Hari Rabu semalam aku ke gelanggang badminton lagi. Menunggu aku di tepi dewan adalah Faiisal, Hidayat & Ali. Ya, Ali! Dah lama Ali tak turun gelanggang kerana menghadap buku bersedia untuk menghadapi SPM hujung tahun nanti. Kali ini Ali membebaskan dirinya dari belenggu pengajian seketika. Nasib baik jugak Ali datang. Ngam-ngam 4 orang untuk bermain bergu.
Aku mulakan permainan dengan penuh semangat dan penuh fokus. Puas hati aku. Ada kalanya menang, ada kalanya kalah. Itu tak penting. Permainan aku lebih fokus. Itu yang lebih utama. Tapi bila tiba set terakhir pada malam itu, ketika aku berpasangan denagn Hidayat menentang Faiisal dan Ali, fokus aku hilang entah ke mana. Puas aku mencari namun tak jumpa. Rupa-rupanya fokus Hidayat jugak hilang. Huru-hara dan kelam-kelibut permainan kami sehingga membawa kepada kekalahan.
Bercerita pasal Ali sikit. Walaupun dah dua tiga bulan tak main, namun skil di jaringnya tetap tak luntur, malah ada kalanya lebih menyerlah. Tahniah! Ketika aku partner dengan Faiisal menentang Hidayat & Ali, Faiisal telah tiba-tiba naik sheikh. Faiisal mengumpul segala tenaga dan menghayun reket seperti mencangkul lalu mengungkapkan kata-kata berikut, "Yeah! Ini dia kuasa angin lintang dari gunung Fujiyama bergabung dengan taufan Karakatoa!!! Terimalah padahnya!!!" Sebijik macam cerita kartun Jepun. Lalu Faiisal membuat smash super-kencang dan mengena tepat ke dahi Ali. Bulu tangkis mendesit dan terpacak di dahi Ali sampai tak dapat dicabut lagi. Dengan segera aku membawa Ali ke hospital berdekatan. Dan setelah dibedah siasat, tangkis itu berjaya dikeluarkan. Doktor bedah sempat berkata, "jangan bimbang, dia dalam keadaan stabil." Sejurus keluar dari hospital, Ali sambung main badminton dan kali ini pukulannya lebih berbisa. Rupanya, hentakan tangkis tadi telah men-tune saraf Ali untuk menjadi lebih hebat dalam permainan semalam. Suatu hal yang mengagumkan.
Tangkis yang hinggap tepat di dahi Ali. |
No comments:
Post a Comment