m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kamarul ar. Show all posts
Showing posts with label kamarul ar. Show all posts

Friday, August 24, 2018

Aqiqah Ayu Afrina

14 Julai 2018 - Kami mendapat undangan kenduri dari teman dan pengerusi teater kami, Abang Hj Kamarul AR. Ada majlis aqiqah untuk cucu beliau. Jadi kami pun datanglah. Memang lewat kami sampai. Sangat lewat. Tapi lauk-pauk dan kuih-muih masih banyak. Sangat banyak. Masakan kampung. Sangat kampung. Tiada sebarang unsur-unsur urban. Wah! Ini memang juadah kegemaran aku. Tanpa dijemput, aku telah mula mencedok nasi dan lauk-pauk yang terhidang.

Perbualan tengah rancak - Marup dan Rosli.
Masih berbual - Along Yusry dan Marup.
Yon mencadangkan untuk buat satu pementasan teater pasal kambing golek.
Amier happy pasal dapat makan banyak.
Along Yusry buat lawak. Tapi Marup tak ketawa.
Rosli pulak buat lawak yang lebih kelakar. Marup masih tak ketawa juga.
Giliran Yon pulak untuk buat lawak antarabangsa yang paling dahsyat kelakarnya. Marup terus hilang dari frame kamera.
Kami duduk semeja dengan Along Yusry, Marup, Rosli dan Yon. Kelihatannya mereka berempat sedang berbual rancak. Tajuk perbualan aku tak tau. Mungkin pasal teater jugak kot. Atau pasal JKKK kampung? Aku cuma tumpang meja untuk makan aje. Yang lain dah sudah makan. Dah kenyang pun. Kami yang baru sampai aje yang masih lapar. Sambil makan, aku menumpang dengar perbualan mereka. Oh. Mereka memang sedang berbual soal teater. Soal pertandingan teater di Pahang tak lama dulu. Dan lain-lain isu teater di seluruh dunia, termasuk perkembangan teater di planet-planet lain seperti di planet Utarid, Zuhrah dan Musytari. Dengar ceritanya, kegiatan teater di planet-planet tersebut sudah semakin advance dan maju. Berada pada tahapnya yang tersendiri. Sebagai selingan, kami turut bersembang-sembang pasal pertandingan teater yang akan diadakan di MBPJ tak lama lagi sempena Program Kota Seni MBPJ 2018 yang kumpulan HIdayah turut mengambil bahagian.

Abang Hj Kamarul AR join duduk di meja kami.
Akhirnya, Marup buat lawak simple. Dan Marup terus ketawa. Kah kah kah!!!
Along Yusry dapat panggilan dari produser untuk buat drama bersiri 500 episod.
Isteriku mengira duit angpau untuk anak-anak.
Abang Hj Kamarul AR nak order kambing golek sepuluh ekor dari Yon.
Sebelum pulang, kami masuk ke dalam rumah melihat bayi yang diaqiqahkan - Ayu Afrina, cucu kepada Abang Hj Kamarul AR dan anak saudara kepada Along Yusry. Isteriku berbual panjang dengan isteri kepada Along Yusry. Kemudian kami bergambar beramai-ramai, sebelum mengucapkan terima kasih dan beredar. 

Waktu tu orang caterer pun dan berkemas-kemas untuk pulang. Mungkin memang wajar kalau kami turut pulang juga.

Ini majlis aqiqah Ayu Afrina.
Kami tumpang bergambar di pelamin baby.
Masa ni baby dah dibawa pergi.
Sabriena nak masuk ke dalam bakul baby. Tapi tak muat.
Bergambar bersama anak-anak.
Barulah meriah sikit gambar ni.
Anak-anak, yang merupakan cucu-cucu kepada Abang Hj Kamarul AR.
Terima kasih semua. Di lain kesempatan kita jumpa lagi.


Sunday, June 19, 2016

Abang Kamarul AR mengahwinkan anak

31 Oktober 2015 - Ini kisah tahun lalu. Tapi aku belum pernah post kisah yang ini. Tak apalah, walaupun agak terlewat. Kawan teater kami, Abang Kamarul AR mengahwinkan salah seorang anak perempuannya. Kami dijemput. Maka kami pun hadirlah dengan sukacita.

Kami sampai agak lewat sikit. Sampai-sampai aje di khemah majlis, aku nampak kelibat Dato' Jalaluddin Hassan tengah bersalam-salaman dengan para hadirin yang lain. Tak lama lepas tu, Dato' Jalaluddin terus mencapai mikirofon, dan beliau mendendangkan dua buah lagu. Salah satu lagu yang dinyanyikan ialah 'My Way' (Frank Sinatra). Bagi yang belum pernah mendengar suara Dato' Jalaluddin, meh aku nak bagi tau sikit. Suara beliau memang sedap. Kalau beliau mendendangkan lagu-lagu lama, lagi lah sedap. Aku tak ambil video Dato' Jalaluddin menyanyi, tapi aku cuma ambil gambar aje. Tang suara tu, korang pandai-pandailah berimaginasi sendiri.

Dato' Jalaluddin Hassan sedang menyanyikan lagu My Way.
Menyanyi dengan penuh perasaan.
Mendayu-dayu bunyinya.
Enak alunannya.
Menggunakan key E# minor.
Di penghujung nyanyian.
Baru selesai makan nasi.
Selepas makan, kami bersalaman dengan kenalan yang lain. Kami tak banyak berborak, pasal banyak kenalan rapat kami dah pun pulang masa time tu. Aku sempat ambil gambar pengantin dua sejoli sebelum kami memohon untuk beredar dari khemah majlis. Tahniah kepada Abang Kamarul AR sekeluarga yang telah mendapat ahli baru dalam keluarga. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan dilimpahi rahmat oleh Allah. Dan semoga mereka terus berbahagia sampai ke Jannah.

Turut memohon pembaca menghadiahkan Al Fatehah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham Ahmad Sufiyan Bin Kamaruzaman (Pyan), dan dogolongkan di kalangan roh orang-orang beriman dan mendapat redha Allah. 

Isteriku bersama teman lama, Ani.
Ani - isteri kepada salah seorang teman teater kami, Saifulkhairi.
Allahyarham Pyan mendendangkan sebuah lagu.
Berseri-seri wajah Allahyarham Pyan.
Isteriku bersama Kak Siti.
Bersama Kak Siti dan Abang Kamarul AR.
Pengantin dua sejoli.
Berseri-seri wajah pengantin.
Tahniah buat kedua-duanya.

Tuesday, April 14, 2015

Pelancaran latihan Bangsawan Kota Lukut: Melengkapkan barisan sebelum persembahan

Bahagian 3 (Akhir)

Teater Bangsawan Kota Lukut
Karya dan Arahan : Kamarul AR
Tarikh: 12, 13 & 14 Jun 2015 (8.30 malam)
Tempat: Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut
Pelakon: Dato' Jalaludin Hassan, Mubarak Majid, Azri Iskandar, Lan Zailan, Mardiana Alwi, Farrd Fathul, Roslan Muhammad, Nor Hayati Khalid, dan lain-lain

Para pelakon dan krew bergambar beramai-ramai.
Penampilan khas oleh Dato' Jalaludin Hassan dan Mubarak Majid.
Pengarah Abang Kamarul AR dan En Amran Nasrudin.
Farrd Fathul, Mardiana Alwi, Dato' Jalaludin Hassan dan Mubarak Majid.
Dean Sitara melaungkan bicara semangatnya dari belakang barisan. "Ayuh kita!"
"Kami bakal menemui anda pada bulan Jun nanti!" begitulah kata-kata mereka.
Pendukung teater Bangsawan Kota Lukut.
Masing-masing bersemangat untuk menjayakan program dan pementasan ini.
Tak sabar menanti tarikh keramat pada bulan enam tahun ini.
Setelah para pelakon utama diperkenalkan kepada hadirin, sessi bergambar beramai-ramai pun berlangsung. Pelakon utama, pelakon extra, crew technical, pesilat, grup teater Hidayah, pelayan hotel, tukang masak di dapur, penjaga kaunter hotel, tetamu hotel di bilik-bilik, pekerja projek MRT di luar hotel, semuanya bergabung untuk bergambar bersama-sama. Lagi ramai lagi meriah. Klik sana. Klik sini. Berjuta-juta gambar diambil sampai habis penuh memory card kat kamera. Barulah habis sessi bergambar pada petang tu.

Dan aku yang agak lapar, tanpa segan silu terus aje menerpa ke arah makanan yang masih banyak terhidang di atas meja. Kalau tadi aku sekadar menjamah kuih-muih, kini aku terus mencapai nasi goreng, lauk ayam, kambing golek, rusa panggang, kerbau goreng, seladang salai. Pergh! Kali ni barulah aku layan makan betul-betul. Sampai perutku kenyang. Sangat kenyang.

Makanan masih banyak. Aku tak sabar nak makan.
Orang-orang lama dalam Pertubuhan Teater Hidayah. Isteriku salah seorang dari mereka.
Bergabung kembali setelah sekian lama mengikut haluan masing-masing.
Seronoknya dapat berjumpa teman-teman lama.
Isteriku pun lapar. Jom kita makan!
Nampak enak sungguh makanan ini.
Fieza bagaikan tergamam bila bertentang mata dengan Dato' hero seMalaya.
Dato' Jalaludin Hassan dan Fieza.
Sessi membaca skrip bermula.
Acara terakhir pada petang itu adalah sessi membaca skrip. Para pelakon berkumpul di meja panjang. Membuka naskhah skirp, dan membacanya. Dah lama aku tak tengok aktiviti yang macam ni. Masa aku kecil-kecil dulu memang selalu anak-anak murid ayah aku datang ke rumah membaca skrip di ruang tamu. Aku sendiri pun dah lama sangat tak buat perkara yang sama. Dato' Jalaludin Hassan nampak gayanya terpaksa meninggalkan majlis lebih awal kerana ada urusan lain. Tak lama lepas tu kami sendiri pun meminta izin untuk turut pulang. Kalau tak salah aku, majlis ditutup dengan nyanyian akustika oleh Rosman Mohd Nor. Dan sessi latihan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa. Kalau ada kesempatan, aku akan kisahkan kepada kalian.

Apa-apa pun, marilah kita tonton pementasan ini bila waktunya tiba nanti.

TAMAT.

Masing-masing membuka halaman naskhah.
Pembacaan skrip berjalan lancar.
Terdengar juga nyanyian merdu oleh para pelakon.
Serius. Tumpuan penuh diberikan.
Sabriena layan nasi goreng.
Dato' Jalaludin Hassan bergambar dengan para bangsawan sebelum berangkat pulang.
Keris panjang digenggam kemas tanda semangat juang yang tinggi.
Okay, last shot untuk petang ni.
Bersalaman dengan Roslan Muhammad.
Bersama Nor Hayati Khalid.
Kawan lama. Dah lama tak bersua.