m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label swim. Show all posts
Showing posts with label swim. Show all posts

Thursday, August 12, 2021

Ringan-ringan di Kalumpang

4 June 2017 - Kita singgah kat Kalumpang sekejap, tempat birasku dan kakak iparku - Dato' Abang Hasni dan Datin Kak Ogie. Tak silap aku masa ni bulan puasa pada tahun 2017. Aku pun tak ingat kenapa kami ke sana pada hari tu. Tapi tak kisahlah. Anggapkanlah kami ni telah masuk ke dalam teleport machine dan accidentally kami ter-sampai ke Kalumpang Resort and Training Centre secara tak sengaja. Kami sampai sana kira-kira jam 9.00 pagi. Dah sampai sana kira layan ajelah. 

Aku terus menyiapkan dua batang joran teleskopik, meletak umpan pada mata kail dan terus melemparkan umpan ke dalam air sungai yang mengalir laju. Target aku sudah tentulah ikan tengas daun. Tetapi Sungai Inki ini juga turut didiami oleh ikan tilan, limbat, seluang, dan labi-labi. Malah kalau beruntung, boleh mendapat ikan kelah juga. Seingat aku, tidak seekor ikan pun yang berjaya kami naikkan pada hari itu. Yang menggetu memang ada, tapi malu-malu untuk terus ngap mencuri umpan.

Dua batang joran sedang menanti untuk memerangkap ikan-ikan di air.

Inilah joran teleskopik kegemaranku.

Joran yang pernah menaikkan ikan-ikan saiz monster seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus biru bersalut tepung.

Air di sini cukup deras. Tapi di spot ini aku pernah menaikkan ikan tilan dan ikan tengas daun.

Bergambar dengan background batu besar warna kuning.

Batu ni jadi kuning sebab kena cat kot?

Amier dan Sabriena.

Amier dan Sabriena memang suka kalau dapat terjun berendam dalam sungai.

Amier mungkin kesejukan sebab dia pakai jeket.

Sabriena tak bawak pakaian mandi. So, dia duduk kat darat ajelah kali ini.

Kat darat pun okay jugak.

Tak buat apa-apa aktiviti pada lawatan kali ini.

Duduk berehat-rehat sajalah.

Sambil mendengar bunyi air sungai mengalir.

Itu dah cukup membuat kami terhibur.

Duduk bersantai.

Selain famili kami, famili Kak Esah pun ada di sana juga. Syura and gang siap main flying fox lagi dan terus menjunam ke dalam sungai yang airnya mengalir deras. Beberapa kali kami tengok Syura menaiki flyng fox itu. Hati kena kental juga sebenarnya. Zuuurrr... dia meluncur, dan dush!!! Menjunam ke air!

Kami tidak terlalu lama di Kalumpang. Sekitar pukul 1.00 tengah hari (lebih kurang) kami terus memandu pulang menghala ke Kuala Lumpur. Serius aku tak ingat kenapa kami ke sana. Mesti ada sebabnya. Sayangnya Melayu mudah lupa. He he he... Kami sampai rumah kira-kira jam 2.15 petang dengan Encik Selamat.

Syura sedang bersedia untuk menaiki flying fox.

Pengembaraan bermula.

Pecutan 450 km/jam.

Dan semakin laju melepasi 600 km/jam.

Dan terus menjunam ke air. Blooosh!!!

Ini Angah Nabiha ke?

Amier merenung jauh ke jeram sungai.

Sabriena dah bersiap sedia untuk pulang.

Tapi nak bergaya dulu.

Jom kita balik KL.

Dan kami pun terus teleport sampai rumah.


Saturday, February 11, 2017

Bagan Lalang 2016: Jom berenang!

Bahagian 5

Sebelum ni kami dah sambut hari jadi Amier kat bilik resort. So, perut masing-masing dah kenyanglah. Tapi, kalau pergi bercuti anak-beranak ni, kalau tak ada adegan mandi-manda dalam kolam memang tak sah. Tak cukup syarat. Tak syiok! Especially Amier dan Sabriena. Kalau mereka ternampak aje kelibat swimming pool kat satu-satu resort atau hotel tu, mesti dua beradik ni akan bertanya, bila boleh mandi kolam? Itu soalan wajib. Dan wajib jugaklah kami menjawabnya. Dan memberi kebenaran untuk mereka luangkan masa, sekurang-kurangnya satu sessi untuk berenang di kolam.

Sabriena happy dapat swimming.
Baru selesai melakukan kuak kupu-kupu 15 lap.
Rasa tak puas pulak. Macam nak berenang lagi.
Menengok abangnya, Amier melakukan apungan badan.
"Are you okay?" tanya Sabreina kepada Amier.
Amier menggunakan kuasa apungan perutnya.
Setakat ni Amier dah berjaya terapung sambil terlentang selama dua setengah minggu.
"Uhuk uhuk!" Amier terbatuk lantas berhenti dari terus mengapungkan badannya.
Sabriena memberikan pertolongan cemas.
Amier masih cuba nak mengapungkan badan. Nak pecahkan rekod alam semesta katanya.
Rekod alam semesta kini sedang dipegang oleh alien dari planet Musytari kira-kira tiga tahun lepas.
Kolam mandi kat Seri Bayu ni letaknya kat sebelah kafeteria. Cuma saiznya tu kecil sangat. Sekangkang kera. Anak kera pulak tu! Anak kera yang lahir tak cukup bulan pulak lagi!! Kalau sepuluh budak masuk dalam kolam, kena kuak budak baru boleh dapat air. Memang kecil sungguh! Tapi budak-budak ni tak kisah. Janji dapat celup badan dalam air dah kira okay-lah tu. Dapat berkuyupan sedikit sebanyak kira puas hatilah mereka.

Sabriena pulak nak pecahkan rekod Michael Phelps.
Kejap lagi nak buat renangan pantas.
Tengah ambil mood sebelum memulakan renangan.
Amier pulak baru lepas buat terjunan papan anjal kayu jati.
Amier tak puas hati pasal pengadil cuma bagi dia purata point sebanyak 9.8 aje.
Berenang bersama-sama.
Sekarang Sabriena sedang cari ikan kaloi kat kolam pulak.
Aku ajak Amier dan Sabriena mandi masa tengah hari. Masa time panas terik. Masa tu budak tak ramai. Dapatlah kami conquer kolam tu. Kalau ada bebudak dari famili lain pun, taklah ramai sangat. Masih boleh manage. Aku biarkan dua beradik tu berenang-renang dengan gaya mereka sendiri. Aku sekadar monitor dari darat sambil ambil gambar. Kekadang Amier buat terjunan triple somersault. Bak Pandalela Rinong. Aku biarkan aje. Dan ada kala yang lain Sabriena pulak buat renangan kuak rama-rama rajah brooke. Sampai berpuluh-puluh lap. Pun aku biarkan. Bagi mereka penat. Biar cepat lapar. Cepat letih. Cepat mengantuk. Dan cepat tidur. Lepas mandi nampak gayanya dua beradik tu sangat-sangat puas hati. Tersengih-sengih bila keluar kolam. Tanda full satisfaction. Okay. Lepas ni kita buat aktiviti lain pulak.

Bersambung...

Sabriena menang katanya.
Saling bergandingan.
Amier sedang himpunkan tenaga dalaman.
Jelas terpancar keseronokan di wajah Sabriena.
Sekarang Sabriena nak tangkap ikan kerapu pulak yang tersesat kat kolam mandi.
Amier bangun setelah puas berenang.