Sabtu & Ahad baru ni aku sekeluarga bercuti di batu 18 Hulu Langat. Percutian yang singkat, ringkas dan amat menyeronokkan. Terima kasih kepada teman-teman dari Sekolah Menengah Taman Maluri, terutamanya kepada Puan Fauziah Hanim yang telah mengaturkan percutian ini serta saudara kepada Puan Hanim yang telah membenarkan kami beriadah di rumah percutian peribadinya. Memang suatu percutian yang sangat hebat.
Balik dari bercuti, kami singgah ke sebuah warung durian kerana ibu mentuaku ada menyatakan hasrat beliau untuk menjamah durian Langat. Isteri aku yang memang arif pasal durian telah memberi sepenuh kepercayaannya kepada aku untuk memilih durian yang dijaja. Aku pulak kebetulan dah lupa semua teori pasal memilih durian yang baik. Lalu aku menggunakanlah teori "hantam sajalah". Sebahagian durian aku pilih. Sebahagian yang lain penjual tu yang pilihkan. Aku tanya penjual durian, "ini durian Langat ke?" Jawab beliau, "Tanjung Malim". Aaahhh... boleh ajelah, janji durian. 7 biji durian semuanya yang aku beli. 2 untuk dibawa ke rumah mentuaku di Cheras. 5 makan sendiri.
Di rumah, satu per satu durian kukupas kulitnya. Durian yang pertama memang hebat. Masuk nombor dua, tiga dan seterusnya aku dapati kulitnya tebal-tebal sampai mencecah 2-3 inci. Nak mengupasnya dahlah satu hal, isi dia pun cenonet aje. Tapi nasib baik tak busuk dan rasanya masih sedap. Tapi ada satu durian tu memang cukup tebal kulitnya. Aku ukur ketebalannya mungkin ada sampai 5-6 inci. Aku kepak pakai pisau, pisau patah. Kepak pulak pakai parang, parang pun patah. Hantam pakai kapak, kapak sumbing. Tibai pakai gergaji, gergaji hilang gigi. Mati akal aku dibuatnya. Last-last aku ambil chain-saw dan memotong durian degil tersebut sampai terbelah dua. Barulah aku dapat menyentuh isinya. Rasanya memang sedap tapi isinya terlalu sedikit. Durian tu rupanya cacat sikit di bahagian dalamnya. Itu yang menyukarkan proses mengupasnya tadi. Dan aku memang pasti durian yang degil itu bukanlah pilihan aku, tapi pilihan penjual tadi. Nampak gayanya kali ni aku yang telah menjadi mangsa penjual tadi. Salah sendiri kerana terlalu mempercayai orang lain.
Dari luar macam biasa. |
Bila dikepak cukup tebal kulitnya. |
Kepak punya kepak sampai huru-hara jadi kulitnya. |
Rupanya durian ni ada cacat sikit kat dalam. |
Rupa dia pun berterabur. Tapi rasa dia masih sedap. |
No comments:
Post a Comment