m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

Tuesday, March 3, 2020

Beriadah di taman tasik

25 Januari 2020 - Dah lama kami tak ke sini. Lama sungguh! Taman tasik yang cantik dan nyaman. Tempat orang beriadah pada petang hari. Jogging. Jalan-jalan. Bersenam. Bermain. Makan-makan di gerai. Bagi makan ikan. Paling tidak duduk-duduk saja. Ini memang taman tasik kami. Taman Tasik Suria Damai (bukan nama sebenar).

Wanie, Sabriena dan isteriku di jeti.
Jeti inilah yang digunakan oleh nelayan untuk melabuhkan bot-bot pukat tunda setelah pulang dari mencari rezeki.
Hari ini tiada nelayan yang turun ke laut.
Mungkin ikan agak kurang hari ini.
Papan tanda baru menggantikan yang lama. Tiada notis larangan memancing!
Memberi ikan makan roti.
Kami bawa bersama kami sebuku roti Gardenia untuk diagih-agihkan kepada warga tasik yang menghuni dasar. Sejurus kami lemparkan cebisan roti ke tasik, pasti ada ikan-ikan kecil yang menyambut, dan membawanya pergi jauh dari kami. Sesekali terlihat juga olak dan riak kasar di permukaan air yang menandakan ikan-ikan besar sudah mula turut mendekati kerana ingin berebut juadah yang kami hulurkan. Seronok kami melihat ikan-ikan itu. Selain ikan, sang bangau juga kerap dilihat mengitari tasik ini. Banyak anak-anak ikan yang gebu yang enak untuk ditelan.

Sabriena di samping Mamanya.
Setelah memberi ikan makan.
Jom kita naik bukit.
Sementara kami berjalan, Amier kami biarkan ber-jogging bersendirian mengelilingi tasik. Kami bertemu semula dan duduk di tepi gerai sambil menghilangkan dahaga dengan memakan aiskerim Malaysia dan meminum air mineral. Bila maghrib hampir tiba, kami pun melangkahkan kaki untuk pulang.

Tetapi sebelum itu, biar aku kisahkan dulu mengenai pemerhatianku terhadap taman tasik ini. Di tepi jeti, aku terlihat tali pancing bergumpal di dahan pokok. Tanda ada orang memancing di situ. Casting beruk barangkali. Di suatu sudut yang lain, kulihat ada beberapa orang lelaki sedang memancing ikan dengan girang. Timbul persoalan di benakku. Adakah larangan memancing yang dikenakan suatu ketika dulu telah ditarik balik? Jentera fikiranku semakin laju bekerja bila kulihat papan tanda yang lama telah diganti dengan yang baru. Notis larangan memancing juga telah tiada. Yang ada cuma sebatang papan tanda dilarang memancing yang telah dicabut dan disandarkan pada sebatang pokok. Cuma tinggal satu. Papan tanda larangan memancing yang lain semuanya telah lesap. Adakah harapan untuk kami kembali ke sini dan memancing ikan-ikan yang semakin jinak tanpa dihalang oleh sesiapa? Ada sesiapa yang tahu status taman tasik ini? Sila maklumkan kepada kami.

Amier berehat setelah penat berlari mengelilingi tasik.
Kami berehat di kawasan gerai pula.
Kami di sini sehingga hampir maghrib.
Dalam perjalanan pulang, kami ternampak bangau ini.
Papan tanda seumpama ini cuma tinggal satu. Yang lain sudah hilang!


Tuesday, June 3, 2014

Mengahwinkan anak dalam taman Casa Heliconia

20 April 2014 - Kawan sepejabat dengan isteriku, Kak Jasha mengahwinkan anaknya di Jalan Semarak. Majlis dilakukan di Casa Heliconia - Felda. Tempat dia ala-ala taman. Cantik jugak. Ada satu lagi tempat yang macam taman jugak yang terletak berdekatan dengan Felda Hacienda. Yang itu nama dia Felda Villa. Tapi kat Casa Heliconia ni, aku baru first time menengok tempat ni.

Makan tengah hari. Eh, bukan. Makan breakfast. Late breakfast!
Bersama seorang teman dan jugak mak pengantin.
Teman FB dan Kak Jasha.
Kami datang sangat awal. Pasal lepas ni kami ada dua jemputan lagi yang perlu dihadiri. Satu, ke majlis perkahwinan sepupu aku, Azfar. Satu lagi ke majlis cukur jambul anak saudara kami kat Kelang. First time kami pergi wedding seawal pagi. Orang pun masih tak berapa ada lagi. Punyalah awal, tuan punya majlis pun masih tidur kat rumah lagi. Errr... okaylah-okaylah. Tuan rumah dah menanti di tempat majlis. Yang best-nya semua makanan yang terhidang masih belum terusik lagi. Kamilah yang merasmikan kesemua lauk-pauk yang disajikan. Makan suka hati banyaknya. Minum teh tarik bergelas-gelas tanpa berasa bersalah. Memang best betul kalau datang jemputan kahwin awal-awal.

Sambil makan, kami berbual-bual dengan seorang teman FB.  Lepas berbual, dan sesudah kenyang, kami pun mintak diri dari Kak Jasha dan suaminya. Masa kami balik, dah semakin banyak kereta yang datang dan memenuhi ruang jalan masuk yang sangat sempit. Nasib baiklah kami datang awal. Terima kasih kerana menjemput kami.

Bergambar bersama mak dan ayah pengantin.
Mak dan ayah pengantin boleh layan kami lebih sikit pasal tetamu masih tak ramai lagi.
Cuba tengok kat background. Masih kosong.
Menerima menantu yang pertama.
Cenderahati kepada tetamu berupa jongkong emas setengah kilo satu.
Banner pengantin yang diraikan.
Posing dengan spesis heliconia sebelum pulang.
Hiasan pohon heliconia untuk Casa Heliconia.