m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 2, 2011

Tayar keretaku berdiet

Pernah tayar kereta aku menyatakan hasrat hatinya untuk diet kerana dirasakan dirinya telah terlalu gemuk. Dan berkali-kali tu jugak aku mengatakan bahawa bukan tayar kereta yang kena diet, tapi aku yang kena diet pasal doktor suruh aku turun lagi 10 kilo. Banyak tuuuu!!!

Walaupun telah dinasihati banyak kali, tayar keretaku tetap dengan pendiriannya untuk pergi diet. Beberapa hari dia tak makan, sampai satu pagi tu aku nengok perut dia telah kempis terus dan ini menyebabkan kereta aku tak dapat bergerak. Geram jugak aku dengan tayar aku yang satu ni. Cakap orang degil tak nak dengar. Terpaksalah aku bawak masuk tayar spare yang dah lama duduk kat bangku simpanan. Bukan main happy tayar spare aku. Aku bawak tayar yang kurus tu kat kedai dan bagi dia vitamin kasi gemuk balik.

Selain tu, tayar belakang sebelah kanan pulak dah agak nazak sampai dah terkeluar urat-urat dawainya. Kereta aku jadi berlenggang lenggok dan bergetar bila bawak laju sikit. Aku dah suruh dia rehat, bersara, pencen. Tak nak pulak. Akhirnya terpaksa jugak bawak ke workshop dan cari tayar baru menggantikan yang dah telah uzur tu. Sekarang barulah masalah kereta goyang dan bergetar dapat diselesaikan. 

Aku nak pesan kepada semua, kalau mendidik tayar, hendaklah dari pokok getah lagi. Kalau dah jadi tayar, susah nak dengar kata. Sekian.



No comments:

Post a Comment