m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label yemen. Show all posts
Showing posts with label yemen. Show all posts

Sunday, April 5, 2020

Perkahwinan Arab Yaman: Bergambar dengan pengantin

Bahagian 3 (Akhir)

Setelah tetamu menyaksikan pertunjukan silat dan acara memotong kek, tetamu didendangkan pula dengan alunan muzik irama fadang fasir al gurun al Sahara al Arabia dengan lagu berjudul Tumfuk-Tumfuk Tahi Unta Laaa. Muzik dimainkan secara live oleh pemuzik profesional yang hebat. Ketika muzik beralun, sahabat handai di kalangan pria-pria Arab tampil di hadapan pengantin dan menari tarian tradisional Arab mengikut rentak yang didendangkan. Tetamu yang lain sekadar menonton dengan penuh keterujaan. 

Pengantin mendengar dengan tekun kata-kata nasihat dari pak menakan, Muhamad Khasheb.

Brader Muhamad memulakan bicara nasihatnya.

Menceritakan segala pengalamannya dalam kehidupan.

Sejurus itu terus bersyair yang mendayu-dayu.

Lantas berdendang dengan sebuah lagu rentak Nusantara.

Dan disudahi dengan lagu pengantin genre balada.

Muzik padang pasir dimainkan. Tarian dari pemuda-pemuda Arab bakal dimulakan.

Tarian mereka santai dan menghiburkan.

Lenggok mereka sekata dan seiring.

Tengok lama-lama terasa macam nak join-lah pulak.

Suasana meriah di majlis perkahwinan yang sangat sederhana ini.

Kami dijemput makan setelah selesai semua acara persembahan buat pengantin. Kami beratur panjang dengan penuh kesabaran. Makanan yang dihidang kelihatan sangat enak dan pelbagai. Aku makan agak banyak juga sampai terlalu kenyang dibuatnya. Niat di hati nak mencuba merasa kesemua makanan yang ada terhidang, apakan daya perutku tak mampu menerima lagi apa-apa makanan kerana sudah terlalu penuh. Puas. Memang sangat puas. Favourite aku sudah pastilah daging kambing. Roti pita yang dicicah dengan hummus juga sangat power dan menikam qalbu.

Sebelum kami beredar, kami bergambar dulu dengan pengantin dan bapa saudara beliau. Banyak jugak gambar yang kami ambil. Pengantin tidak keberatan. Setelah itu kami bersalaman dengan pengantin dan teman kami Brader Muhamad Khasheb dan meminta diri untuk beredar dengan perasaan gumbira dan senang hati. Ucapan kami, terima kasih kerana menjemput. Doa kami agar kedua-dua mempelai terus hidup dalam harmoni dan penuh barokah serta berada dalam rahmah dan redha Allah.

T A M A T

Ienah dan isteriku bergambar dengan pasangan pengantin.

Pengantin tidak keberatan nampak gayanya.

Masih dengan pengantin.

Bukan selalu dapat bergambar macam ni.

Satu lagi pose sebelum bersurai.

Kak Timah merupakan orang penting dalam majlis ini yang turut menbantu penganjur.

Kak Timah bersama Ienah.

Waktu ni kami dah bersiap-siap untuk pulang.

Tapi apa kata kita bergambar dulu ramai-ramai.

Kita sesakkan ruang pelamin.

Inilah sebahagian daripada keluarga kami yang hadir pada majlis itu.

Masih bergambar dengan pengantin.

Mungkin pengantin telah penat berdiri. Tetapi para tetamu tetap diraikannya.

Okay, tahniah kepada kedua mempelai. Baarakallah fikum.

Saturday, April 4, 2020

Perkahwinan Arab Yaman: Adat Arab dan Melayu

Bahagian 2

Kami masih lagi di Yahala Restaurant menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kawan Arab kami. Setelah pengantin masuk ke dewan majlis, beriring kumpulan kompang dari Batu Arang, masuk pula geng silat srikandi yang lengkap berbusana perang warna hitam, bersampin dan bertanjak. Mereka mempamerkan aksi-aksi hebat dengan jurus-jurus persilatan yang menakjubkan. Penonton bertepuk sorak memberikan semangat kepada para srikandi yang beraksi. Dalam pertempuran yang sengit itu, terdapat beberapa srikandi yang telah rebah ke bumi. Namun setelah diberikan rawatan oleh kumpulan paramedik, mereka kembali sihat, bangkit terus berjuang lagi.

Para srikandi bersedia untuk bertempur.

Merenung ke arah lawan masing-masing.

Dengan perasaan kental dan berani.

Buah silat akan dikeluarkan.

Yarkh! Amek kau!! Serangan padu pun bermula.

Cissss! Bedebah kau! Amek yang ni pulak!!

Aduhhh! Mana aci main piat telinga?!!!

Srikandi gugur ke bumi dengan penuh bermaruah.

Okay. Round 2 akan dimulakan sebentar lagi.

Kali ini aku tidak akan tewas lagi di tanganmu!!! Yaaaaargghhh!!!

Setelah selesai adegan silat yang mencemas dan mendebarkan itu, tibalah pula acara memotong kek oleh pengantin dua mempelai. Kek cokelat yang dipersembahkan sangat simple namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Kek dipotong menggunakan pedang Arab yang sangat tajam. Acara suap-menyuap pun berlangsunglah. Suami menyuap si isteri. Dan isteri menyuap si suami. Para hadirin bertepuk sambil tersenyum girang. 

Setelah itu, pengantin kembali duduk di atas pelamin yang ringkas sambil menantikan acara yang selanjutnya. Para tetamu mengambil kesempatan mengambil gambar pengantin yang sedang tenang duduk di singgahsana. Masih ada beberapa acara lagi sebelum kami semua dijemput untuk makan. Kami masih menunggu.

Bersambung...

Acara memotong kek.

Suami menyuap kek ke mulut isteri.

Giliran isteri pula menyuap kek ke mulut suami.

Ambil kek dulu guna garfu.

Lepas tu...

Suap. Nyam nyam nyam.

Kedua-dua pengantin telah pun kenyang.

Mendengar arahan dari penganjur untuk acara selanjutnya.

Panjang pulak taklimat yang disampaikan oleh penganjur.

Brader Muhamad Khasheb memulakan khutbah berumah tangga.

Pengantin mendengar dengan akur.

Pengantin kembali duduk di atas pelamin.

Terus mendengar taklimat dari pihak penganjur.

Banyak betul peraturan yang perlu dipatuhi.

Macam arahan mengawal pergerakan ketika wabak Covid-19 melanda negara.