m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label fireworks. Show all posts
Showing posts with label fireworks. Show all posts

Saturday, October 1, 2016

Bunga api dan kanak-kanak dewasa

5 Julai 2016 - Dalam diri orang besar ada jiwa kanak-kanak. Kalau tak banyak, sedikit mesti ada. Sebab tu ada kalanya, menjadi kanak-kanak pada usia dewasa sangat menyeronokkan. Ini kisah malam raya aidilfitri yang lalu. Ini kisah kami main bunga api. Bukan bunga api yang berbahaya yang meletup kuat. Bukan yang percikan apinya memancar-mancar menerangi malam. Bukan jugak yang pergerakannya memintal-mintal bak gasing yang ligat. Ini bunga api bertangkai. Percikan apinya sekadar bak pocket lighter sahaja.

Menyalakan bunga api beramai-ramai.
Farid merakamkan detik seronok ini.
Rakaman buat kenangan semua.
Percikan bunga api sekecil ini sudah cukup untuk menghiburkan kami.
Syahmie dan Wanie dah lama tak main bunga api.
Sebenarnya aku pun tak pasti dari mana kami dapat kesemua bunga api tu. Sebahagiannya diberikan oleh anak saudara kami (yang jugak sudah dewasa). Sebahagian yang lain mungkin diperolehi melalui Farid. Aaaahhh! Tak kiralah. Pokok pangkalnya, bunga api tu memang dah ada kat rumah kami. Maka bila pemegang mohor besar raja-raja buat pengumuman raya aje, kami pun mengeluarkan bunga api tu dari simpanan kami. Sebatang lilin dipasang di atas lantai. Bunga api dicucuhkan ke api berkenaan. Bunga api mula memercik memancar-mancar. Kami gerak-gerakkan tangan kami. Terbentuklah corak bunga api yang cantik. Bak lampu neon. Kami seronok. Seronok sangat.

Sorang pegang satu bunga api.
Tiba-tiba Haziq pasang bunga api das. Kami semua berundur sedikit.
Anak jiran kami, Haziq namanya, serta seorang lagi jiran, keluarga Abang Azlan turut menyalakan bunga api yang lebih mencabar dan mengerikan. Kami mula berhati-hati. Risau takut terkena percikan bunga api yang kelihatannya lebih mengerikan. Kalau Haziq nyalakan aje bunga api yang dahsyat, kami akan berundur mencari tempat yang selamat. Tetapi Haziq dengan selamba dan berani terus aje menyalakan bunga-bunga api tersebut. Kami seronok nengok pancaran bunga api yang dahsyat tu. Cuma kami berasa takut untuk mendekatinya. Al-maklumlah, dah tua-tua ni kami dah tak adventurous lagi. Kira-kira lebih setengah jam jugak lah kami dok main bunga api tu sebelum masuk ke dalam rumah untuk menyambung persiapan menjelang adidilfitri. 

Anak jiran kami, Haziq namanya.
Sabriena menutup telinga. Dia tak suka kebisingan yang terhasil dari pembakaran bunga api.

Tuesday, September 9, 2014

Main bunga api macam bebudak riang Ribena

27 Julai 2014 - Dah lama tak main bunga api. Anak-anak aku pun tak berapa nak merasa main bunga api. Tak macam aku masa kecik-kecik dulu. Ayah aku selalu jugak belikan kami bunga api jenis batang halus. Atau pun kekadang dia beli bunga api yang keluar api warna-warni yang cantik. Tapi mercun, mercun roket, mercum meriam, mercun bola, mercun bom, bom atom, bom tangan dan bom nuklear memang ayah aku tak pernah beli. Cuma aku ada jugak beli mercun roket masa aku dah remaja sikit. Main sorang-sorang kat belakang rumah masa siang-siang hari. Itu aku memang pernah buat. Tapi kesemua jenis mercun yang aku main tu adalah mercun buatan orang lain. Aku tak pulak pernah main mercun buatan sendiri. Sebab aku kalau buat mercun sendiri memang dah sah-sah aku taruk serbuk belerang lebih sikit, magnesium, kalsium dan plutonium, semua aku akan letak. Campur semua sekali. Itu yang aku tak berani buat tu. Takut meletup satu taman perumahan pulak.

Syahmie menunjukkan kepakarannya membakar dua batang bunga api sekali gus.
Anak dan ibu bermain bunga api dengan riang gembiranya.
Yana turut teruja dengan bunga api di jemarinya.
Farid membakar sekepuk bunga api sekali gus. Lepas tu dia jerit, "Panas! Panas!" Lantas dilemparkan bunga api itu ke tanah.
Pada satu hari tu, aku cakap dengan Amier, "Jom malam nanti kita main bunga api". Kat rumah aku ada sedikit stok bunga api dari tahun-tahun sudah yang aku cilok dari rumah kakak ipar aku. Tak taulah masih boleh dinyalakan lagi atau tidak. Dah berhabuk. Penuh melitupi bunga api tu. Entah macam mana, siang tu, wife aku turut membeli bunga api dari penjual di tepi jalan. Maknanya memang sah-sahlah kami akan berpesta bunga api malam nanti. Itu tak ambil kira bunga api yang Farid beli lagi. Entah kenapa, tahun ni banyak pulak bunga api yang perlu kami nyalakan. Tahun-tahun lepas tak pulak macam ni. Kami memang jarang sangat main bunga api. Apa lagi membelinya.

Bunga api yang dilemparkan Farid.
Yana ada tiga bunga api. Korang ado?!
Farid main bunga api sampai api tu tukar kaler jadi black and white.
Adik aku siap ber-selfie sambil bermain bunga api.
Pacakkan bunga api di pasu bunga pulak.
Bunga api di sebelah pokok bunga.
Malam tu kami memang buat pesta bunga api kami sendiri. Taklah gempak macam bunga api KLCC, atau bunga api Putrajaya. Tapi memandangkan kami ni memnag dah lama sangat-sangat tak main bunga api, maka jenis bunga api yang kecil kemetot pun dah mampu membuatkan kami sangat teruja dan seronok. Maka bermulalah episod kanak-kanak Ribena di suatu jalan raya di kawasan perumahan yang hening. Kami main sampai habis semua stok bunga api. Macam syiok aje, walaupun masanya sangat singkat. Bila dah puas jadi orang dewasa, sesekali jadi budak-budak pun ada seronoknya. Kaaannn!

Farid melancarkan 20 das tembakan bunga api kaler-kaler ke udara.
Wanie dengan gaya bunga apinya yang tersendiri.
Yana suka main bunga api. Hari-hari Yana main bunga api.
Wanie pun suka main bunga api. Tapi Wanie tak main bunga api hari-hari. Tak macam Yana.

Monday, August 11, 2014

Syawal 1 2014: Menembak tentera Israel dari jarak jauh

28 Julai 2014 -Petang 1 Syawal, kami berkumpul di rumah Kak Uda sepertimana yang telah dipersetujui oleh setiap ahli keluarga. Balik dari rumah Kak Uda, kami berasa sangat letih dan setelah solat maghrib, kami lelapkan mata sebentar. Kalau ikut cadangan asal, lepas solat maghrib aje terus nak bertolak ke rumah Kak Long. Tapi yang jadinya lainlah pulak. Kami landing kat atas tilam sampai terlajak ke jam 9.00 malam. Walaupun dah agak lewat, kami tetap kena pergi rumah Kak Long pasal memang dah janji nak berkumpul kat sana pulak.

Kapten Pian melancarkan roket BUK.
Sasarannya adalah kereta kebal tentera Israel.
Satu lagi roket berpandu yang menghala ke Tebing Barat.
Taqif menutup telinga kerana bunyinya yang sangat bising.
Menutup telinga supaya bingit letupan roket tak kedengaran.
Dalam keadaan agak mengantuk, aku pun drive-lah kereta menghala ke Kepong, ke rumah Kak Long. Masa kami sampai sana, Abang Karim sekeluarga dah pun ada kat situ. Tak lama setelah kami sampai, Abang Zahid pulak sampai dengan batalionnya. Turut hadir termasuklah Akid, Along Fahmi, dan ada lagi beberapa kaum keluarga yang aku pun dah tak berapa ingat siapa. Ada jugak yang dah datang lebih awal dan telah pun pulang.

Jangan betulkan gambar ini. Memang semua ahli keluarga sedang berbaring pasal dah terlalu penat beraya pada siang harinya.
Wajah-wajah letih Nicha dan Nana.
Kat rumah Kak Long kami dah tak berapa berselera nak makan sangat pasal memang perut dah kenyang pun. Kami makan sikit aje. Cuma lama bersembang dengan adik-beradik dan biras-beras-padi-nasi. Dan aku jugak mengambil kesempatan untuk tidur bagi recharge tenaga dalaman sebelum memandu pulang ke rumah. 

Abby dan Syafiq bersengkang mata di rumah Mak Long.
Amier sedang melayan kehendak perutnya.
Satu-satunya aktiviti yang agak menarik ketika di rumah Kak Long adalah acara menembak tentera Israel menggunakan roket BUK missile launcher. Ketua operasi serangan dipimpin oleh Kapten Pian. Berpuluh-puluh roket dan peluru berpandu telah dipasang oleh Pian menerjah angkasa raya menghala ke sasaran di kawasan Tebing Barat. Setiap roket yang dilancarkan, menepati sasaran dan telah berjaya menjatuhkan sebegitu banyak jet pejuang tentera Israel. Setelah tentera Israel berundur, barulah serangan dihentikan untuk seketika. Dan kami yang dah berasa sangat mengantuk pun pulanglah dengan perasaan selamat kerana tidak lagi diganggu oleh puak rejim zionis yang tadinya mengganas tak tentu hala.

Berssembang dua biras yang paling akrab - Abang Zai dan Abang Zahid.
Arif Danial tumpang sekaki.