m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Tuesday, August 3, 2021

Majlis keluarga di Kg Pasir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seluruh warga pembaca sekelian, aku mohon kita luangkan sedikit masa untuk menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah buat ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya, khususnya kepada kekanda kami Almarhumah Kekanda Kalsom Binti Atan yang gambar beliau ada dipaparkan dalam entri blog kali ini. Semoga roh Almarhumah dan roh ahli keluarga yang lain juga digolongkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan bertakwa. Sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya. Al Fatihah...

6 Julai 2019 - Ini kisah bulan Syawal dua tahun lalu. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia yang duduk di bandar-bandar, jika menyambut Syawal, pasti akan ada rumah-rumah terbuka dianjurkan. Tujuannya adalah untuk mengajak sanak-saudara dan sahabat-handai datang berkunjung ke rumah sambil mengeratkan silaturrahim. Ada acara makan-makan, dan yang lebih penting dapat berjumpa sambil bersembang panjang serta merapatkan lagi pertalian persaudaraan dan persahabatan.

Keluarga sepupu isteriku juga tidak ketinggalan dalam mengadakan majlis yang seumpama ini. Majlis diadakan di Kg Pasir, Petaling. Dah lama kami tak berkumpul beramai-ramai macam ini. Tentu keseronokan itu lebih dirasakan, dan keakraban itu lebih terjalin.

Sabriena dan Mama menikmati keenakan aiskrim Malaya sambil diperhatikan olah Kak Sabar.

Almarhumah Kak Long melihat telatah cucunya, Zarith menikmati kuetiau goreng.

Zila melayan Fateh menikmati kentang goreng ala MacD.

Ada kambing golek tersedia untuk dijamah.

Isteriku masih dengan aiskrim Malaya.

Sabriena bersama anak saudara sebayanya.

Amier di samping banner majlis.

Gambar ahli keluarga dipampangkan.

Biar semua mengenali.

Sebahagian gambar pada banner yang mengimbau nostalgia.

Majlis Hari Raya ini diberi nama khas - "Jalinan Silaturahim Keluarga Cikgu Johar". Cikgu Johar adalah Almarhum Ayahanda saudara kami yang rumahnya masih tersergam di Kg Pasir. Saudara-mara datang dari jauh dan dekat menambahkan kemeriahan majlis ini. Sementara isteriku dan ipar-iparku yang lain sibuk berinteraksi dengan sepupu-sepupu mereka, aku mengambil kesempatan menjamah kesemua jenis makanan yang terhidang di situ. Setelah perutku kenyang, barulah aku mula bersama-sama yang lain bersembang santai dengan saudara-mara yang ada di sana.

Faridz dan Taufiq juga hadir ke majlis ini.

Amier masa tingkatan satu dan tengah kurus.

Kami beramai-ramai menziarahi Abang Long Rahman.

Sebelum beredar, kami bergambar dulu.

Lama juga sebenarnya kami bersembang dengan Abang Long.

Fai dan Elin sedang menikmati western food.

Nadia dan Hairi dah selesai makan.

Nampaknya semua orang dah selesai menjamu selera.

Aishah baru nak makan di samping pakciknya.

Jom bergambar lagi.

Kak Esah, Hafez dan Ika.

Cuma dua orang aje yang melihat kamera. Cuba teka siapa?

Adrian dan adiknya.

Adrian dan minuman kegemarannya.

Kami meluangkan masa yang agak lama juga di sana. Maklumlah, bukan selalu berpeluang berkumpul beramai-ramai macam ni. Satu perkara yang dibincangkan sebelum kami bersurai pergi, adalah perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga yang menyatukan anak-anak kepada Almarhumah Bonda Rahmah (ibu mentuaku) dan anak-anak kepada Almarhumah Bonda Kamariah (kakak kepada ibu mentuaku). Kalau rancangan ini berhasil, sudah pasti akan menjadi satu kenangan hebat dan indah untuk seluruh ahli keluarga. Ya, cuma waktu itu kami tidak pernah menjangka akan ada segeintir ahli kerluarga yang akan pergi meninggalkan kami buat selamanya. Dan langsung tidak terfikir akan wujudnya wabak besar covid-19 yang melanda dunia, yang dengan asebabnya, seluruh gaya hidup warga dunia telah berubah sama sekali menjadi lebih introverted. Kita berdoalah bersama-sama sentiasa agar Allah menjauhkan kita dari segala wabak ini, dan insya Allah, dengan izin-Nya kita akan dapat berkumpul lagi pada masa akan datang dengan keceriaan dan kasih sayang yang berganda.

Kak Uda bersembang dengan Kak Azzah.

Mak Long dan Syafawati menghidangkan makanan buat tetamu.

Begitu juga dengan Kak Nofi.

Abang Anjang melayan tetamu yang hadir.

Berbual berdua.

Kak Azzah masih dengan Kak Uda.

Adik-beradik bergambar dengan Kak Azzah.

"Mama...... tengok Sabriena tengah main handphone..."

Dua orang abam polis yang berkhidmat di TNB turut hadir.

Dua pupu.


Wednesday, June 23, 2021

Raya di ofis Mott: Jom makan sampai buncit

Bahagian 2 (Akhir)

5 Ogos 2015 - Memang seronok duduk dalam jamuan makan-makan sempena raya macam ini. Tak payah nak fikir nak makan kat mana. Nak makan apa. Bajet besar atau kecil. Di sini semuanya percuma. Masuk bilik jamuan, segala macam makanan telah terhidang. Tinggal nak pilih saja. Kalau larat, nak makan kesemua makanan pun boleh. Tak ada siapa yang akan melarang. Duit dalam wallet pun tak akan luak. Maka OPS Makan Raya pun diteruskanlah tanpa berasa was-was dan bersalah. Makan sampai kenyang. Makan sampai muntah. Makan sampai buncit!

Anna Feher sedang memilih sama ada hendak kuah dal atau kuah kari untuk dipadankan dengan roti canai.

Lai dan Sha dan seorang lagi teman ofis.

Kuah lodeh ini sangat laku. Sedap sangat barangkali.

Salam, Dzul dan Ahmad, teman-teman rapatku.

Salam makan dessert pula.

Martin pekena nasi tomato dulu.

Papadom juga diambil buat pembuka selera.

Michael - lelaki Melayu terakhir.

Masih berebut-rebut mendapatkan makanan.

Makan, makan, dan terus makan.

Sekeping roti canai sudah settle. Lepas ni nasi tomato pula.

Nasi himpit, here I come.

Michael makan dengan sangat khusyuk. Tak ingin diganggu.

Walaupun kami telah bertungkus-lumus berusaha untuk menghabiskan semua makanan yang terhidang, namun nampak gayanya masih banyak lagi makanan yang belum luak. Namun kami masih belum mahu menyerah kalah. Demi amanah. Demi maruah. Demi semangat setia kawan, kami gagahkan juga jasad kami untuk terus menelan sebanyak mungkin makanan yang masih tersisa. Bagaikan front liner yang berjuang di barisan hadapan menentang amukan covid-19. Tiga hari tiga malam kami berkampung di bilik mesyuarat ofis Mott. Matlamat kami hanya satu, makanan jangan dibazirkan. Ia perlu dihabiskan. Biar sampai licin. Biar tidak tertinggal walau sebutir nasi pun di dalam pinggan. Perjuangan kami bernoktah juga akhirnya. Memang kami tak mampu menghabiskan seluruh makanan terhidang. Namun setidak-tidaknya, kami tewas dengan bermaruah. Kalau ada jamuan makan macam ini lagi pada masa akan datang, kami akan lebih bersedia dengan perut yang lebih besar dan lebih kosong. Selamat makan semua.

T A M A T

Dzul baru nak makan setelah puas mengambil gambar.

Dzul dan Yatin, sama-sama mencedok makanan.

Selera juga hampir sama.

Kelihatan boss besar Mr Phillips juga ada di sini.

Roti canai time.

Seksyen sini makan nasi.

Adakah lauk ayam masak merah terlalu pedas untuk mereka berdua?

Khor join makan terlewat sikit.

Michael dan Yatin berbual santai selepas makan.

Aktiviti makan masih dilangsungkan lagi.

Aiman, Nora dan Sha.

Tempat duduk VVIP.

Man dan Ahmad terpaksa makan di luar bilik mesyuarat.

Menikmati nasi kelakar. Siapa makan pasti ketawa.

Dzul baru makan sedikit aje, jadi dia baru tersenyum. Sekejap lagi mesti Dzul akan ketawa.