m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label ulu kelang. Show all posts
Showing posts with label ulu kelang. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

11 Syawal 2016: Rumah Suhana

17 Julai 2016 - Kita lompat pulak ke bulan Syawal hari yang ke-11 tahun 2016. Cuma ada satu gambar aje untuk mengisahkan apa yang telah berlaku. Kami telah ke rumah salah seorang teman sepejabat isteriku di Kawasan Ulu Kelang. Namanya Suhana. Masa tu hujan renyai-renyai. Tetamu agak ramai. Jadi aku terpaksa parking kereta agak jauh sikit dari rumah.

Yang uniknya juadah yang disajikan adalah, masakan nasi putih berlaukkan ikan tilapia goreng serta masak sayur asam. Macam simple aje kan. Tapi memang sangat kena dengan selera aku. Niat hati macam nak tambah lagi. Tapi segan punya pasal, aku terpaksalah menahan kehendak tembolokku. Ada jugak juadah lain seperti mi sup dan kuih muih. Cuma juadah yang aku cakapkan tadi tu yang membuka selera aku lebih sikit. Anyway, selamat belated hari raya untuk semua. Maaf zahir dan batin.

Bersama Suhana.

Thursday, June 23, 2016

Majlis perkahwinan di Finas

24 April 2016 - Kami dapat jemputan untuk ke Finas. Tak! Kami bukannya artis. Bukan pelakon. Bukan penyanyi. Bukan pelawak. Bukan selebriti. Kami orang biasa-biasa aje. Dan yang menjemput kami tu pun bukannya orang popular. Bukan top star. Bukan orang glamer. Cuma kawan pejabat wife aku aje. Dia mengahwinkan anak. Jadi kami pun datanglah. Dan itulah kali pertama kami sampai kat Finas, yang letaknya taklah jauh sangat dari rumah kami.

Amier tengah makan dengan sangat berselera sekali.
Isteriku baru aje habis makan.
Sabriena kalau makan memang lambat. Pasal dia suka main-main sambil makan.
Sabriena menjeling ke arah makanan.
Suasananya agak berlainan. Malah juadah utamanya jugak tak biasa kami jumpa. Makan nasi minyak dengan ikan keli. Aku pulak memang suka ikan keli kalau digoreng dengan cili. Walaupun padanannya agak aneh, namun kombinasinya agak mencengkam kalbu. Memang enak terasa di tekakku. Licin licap aku makan juadah yang kuletakkan di dalam pingganku.

Aku jugak secara kebetulan bertemu dengan kawan lamaku, Azhar yang aku kenal sewaktu aku bekerja di Setiawangsa. Sewaktu aku masih bujang. Kami pergi memancing bersama-sama, panjat bukit menuju Empangan Klang Gate bersama-sama. Memang kami agak rapat dulu. Seronok dapat berjumpa dengan Azhar.

Nasi minyak dengan lauk ikan keli sambal.
Mengaminkan doa yang dibacakan oleh ustaz.
Setelah makan dan bersalaman, kami pun minta diri. Punyalah nak cepat, sampai gambar tuan rumah pun aku tak sempat nak ambil. Kami singgah sejenak di jambatan di pintu masuk Finas. Ada sungai kecil. Tetapi airnya agak jernih. Ternampak kelibat ikan tilapia berekor merah berenang-renang dengan bebas. Saiz ikan-ikan itu sekitar sebesar tapak tangan. Gerrrrraaaammmmm sungguh aku melihatnya. Terketar-ketar tanganku bagaikan pesakit parkinson. Kalaulah aku bawak joran dan umpan. Kalaulah dapat aku lontarkan kail bersalut cacing ke dalam air. Kalaulah... Sudah pasti best. Dah lama sangat aku tak pergi memancing. Port yang macam ini memang selalu menjadi idamanku. Di satu sudut sungai yang lain, ada dua orang lelaki sedang memancing ikan. Menambah keinginanku untuk menyertai mereka dalam operasi memburu ikan. Ops Nelayan!

Dah cukup puas menjamu mata melihat keindahan alam, kami pun terus bergerak pergi dari situ. Kalau ada rezeki, boleh ke sini lagi. Kali ini bukan sebagai tetamu, tetapi sebagai nelayan kota!

Sungai kecil yang merumahkan ikan-ikan tilapia.
Ada kalanya aku terlihat kelibat ikan temoleh, kelah, tengas, begahak, kelabau dan tengalan. Oh! Itu hanya imaginasiku saja rupanya.
Berlatar belakangkan bangunan Finas.
Masa ni cuaca sangat panas.
Kami nak cepat-cepat balik dan berehat di rumah.
Tetapi anak-anak maintain happy aje.

Tuesday, September 29, 2015

Ke Istana Bambu lagi

9 Mei 2015 - Kami datang lagi ke Istana Bambu. Kali ini sebab ibuku  yang buat request sempena hari jadinya dan sempena Hari Ibu juga. Adikku yang belanja makan. Ibuku diberi peluang untuk memilih tempat makan yang digemarinya. Dan inilah tempat pilihan ibuku - Istana Bambu.

Ibu dan isteriku mengambil tempat duduk masing-masing.
Amier bagai kurang ada mood malam ni. Mungkin dia kelaparan.
Adikku membuat pesanan.
Ayahku memang suka kalau diajak makan kat restoran.
Menanti pesanan tiba.
Anak-anak turut menanti ketibaan makanan.
Amier sedih pasal perutnya semakin berkeroncong.
Kami tak kisah. Pasal makan kat sini dengan masakan ala-ala kombo Melayu-Siam memang sangat enak. Lebih enak lagi kerana ada orang yang belanja. Kalau kami datang ke sini, satu menu yang tak boleh dilupakan adalah masakan sotong telur masin. Bagi kami, itulah masakan yang unik dan enak. Lain-lain masakan pun sedap jugak. Aku secara peribadi suka jugak masakan lala masak sup. Kuah lala tu sangat sedap jika dihirup. TETAPI...

Menanti dengan sabar.
Bilakah nasi dan lauk akan sampai?
Sambil-sambil melayan i-phone.
Makanan masih jugak belum sampai.
Suka betul aku melihat bumbung dan siling bangunan ini.
Macam biasa, Sabriena terus-terusan ceria.
Bersiar-siar di tepi bendang.
Masa ni padi masih belum berbuah lagi.
Syarat untuk makan sedap ada dua. Pertama, perut kena lapar. Dan kedua, kena makan kat kedai. Jangan sekali-kali tapau dan makan dekat rumah. Nescaya segala kesedapan yang dijangka akan hilang ditelan waktu. Kami pernah try. Tapau macam-macam. Bila hidangkan kat rumah, selera jadi menyempit sedikit. Bila dijamah, rasanya taklah sehebat mana. Malah juadah yang telah dibeli masih banyak lagi yang tersisa di dalam pinggan. Maka nasihat aku, makanlah di kedai sahaja dengan suasana bendangnya.

Kalau waktu hujan, sudah pasti katak-katak akan berbunyi garau. Dan sesekali melintas lalu, masuk ke kawasan pelanggan makan. Aku sangat suka suasana ini. Kekadang ada iringan pemuzik jalanan. Rupa bentuk bangunan ini juga sangat menarik. Hampir seratus peratus diperbuat daripada buluh. Dah datang banyak kali pun aku masih kagum dengan senibinanya. Kepada adikku yang membelanja, aku ucapkan banyak terima kasih. Semoga rezeki lebih murah dan berkat. Amin.

Salah seekor katak jalanan yang berjaya aku ambil gambarnya.
Fuh! Sudah sampai ikan siakap masak tiga rasa dan ayam masak gajus.
Jemput makan tuan-puan semua.