Percutian di Langat ada acara sukaneka untuk kanak-kanak. Untuk orang besar lain pulak cara sukanekanya. Hafiz sebagai pengendali telah mendapat ilham untuk mengadakan satu game setelah ditengok kebanyakan muka suami-suami tak berapa kemas kerana tak grooming. Ada yang ada janggut bersepah, misai berserabut, sideburn tak sekata dsb. Lalu Hafiz pun mencadangkan permainan mencukur wajah suami bagi smart sikit. Tapi untuk menambahkan cabaran maka si isteri perlu ditutup mata mereka biar tak nampak. Mula-mula ada yang mencadangkan mencukur pakai pisau cukur, tapi mengikut pengalaman Hafiz, pernah dalam satu insiden, seorang telah termencukur hidung suami sampai putus. Maka untuk keselamatan, sudu plastik digunakan untuk mencukur dan membersihkan shaving foam di wajah suami.
Bila wisel mula dibunyikan, semua isteri pun terus menenyeh muka suami-suami dengan sudu. Ada yang tersodok lubang hidung suami sampai lubang hidung jadi besar macam ekzos kereta. Ada yang tercongkel bijik mata sampai jadi macam Kasim Selamat. Bila wisel penamat dibunyikan, barulah isteri-isteri boleh melihat wajah suami-suami yang dah semakin hensem (kononnya lah kan). Memang kelakar. Aku dan isteri dapat nombor dua. Tapi muka aku jadi perit dirodok dengan kuat oleh isteri aku. Nasib baik pakai sudu plastik, kalau pakai pisau cukur? Bayang-bayangkanlah sendiri.
Semua daki di muka habis dikerik. |
Pengendali acara cukur muka suami sampai hensem - Hafiz. |
No comments:
Post a Comment