m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, August 29, 2012

5 Syawal 2012: Menerima tetamu

Pagi Khamis kami bersantai-santai kat rumah. Memang niat nak jalan beraya, tapi petang-petang sikitlah pasal penat travel jauh tu masih terasa lagi. Sedang aku berehat sambil menonton tv dan main komputer, tiba-tiba Syahmie bagi tau aku, Wak Sunar nak datang rumah. Wak Sunar tu ialah sepupu aku sebelah ayah aku. Aku panggil Abang (Dato') Sunar.

Kak Ema dan anak sulungnya.
Sedang melayan tetamu makan juadah.
Setelah beberapa ketika menunggu, akhirnya sampailah Abang Sunar dengan Kak Ema serta anak-anak dan menantunya. Aku biarkan mereka bersembang panjang dengan ayah dan mak aku. Aku cuma menyambil-nyambil aje. Nasib baik ada jugak beberapa jenis juadah yang boleh dihidangkan kepada tetamu.

Abang Sunar dan menantunya, Shariman.
Abang Sunar dan anak bongsunya.

4 Syawal 2012: Rehat dan rawat di Pagoh

Perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur bermula selepas kami pulang dari menziarah jenazah di Stulang Darat. Sedikit sebanyak aku rasa mengantuk jugak drive petang-petang hari. Di R&R Pagoh kami berhenti seketika untuk minum dan makan petang. Aku order nasi goreng, dan pekena air panas. Segar sikitlah. Lepas makan, aku nengok maghrib pun dah macam nak menjelang. Okaylah. Solat dululah baru teruskan perjalanan.

Dah sudah makan dan minum.
Menghayati bunyi burung-burung berkicau kat pokok waktu senja.
Di R&R Pagoh waktu maghrib, banyak sungguh burung dari pelbagai spesis berterbangan dari kejauhan dan hinggap bersarang di pokok-pokok tepi lebuhraya. Hingar bingar jadinya suasan kat situ. Amier siap tutup telinga. Mula-mula aku ingatkan burung walit. Tapi bila aku amat-amati, macam bukan aje. Abang Leman kata itu burung tiong. Abang Khalid pulak kata itu burung gembala kerbau. Adik beradiklah tu kan?

Sekali lagi aku berhenti kat R&R setelah agak mengantuk bila memandu. Aku beli minuman dan jagung cawan kat stesen minyak Petronas. Dan dari sini aku terus memandu sampailah ke KL, sampai balik rumah. Memang penat betul. Tidur pada malam tu pun agak awal jugak.

Koas dan Kak Esah.
Kak Esah sedang buat kelakar zaman Jepun. Ayah Atan pun ketawa.
Ibu dan anak.
Koas, Abang Khalid dan Abang Leman.

Tuesday, August 28, 2012

4 Syawal 2012: Ziarah kematian di Stulang

Dari Ulu Tiram kami bergegas pulak ke Stulang Darat pasal kami telah dapat khabar ketika di Ulu Tiram bahawa ada kematian di kalangan saudara mara. Yang meninggal tu ialah isteri kepada sepupu Ayah Atan. Rumahnya tak jauh dari rumah Allahyarham Pak Long Leng.

Ketika kami sampai, jenazah masih belum tiba dari hospital. Setelah menungu seketika, barulah jenazah sampai. Pengurusan jenazah telah dilakukan ketika di hospital lagi. Bila sampai rumah, jenazah terus disembahyangkan, dan terus dibawa menaiki van untuk ke tanah perkuburan Islam. Setelah itu berlangsung, barulah kami mintak diri untuk pulang ke KL. Waktu tu hujan sedang turun renyai-renyai.

Van jenazah diparkir di tepi jalan.
Sebahagian dari ahli keluarga.

4 Syawal 2012: Ke rumah pakcik yang bongsu

Rumah yang terakhir yang kami lawat masa kat Ulu Tiram ialah rumah Pakcik Mail, adik bongsu Ayah Atan. Sebelum ni kami dah jumpa Pakcik Mail kat rumah Makcik Doyah. Dia tengah bantu membetulkan bumbung rumah Makcik Doyah yang telah diterbangkan angin kencang.

Menapak ke rumah Pakcik Mail.
Dah nak sampai.
Pakcik Mail duduk dengan anak dan cucu-cucunya. Sorang pun aku tak cam, walaupun masa kami bersembang, ada di antara mereka yang keluar meraikan kami sekali. Aku cuma fokus pada aku punya makan aje. Salah satu cerita yang menarik perhatian aku adalah kisah ikan-ikan kampung seperti haruan dan keli dah membiak balik kat Sungai Tiram. Aku jeling kat Ayah Atan, menandakan jom kita pergi mancing kat situ. Tapi waktu agak terhad, tambahan lagi macam nak hujanlah pulak. Jadi angan-angan aku nak pergi mancing kat Ulu Tiram terpaksalah aku simpan dalam diri aku sendiri aje. Aku sebenarnya dah siap bawak cacing tanah dari KL lagi. Manalah tau, kot-kot ikan kat Johor lebih tertarik kepada cacing KL.

Di hadapan rumah Pakcik Mail.
"Assalamualaikum! Kami datang nak beraya!"
Bersembang adik beradik.
Sedang asyik mendengar cerita Pakcik Mail.
Bersantai di ruang tamu.
Koas di suatu sudut terpencil rumah.
Amier sedang melayan makan.
Koas dan isteriku.
Macam biasa - lepas makan dan minum, mestilah bersalaman dan bermaafan sebelum melangkah pergi untuk ke tempat lain pulak. Masa kami kat rumah Pakcik Tambi, sebenarnya kami dapat berita dari Kak Bainah (anak Makcik Doyah) yang isteri kepada sepupu Ayah Atan (Pakcik Zaaba) telah meninggal dunia di Stulang Darat. Rumahnya tak jauh dari rumah Allahyarham Pak Long Leng. Jadi kami dah putuskan untuk menziarahi mereka pada petang tu.

Bergambar dengan Pakcik Mail.
Masa ni Pakcik Mail baru lepas repair bumbung rumah Makcik Doyah.
Pakcik Mail dan Ayah Atan.
Kami sempat buat solat jamak takdim zuhur dan asar kat masjid yang telah dibina atas tanah wakaf nenek isteriku. Aku nengok bahagian wuduknya telah di-upgrade. First time aku nengok design yang macam tu kat masjid atau surau. Dengan kemudahan seperti ini, diharapkan lebih ramai lagilah ummat Islam yang memakmurkan masjid ini.

Tempat wuduk yang telah di-upgrade.
Koas sedang berwuduk.

4 Syawal 2012: Bersua Pakcik Mon yang cool

Dari rumah Pakcik Tambi, kami terus ke rumah Pakcik Mon. Pakcik Mon ialah pakcik wife aku yang paling cool. Dia tak banyak cakap, tapi banyak senyum. Masa kami datang, dia memang ada kat rumah. Kami disambut dengan mesra oleh seisi keluarga, termasuk anaknya, Kak Siput dan menantunya Abang Maya.

Mengunjungi rumah Pakcik Mon.
Di hadapan rumah.
Amier sempat melayan ayam yang berlegar depan rumah.
Kebetulan aku duduk sebelah isteri Pakcik Mon. Nama dia aku tak tau. Jadi aku pun mulakan bicara dengan speaking bahasa Jerman. "Cik waras?" Dia pun membalas sapaan aku dengan menggunakan bahasa Jerman jugak. Kami senyap seketika, pasal masing-masing habis modal. Kemudian isteri Pakcik Mon menanya aku sesuatu dalam bahasa Jerman jugak. Alamak! Setakat ni aku masih boleh faham lagi. Tapi aku takut kalau dilayan sangat, nanti keluar bahasa Jerman yang lebih pekat. Dan silap haribulan, terpacul keluar pulak dari mulut aku perkataan "Heil Hitler!!!" Jadi aku ringkaskan perbualan dan duduk renggang sikit dari isteri Pakcik Mon. Dan mulutku lebih banyak mengunyah dari berkata-kata.

Bila Abang Maya duduk sebelah aku pulak, aku terus speaking bahasa Melayu standard. "Apa khabar Abang Maya? Apakah aktiviti anda sepanjang Syawal ini? Apakah anda telah menziarahi banyak rumah sanak saudara? Bla bla bla..." Jadi sepatah perkataan Jerman pun aku tak lafazkan, takut terperangkap lagi.

Pakcik Mon dan isterinya.
Melayan kucing manja.
Amier dan Kak Esah.
Lepas makan sembang yang lebih kurang, kami pun mintak diri untuk beredar. Kami akan ke rumah Pakcik Mail pulak, adik Ayah Atan yang bongsu. Rumahnya pun tak jauh jugak dari situ.

Bersama Pakcik Mon.

Monday, August 27, 2012

4 Syawal 2012: Ziarah Pakcik Tambi

Rumah tiga beradik ni, Pakcik Tambi, Pakcik Mon dan Pakcik Mail terletak sangat berdekatan. Kalau salah sorang terbatuk pun yang lain boleh terdengar. Pasal memang dekat sangat rumah-rumah yang tiga buah ni.

Di luar rumah Pakcik Tambi.
Kami ke rumah Pakcik Tambi. Pakcik Tambi sedang berehat di rumah. Nampak dia pun kurang sihat. Kalau tak salah aku Pakcik Tambi ada masalah jantung sikit. Anak dan cucu ada jugak yang tinggal sekali dengan dia. Kedatangan kami disambut dengan gembira oleh Pakcik Tambi. Masa kami datang pun ada tetamu lain jugak yang beraya kat situ. Kami buat hal kamilah dengan memakan kuih-muih yang terhidang. Makanan yang terhebat yang kami jumpa kat situ ialah wajik perasa duriannya. Memang hebat!

Kami kat rumah Pakcik Tambi tak lama sangat. Lepas tu kami mintak diri untuk ke rumah Pakcik Mon pulak.

Dalam rumah.
Pakcik Tambi nampak tak berapa sihat.
Bersembang sambil makan-makan.
Isteriku dengan Pakcik Tambi.

4 Syawal 2012: Menjenguk Pakcik Bakar

Kawasan rumah yang mempunyai lanskap semulajadi yang paling menarik adalah di kawasan rumah Pakcik Bakar. Itu pendapat akulah. Laluan berbukit ke rumahnya aku rasa agak mencabar tetapi sangat fotogenik. Aku rasa ni mungkin baru first time aku sampai kat rumah Pakcik Bakar. Selalunya aku ke rumah anaknya yang terletak di sebelah bawah sedikit.

Amier mendaki cerun ke rumah Pakcik Bakar.
Rumah Pakcik Bakar.
Pakcik Bakar duduk berseorangan setelah arwah isterinya meninggal suatu ketika dulu. Sekarang Pakcik Bakar jadi orang penting masjid. Macam kat rumah-rumah lain jugak, kami dijamu dengan juadah kuih muih dan minuman bagi penghilang dahaga. Aku dengan Koas lebih banyak menghabiskan masa kat sebelah luar rumah, di serambi. Lebih nyaman kat luar pasal ada angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup. Lagi pun aku cukup suka nengok pokok-pokok yang tumbuh melata kat sekeliling rumah.

Bersantai di serambi depan rumah.
Koas dan mamanya.
Koas - jejaka terhangat di pasaran.
Bersama Amier yang sangat teruja berada di kampung.
Masih dengan Amier.
Amier buat gaya ayam.
Tiga beranak.
Masa aku kat dalam rumah, aku nengok cara Pakcik Bakar bercerita sama sebijik macam cara dan gaya Ayah Atan bercerita. Memang saling tak berbeza gelagatnya. Aku biarkan Ayah Atan dan Pakcik Bakar terus rancak berbual, sedang aku melayan Amier bermain-main kat luar.

Ayah Atan dan Pakcik Bakar.
Dua adik beradik.
Bersama Kak Esah.
Bergambar dengan Pakcik Bakar.
Amier sangat teruja bila melihat ayam kampung bermain dan mengais tanah mencari makan. Aku juga pernah diberi tahu, kadang-kadang ada babi hutan berkeliaran kat tepi rumah yang ditumbuhi belukar kat sekelilingnya. Tapi masa kami kat situ tak nampak pulak kelibat babi hutan. Setelah beberapa ketika kat sana, kami pun bersalaman dan minta diri. Kami nak ke rumah Pakcik Tambi pulak lepas ni yang jugak terletak berhampiran.

Amier di lorong misteri.
Masa untuk beredar.
Amier buat gaya ayam serama sedang menari-nari.
Ini di kawasan rumah anak Pakcik Bakar.

Perjalanan pulang.

Menuruni cerun yang cantik.
Kak Esah.
Perlu hati-hati menuruni lereng yang licin ini.
Amier dan ayam.