m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label fruit. Show all posts
Showing posts with label fruit. Show all posts

Saturday, August 8, 2020

Matoa - Buah tiga rasa

4 Mei 2020 - Beberapa hari sebelum tarikh ini, keluar iklan bertubi-tubi dalam grup whatsapp UTM mengenai penjualan sejenis buah yang unik dan rare dan eksklusif dan ekzotik. Nama buah itu ialah "MATOA". Memang aku tak pernah dengar nama itu. Bila ditunjukkan gambar, pun aku tak pernah melihatnya. Rupa buah itu pun tak lah cantik atau hensem. Tak menyelerakan dari segi luarannya. Tapi bak kata orang putih, don't judge a book by its cover. Judge-lah by its content. Apakah selling point yang menyebabkan kami dalam grup whatsapp tu beriya-iya nak merasa buah itu? Menurut ejen yang menjualnya, Tuan Izad Latif, buah "matoa" ini turut dikenali sebagai buah tiga rasa. Itu belum selling point lagi. Yang selling point dia ialah, tiga rasa yang dimaksudkan ialah rasa buah rambutan, rasa buah laici, dan rasa buah DURIAN!!! Pergh! Tak ke pelik. Benda pelik itulah yang menyebabkan kami ingin tahu dan mencuba. Betul ke? Iya ke? Tak cuba takkan tahu. Lalu kami pun buatlah tempahan. Aku sendiri menempah buah matoa ini sebanyak 2 kilogram untuk dimakan bersama famili.

Biarlah aku ceritakan dulu perihal buah matoa ini. Nama saintifik buah matoa ini ialah Pemetia Pinnata. Ia juga dikenali dengan nama buah tiga rasa, buah kasai, buah tava, buah laici pulau, buah terajang, buah kristal dan buah pokok taun. Buah ini tumbuh melata di kawasan Asia Tenggara. Ia memang kurang popular di Malaysia, tetapi telah dikenali lebih lama di bahagian-bahagian tertentu di Indonesia. Penanaman pokok buah matoa ini telah diusahakan secara komersil di beberapa negeri di Malaysia seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Setelah membuat bayaran online, aku pun menantilah penghantaran buah itu pada tarikh seperti yang telah dijanjikan. "Assalamualaikum!" Tiba-tiba ada yang memberi salam dari luar pagar. Anakku Syahmie lantas memanggilku yang sedang berehat di dalam rumah. Bila aku keluar, ternampaklah aku wajah seorang teman lama, sepengajian di UTM dulu - Norazlan Bujang atau kami panggil Ola. Heppinya aku dapat bersua muka dengan Ola. Rupanya Ola pun duduk tak jauh dari rumah aku juga. Setelah delivery dilakukan, kami pun cakap bye-bye dan merancang-rancang untuk mengeteh bersama jika ada kesempatan nanti.

Oh, aku lupa pulak nak bercerita pasal pengalaman aku sendiri bila memakan buah matoa ini. Masa aku membuat kupasan buah yang pertama, terlihatlah isi buah ini yang seperti buah rambutan. Lalu aku menggigitnya sedikit. Kriuk. Begitulah bunyi gigitan itu. Dan mengalirlah jus buah. Terasa manis dan lemaknya. Texture-nya memang seakan-akan laici dan rambutan. Dan ada iras-iras buah longan juga. Tapi adakah ia memiliki rasa seperti buah durian? Setelah diamat-amati rasanya secara terperinci, aku dapati, ia memiliki rasa lemak seperti buah durian musang king dan durian black thorn! Pergh!!! Bukan main power lagi kan? Nak tau betul tak betul cakap aku ni, kenalah beli sendiri dan try sendiri. Sekarang dah ada orang jual online. Cubalah!!!

Bersama teman lamaku - Ola.
Buah matoa dalam bekas plastik.
Buah matoa dari dekat.
Isi buah matoa yang manis lemak dan sangat enak.




Tuesday, September 8, 2015

6 Syawal 2015 - Melawat kebun buah-buahan antarabangsa

22 Julai 2015 - Setelah Abang Ngah dan Kak Timah anak beranak datang beraya di rumah kami, kami terus meluru ke Kampung Ampang Indah. Ke sebuah kebun tanaman ekzotik untuk mengutip hasil tuaian tanam-tanaman yang telah diusahakan oleh seorang pekebun moden, iaitu abang iparku, Abang Leman. Sebelum tu Kak Ita telah pesan suruh kami singgah ke rumahnya pasal dia sendiri ada menyediakan juadah untuk para tetamu menjamu selera. Jadi permintaan ini perlulah kami penuhi.

Kak Timah turut datang ke rumah Abang Leman.
Zuan anak-beranak pun ada.
Menyuapkan kerepek bayam ke mulut anak saudara yang tak suka makan sayur.
Walaupun malam agak lewat, kami tetap juga datang beramai-ramai ke sana. Maklumlah, masih bulan raya. Sampai malam buta pun masih boleh datang beraya (dengan izin tuan rumahlah). Kami terus masuk ke ruang tamu. Kak Ita menjamu kami dengan pelbagai makanan dah kuih muih yang berunsurkan tanaman. Semua juadah ini telah dituai dari kebun di halaman rumah yang nampak gayanya sangat menjadi suburnya. Ada kerepek bayam. Ada cili goreng manis. Dan macam-macam lagi makanan yang berunsurkan tumbuhan. Malah nasi beriyani yang Kak Ita hidangkan jugak berasal dari beras basmathi yang pokok padinya telah dituai dari bendang belakang rumah.

Sebahagian dari pokok buah-buahan di tapak semaian.
Kalau tak silap aku, ini pokok buah lai.
Ini pokok buah teen.
Setelah selesai makan, Abang Leman ajak aku bersiar-siar ke sekeliling kebun tanaman dengan menaiki four-wheel-drive. Mula-mula kami nengok ladang anggur yang buahnya sedang membesar. Dulu kami dah pernah makan sekali ketika musim anggur tahun sudah. Malah anggur ini jugak pernah dibuat jus seperti Ribena, dan telah dibotolkan untuk dieksport ke dalam dan luar negara. Setakat ni jus anggur Abang Leman ini telah dipasarkan di beberapa buah negara seperti di Brazil, New Zealand, Zimbabwe, Argentina, Canada, dan Amerika Syarikat (pengimport terbesar).

Dari ladang anggur, kami ke ladang strawberi pulak. Masih belum berbuah lagi. Tapi Abang Leman dah ada perancangan untuk membuat jem, dan aiskerim dan memasarkannya ke negara-negara di Asia Barat. Lain-lain tumbuh-tumbuhan yang turut ditanam termasuklah pokok buah teen, pokok buah lai, pokok buah epal, pokok buah kiwi, markisa, durian musang king, durian lion king dan beruang king. Sebenarnya banyak lagi pokok buah-buahan tempatan dan luar negara yang ditanam. Cuma tak dapat aku nyatakan di sini pasal senarainya terlalu panjang. Semoga Abang Leman beroleh kejayaan cemerlang dalam usaha menjadi pekebun moden dan berinovasi ini.

Pokok anggur yang sedang lebat berbuah.
Pokok teen semakin membesar.
Pelbagai pokok di tapak semaian.
Ini pokok strawberi.

Friday, February 14, 2014

Pokok anggur berbuah di tanah Ampang

1 September 2013 - Syawal lalu, kami ke rumah abang iparku, Abang Leman. Masa kami kat sana, Abang Leman tak ada kat rumah. Tapi Kak Ita dan anak-anak ada. Jadi Kak Ita lah yang melayan kami dan menjamu kami dengan kuih muih dan minuman.

Di ruang tamu.
Berbual-bual dengan Kak Ita dan Acap.
Kami sempat meninjau kura-kura Amier yang kami tinggalkan kat kolam Abang Leman. Nama kura-kura tu ialah Asam Keping. Dah besar dah si Asam Keping. Dulu masa kami tinggalkan dia, Asam Keping cuma sebesar ibu jari aje. Sekarang dah sebesar kereta Volkswagen. Nampaknya dia pun dah serasi dengan kolam Abang Leman.

Saleh bersama Asam Keping.
Taufiq dengn kucing kesayangannya.
Di perkarangan rumah Taufiq.
Si kucing sedang bermanja dengan Taufiq.
Sewaktu kami nak bertolak pulang, kami singgah sebentar kat kebun Abang Leman yang ada kat depan rumah. Macam canopy, meredupkan bahagian depan rumah. Ada pokok buah markisa yang dah banyak berbuah. Cuma belum masak aje lagi. Di celah-celah pokok markisa tu ada pulak pokok anggur. Anggur yang ditanam tu pun nampak gayanya dah mula berbuah. Kak Ita pun tak perasan. Memanglah buah dia masih kecil lagi. Tapi eksperimen Abang Leman dalam membiak pokok anggur telah menjadi. Dengar khabarnya lepas ni Abang Leman nak bukak kebun kurma, epal, peach, pear, berry, kiwi dan mandarin orange. Dan lepas tu akan dikomersilkan pulak. Jom kita tunggu!

Di ladang markisa.
Buah markisa bergayut-gayut dengan banyaknya.
Pokok anggur sudah berbuah!

Monday, January 20, 2014

Buah dabai

Pernah dengar tak ada satu jenis buah yang bernama dabai? Buah ni banyak terdapat di Sarawak. Di negeri lain aku tak taulah sama ada boleh didapati ataupun tidak. Hari tu adik aku bawak balik beberapa bijik buah dabai. Dia dapat buah tu pun memang dari Sarawak. Aku pernah dengar nama buah ni. Tapi itulah first time aku menengok kelibat buah dabai tu. Lalu aku merasa buah ni dengan gigi dan lidah aku. Hmmmm.... okay jugak. Ada masam-masam sikit. Ada lemak-lemak sikit. Tapi adik aku kata, kalau makan dengan nasi lagi power rasa dia. Malah kat Sarawak siap ada nasi goreng dabai yang memang diakui sangat sedap dan enak rasanya. Tak taulah macam mana punya sedap, sebab aku tak pernah merasa. Mungkin sama sedap menggaru belakang badan kat tiang telefon. Atau sama sedap mengorek telinga dengan putik kapas. Atau juga sesedap meletakkan kepala atas bantal empuk ketika mata sedang sangat mengantuk. Tak taulah aku...

Tapi buah dabai ni sangat berkhasiat dan penuh dengan kandungan antioksidan. Kalau berjumpa dengan buah ni, jangan lupa memakannya. Cubalah!

Buah dabai.
Kalau lagi masak, rupa dia macam buah kurma.

Thursday, February 7, 2013

Markisa yang luar biasa

Korang tau tak apa tu markisa? Bukannya siapa tu, tapi apa tu. Markisa bukannya nama orang, tapi nama buah. Kalau nak lagi sempoi, panggil aje buah susu. Itu pun benda yang sama jugak. Orang putih pulak panggil buah passion fruit. Nama dia memang hebat sungguh. Tapi sekarang ni buah markisa ni macam dah agak susah sikit nak ditemui pasal tak ramai orang yang menanamnya. Dan buah ni tak berapa komersil. Tapi aku tau kat mana nak cari buah yang dah nak pupus ni. Ia ada kat rumah abang ipar aku, Abang Leman.

Pemandangan pokok markisa pada waktu malam. Macam sarang burung garuda, kan?
Dulu-dulu kalau aku pergi ke rumah Abang Leman, nak jumpa sebijik buah dari pokok markisa ni pun macam susah sangat. Tapi sekarang pokok tu dah semakin membesar dan semakin merebak hingga ke pagar dan bumbung rumah sendiri, dan kemudian ke pagar dan bumbung rumah jiran-jiran. Dan seterusnya ke pagar dan bumbung rumah penduduk-penduduk di sekitar Lembah Kelang. Malah merebak juga sampai ke sempadan Perak dan Negeri Sembilan. Punyalah nak cerita yang pokok markisa tu dah semakin menjadi-jadi besarnya! Jadi, kira-kira tak lama dulu, kami pergilah ke rumah Abang Leman. Memang tengah bergayut banyak buah-buahnya yang masih muda dan ada jugak yang dan masak ranum. Isteri Abang Leman, Kak Ita pun bagilah sorang sikit buat merasa. Sedap jugak - masam-masam manis. Kalau nak makan, kena makan dengan bijiknya sekali. Atau boleh jugak dibuat jus yang hebat.

Buah markisa yang cantik dilihat, sedap jugak dimakan.
Buah markisa ni sebenarnya lebih popular di negara-negara seperti Australia, New Zealand, Kenya, India dan Hawaii. Kat sini dia ditanam secara komersil. Buah markisa ni kaya dengan khasiat berikut: pro-vitamin A, vitamin C, niacin dan riboflavin. Kulitnya jugak sesuai kalau dicampurkan ke dalam masakan seperti kari kepala ikan, mi goreng mamak, laksa penang dan ayam masak kicap. Aku tak pernah try. Korang kalau nak try, cubalah sendiri. Nanti bagi tau aku macam mana rasa dia. He he he... Mesti korang tak lalu nak makan, kan?

Buah markisa yang sudah masak dan sedia untuk dimakan oleh manusia dan haiwan.

Thursday, January 17, 2013

Rambai: Bukan kerana isi

Tatkala aku ternampak bergantungan di sebuah gerai buah di Simpang Ampat, aku tak terus menjurus kepada keenakan buahnya. Rasa buahnya yang masam-masam manis langsung tak aku hiraukan. Kelembutan isinya, langsung tak aku pedulikan. Tapi fikiranku lebih menujurus kepada keenakan kulitnya. Yes! Kulitnya!!! Pasti!!! Ha ha ha!!! (Eh, kenala plak kena ketawa ha?)

Itulah buah rambai yang aku nampak terjual, ketika aku pulang dari menghantar Syahmie ke asramanya di MRSM Gemencheh. Aku sudah boleh bayangkan, kulitnya yang berbelak-belak dicuci dan diracik kasar. Kemudian dimasukkan pulak ke dalam ramuan masakan ikan tenggiri masak lemak kuning. Pergh! Pasti terangkat rasanya, hingga ke angkasa. Kalau sedang menjamah kulit rambai ni, PM lalu kat depan pun pasti tak nampak. Bukan saja PM, malah kalau Neelofa atau Aaron Aziz lalu kat depan pun, siap kecik hati lagi Neelofa dan Aaron pasal korang boleh tak perasan dia lalu. Semuanya gara-gara keenakan kulit rambai masak lemak ni.

Buah rambai yang segar.
Aku sengaja tak nak cerita pasal tangkai rambai ni lagi, yang jugak sangat enak jika dimakan. Apatah lagi daun dan batang pokok rambai tu sendiri, lagilah terserlah kesedapannya. Sehinggakan kalau anak makcik jual kuih lopes (Jennifer Lopez) lalu kat depan pun, pasti korang semua tak nampak. Kalau nak tau macam mana dia punya sedap, korang kena try-lah sendiri. Ya, memang buah rambai ni tak dikomersilkan sangat. Tapi kalau korang terjumpa buahnya, pergilah beli dan letaklah kulitnya dalam masakan lemak. Barulah korang faham apa ertinya hidup di alam maya siber ini.

Kulit buah rambai ni jangan sekali-kali dibuang.
Kulit rambai masak lemak digaul dengan nasi putih. Pergh!! Terangkat rasanya!!!




Sunday, November 18, 2012

Bukan menjolok mata, tapi menjolok rambutan

Dari majlis kenduri kahwin yang kami hadiri di Kuala Selangor pada minggu lepas, kami terus ke rumah Makcik Mini untuk tumpang sembahyang zuhur. Makcik Mini kemudian bertanya kepada aku, "Nak buah rambutan tak? Pokok rambutan tu tengah banyak buah." Aku terus mengangguk banyak-banyak kali menandakan aku memang nak petik buah rambutan kat pokok rambutan di rumah Makcik Mini. Selesai solat zuhur, aku pun terus ke pokok rambutan tepi pagar. Aku nengok pokok tu taklah rimbun sangat. Buah pun sebenarnya taklah begitu banyak. Aku selak daun, nampak daun. Selak lagi daun, masih nampak daun. Dan aku terus menyelak daun. Nampak beruk Afrika sedang bertenggek kat dahan. Selak beruk Afrika, barulah aku nampak gugusan buah rambutan bertangkai-tangkai. Cukuplah banyaknya untuk menjamu satu kampung.

Inilah pokok rambutan rumah Makcik Mini yang dikenen oleh geng The Monkey Boys!
Sepupuku Wadi kemudiannya datang menemaniku mengait buah rambutan yang bergayut kat dahan. Nak kait buah tu kena hati-hati, sebab pokok tu duduk dekat dengan wayar elektrik. Wadi tolong kait, aku pulak tukang kutip dan kumpul serta masukkan ke dalam karung plastik. Rambutan yang telah dikait dan dipungut akan diagih-agihkan kepada kami serta beberapa orang pakcikku yang turut ada kat rumah Makcik Mini. Kami pun mulalah mengagih-agihkan secara adil dan saksama di antara kami. Satu untuk aku, satu untuk kau. Dua untuk aku, dua untuk kau. Tiga untuk aku, tiga untuk kau. Hantamlah untuk aku. Hantamlah untuk kau. Bedal ajelah untuk aku. Bedal ajelah untuk kau.......  Kami akhirnya menyedari cara pengiraan macam ni bagai tak ada kesudahannya. Akhirnya kami pakai timbang kilo ajelah. Selebihnya untuk dihantar ke Kuala Lumpur untuk diniagakan kat Pasar Chow Kit, kat Pasar Selayang, Tesco di Lembah Kelang, Pasar Raya Giant, IKEA dan di gedung tekstil Gulatis. Setelah semua proses ini selesai, kami pun mintak diri untuk pulang ke KL....... dengan Encik Selamat.

Wadi menggunakan galah sepanjang pokok kelapa untuk mengait buah rambutan.
Dalam proses mengait rambutan, beberapa ekor beruk tempatan telah jatuh tergolek kerana turut dikait oleh Wadi.
Rambutan yang telah dikumpul untuk diagih-agihkan.

Tuesday, June 26, 2012

Menyantap si raja musang

Hari dah lewat petang. Perjalanan dari Gemencheh ke Kuala Lumpur masih diteruskan. Sebelum kami masuk semula ke highway Plus, kami singgah dulu kat kawasan Simpang Ampat. Kat sini ada orang jual durian dekat kebun dia. Kami pun masuk ke dalam dusun, nak tengok ada lagi tak durian yang dijual. Tadi siang memang kami nampak ramai sungguh orang orang yang datang. Sekarang gerai dalam dusun tu dah semakin muram. Tapi durian masih ada lagi.

Kami tanya penjual durian kat gerai tu, "Durian apa ada jual lagi?" "Semua dulian sulah habih. Ada dulian Sultan sama Musang King saja. Mau try aahh? Sikalang kita bagi diskaun lagi." Aku nengok harga durian Sultan. Woww! Mahalnya.....! Tarik nafas panjang, aku sekejap. Patutlah mahal, Sultan punya durian, fikir hatiku. Aku nengok pulak harga durian Musang King. Hwoooaaaahhhkggg!!! Mak datok moyang tan sriiiiiii... Mahal ya ampuuuuunnnn!!!!! Aku siap kena pinjam inhaler ayah mentuaku untuk menarik nafas dalam-dalam kerana terlalu terkejut dengan harga durian yang sangat mahal itu. Setelah aku dapat bernafas dengan normal kembali, aku pun berkata kepada penjual durian, "Kasi bungkus semua durian. Gua mau beli habis". Penjual tadi bukan main happy bila aku cakap macam tu. Dekat 40 bijik semua durian kat gerai tu. Kalau aku borong, mestilah dia boleh dapat untung ribuan ringgit. Lalu aku tanya penjual durian tadi, "Credit card boleh pakai ka?" Penjual tadi menengok aku dengan wajah sinis dan bosan. Dan aku pulak tersengih melihat riak wajah mereka. Untuk tidak menghampakan penjual durian tadi, kami beli jugak sebijik buah durian Musang King berskala 2 kilo. Dan kami bawak pulang ke Kuala Lumpur.

Gerai durian dalam dusun.
Yang bergantungan tu durian Musang King, yang kat bawah tu durian sultan.
Ini bukan Musang King, tapi ini Amier King.
Kami tiba di KL selepas maghrib. Kami terus naik atas ke rumah flat Ayah Atan. Dan durian Musang King kami kupas. Dan terlihatlah isinya yang sangat kuning. Durian ni jugak dipanggil durian raja kunyit atau D197. Dan kami ambil sorang satu buat rasa dulu. Mmmmmm... memang sedap... Patutlah raja musang suka sangat makan durian jenis ni. Setidak-tidaknya bila orang bercerita pasal Musang King, kini kami dah tau rasanya macam mana. Hebatnya macam mana. Enaknya macam mana. Tapi aku tak payahlah nak ceritakan macam mana sedap rasanya tu kan? Sebab imaginasi aku ni memang lain macam sikit. Nanti daripada korang nak try, langsung bertukar jadi tak nak jamah langsung. Nak tau rasa dia, kenalah beli sendiri.

Isinya menarik, rasanya menawan.

Wednesday, May 30, 2012

Mengenal jambu

Dia mungkin tak sepopular adik beradiknya yang lain - jambu batu aka guava atau jambu air dan jambu madu. Tapi kewujudannya tak boleh dinafikan. Ia adalah sejenis jambu jugak dari zaman dinosaur. Dulu-dulu, kalau T-Rex tak dapat makan daging, dia dapat makan jambu ni pun dah kira okay. Dia akan senyap dan tak payah sibuk-sibuk nak memburu lagi. Kami namakan jambu ni jambu bol @ jambu ball. Dulu kat kampung aku kat Kuala Selangor, ada pokok jambu ni. Agak besar pokoknya. Buah dia boleh membesar sebesar penumbuk Mike Tyson. Sekarang pokok tu dah kena tebang pasal dah tak produktif.

Semalam aku berkesempatan bertemu kembali dengan spesis jambu yang hampir pupus ini. Jiran aku ada pokok jambu ni rupanya. Jadi dapatlah kami merasa serba sedikit, walaupun buahnya agak kecil dari biasa. Rasanya masam-masam lemak. Memang hebat! Bagi yang nak cuba merasa buah jambu bol ni, carilah kat kawasan kampung-kampung serata Malaya sampai jumpa. Selamat mencari!

Buah jambu bol yang dipetik dari pokok jiran.
Saiz buah ni agak kecil dari kebiasaannya.

Monday, March 12, 2012

Kisah rambu rambai

Balik dari Gemencheh tempoh hari, kami singgah di Alor Gajah kat satu gerai yang jual buah rambai. Aku rasa ada sesetengah orang bandar yang tak berapa nak kenal buah rambai ni pasal dia tak commercial macam buah langsat atau dugong, oops, maksud akku buah dukong. Masa kecik-kecik dulu selalu jugaklah aku makan buah ni. Tapi sekarang dah semakin kurang pulak sambutannya. Dan mungkin boleh dikategorikan sebagai tumbuhan yang hampir pupus. Tapi kebetulan masih banyak lagi terdapat di Melaka.

Aku singgah beli satu ikat aje. Aku bukan berkenan sangat nak makan buah rambai tu, tapi aku lebih berminat nak makan kulitnya yang boleh dibuat sayur masak lemak. Aku dengar cerita ada orang yang mengkomersilkan kulit rambai ni untuk masakan. Aku beli satu ikat dengan harga RM4.00 saja. Balik rumah aku pun makanlah isinya. Okay jugak rasanya. Kulitnya kami simpan dalam satu bekas. Nanti bila dah cukup banyak, dah cukup satu lori, barulah boleh kami masak lemak dan menjamu pulak keenakan makan nasi berlaukkan kulit buah rambai. Mmmmmm.... sedapnya.....

Bergantungan buah rambai di Alor Gajah.
Lama betul tak makan buah rambai.

Thursday, January 26, 2012

Buah paling masam di dunia?

Buah apakah yang paling masam dalam dunia? Pelam, binjai, limau nipis? Aku pun tak tahu. Tapi satu lagi buah yang tak boleh diketepikan dari segi tahap kemasamannya ialah buah belimbing buluh. Buah dia kecil-kecil aje, tak macam abang dia buah belimbing besi yang jauh lebih besar dan brutal. Buah ini memang sangat masam. Aku rasa tak ada orang yang sesaja nak makan buah ni macam nak kunyah pisang. Tapi buah ni sangat memberi impak apabila dimasukkan di dalam masakan-masakan tertentu seperti masak lemak, buat halua, masak acar buah, malah enak jugak kalau dicampur dalam kuah kacang (kuah sate).

Ibuku memetik buah belimbing buluh di pangkal dahan.
Banyak buahnya, sampai cecah lantai.
Hari Isnin lepas kami telah ke rumah makcikku kat Kg Baru. Sebelum balik, kami pergi memetik buah-buah belimbing ni untuk dibawa balik dan dimasak di rumah. Banyak juga hasil yang kami dapat. Kalau cukup banyak, bolehlah kami buat air jus. Diperah pulak lagi buah limau nipis. Pergh! Mesti kaw punya bila minum. Segala isi perut jadi kecut, dan muka pun jadi merekot. Cubalah!

Buah belimbing buluh @ belimbing asam.