m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label usj. Show all posts
Showing posts with label usj. Show all posts

Thursday, May 28, 2020

11 Syawal 2019: Beraya di USJ

15 Jun 2019 - Bila masuk minggu kedua bulan Syawal, kami dah mula slow down sikit pasal dah mula masuk pejabat kerana bekerja. Jadi kena tunggu hujung-hujung minggu baru ada kesempatan untuk berjalan dan melawat saudara-mara serta teman-teman sambil beraya. Salah satu weekend tu kami telah berkunjung ke rumah pakcik kami di USJ - Pakcik Rizal. Ibu tak dapat ikut. Masa tu mungkin Ibu kurang sihat atau penat. Jadi kami pergilah bersama adikku dan anak saudaraku, Yana.

Isteri dan adikku sedang mendapatkan makanan.
Wanie juga kini berada di meja makan.
Sekarang di ruang tamu pula.
Bercerita panjang dengan Pakcik Rizal.
Sambil makan biskut raya di ruang tamu.
Mendengar cerita Pakcik Rizal.
Semua kuih-muih ini mempunyai rasa yang enak.
Kena cuba satu per satu.
Lepas tu minum air.
Banyak betul Sabriena makan kuih raya.
Kalau boleh, satu balang nak dihabiskannya.
Sabriena buat-buat terkejut bila ditegur.
Masa tu tak ada orang lain yang datang beraya di situ rasanya. Jadi kami dapat bersembang dengan Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan dengan lebih lama dan fokus lagi. Kami makan kuih muih dulu. Lepas tu baru makan ketupat daun palas serta serunding daging. Lepas itu disudahi dengan kuih-muih sekali lagi sebelum dibilas pula dengan air sejuk atau panas. Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan memang suka bertanya khabar, terutama tentang Ibu yang sedang duduk di rumah. Juga tentang perkembangan anak-anak, dari segi pelajaran dan status diri. Dan kami pun berceritalah satu per satu. Untuk makluman semua, Pakcik Rizal ialah adik bongsu kepada ibu kami. dan merupakan seorang yang sangat peramah dan lemah lembut. Makcik Noorizan pun begitu juga. 

Sebelum beredar, kami sempat bergambar di halaman hadapan rumah Pakcik Rizal yang sangat cantik. Taman rumah ini memang terbela rapi dan sangat fotogenik. Kalau tak bergambar rasa macam tak lengkap kunjungan kami ini. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan sekeluarga. Semoga pada suatu hari yang aman, yang bebas dari wabak covid-19, kita akan bersua dan bersembang panjang lagi.


Makcik Noorizan juga duduk bersembang dengan kami.
Mendengar cerita Pakcik Rizal lagi.
Sambil makan kuih dan minum air teh-o.
"Jemputlah rasa semua kuih ni", kata Makcik Noorizan.
Pakcik Rizal memerhatikan saja kami makan kuih sebegitu banyak.
Bergambar di taman yang cantik.
Tukar design beberapa kali, tetapi tetap cantik.
Pokok bunganya semua menjadi.
Yana pegang pipi Sabriena yang tembam.
Bergambar solo pula.
Sekarang group photo dengan host pula.
Satu pose free style sebelum beredar.



Wednesday, August 22, 2018

Pasca Syawal 2018 - Rumah Pakcik Rizali

15 Julai 2018 - Kadang-kadang kita bawak kereta terlalu laju atas highway. Lalu kita terlajak melewati tempat yang kita nak tuju. Kadang-kadang kita boleh patah balik. Tetapi kadang-kadang kita tak boleh buat u-turn. So, layan ajelah pergi kat tempat yang kita dah terlajak tu.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal bawak kereta atau pasal highway. Aku nak cerita pasal pergi beraya. Kami nak pergi beraya di rumah Pakcik Rizali. Tapi kebetulan tiap-tiap hujung minggu Syawal kami pack dengan agenda. Jadi, postpone punya postpone, akhirnya kami tiba jugaklah ke rumah Pakcik Rizali. Tapi masa tu dah terlepas bulan Syawal. Dah masuik Zulkaedah. Tak kisahlah. Janji dapat juga kami beraya dengan pakcik kami yang sorang ni.

Yana dan Pakcik Rizali.
Pakcik Rizali bersama Yana dan ibuku.
Farid dan adikku.
Yana dan ibuku.
Sedang menjamah kuih pastry yang enak.
Tengoklah baju Amier yang basah.
Sabriena cuba menyorok di belakang almari kayu.
Sabriena di bangku kayu pulak.
Dua beradik dengan sedang menyelongkar beg.
Walaupun dah terlajak sikit ke bulan Zulkaedah, namun suasana raya masih lagi maintain macam biasa. Bezanya cuma suasana agak lengang pasal tak ada tetamu lain yang datang. Jadi kami bolehlah besembang dengan lebih konsentrasi bersama keluarga Pakcik Rizali dan Makcik Noorizan. Juadah yang disajikan tetap sama macam juadah hari atau bulan raya - nasi dagang Terengganu special. Amier makan nasi dagang punyalah banyak. Bagaikan selera seorang pedagang yang ingin berdagang. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kerana tetap sudi melayan kami yang datang beraya pada bulan Zulkaedah. Moga Allah memberkati kehidupan pakcik dan makcik kami dunia dan akhirat. Ameen.

Ibuku happy dapat bersembang dengan adik bongsunya.
Yana layan i-phone aje.
Bersembang adik-beradik.
Amier dan Sabriena.
Tengok apa tu kat i-phone?


Saturday, September 26, 2015

23 Syawal 2015: Beraya di rumah Pakcik Rizali

8 Ogos 2015 -Sebelum kami berkunjung ke rumah Zahin, kami telah pergi beraya di rumah Pakcik Rizali dulu. Kami satu keluarga pergi beraya di sini, melainkan ayahku aje yang berasa agak kurang sihat pada ketika itu. Setelah meredah kesesakan lalu-lintas yang tak begitu kronik, kami pun sampailah ke destinasi - rumah Pakcik Rizali. Di sana kami dapati keluarga Kak Ana dan Abang Mohd Nor telah mula menyantap juadah istimewa - nasi dagang Terengganu. Kak Ana datang dengan anak-anak dan menantu-menantunya sekali. Kak Eli dan Kak Yanti pun ada jugak. Kami pun tak tunggu lama untuk memulakan makan nasi dagang yang sangat hebat ini, hasil air tangan Makcik Noorizan. Sebelum memulakan makan, hendaklah kita membaca doa makan. Kemudian hendaklah kita berpantun dulu. Begini pantunnya:

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
DAGANG Pak Malau DAGANG bertempat,
DAGANG hamba musafir lalu.

Lepas tu barulah boleh makan nasi dagang tu dengan gembiranya.

Abang Zul (suami Kak Yanti) dengan salah seorang menantu Kak Ana.
Amier dan nasi dagang. Amier suka makan ikan dia.
Yana dan Sabriena yang comot.
Abang Mohd Nor dan Pakcik Rizali sedang berbual mengenai tragedi di Mina baru-baru ini.
Sisters in the house.
Kombinasi adik-beradik, anak-anak, makcik-makcik dan sepupu.
Ibuku bersantai di atas kerusi roda.
Sabriena bersama Atuk Rizali.
Pa dan baby-nya yang sangat comel.
Menikmati juadah masakan Malaysia.
Bersembang sambil makan-makan.
Amier masih setia dengan nasi dagang.
Nasi dagang jugak nampaknya sangat setia dengan Amier.
Yana dan neneknya.
Kat rumah Pakcik Rizali, kami memang tak buat benda lain. Kami biarkan orang-orang tua bersembang pasal hal-hal semasa. Dan aku serta anak-anak akan menikmati dengan sepenuhnya keenakan segala juadah yang telah disediakan. Selain nasi dagang, ada jugak ketupat Pallas. Ketupat Adidas dan Nike tak sempat nak dibuat dan dihidangkan. Kami makan kuih-muih, minum air dingin, releks-releks kat laman rumah. Sampailah datang arahan untuk pulang ke rumah. Kepada Pakcik Rizali dan Makcik Noorizan, kami ucapkan terima kasih kerana menjemput. Juadah yang dihidangkan sangat-sangatlah sedap. Nanti kalau ada masa lapang, kami datang lagi ya?

Makcik Noorizan melayan tetamu setelah penat menyediakan makanan di dapur.
Family photo sebelum bersurai.
Sabriena bersantai di laman rumah.
"Satu Malaysia", itulah laungan Sabriena.
Amier pun duduk kat laman rumah jugak.
Nyamannya mendapat udara segar di taman.
Kalau tidur lagilah seronok, kan?