1 Januari 2014 - Bila masuk tahun baru sudah pastinya anak-anak kena pergi ke sekolah untuk belajar ilmu-ilmu yang patut dipelajari. Anakku Wanie jugak tak terkecuali. Memang betul, Wanie pernah pergi
interview di MRSM Gemencheh. Tetapi kami masih tak tau lagi sama ada dia dapat tempat kat situ atau tidak. Jadi kami bagilah Wanie belajar di sekolah yang sama dengan sekolah sepupunya, Yana belajar dulu - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang. So far aku nengok Yana okay aje kat situ. Lagi pun Faizal Tahir pernah belajar kat sekolah tu jugak masa dulu-dulu. Kira okay-lah tu kannn...?
|
Wanie sedang nervous ketika mula-mula menjejakkan kaki di sekolah baru. |
|
Wanie masih nervous. |
|
Nak menguntum senyuman kecil pun sangat susah bagi Wanie pada saat ni. |
Sebelum hari pendaftaran, kami telah menyiapkan Wanie dengan pakaian sekolah serta peralatan pembelajaran supaya Wanie selesa semasa duduk berasrama kat sana. Pakaian Yana yang Wanie muat turut diberikan kepada Wanie. Jadi kami tak perlulah beli semua barang baru. Mana yang masih boleh pakai, pakailah dulu. Selain dari menjimatkan kos, ia jugak bagi mendapatkan feel sebenar dari bekas senior sekolah Maahad Hamidiah Kajang ni.
|
Mendaftar kelas dan asrama. |
|
Semua borang telah lengkap diisi. |
|
Ramai jugak pelajar baru yang datang mendaftar pada hari ni. |
Kami sengaja bawak Yana bersama pasal Yana memang dah mahir soal selok belok kat sekolah ni. Yana sendiri memang dah kata awal-awal yang dia sendiri pun memang nak ikut hantarkan Wanie. Nanti bolehlah jumpa kengkawan junior dia. Boleh jumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya dulu jugak. Memang Yana banyak membantu, especially masa beli barang kat kedai kooperasi, masa kemas barang kat asrama, dan masa pendaftaran sendiri.
|
Yana membeli barang keperluan di kedai kooperasi. |
|
Semua orang kat kedai kooperasi dah kenal Yana. Termasuklah kucing, cicak dan lipas yang berkeliaran. |
|
Mendengar taklimat panjang lebar dari Pengetua sekolah. |
|
Lama jugak kami kena memanaskan kerusi kat dewan tu. |
|
Yana dengan adik-adik junior-nya. |
|
Tak sangka aku. Popular sungguh Yana kat sekolah ni - macam Faizal Tahir jugak. |
Kami dengar maklumat panjang lebar kat dewan. Memang sekolah ni pun ada reputasi dia sendiri. Dan memang bukan calang-calang sekolah jugak sebenarnya. Setelah hampir jam 12 tengah hari, taklimat pun habis. Dan kami semua terus angkut barang ke asrama.
Perabot kat asrama memang dah agak lama dan ada kunci penyelak yang dah rosak dan tak berfungsi. Kebetulan Wanie dapat almari yang rosak. Jadi aku kenalah pergi cari peralatan untuk memasang kunci penyelak yang baru. Siap kena beli mangga, skru driver, spanar, drill, gergaji, penukul, alatan welding dan chainsaw. Jari aku siap terluka sampai kena panggil ambulan dan bomba. Semua ini sebab nak pastikan almari Wanie dapat dikunci dengan baik.
|
Masih di dewan. |
|
Serius aje semua orang. |
|
Berkemas di asrama. |
|
Kebetulan kunci pintu almari Wanie rosaklah pulak. |
|
Tempat menyimpan barang tak berapa besar sangat. |
|
Belajar bersusah-susah untuk bersenang-senang kemudian. |
|
Kena isi borang jugak masa kat asrama. |
|
Semua orang penat lepas berkemas di asrama. |
Lepas dah siap berkemas di asrama, kami pun pergi ke kantin untuk makan tengah hari. Masa tu dah agak lewat jugak sebenarnya. Perut masing-masing dah agak kelaparan. Makanan yang tinggal kat kantin pun dah tak banyak. Kami makan apa yang ada ajelah. Kami tak makan kat luar sebab nak cepat. Lepas ni kena hantar Syahmie kat Gemencheh pulak.
|
Makan apa yang ada untuk mengalas perut. |
|
Walaupun makanannya tak berapa ohsem, tapi habis licin jugak. |
|
Wanie tak berapa berselera nak makan. Nasi dalam pinggannya tak banyak macam selalu. |
Masa tinggalkan Wanie kat asrama aku tak berasa sedih sangat. Tak macam masa hantar Syahmie dulu-dulu untuk belajar di Gemencheh. Tapi setelah beberapa hari berlalu, terbit jugak rasa rindu kat puteri sulung kami tu. Wanie pulak nampak gayanya macam bercampur baur perasaannya di antara sedih, bosan, dan nervous. Tapi kami nak dia belajar sendiri menyesuaikan diri dengan sekeliling, buat kawan baru, hidup berdikari, fokus dalam pelajaran. Aku dulu pun masa mula-mula masuk asrama kelam kabut jugak. Sama-samalah kita belajar untuk mendewasa. Sebelum beredar, aku sempat peluk cium Wanie sambil memberi kata-kata peransang kepadanya. Semoga Wanie cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
|
Peluk cium sebelum meninggalkan Wanie. |
|
Wanie tengah kontrol perasaanya. Sebab tu dia susah nak senyum. |
|
Tak apa, Wanie. Wanie boleh balik rumah setiap dua minggu sekali. |
|
Bergambar kenangan. |
|
Selamat belajar jadi matang, Wanie. |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa! Inilah Maisarah 1 ABK. Tadaaaaa...!!!
DeleteAssalammualaikum...
ReplyDeleteNak tanya la...mcm mne nk apply smka maahad ni.
Saya cadang nak hantar anak ke sana. Skrg ni dia di smk jln reko, dia tak seronok kat sana sbb kwn2 ramai yg dh dipanggil ke sekolah lain.
Wassalam Ummi Ziela,
DeleteSaya mohon melalui on line. Ada rezeki, dia dipanggil utk belajar di sana based on dia punya result UPSR, UPSRA & kokurikulum.
Boleh juga tanya dekat PK HEM dkt sekolah rendah berkenaan :)
DeleteAssalamualaikum Puan..nk msk sekolah ni wajib ada upsra ke?
Delete"Maahad Cemerlang Budaya Kita" insyaAllah, teruskan mengorek ilmu dan pengalaman di Maahad! Banyak sangat ilmu yang boleh diperolehi di Maahad. Nanti lps habis sekolah, join dgn Alumni PERAMAH, kita sama2 berbakti semula kepada sekolah. Faizal Tahir tak sekolah kt sini kak. Adik dia yg sekolah sini. Sekelas dgn saya :) Tapi ramai personaliti yang sekolah disini spt Bob Lokman, Khairil Rashid (penyampai Sinar FM), Yaasin (Brothers) dan Kumpulan Nasyid Mirwana (tak termasuk Faizal Tahir)
ReplyDeletesincerely,
Super Senior SMKA Maahad Hamidiah (MH29-SPM09)
Terima kasih kerana pencerahan. Semoga tuan sentiasa sukses di dunia dan akhirat.
DeleteSetahu saya, ya. Dia dalam kelompok kategori Sekolah Kluster.
ReplyDeletesekolah ni memang bagus,alhamdullillah anak kedua saya menamatkan pembelajarannya di sini
ReplyDeletesekolah ni memang bagus,alhamdullillah anak kedua saya menamatkan pembelajarannya di sini
ReplyDeleteKalau tgh tahun baru nak masuk mcmana prosedur?
ReplyDeleteMohon tukar sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Refer pada Bahagian Sekolah Agama. Buat rayuan kat situ. Kalau ada kekosongan, dia akan maklumkan. Surat tawaran akan keluar secara online, menyatakan bila tarikh yang pelajar perlu mendaftar.
Deletesalam..Untuk kemasukan tingkat 1tahun 2020..bile bole apply online ye
ReplyDeleteWassalam. Kalau tak salah saya selepas keluar keputusan UPSR & PSRA, sebab semua keputusan ni perlu dimuat naik dalam sistem online.
DeleteAssalamualaikum...UPSR mesti dpt berapa A untuk masuk ke sini..
DeleteJenis asrama atau harian biasa
ReplyDeleteAda asrama, dan ada harian biasa. Pilihan masing-masing.
DeleteApa syarat2 kelayakan diperlukan
ReplyDeleteAssalamualaikum,
DeleteMasa zaman anak saya, untuk dapat straight 5A tak terlalu susah.Tapi sekarang utk dapat straight 6A mahu pun 5A nampaknya lebih sukar. Saya tak pasti pencapaian yg macam mana pihak sekolah tetapkan. Tetapi sekiranya dapat 3A sahaja pun boleh mencuba memohon. Tetapi peperiksaan PSRA perlu dapat keputusan Mumtaz, atau setidak-tidaknya Jaid jiddan. Cuba sajalah. Ada rezeki, dapatlah tempat belajar di situ. Anak saya yang seorang lagi (adik kepada Wanie) dapat masuk jugak walaupun keputusannya tak secemerlang kakaknya. Tapi pada intake yg ke-6.
Assalamualaikum..Saya nak tanya sekolah agama maahad ni kalau tak nak duduk asrama bole berulang alik dr umh ke?dia bukan asrama penuh kan?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh ulang alik dari rumah. Ramai jugak pelajar yang berulang-alik. Maahad memang bukan asrama penuh.
Deletesekolah ini boleh membawa smartphone dan mp3 ke?
ReplyDeleteSmart phone atau phone yg tak smart tidak boleh dibawa ke asrama. Cuma pelajar tingkatan 6 sahaja yg ada kelonggaran utk membawa hp.
DeleteAssalamualaikum.. Nk tnya, smka maahad hamidiah ni ada pengambilan untuk form 4 tak? Apa syarat untuk masuk maahad hamidiah masa f4 ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Nk tnya, smka maahad hamidiah ni ada pengambilan untuk form 4 tak? Apa syarat untuk masuk maahad hamidiah masa f4 ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Nk tnya, smka maahad hamidiah ni ada pengambilan untuk form 4 tak? Apa syarat untuk masuk maahad hamidiah masa f4 ye?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
DeleteMaahad Hamidiah ada mengambil pelajar untuk Form 4. Cuma saya tidak pasti apakah syarat-syarat minimumnya. Sekiranya keputusan PT3 baik, boleh saja cuba memohon.
assalamualaikum maaf bertanya,puan ade email sekolah ni ke?boleh saye dptkan email terbaru?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
DeleteIni alamat email yg saya perolehi dari salah seorang guru di situ. Official:
bra4001@btpnsel.edu.my
Tk
Mmg wajib duduk asrama ke puan?
ReplyDeleteTak wajib. Pelajar-pelajar yg duduk berdekatan sekolah, kebanyakannya duduk di rumah bersama ibubapa. Cuma saya tak pasti berapakah peratus pelajar yg duduk di asrama dan berapa peratus pula yg duduk di rumah. Itu pihak sekolah boleh bagi maklumat
DeleteSalam puan..sekolah ni masa form 4 selain aliran sains tulen, ada aliran apa lagi ya?
ReplyDeleteWassalam. Anak saya maklumkan, ada juga aliran akaun, sains komputer dan ekonomi. Tapi utk maklumat lebih tepat memang kena hubungi sekolah sendiri. Mungkin sekolah ada updates yg baru
DeleteMacam mana anak puan adaptasi semasa form 1 tu? Ok ke dia hingga habis form 5? Overall apa pendapat puan tentang sekolah ni?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bagi saya sekolah ni tak susah untuk anak2 adaptasi, tak seperti sesetengah SBP. Pencapaian akademik juga baik, walaupun mungkin bukan yg terbaik. Tapi rank nya tetap tinggi. Kalau berminat dalam acara memanah, boleh cuba daftar. Mungkin boleh wakili negara satu hari nanti
Delete