m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, April 20, 2011

Membeli-belah pokok pelbagai jenis

Hobi membeli dan menanam pokok memang sudah sinonim dengan isteriku. Aku pulak suka menuai hasil pasal aku suka makan ulam-ulaman seperti cili hijau, daun-daunan selasih, ulam raja, silon, pucuk gajus, terung pipit, rumput gajah, pucuk kaktus dan segala jenis daun-daun - bak kambing dan lembu di ladang. 

Sabtu lalu kami sempat ke Sungai Buluh melawat penjara, eh silap, melawat kedai pokok kerana isteriku nak beli pokok nak diletak kat ofis. Pilih punya pilih akhirnya kami beli satu pokok daun tebal macam pokok setawar. Kami jugak beli pokok selasih. Daun selasih kalau makan dengan laksa Johor memang kaw! Makan sebagai ulam dengan nasi pun mengancam jugak rasanya. Kalau dijadikan sayur dalam sandwich pun meletup jugak. Dikeringkan dan dibuat rokok daun, tak taulah aku apa rasa. Pokok pangkalnya daun selasih ni memang sangat sedap dan enak. Pergh! Terliur sungguh aku kali ni.



No comments:

Post a Comment