m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label flower. Show all posts
Showing posts with label flower. Show all posts

Friday, July 23, 2021

Cameron Highlands: Beli bunga comel

Bahagian 15 (Akhir)

26 Disember 2015 - Selesai melawat dan bergambar di Pusat Teh Boh di Sungei Palas, kami terus bergegas menaiki kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Oh! Tapi ada satu perkara lagi yang kami belum buat. Kami belum beli bunga secara besar-besaran! Lalu kami cari tempat jual bunga-bungaan yang agak besar mengharapkan dapat membeli bunga dengan harga yang berpatutan. Di satu lokasi yang aku pun dah tak ingat kat mana, kami berhenti. Kami melihat-lihat di sekeliling dan meninjau-ninjau bunga apakah yang paling cantik dan menarik untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Orang yang paling teruja sudah pastilah isteriku.

Isteriku sedang memilih dan membeli bunga citra lestari.

Penjual bunga dengan berat hati berkata, "Nah. Lu amik lah ini munga. Gua sudah tak mau nengok lagi".

Lawa juga bunga ini.

Sedang memilih bunga lain pula.

Memang banyak gerai yang menjual bunga di sini.

Anak-anak pokok bunga ros dalam pasu.

Bunga ros adalah bunga yang paling popular.

Kalau ikutkan hati, nak angkut kesemua pokok bunga ini masuk ke dalam kereta.

Syahmie tolong bawa barang-barang yang telah dibeli mamanya.

Ramai yang membeli-belah di sini.

Syahmie di samping anak-anak pokok kaktus.

Pokok kaktus kecil macam ini sesuai diletakkan di atas meja di pejabat.

Kami telah membeli jambakan bunga yang cantik dengan harga yang tidak mahal. Dan turut membeli beberapa perkara yang lain. Sebentar saja di sini. Lantas berangkat pergi ke arah selatan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Jalan pulang, kami mengikut laluan yang berbeza. Kami ikut jalan yang melalui Tapah. Sebelum sampai Tapah, kami melalui beberapa tempat yang menarik seperti sebahagian tasik dari Empangan Sultan Abu Bakar, Lata Iskandar, serta perkampungan orang asli dan gerai-gerai kecil yang dibuka oleh orang-orang asli tempatan menjual madu lebah serta lain-lain produk hutan yang nampak menarik. Cuma sayangnya waktu itu kami memang sudah agak penat. Target kami cuma nak sampai rumah sesegera mungkin. Jadi kami tidaklah menyinggah di mana-mana melainkan di R&R untuk ke tandas, untuk makan dan minum serta solat. Perjalanan seterusnya agak lancar dan kami tiba di Kuala Lumpur pada lewat petang. Syukur, semuanya selamat. Insya Allah, kalau ada peluang lagi, kami akan mengunjungi lagi tanah tinggi Cameron Highlands. Tapi apakah kami akan menetap di hotel yang menyeramkan itu lagi.....? Tengoklah nanti macam mana.

T A M A T

Meninjau pokok bunga ros pink di luar gerai.

Sabriena dan Mama.

Mama dan Sabriena.

Meliuk lentok badan Sabriena di samping Mama-nya.

Tiba-tiba Syahmie terjumpa bunga ros pink yang nampak misteri.

Syahmie pun menyentuhnya untuk memastikan keturunan spesisnya.

Dan mencium hidu secara mendalam untuk mendapatkan cebisan debunganya untuk dibuat kajian di makmal sains.

Sabriena join abangnya melihat pokok bunga ros kaler pink.

Sabriena juga nampaknya tertarik dengan pokok bunga ros ini.

Inilah bunga ros pink misteri.

Yang ditanam di tepi susur tangan.

Syahmie mencium hidu bunga ros yang ini pula.

Bunga ros yang ini bau macam ayam goreng pulak.

Di sinilah tempat kami memarkir kereta. Ramp-nya sangat curam.

Pemandangan apartment dari jauh.

Ladang bunga di bawah bumbung lut cahaya.


Friday, July 16, 2021

Cameron Highlands: Bersiar-siar di laman

Bahagian 11

26 Disember 2015 - Pagi ini kami bersarapan lagi seperti pagi-pagi sebelumnya. Kami makan makanan Malaya. Kami makan makanan timur. Kami makan makanan barat. Kami makan makanan kutub utara dan selatan. Kami makan makanan dari planet-planet lain yang mengorbit sang suria. Makan sampai kenyang, Makan sampai tersandar. Makan sampai gendut. Makan sampai muntah. Banyak tenaga yang perlu dikumpul untuk digunakan ketika mengembara pada siang hari nanti. Jom makan terussss!!!

Wanie dah selesai makan.
 
Ayam di atas kepala pun dah selesai makan.

Allahyarham Ayah pun senang hati setelah selesai bersarapan.

Ok. Makan lagi sebab dah lapar balik...

Dah selesai bersarapan, kami bersiar-siar di pekarangan hotel. Maklumlah, hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Siang nanti kami sudah nak check-out. Petang nanti kami dah nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Kami mengitari laman dan taman yang ada di sekeliling bangunan hotel. Melihat bangunan-bangunannya. Meninjau pohon-pohon hijaunya. Mengagumi kecantikan bunga-bunga yang tumbuh di sekitarnya. Ambil gambar banyak-banyak. Pakai kamera. Pakai handphone. Pakai mental. Pakai apa saja asal dapat dirakam dan disimpan buat kenangan yang berpanjangan.

Bersambung...

Bersiar-siar di luar dewan makan.

Matahari memancar silau, namun masih terasa kedinginannya.

Sabriena tak dapat melihat pemandangan luas kerana terhalang dengan tembok.

Banyak pokok pain tumbuh di tanah tinggi ini.

Lantai agak basah. Akibat hujan malam semalam.

Pokok ru kah ini?

Berlatar belakangkan bangunan hotel.

Tapi kami tidak menginap di sini.

Gunung-ganang terlihat di kejauhan.

Amier dan Sabriena nak melawat Hansel dan Gretel lagi.

Sambil memakan cebisan rumah ini yang sangat enak.

Kami melawat taman ros pula.

Tumbuh melata di sekitar pekarangan hotel.

Hati-hati dengan duri.

Sekuntum mawar merah.

Sekuntum mawar pink.

Bersama mawar pink.

Pokok bunga mawar sedang berbunga.

Di sekitar taman di tepi bangunan hotel.

Tumbuh-tumbuhan lain yang ada di sini.

Aku sedang mengambil gambar ulat yang paling kecil di dunia.

Kini juru gambar diambil gambarnya.