m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label shop. Show all posts
Showing posts with label shop. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Central Market yang dah lama aku tinggalkan

14 November 2013 - Selepas pulang dari bermain badminton di Dewan Komuniti Pantai Dalam (http://adisarahberkisah.blogspot.com/2013/12/mott-macdonald-badminton-tournament.html), aku, wife dan Wanie terus menuju ke Central Market a.k.a. Pasar Seni. Dah berkurun aku tak ke sini. Wife aku pun macam tu jugak. Masa aku bekerja kat Brickfields dulu, kerap jugak aku mengunjungi tempat ni, sama ada dengan temanku, MdNor atau secara bersendirian. Biasanya kami akan makan kat Restoran mamak - Hameed. Lepas tu jalan-jalan tengok artworks yang dihasilkan oleh insan kreatif hebat. Aku suka nengok lukisan potret. Especially yang pakai cat minyak. Aku jugak suka mendengar dendangan alatan muzik seperti gitar atau clarinet yang ada kalanya terdapat di Central Market.

Dibina pada tahun 1888. Masa ni kalau tak silap aku, aku masih tidur dalam buaian lagi kot.
Wanie bersama barangan jualan yang sangat cantik.
Sedang memilih barangan cenderahati untuk dibeli dan diberikan kepada cikgu-cikgu Wanie.
Pilih jeruk pulak. Ini bukan untuk dibagi kepada cikgu, tapi untuk dimakan sendiri.
Aku dan isteri sangat-sangat tergamam dengan barang-barang seni yang telah dihasilkan. Aku rasa tempat ni jatuh ke kategori tempat wajib lawat oleh pelancong asing. Malah oleh makhluk asing sekali pun. Tempat ni memang unik. Masa kami sampai tu dah agak lewat. Jadi, pengunjung macam dah tak berapa ada sangat. Suasana sangatlah lengang. Wife aku bagi cadangan untuk membeli cenderahati untuk guru-guru yang mengajar Wanie. Dan cenderahati itu semua bolehlah dibagi kepada guru-guru pada keesokan harinya. Puas kami bertawaf sampai dekat tiga ratus round. Masih jugak tak tau nak beli apa. Akhirnya, kami main ossssom! Dan kami pun beli cermin muka berhias untuk guru perempuan. Dan untuk cikgu lelaki, kami belikan tempat letak pena. Untuk guru kelas darjah 6, Cikgu Isma Hadi, kami bagi hadiah spesel sikitlah.

Kami tawaf tempat ni banyak-banyak round sampai penat.
Menunggu tempahan siap.
Membelek barangan yang telah dibeli.
Wanie agak penat dan bosan.
Setelah membeli barang-barangan yang ditempah, kami turut membeli jeruk buah buat mengunyah. Sebelum pulang, wife aku menunjukkan kepada kami tempat dia pernah membuat persembahan teater dulu di suatu sudut di Central Market. Tapi katanya tempat tu dah berubah rupa. Pentasnya pun macam dah lain sikit. Abang ipar aku  dulu pun pernah membuka gerai di sini. Tapi itu semua cerita dulu. Zaman bujang dulu. Tapi bagi aku, Central Market ni memang tetap merupakan satu tempat yang hebat dan sangat wajar dilawati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dah nak balik.
Kat belakang tu ialah tempat isteriku pernah membuat persembahan teater suatu masa dahulu.

Saturday, January 7, 2012

Ber-Tasbeeh di gedung pakaian

Semalam, setelah selesai urusan di hospital Prince Court, aku dan isteri ke satu kedai butik pakaian muslimah di Taman Permata menghadap Jalan Ulu Kelang. Nama kedai tu ialah Tasbeeh Boutique And Gift. Petang tu ada pelancaran kedai yang baru dibuka di kawasan itu. Kedai Tasbeeh ni milik isteri kawan kami. Intan nama tauke dia. Nama kawan kami tu Muzily. Pelancaran tu dibuat bersama satu lagi kedai butik yang terletak bersebelahan dengan kedai Tasbeeh.

Bergambar di tangga masuk butik Tasbeeh.
Kami sampai lokasi kira-kira jam 4 petang lebih. Ingatkan simple aje upacara perasmian tu. Sekali nengok, agak grand jugak. Ada makan-makan, ada fashion show, ada VVIP dan ada artis hiburan. Tetamu yang datang banyak yang pakai agak glamer. Aku dan isteri pakai kasual aje pasal kami tak nak terlebih glamer pulak nanti.

Signboard butik Tasbeeh.
Dengan Intan, pemilik butik Tasbeeh.
Lepas menikmati juadah yang terhidang - sate, nasi goreng, roti jala, bihun goreng, mi rebus, teh tarik dan sirap, isteri aku memilih-milih baju untuk dicuba dan dibeli. Lalu kami beli sepasang. Design yang cantik dengan harga yang sangat berpatutan.

Sedang memilih pakaian untuk dibeli.
Antara orang-orang kenamaan yang datang termasuklah mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan isteri. Dan antara artis yang menjadi model memperagakan pakaian termasuklah Bienda dan ibunya Sheeda Dangdut. Antara artis jemputan yang memeriahkan suasana termasuklah Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, serta Dato' Eizlan Yusof. Pengacara majlis pula ialah Pian Cecupak. Selepas seketika di sana, dan selepas membeli baju sehelai, kami pun beredar. Jemputlah datang ke butik Tasbeeh ramai-ramai. Ada designer's jubah dengan rekabentuk yang hebat dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Antara model-model, dan VVIP yang hadir.
Tan Sri Abu Hassan Omar turut hadir.
Dato' Eizlan Yusof pun ada.
Gabungan VVIP dan artis.
Bergambar kenangan.