m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label doctor. Show all posts
Showing posts with label doctor. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Amier bertemu doktor gigi

Apakah yang menyebabkan orang takut sangat nak berjumpa dengan doktor gigi a.k.a. dentist? Imaginasi yang sering bermain di mindalah yang menyebabkan ketakutan ini berleluasa. Di benak kita semua terbayang doktor gigi menggunakan pahat dan penukul untuk mencabut gigi. Menggunakan driller Bosch untuk korek gigi yang dah berlubang. Mencungkil gigi menggunakan alat tajam macam mata kail Gamakatsu. Semua benda-banda tu sangatlah mengeriiiiiiiiiiiii......kan!!! Dan imaginasi kita jugak berkisar pada saat doktor gigi nak mencabut habis semua gigi yang ada kat dalam mulut kita. Tanpa belas. Tanpa ehsan. Tanpa soal jawab. Terus cabut semua gigi sampai togel! Dan rongak!!!

Masa ni Amier tengah happy. Dia tak terfikir lagi pasal berjumpa dengan doktor gigi.
Pada suatu hari Sabtu, kami bawak Amier berjumpa sorang doktor gigi di Prince Court. Amier memang takut. Sangat takut! Tapi dia ikut jugak arahan kami untuk ke hospital. Amier nampak happy aje semasa menunggu giliran namanya dipanggil. Dia sibuk main i-pad. Dan tak lama menunggu, nama Amier pun dipanggil jururawat. Amier masuk ke klinik doktor. Bila doktor suruh dia duduk atas kerusi ngeri, Amier mula kelam kabut nak keluar dari bilik klinik. Dia menangis bila aku menghadang pintu keluar. Kemudian nurse pulak tutup pintu. Lagi Amier suspen. Dia terus menangis. Mula-mula doktor memujuk dengan penuh lemah lembut. Tak jalan. Amier masih nak keluar bilik. Akhirnya doktor menggunakan nada tegas. Seperti cikgu menyuruh anak muridnya melakukan sesuatu. Dan Amier akhirnya akur dan patuh dengan arahan doktor tadi. 

Doktor sedang membersihkan gigi Amier yang berkerak.
Semasa di kerusi rawatan, doktor memeriksa gigi Amier. Doktor gigi hampir pengsan ketika melihat kondisi gigi Amier yang berlapis-lapis macam gigi shark, dan kotor dengan kesan cokelat melekat kat giginya. Setelah diberi gas oksigen kepada doktor, akhirnya doktor kembali bersemangat untuk merawat gigi Amier. Doktor kata, mula-mula cuci gigi dulu sampai bersih. Lepas tu baru cabut gigi-gigi susu yang tak mau tanggal. Doktor berjaya meyakinkan Amier bahawa proses membersihkan gigi memang tak sakit langsung. Dan kata-kata doktor tu memang benar. Amier selesa dengan tindakan doktor membersihkan segala kesan-kesan karang kat gigi Amier. Gigi Amier dah nampak bersih berkilat selepas tu. Doktor puas hati. Kami pun happy dengan perkembangan positif gigi Amier tu.

Amier kena pakai sun glass pasal takut kena silau lampu.
Baju khas yang berat macam besi untuk teman Amier kat bilik x-ray. Kata petugas tu ada plumbum kat dalam baju tu.
Lepas tu gigi Amier di-x-ray. Masa nak x-ray pun, Amier agak cemas jugak. Tapi tak susah sangat nak suruh Amier duduk diam sementara mesin x-ray beroperasi. Lepas x-ray, doktor terus mencuci gigi Amier supaya lebih bersinar macam lampu. Lagi dua minggu, Amier kena jumpa doktor gigi lagi. Doktor nak bagi gigi Amier lebih bersih dan bersinar. Lepas tu, appoinment kali ketiga barulah doktor akan mencabut gigi susu Amier. Satu per satu... Harap-harap masa tu Amier dah lebih berani dan konfiden. Dan tak akan lari lagi!

Tengah nak x-ray gigi Amier.
Final round membersihkan gigi Amier menggunakan besi tajam.

Wednesday, June 13, 2012

Ke hospital lagi - Gelanggang Putera

Hari Isnin lepas aku teman isteri aku jumpa doktor kat Prince Court. Macam biasa, Amier mesti nak ikut. Sebab Amier suka pergi kat hospital yang rupa dia macam hotel 5 bintang. Aku keluar awal sikit dari ofis dan terus jemput wife aku dan Amier kat rumah. Jumpa doktornya taklah lama mana. Menunggu tu aje yang agak lama. Sementara menunggu tu kami makan-makanlah apa-apa yang patut seperti kuih muih dan biskut. Tak ketinggalan, kami juga turut makan angin dan makan hati.

Makan kuih sementara menunggu ubat tiba.
Amier kebosanan.
Esok harinya kami ke hospital Prince Court lagi. Kali ni Amier tak ikut, walaupun sebenarnya dia memang nak ikut. Tapi masa aku balik rumah, dia tengah tidur nyenyak. Jadi kami tak plan nak kacau dia tidur. Kali ni kami bawak Sabriena pulak. Masa dah time untuk Sabriena jumpa doktor. Dr Choy adalah doktor kanak-kanak yang merawat Sabriena masa Sabriena baru dilahirkan dulu. Dr Choy memang ingat betul dengan Sabriena. Katanya, "Dulu masa lahir punya jam, tak nak bunyi. Sekarang banyak bunyi". Sabriena dulukan lahir tak menangis langsung, sampaikan doktor-doktor naik cemas seketika.

Berat Sabriena sekarang ialah .....
Happy aje Sabriena nak jumpa doktor.
Kali ni Sabreina kena dua injection, satu kat peha kanan, dan satu lagi kat peha kiri. Menangis Sabriena ketika kena jab. Lepas tu dia senyap. Sabriena juga ambil ubat untuk mengelakkan dari penyakit Rota Virus. Malam tu Sabriena panas sikit badannya. Mungkin sebab tindakbalas ubat yang diambilnya waktu siang.
 
Sabriena kena bedung biar dia lebih selesa.
Alamak! Perutku macam nak terkucil nih!
Aku sempat menengok-nengok sekeliling hospital Prince Court tu masa tengah tunggu nak ambil ubat. Dia punya finishes memang hebat jugak, yang high end punya barang. Patutlah mahal. Sempatlah jugak aku mengambil gambar pakai BB aku untuk tatapan korang semua. Tapi versi black and white-lah. Biat nampak mistik sikit.

Balcony.
Balcony dan siling.
Siling.
Balcony, siling dan wall cladding.
Cafe tempat kami beli kuih.

Wednesday, November 30, 2011

Krup! Krap!! Terkepak tulang

Pada hari Isnin lalu aku dan wife cuti pasal cuti ganti untuk Awal Muharram yang jatuh pada hari Ahad. Mak aku mengambil kesempatan waktu aku cuti untuk ajak aku pergi ke Taman TTDI Jaya, Shah Alam jumpa satu pakar perubatan alternatif. Dengar cerita tabib tu keturunan Al-Arabia dan berumur lebih 100 tahun! Nama dia Shaikh Omar. Mak aku nak rawat lututnya yang dah lama sakit. Jalan pun terhincut-hincut. Aku lalu mengajak seluruh keluarga aku untuk ke Shah Alam sambil hantar mak aku pergi berubat, kami pergi jalan-jalan musim cutilah.

Rumah Tabib Shaikh Omar.
Kami pernah ke sini sekali, tapi masa tu tabib tu takda rumah. Jadi kali kedua ni aku konfiden sikit nak cari rumah dia. Tapi over konfidenlah pulak sampai sesat barat. Lalu wife aku gunakan dia punya I-Pad untuk cari arah. Syukur. Kami tiba dengan selamat.  Sesampai di sana memang cukup ramai orang yang sedang menungu untuk berubat. Rumah dia memang berbau herba. Banyak betul ubat-ubatan buatan sendiri kat ruang tamu, tempat beliau berubat. Aku pimpin mak aku sampai kat dalam. Kemudian aku nengok sekeliling. "Yang mana satu tabibnya?" bisik hati aku. Bila aku nengok betul-betul barulah aku tau. Rupanya atuk yang pakai t-shirt putih dan seluar jeans tu. Rugged jugak atuk ni rupanya. Fizikalnya macam orang baru berusia 70an. Nampak masih gagah lagi.

Aku tunggu untuk seketika untuk mengetahui kaedah rawatannya. Lalu tiba giliran seorang pesakit wanita berbadan agak gempal dalam usia 50an. Lutut dan bahunya sakit. Mula-mula dia rawat lutut. Tabib tadi menekan sekuat hati sambil memberikan beberapa karate ke atas lutut pesakit tadi. Berkerut muka pesakit menahan hentakan bertalu-talu dari pak tabib. Lepas tu dia rawat pulak bahu pesakit. Bahu dipegang kemas. Lalu tak semena-mena dia mengepak bahu pesakit tanpa ehsan. Pesakit cuma diam, walaupun dalam hati menangis sambil mengaduh. Lepas tu pak tabib berkata dalam loghat utaranya, "Okay, dah boleh berlari dah. Tangan pun dah boleh angkat. Merdeka. Merdeka!" Pak tabib memang banyak berceloteh dan berjenaka semasa merawat orang sakit. Tapi jenakanya agak kasar. Siapa yang tak tahan, boleh panas jugak telinga mendengarkannya. Lepas rawatan, pembantu pak tabib akan memberikan ubat-ubatan 'made in sendiri' seperti yang diarahkan. Pantang larang ketika berubat memang banyak, bergantung kepada jenis penyakit. Bagi pesakit sendi misalnya, tak boleh makan labu, kobis, ubi, dan tah apa lagi. Aku pun tak berapa nak ingat. Lepas giliran mak aku selesai, barulah kami balik. Waktu tu dah tengah hari.