m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label exercise. Show all posts
Showing posts with label exercise. Show all posts

Monday, April 13, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Acara apa selepas ini?

Bahagian 11

Sarapan sudah. Senamrobik pun sudah. Kami dah penat. Kami rehat lagi. Sekejap lagi nak main game sukaneka pulak. Pegawai yang in charge bahagain sukaneka ialah anak saudara kami, Hafez. Hafez ni biasanya sarat dengan idea-idea yang macam-macam. Tak sabar kami nak tahu apakah acara yang sedang menunggu kami selepas ini.

Sementara kami berehat, Brader Muhamad Khasheb dengan temannya dari Jepun sedang sibuk menyediakan makanan untuk mereka. Aku pun tak pasti apakah juadah yang bakal mereka sediakan. Mungkin sushi ikan belukang dicicah dengan humus. Tak taulah. Mereka memang masak makanan sendiri. Tak makan dengan kami. Mereka cuma nak merasakan hidup gaya kampung di tepi pantai yang sangat wild dan rural.

Brader Muhamad dan temannya dari Jepun.

Sedang menyediakan makanan spesel.

Gabungan resipi padang pasir bertemu negara matahari terbit.

Menghasilkan suatu menu yang luar dari kotak.

Tak siapa yang tahu apakah kesudahannya.

Tau-tau makanan yang disedikan dah pun habis. Tak sempat kami nak meninjau.

Teman kami dari Raub, Mohamad.

Lebih selesa duduk santai di atas bangku.

Setelah seketika berehat, kami diseru oleh Hafez sekali lagi. Kami terpaksa berhimpun di tapak lapang berpasir lagi. Kali ini untuk acara sukaneka. Semua yang masuk acara ini perlu suka. Kalau tak suka, acara ini akan ditukar namanya kepada" bencineka". Got it? Everyone got it? Hahaha... (Krik krik kriK...) Okay. Nobody got it. Never mind.

Bersambung...

Hafez memanggil semua peserta supaya berkumpul.

"Mari, mari berkumpul semua!"

Wajah serius menjadi kegerunan seluruh masyarakat di Jeram.

Tiba-tiba masuk waktu dhuha. Hafez pun melaungkan azan.

Azi duduk berehat di hammock.

Menjadi penonton acara yang bakal dilangsungkan sebentar lagi.

Dan memberi sokongan moral kepada suami tersayang, Faridz.

Masing-masing mengikut perintah untuk berkumpul.

Dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan.

Beratur panjang.

Macam nak main game keretapi aje.

Menanti arahan seterusnya.

Kami masihi terpinga-pinga lagi.

Dan berasa berdebar-debar dalam dada.


Tuesday, August 28, 2018

Bertenis dengan kawan 'rare'

5 Ogos 2018 - Aku terpaksa booking court kat Jalan Duta sekali lagi. Pasal aku tak dapat join kengkawan kelab aku bermain pada sebelah petang. Lalu aku uar-uarkan pada kawan-kawan tenisku. Termasuk yang berada dalam kelompok NUMSA (geng Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika). Aku mendapat confirmation dari kawan-kawan yang berikut untuk join aku main tenis pagi tu:

1. Tardmizi - kawan NUMSA
2. Hj Noris - kawan UTM
3. Azlan - kawan kepada Hj Noris
4. Hanafi - kawan tenis ex-TTC
5. Safa - kawan tenis kelab TTC (Safa datang sepontan aje sebenarnya)

Campur aku cukuplah enam orang. Pagi tu hujan lebat. Risau jugak aku kalau ianya berpanjangan. Tapi jam 9.00 pagi hujan pun berhenti.  Tarmidzi datang awal. Jadi lama jugaklah kami sparring berdua. Aku tak cam Tarmidzi. Tarmidzi pun tak cam aku. Mungkin memang tak selalu jumpa masa kat U dulu kot. Aku lebih junior dari Tarmidzi masa kat Nebraska. Aku tabik kat Tarmidzi pasal sanggup tinggalkan teman-teman tenisnya di Bangi untuk bersama aku. Setelah seketika warmup, barulah Hanafi dan Safa datang. Dan kami pun berentaplah empat orang. Aku tengok permainan Tarmidzi agak hebat. Jadi aku pun partner-lah dengan dia. Boleh tolong payung aku sikit. Safa partner dengan Hanafi.

Aku dapat main satu set. Tapi agak puas jugaklah. Nak main the next set macam tak berapa nak larat. Hj Noris dan Azlan sampai agak lambat sikit. Dan akhirnya time pun dah pukul 11.00 pagi. Masa untuk stop. Okay guys! Kalau ada game lagi, aku akan sound you guys. Keep in touch!


Bergambar dengan Tarmidzi Nebraska.
Antara yang hadir pada pagi tu - Hj Noris, Azlan, dan di belakang - Safa dan Hanafi.


Badminton pertama sesudah raya

5 Julai 2018 - Okay! Satu lagi cerita lama kasi mari. Masa bulan puasa, kami semua memang stop main badminton. Totally. Masa awal-awal minggu raya pun kami tak main jugak. Dah masuk kira-kira minggu yang kedua atau ketiga raya, barulah aku turun ke gelanggang di Dewan Dato' Ahmad Razali. 

Macam biasa, kalau Syahmie ada rumah, memang akan aku ajak dia turun gelanggang sekali. Dan bila sampai gelanggang, yang ada menunggu cuma Azmi sorang aje. Jadi kami pun buat warm-up lah tiga orang. Sampai penat. Dan semput. Dan pancit. Dan mencungap. Lepas tu kami pun mulalah fikir nak main lawan game. Tapi tak cukup korumlah pulak. Kat court sebelah nampak gayanya macam ada player lebih. Maka kami pun import-lah sorang. Nama dia Awan. Awan bersetuju nak main dengan kami.

Aku tengok Awan tu macam terer jugak. Jadi aku suruh dia partner dengan aku. Sebab aku kan dah penat dan pancit tadi? Dan perlawanan pun bermulalah. Memang betul aku penat. Rasa berat betul badan nak bergerak ke sana dan ke mari. Macam tengah pikul sekor anak gajah kat atas bahu. Campur sekor anak badak air pulak lagi. Aku tak banyak berlari. Tunggu bola datang dekat barulah aku pukul. Main style macam tu ajelah dulu sampai badan fit sikit. Mungkin minggu depan aku dah boleh adjust sikit kot. Okay-lah. Jumpa lagi minggu depan!

Sekadar bertiga. Dengan Syahmie dan Azmi.


Monday, March 19, 2018

Lenguhnya berbasikal di Titiwangsa

3 Mac 2018 - Menyedari perut kami dah semakin membuncit dan memboyot, berat semakin bertambah, tubuh semakin menggempal, menembam, menggebu, menyembab, kami terpanggil untuk melakukan sesuatu. Demi kesihatan. Demi keafiatan. Demi susuk tubuh yang lebih menarik. Dan sado. Dan ramping. Bincang punya bincang akhirnya satu keputusan muktamad kami ambil. Kami perlu beriadah. Tempat beriadah untuk seisi keluarga yang paling ideal adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Tempat aku biasa main tenis. Dan kami enam beranak pun tanpa berlengah telah ke destinasi setelah asar.

Bawak basikal lapan penumpang ni macam bawak kereta.
Semua empat orang kena mengayuh.
Semakin berat penumpang, semakin mencabarlah kayuhan itu.
Kami terus menghala ke tempat menyewa basikal. Untuk Sabriena, sebuah basikal kecil empat roda. Amier pun nak kayuh basikal juga. Amier nak kayuh basikal yang besar. Tapi bukan basikal lumba yang handle-nya menunduk ke bawah. Tapi masalahnya, Amier tak mahir berbasikal dua roda. Akhirnya kami sewa sebuah lagi basikal kecil empat roda. Khas untuk Amier. Isteriku sewa sebuah basikal dengan dua tempat duduk. Dua pengayuh. Dua handle. Tapi yang naik cuma isteri aku sorang aje. Pasal Wanie, Syahmie dan aku sendiri kurang mahir bawak basikal. Kalau naik berdua, silap hari bulan tergolek dog dua-dua orang pasal tak balance. 

Setelah puas isteriku, Amier dan Sabriena mengayuh basikal, kami terus memutuskan untuk naik basikal versi seisi keluarga. Satu basikal yang boleh muat lapan orang penunggang. Memerlukan empat orang pengayuh. Dan berkayuhlah kami dari Taman Tasik Titiwangsa sehingga ke sempadan Siam. Lenguh jugak berkayuh macam ni, pasal jumlah berat kami berenam hampir mencecah enam tan metrik. Tapi sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot itulah senaman namanya. Ada kesempatan lain, kami akan berkayuh lagi. Kali ini mengayuh sampan pula gamaknya!

Harga sewa basikal:
a) Basikal biasa - RM10 sejam
b) Basikal untuk dua orang - RM20 sejam
c) Basikal untuk lapan orang - RM40 sejam

Sabriena jadi pengemudi.
Kami berhenti mengayuh bila maghrib semakin mendekat.