m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kosas. Show all posts
Showing posts with label kosas. Show all posts

Saturday, May 21, 2016

Teacher Nazrin berkahwin

26 Mac 2016 - Ini cerita kahwin lagi. Sorry-lah. Aku memang banyak betul cerita kahwin yang dah out-of-date. Ni kira macam nak qadha' cerita-cerita lamalah. Korang baca ajelah.

Kali ni cikgu sekolah Sabriena di Kidz Cabin pulak yang kahwin - Teacher Nazrin. Memang Teacher Narin lah yang mengajar Sabriena kat kelas. Maka Sabriena pun tak ketinggalanlah untuk meraikan hari istimewa cikgu kesayangannya ini.

Suasana di majlis perkahwinan Teacher Nazrin.
Brader Muhammad Khaseb Al Yamani.
Saleh dan Nabil.
Sedang menjamu selera.
Majlis resepsi diadakan di Taman Kosas. Dekat ajelah dengan rumah kami. Kami sampai betul-betul time orang tengah azan zuhur. Amier ajak aku untuk solat kat surau dulu, pasal kami pun parking kereta betul-betul di sebelah surau. Selepas solat, barulah kami ke tempat majlis yang tak jauh dari situ.

Sabriena kata Satu Malaysia.
"Satu lagi teh tarik!"
Brader Muhammad lagi.
Melayan si kecil.
Siapa percaya yang ini adalah brooch berbentuk pepatung?
Aku dan Amier terus ambil makanan yang terhidang. Sabriena dan isteriku dah makan terlebih dahulu. Itu pun isteriku makan cuma sedikit aje. Tak ada selera katanya sebab kurang sihat pada waktu itu. Aku makan dessert pulak setelah makan nasi dengan lauk kambing. Kami duduk kat situ tak lama. Pengantin pun masih belum sampai lagi. Terus kami balik setelah bertemu dan bersalaman dengan ibu pengantin. 

Kepada Teacher Nazrin dan suami, tahniah dan semoga perjalanan kalian penuh barokah sehingga ke akhirat.

Duduk di bawah khemah putih.
Sabriena dengan teman sekelasnya.
Tiga sekawan.
Sabriena yang paling tembam. Kawannya yang lain slim aje.


Saturday, July 18, 2015

1 Syawal 2015 - Ziarah pusara di Taman Kosas

17 Julai 2015 - Selepas selesai solat Aidilfitri, kami terus ke Tanah Perkuburan Islam di Taman Kosas untuk menziarahi pusara ayahanda dan bonda mentuaku, serta menziarahi pusara anak sulung kami, Muhammad. Biasanya kami menziarah pada bulan Ramadhan. Tapi pada Ramadhan yang lepas kami tak sempat ke sini. Maka terpaksalah kami menziarahi pada pagi 1 Syawal.

Di tanah perkuburan ini kami lihat sangat ramai orang berkunjung. Tak sangka kami sebegitu ramai. Ada yang bertahlil anak beranak, membaca Yaasiin beramai-ramai, dan membersih-bersihkan pusara yang tidak kerap diziarahi. Kami menghala ke kubur anak sulung kami dulu. Masih seperti dulu. Tanahnya tak sebegitu kering. Maka rumput-rumput dan tumbuhan-tumbuhan kecil mampu hidup dan berzikir. Kami bertahlil ringkas dan berdoa. Yang ada bersamaku ketika itu hanyalah isteriku dan Syahmie.

Syahmie menjirus air mawar di atas kubur abangnya.
Syahmie masih di pusara abang.
Syahmie bersama mamanya.
Menabur bunga dan daun pandan serta menyiram air mawar.
Selanjutnya kami menziarahi pula pusara Bonda, dan kemudiannya pusara Ayahanda. Kedua-dua pusara ini sangatlah menghijau dengan rumput karpet yang tumbuh subur, serta pokok bunga mawar yang semakin membesar. Kami taburkan daun pandan dan bunga serta menjirus air mawar. Tahlil turut dibacakan dan disudahi dengan doa. Semoga roh-roh keduanya dihimpun bersama roh-roh orang-orang yang mendapat redha dan rahmat Allah subhanahu wataala. Amin.

Di pusara Bonda Rahmah.
Membaca tahlil ringkas dan berdoa.
Di pusara Ayahanda Atan.
Tahlil dan doa.
Syahmie dan mamanya.
Menyiram air mawar sebelum pergi meninggalkan pekarangan perkuburan.

Saturday, December 21, 2013

Ada ikan dalam longkang?

26 Oktober 2013 - Dah sekian lama aku ternampak orang-orang kat kawasan perumahan aku, memancing kat tempat-tempat pelik. Antara tempat yang aku maksudkan ialah kat sungai kecil tepi sekolah, sungai dekat hospital, dan yang paling pelik sekali ialah di parit perumahan kat Taman Kosas. Lalu satu hari aku ambil keputusan untuk ajak wife aku jenguk apa yang sebenarnya sedang berlaku kat longkang di Taman Kosas tu.

Pakcik sedang mancing ikan kat longkang.
Longkang ni airnya cetek aje. Paras betis agaknya.
Dengan selambanya pakcik ni menjadi nelayan pinggir bandar.
Lelaki kat sebelah pakcik sedang memerhati dengan penuh minat.
Bila kami sampai sana, kami nampak seorang pakcik sedang khusyuk memancing dengan joran pusakanya. Ada sorang lagi lelaki yang jugak berminat nak tau kisah pancingan kat longkang tu. Aku pun tegur pakcik tu dengan penuh berhemah. "Wahai pakcik yang budiman, adakah pakcik telah mendapat sebarang hasil tangkapan yang boleh saya bawa pulang untuk digoreng dan dimakan oleh seisi keluarga?" Pakcik tu pun balas balik, "Ada". Lalu dia tunjukkan satu karung guni yang disangkut di dahan sebatang pokok. Lalu aku nengok isi kandungan karung tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila aku nampak ada selonggok ikan tilapia bersaiz tapak tangan yang telah berjaya dipancing pakcik. Yang lebih besar dari tapak tangan pun ada. Aku sangat kagum. Pakcik tu menggunakan pancing style jaring. Kaedahnya, lempar aje jaring tu dalam air. Nanti kalau ada ikan yang berenang kat situ, dia akan tersangkut kat jaring tu dan bolehlah diangkat ikan tadi dan dimasukkan ke dalam karung. Pakcik tu kata kalau pakai umpan cacing kurang berkesan. Lebih baik pakai kaedah jaring tu.

Besar jugak jaring yang pakcik tu gunakan.
Dua ekor ikan tilapia tersangkut di jaring.
Pakcik berasa happy.
Pakcik tu nampak bangga bila tetiba jorannya melendut, dan dua ekor ikan tilapia tersangkut lagi pada jaring yang dipasang. Kata pakcik tu ikan-ikan tu nanti akan dibuat pekasam. Tak taulah untuk makan sendiri atau untuk dijual. Aku dan isteri kemudiannya menjenguk ke dalam longkang tadi yang tebingnya setinggi sepuluh kaki dalamnya. Dari atas tebing, kami boleh nampak ikan-ikan tilapia bersaiz kasar sedang berenang-renang dengan gembiranya. Geram sungguh kami melihatnya. Rasa nak mencuba mancing pun ada jugak. Dan aku jugak berasa agak happy pasal ada ikan kat situ. Kalau malas nak pergi jauh, aku akan ajak wife aku pancing kat situ ajelah lain kali.
 
Dua ekor lagi akan dimasukkan ke dalam karung.
Goreng pun sodap!
Yang ini pakcik nak masak cili.
Hasil dan rezeki untuk hari ni.