Tanya pendapat boss-boss aku. Boss aku pada mulanya nakkan design yang lebih simple. Tetapi tiba-tiba terdetik dalam fikirannya sesuatu yang agak berlainan. 

Beberapa tahun yang lalu, aku pernah menghasilkan kad raya digital dengan melukis gambar karikatur staf ofis. Boss aku suruh lukis something like that, tetapi pakaikan topeng muka untuk semua karikatur itu. Aku agak sangsi pada awalnya. Aku tanya boss aku, "Are you seriously thinking about using this idea?" Boss aku confirm nak buat macam tu. Katanya masukkan semua muka staf baru, termasuk yang bertugas di tapak projek. Tanpa berlengah, aku pun terus mintak gambar seorang-seorang dan mulalah melukis. Dan hasilnya.... Tadaaaaaa!!!!!!





Sunday, August 11, 2019

Salam Aidiladha 2019

11 Ogos 2019 - Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Pagi-pagi lagi kami sudah ke surau untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Semua melainkan Sabriena menaiki kereta dan bergegas berada di dalam saf untuk memulakan solat. Jemaah tak seramai sewaktu solat sunat aidilfitri dulu. Solat dimulakan pada jam 8.15 pagi. Aku perasan ada juga jemaah yang tiba lewat. Mungkin sangka mereka solat hanya akan bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah selesai solat dan khutbah, kami terus pulang. Jam 9.30 pagi nanti, acara qurban haiwan pula akan dijalankan. Kami perlu menyediakan diri dengan segala peralatan yang ada untuk melaksanakan tugas-tugas yang sedang menanti.

Baru selesai solat di surau.
Amier dalam perjalanan ke kereta.
Kami bertiga pakai jubah pada hari ini. 
Dalam perjalanan pulang ke rumah.
Nak bersiap-siap dengan senjata bekerja pulak.
Pukul 9.30 nanti acara sembelihan qurban akan dimulakan.


Friday, March 7, 2014

Beraya haji di Kg Baru

15 Oktober 2013 - Raya Haji tahun lepas, kami ke rumah makcik saudara kami di Kg Baru. Masa kami pergi ke sana, rumah tu agak lengang. Mungkin saudara-mara yang lain dah pulang kot. Kami nengok makcik kami, Wak Chong masih terbaring di atas katil. Setelah dijemput, kami pun makanlah makanan yang dihidangkan. Kunjungan kami agak pendek masanya. Tapi sangat penting buat kami menjenguk kakak kepada ayahku ini.

Enak menjamu selera.
Self-service. Banyak jugak kami makan.
Sabriena lebih gemar mundar-mandir di kawasan rumah.

Menerima tetamu, Dino di Aidiladha.

15 Oktober 2013 - Sempena Hari Raya Haji tahun lepas, kami ada masak spesel sikit. Tak lah banyak. Sekadar untuk makan sendiri serta menjamu kot-kot ada tetamu yang nak datang pada hari tu nanti. Kalau tak silap aku, kami ada masak lodeh makan dengan nasi himpit. Ada rendang ayam jugak. Dan ada soto Jawa, resipi maid kami.

Bersama adikku dan Dino.
Dino tak puas hati pasal dia tak dapat makan rendang ayam yang ada di tangan adikku.
Salah sorang tetamu yang datang ialah kawan rapat kami - Dino. Dia datang sorang aje. Dia tak balik kampung. Jadi Dino berayalah di rumah kami. Sambil makan sambil bersembang. Kalau tak silap aku, aku anak-beranak ada jemputan raya kat tempat lain. Jadi kami terpaksa beredar dulu meninggalkan tetamu bersama ahli keluargaku yang lain. Selamat hari raya haji untuk semua.

Bersama Dino yang sangat peramah.
Menjamu selera bersama-sama.
Memperkatakan satu topik yang berat - business menjual besi dan batu.
Masih menjamu selera.

Tuesday, November 13, 2012

Jom kita berkorban!

Hari Raya Haji baru ni jatuh hari Jumaat. Jadi kebiasaannya upacara korban lembu dan kambing akan dibuat pada hari berikutnya, sama ada Sabtu atau Ahad. Surau kat tempat aku pun sama jugak. Jumlah lembu semuanya ada lima belas ekor, dan ada dua ekor kambing. Tahun ni, aku, wife aku, kakak adik aku, dan mak aku ada buat aqiqah lembu. Kongsi-kongsilah. Jadi, mau tak mau, aku pun standby-lah kat surau, nak tengok lembu aku yang mana satu. Aku dapat tahu, lembu kami jatuh nombor ke-13. Kenalah tunggu ikut giliran. Satu per satu lembu dikorbankan oleh ustaz-ustaz dan tuan-tuan haji yang dah berpengalaman. Aku memang tak pernah duduk kat surau lama-lama tolong mengerjakan daging korban. Pasal selalunya hari raya qurban aku akan pergi beraya kat tempat lain.

Antara lembu-lembu yang beruntung untuk diqurbankan pada musim haji tahun ini.
Ahli jemaah surau sedang potong daging untuk dimasak buat makan tengah hari.
Sementara menunggu giliran lembu kami untuk disembelih, aku tolong-tolonglah apa-apa yang patut. Malangnya masa tu aku tak bawak pisau pulak. Jadi aku tak bolehlah nak melapah atau memotong, tapi sekadar tolong angkat-angkat lembu ajelah. Kalau nak jugak tolong lapah, aku akan menggunakan gigi aku yang kuat bak gigi singa Afrika. Seronok sungguh aku nengok ahli jemaah ramai-ramai gotong royong mengerjakan daging korban.

Pembedahan jantung sedang dijalankan oleh seorang pakar ke atas seekor lembu.
Upacara melapah lembu sedang dijalankan.
Inilah lembu perkasa yang sangat susah untuk ditumbangkan.
Dalam banyak-banyak lembu tu, macam-macam perangai yang aku dapat tengok. Ada yang relaks, cool aje bila nak kena sembelih. Ada jugak yang menggelabah tak tentu arah, walaupun giliran dia nak kena sembelih lambat lagi. Dan ada satu lembu yang sangat besar, kecil sikit je dari gajah, dan bertubuh sasa, badan berketul-ketul, siap ada six pack lagi kat perut dia, dan muscle macam Mr Universe. Lembu ni memanglah sangat gagah perkasa. Susah betul nak tumbangkan dia, walaupun dah menggunakan ramai orang, walaupun dah panggil badang-badang Malaya. Akhirnya, mesyuarat tergempar diadakan, dan dengan tipu muslihat tertentu, lembu perkasa tadi dapat jugak ditumbangkan dan disembelih dengan selamat. Tang menumbangkan lembu ni, bagi aje kat jemaah warga Indon. Diorang memang berani dan cekap menjalankan tugas. Masa lembu tengah mengganas, siap boleh stunt lagi kat lembu tu nak bagi tumbang.

Lembu perkasa ini akhirnya berjaya juga diqurbankan.
Kain kanvas direntangkan supaya lembu sebelah sana tak nampak nasib lembu sebelah sini.
Okay! Kulit sudah tanggal. Siapa nak kulit lembu buat baju?
Memisahkan daging dari tulang.
Semakin ramai ahli jemaah yang turun padang.
Lembu ini tak berapa besar, tapi sangat lasak.
Imam nombor satu, Ustaz Anuar sedang menghunus pisau untuk memotong daging.
Pakar tulang-belulang sedang beraksi.
Lepas potong tulang ni, bolehlah dimasak sup.
Akhirnya tibalah giliran lembu kami untuk disembelih. Fuuuhhh! Lama sungguh aku menunggu. Lembu kami warna cokelat. (Mungkin perasa cokelat jugak kot). Lembu kami tak berapa besar. Tapi yang best-nya, lembu kami tu sangat redha dirinya disembelih. Diam aje tak melawan. Orang yang pegang lembu tu siap kata, lembu tu baik sungguh. Penyembelihan pun berjalan dengan sangat lancar dan tenang dan selamat. Lepas lembu kami dah disembelih, aku dan Syahmie (yang jugak ada menemani aku kat surau) bergegas pulang ke rumah. Lepas ni nak kena cepat-cepat pergi ke Shah Alam. Ada acara lain yang kami kena pergi. 

Pengerusi surau, Hj Abdul Rahman sedang membacakan nama-nama peserta.
Ini adalah lembu kami. Lembu yang ke-13.
Lembu ni baring dengan relaks dan tenang.
Tuan haji membaca doa sebelum menyembelih.
Takbir dilaungkan jemaah ketika tuan haji menyembelih leher lembu.
Dan lembu pun disembelih dengan jayanya.
Putus sudah dua urat pada leher lembu.
Masa mula-mula datang surau, Amier pun ikut jugak. Tapi lepas acara sembelih kambing dijalankan, Amier mintak nak balik rumah. Dia tak sanggup nengok binatang kena sembelih. Kesian gamaknya. Jadi aku pun hantarlah Amier balik rumah dulu sebelum kembali ke surau dengan Syahmie. Tugas potong tulang dibagi kepada sorang pakar tulang (tapi bukan doktor tulang) yang menggunakan mesin khas yang hebat. Aku harap tahun depan aku boleh tolong gotong royong lagi buat kerja qurban lembu ni.

Kaki-kaki lembu. Aku pun tak tahu hendak diapakan kaki-kaki ini.

Beraya di rumah tauke kambing golek

Pada hari raya haji lepas, kami beraya sampai agak lewat malam jugaklah. Dari rumah Kak Long di Kepong, kami terus meluru ke Keramat, ke rumah tauke kambing golek tersedap di dunia. Kami sampai sana pun memang dah lewat. Banyak jugak makanan yang dah habis. Tapi kami tak kisah, pasal kami memang dah sangat kenyang kerana terlalu banyak makan masa kat rumah Kak Long sebelum ni. Tapi nasib kami baik, kambing golek idaman qalbu masih ada tinggal sedikit lagi untuk kami menikmatinya. Aku pun cuma makan kambing dan sedikit kuih. Lepas tu dah tak boleh nak makan apa-apa lagi. Cuma teringin nak minum aje apabila tekak kekeringan. Walaupun ringkas dan cepat lawatan kami ke rumah Puan Fidah dan Encik Arif, tapi kami berpuas hati kerana dapat jugak hadir walaupun last-last minute. Terima kasih kerana telah menjamu kami. Kami pulang ke rumah dengan berasa sangat letih dan penat longlai. Menanti waktu untuk tidur aje...

Bersama Fidah.
Sedang menjamu mi goreng mamak yang jugak enak.
Syahmie dah tak boleh bergerak. Terlalu kenyang dan penat.
Amier tak sabar-sabar nak pulang ke rumah.

Raya Haji di rumah Kak Long

Pada Hari Raya Haji baru lalu, setelah solat Jumaat dan berkunjung ke rumah seorang teman di Cheras, kami semua berkumpul di rumah Kak Long di Kepong. Masa kami sampai, kaum keluarga dah agak ramai memenuhi rumah. Sedang aku duduk melepak di ruang makan, tiba-tiba datang sekumpulan imam muda dari Al-Azhar Mesir bertandang ke rumah Kak Long. Mereka datang untuk memberikan tazkirah serta mendendangkan nasyid lagu-lagu keagamaan. Kemudian ada pulak sessi latihan akad nikah bagi calon-calon yang bakal menjejak pelamin pada tahun hadapan. Rumah Kak Long jadi bersinar-sinar dengan nur keimanan ketika kehadiran mereka.

Imam-imam muda kelulusan Al-Azhar, Mesir - Sheikh Faisal Al-Yamani, Sheikh Taufiq At-Tabroni, Sheikh Faridzun Al-Zainuri, dan Sheikh Asyraf Al-Fansuri.
Kini dipersembahkan kumpulan nasyid, Al-Hijrah untuk mendendangkan lagu bertajuk Selamat Berkorban.
Juru andam, Ali sedang membetulkan serban pada kepala juru nikah, Sheikh Al-Faridzun Al-Zainuri.
"Mana pengantinnya?" tanya juru nikah kepada sanak keluarga.
Khutbah nikah dibacakan oleh jurunikah.
Sheikh Asyraf terharu sejurus mendengar khutbah nikah dibacakan.
Sementara di luar, sekumpulan anak muda yang mempunyai wajah seiras dengan wajah imam-imam muda tadi sedang sibuk membakar barbeque untuk dijamu kepada tetamu yang datang. Antara yang dibakar di atas grille adalah ayam, udang, kentang, sosej dan favourite aku sotong. Penuh tekun anak-anak muda ini membakar. Dan dengan tekun pulak aku menjamah dan memamah makanan yang telah masak dibakar. Banyak sotong yang aku makan. Kerana itulah makanan kegemaranku. Dan sotong-sotong itu jugak gembira bila dimakan oleh aku. Sesudah makan, berbual, menonton tv, bersalaman dengan saudara mara, kami pun mintak diri untuk pulang. Ada satu rumah lagi yang kami kena pergi. Kali ni kat bahagian Keramat pulak.

Faiisal, Taufiq dan Akid at work.
Asyraf membetulkan kedudukan kentang supaya masaknya lebih sekata. Taufiq pula menunjukkan rupa ayam yang telah masak.
Waaahhh!!! Enaknya!
Asyraf, pakar masak sotong bakar.
Akid membakar barbeque dengan penuh emosi.
Kois dan Toqif. See, one hand only!
Amin dan Ali turut terlibat membakar makanan sampai rentung.
Faridz meletakkan perisa istimewa ciptaannya sendiri ke atas barbeque tadi. Ika tak tahan dengan bau perisa ciptaan Faridz.
Menggunakan kipas elektrik bagi menggantikan kipas manual.
Faiisal memberi isyarat - makanan akan siap dalam masa dua hari lagi. Lama lagi tu!!!