m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Friday, June 30, 2017

18 Syawal 2016: Beraya menu Terengganu di rumah Zuan-Sri

24 Julai 2016 - Kali ni kami beraya di rumah anak saudara kami - Zuan dan Sri. (Ini cerita tahun lepas, ya?) Kalau kat rumah Zuan-Sri ni menu utamanya mestilah aneka rasa juadah Terengganu. Dan biasanya kami akan makan bertambah-tambah pasal keenakannya yang luar biasa. Macam selalu, bila sampai aje kat rumah, kami terus menerpa ke arah makanan yang telah terhidang cantik di atas meja. Bermula dengan nasi dagang. Lepas tu ketupat daun palas. Lepas tu samosa. Lepas tu macam-macam lagilah. Aku pun dah tak ingat. Maklumlah, cerita tahun lepas.

Dua beradik mengenang nasib - tak tau nak pilih makanan apa untuk dimakan.
Sambil makan, sambil bergambar.
Kak Uda, Kak Enon dan Baby Husna.
Tuan rumah, Sri sedang memastikan makanan mencukupi untuk para tetamu.
Syafiq dan Hairi duduk di lift lobby.
Syafiq, Hairi dan Emi di lobi lif.
Bergambar dengan juadah.
Antara menu yang dihidangkan.
Nampak gayanya masih banyak lagi makanan dalam mangkuk.
Bersama Kak Enon.
Kak Enon, Kak Uda dan Nadia.
Wanie sedang berbincang masalah bolasepak negara. Siapakah penjaga gol yang paling hebat di alaf ini.
Semua dah sudah makan. Duduk-duduk aje.
Duduk-duduk sambil makan lagi.
Di televisyen siaran Muppet Show Raya.
Amier - super close up.
Aku memang tak ingat apa yang berlaku kat rumah Zuan-Sri. Yang aku ingat hanyalah, aku makan memang banyak. Tukar-tukar menu. Semua aku rasa. Bila dah bosan duduk lama-lama kat situ, aku ambillah gambar orang-orang di sekeliling. Lepas tu makan lagi. Ambil gambar lagi. Makan lagi. Senang cerita, nengok ajelah gambar-gambar ni. 

"Kami, keluarga Adisarah, mengucapkan, selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Yeeeeaaaayyy!!!!!"

Wefie dengan Baby Husna.
Baby Husna selesa dengan Granny Su.
Wanie akan happy kalau dah cukup makan.
Amier melayan anak-anak buahnya.
Tiba-tiba Sabriena nak posing pulak.
Dan tiba-tiba pulak, Zuan bersemangat 1 Malaysia.
Hairi mendukung Amanda.
Baby dengan Pakcik Amier.
Pakcik Amier tengah babysit Baby Husna.
Amier tergelak besar melihat wajahnya menjadi kartun.
Masih melayan application Snow dalam handphone.
Wanie dah bosan balik.
Baby Husna dengan Mak Su Azira.
Kawan Zuan yang juga kawan badminton kami - Azmi.

Friday, May 6, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Dolphin kenangan

Inilah rupa bentuk key chain yang Amier dapat secara percuma dari penjual kat kawasan Masjid Terapung Kuala Terengganu. Belum apa-apa hujung sirip dia dah patah. Petuanya, buat muka kesian sambil belek-belek barang yang diidam-idamkan. Ada rezeki, dapatlah barang tu FOC.

Melawat Terengganu Mei 2011: Tak nak Aziz, cuma nak satar

Masih di Terengganu: setelah makan dan membeli keropok, aku cari pulak satar kat warung tepi jalan. Niat di hati nak buat bekal makan kat rumah nanti. Bolehlah kakak dan ayah aku rasa sekali. Oleh kerana terlalu banyak orang yang buat satar, aku pun tak tau yang mana satu yang paling best. Okaylah. Aku berhenti ajelah kat mana-mana warung yang aku berkenan. 

Warung pertama aku berhenti aku beli 45 ketul satar. Itu kira borong semualah tu. Mak aku suruh beli lagi 30 ketul. Aku singgah pulak kat warung lain. Sekali penjual tu kata yang dah bakar tu orang dah booking. Kalau nak jugak kena tunggu. Tang tunggu nilah yang aku malas sikit. Last-last aku kata, "Okeylah. Bagi saya yang mentah pun takpa. Nanti kat rumah saya bakar sendiri pakai minyak petrol". Penjual tu pun terkejut jugak. Tak pernah pulak dia jual satar versi mentah. Setelah transaksi jual beli selesai, kami pun beredarlah balik ke KL. "I'm on my way, I'm on my way, Home sweet home" - Motley Crue.


Thursday, May 5, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Keropok lekor yang mengerikan

Ada satu keropok di Terengganu yang jarang dijumpai di negeri lain. Itulah keropok lekor rebus. Rupa dia agak berlendir dan melekit. Mak aku cukup tak suka nengok rupa dia. Lalu aku namakan ia "keropok lekor yang mengerikan". Walau pun rupanya mengerikan, tapi aku suka rasanya yang asli. Anak-anak aku Syahmie dan Wanie jugak suka keropok tu. Walaupun dah sejuk rasanya masih sedap, apatah lagi kalau masih panas. Terasa ikannya yang fresh. Kalau aku datang lagi Terengganu, akan aku cari keropok lekor rebus ini. Mmmmm... sedappp....

Melawat Terengganu Mei 2011: Membeli keropok Kemaman

Dari Kuala Terengganu kami terus berlepas ke Kemaman tanpa henti. Kami makan tengah hari di Kuala Kemaman di Warung Aziz Satar. Lepas makan kami carilah warung jual keropok untuk dibawak balik ke KL, untuk makan sendiri dan untuk diagih-agihkan pada sanak saudara.

Kami jumpa satu warung. Memang warung ni biasa kami pergi kalau nak beli keropok. Entah apa yang special-nya pasal warung ni kami pun tak tau. Mungkin sebab penjualnya buat muka kesian kot. Banyak jugak keropok yang kami beli termasuklah keropok ikan, keropok udang, keropok sotong, keropok ketam, keropok obor-obor, keropok tapak sulaiman dan tak ketinggalan keropok penyu.



Melawat Terengganu Mei 2011: Samang parking

Ketika aku pergi mendapatkan kereta di tempat letak kereta awam sebelah Hotel Seri Malaysia, aku terlihat sehelai kertas terselit di wiper keretaku. "Surat apakah itu?" bisik hatiku. Adakah ia surat layang yang berbaur politik? Ataukah ia notis makluman nama pemenang pertandingan mencandat sotong? Adakah ia sekadar pamphlet jualan harga runtuh? Ataukah ia keputusan nombor ekor 4 digit? Hatiku tertanya-tanya. Berjam-jam aku terpaku sambil memikirkan kemungkinan-kemungkinan jenis dan erti helaian kertas itu. 

Tiba-tiba terdetik dalam benakku satu idea yang bernas iaitu untuk melihat kertas itu dengan lebih dekat. Alamak! Surat saman daaaaa,,,,,, Parking tak letak duit dalam meter. Bila aku baca nilai samannya, aku terus terharu bercampur sedih kerana nilainya sangat kecil dan boleh didaftarkan dalam program Bersamamu TV3. Lalu bila balik KL, aku pun poslah cek bernilai RM10 kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Kalau kat KL mungkin aku dah koyak dan buang surat saman tu. Tapi sebab aku suka sangat nak datang lagi kat Kuala Terengganu, maka aku bayarlah jugak saman tu.


Melawat Terengganu Mei 2011: Tempat berlepas pencandat sotong

Ada sebuah dataran yang baru dibina di atas kawasan tambak belakang China Town yang dipanggil Pulau Warisan (kalau aku tak silap le). Ia terletak di sebelah Pasar Payang. Kat sinilah PM Najib melepaskan pencandat-pencandat sotong pada pagi Sabtu lalu. Aku ada jugak tunggu para peserta pulang dari laut. Boleh jugak aku mendapatkan sotong-sotong segar dari laut. Tapi tak pulak aku nampak walau seorang pencandat pun yang balik. Mungkin mereka terus berumah dan berkampng di Laut Cina Selatan kot.

Dengar khabarnya, Paul, sotong kurita yang meramalkan pemenang bolasepak Piala Dunia tu jugak berasal dari Terengganu. Dia tu dulu suka makan ikan tongkol aka ikan aya aka ikan tuna. Sebab tu jadi pandai sangat tu. Dia pindah ke Jerman pasal ada orang kata peluang kerja kat sana lebih bagus. Last-last jadi peramal bola pulak. 

Kami anak beranak sekadar ambil-ambil gambar aje kat dataran tu sebelum kami bertolak meninggalkan Kuala Terengganu.






Melawat Terengganu Mei 2011: Bertemu saudara-mara

Pada malam hari Ahad kami pergi mencari rumah ibu makcik iparku di Padang Midin, Kuala Terengganu. Teman kami Pak Wie yang menjadi penunjuk arah pasal kami masih blur lagi jalan-jalan kat KT ni. Mak aku kata dah lebih 20 tahun tak jumpa dengan mereka. Masing-masing sangat teruja nak bertemu, macam cerita jejak kasihlah jugak gamaknya. Untuk meraikan kami, mereka telah menumbangkan beberapa ekor ikan tuna dan menuai padi bagi membuat nasi dagang resipi special.

Sesampainya di sana, semua penghuni sedang menunggu kami dengan senyuman. Aku sendiri tak dapat makan nasi dagang dengan banyak pasal dah agak kenyang makan kuih di petang hari. Tapi aku bedal air teh-o bercawan-cawan dan makan puding buah dia bermangkuk-mangkuk sampai perut terasa memboyot. Setelah puas bersembang dalam dialek masing-masing, kami pun pulang. Dan gambar di bawah ini menjadi kenangan.


Melawat Terengganu Mei 2011: Bertarung dengan killer whale!

"Dah mengena! Dah mengena!" jeritku sambil peluh jantanku mencucur deras. Tarikan ikan yang aku tak tau jenisnya terlalu kuat bagaikan kerbau seladang yang sedang naik minyak. Aku suruh isteri dan anakku memaut pinggangku kuat-kuat kerana kudratku sendiri memang tak termampu melawan asakan makhluk bawah air yang sedang mengganas itu. "Abang pakai umpan apa tadi?" tanya isteriku. "Ikan selayang", jawabku dalam keadaan nafas mulai sesak kerana kepenatan. "Pakai mata kail besar ke?" tanya isteriku lagi. "Tak. Mata kail udang aje. Tali perambut pun cuma 8 paun. Takut putus aje ni", aku suarakan kebimbanganku. Tiba-tiba makhluk yang berada di hujung tali berenang ke permukaan air, dan meloncat ke udara. Lalu kami nampaklah kelibatnya. Dan kami semua tergamam....... "Apa!? Ikan paus pembunuh @ killer whale!!!???" jerit kami dan orang-orang di sekeliling secara serentak.

Okaylah... okaylah... Itu cuma imaginasi aku aje. Sebenarnya selama dua hari aku mancing kat belakang Hotel Seri Malaysia, sekor ikan pun aku tak dapat. Asyik anak-anak ikan aje yang banyak menggetu dan mencuri umpan. Isteriku berjaya menaikkan 3 ekor ikan. Seekor kitang gergasi berskala 8 kilo, dan dua ekor giant trevally aka GT berskala 3 kilo setiap satu. (Boleh percaya ke ni?)

Kali ni aku kalah beradu mancing dengan isteriku. Hu hu hu... Next time kalau datang lagi, akan aku fikirkan strategi baru untuk memperdaya dan menjinakkan ikan-ikan di Kuala Terengganu. Dan akan kujadikan keropok lekor buat hidangan waktu petang. He he he...


Mungkin ikan-ikan sedang berselindung di balik kapal-kapal berlabuh.


Senja yang indah. Memancing sambil menikmati pemandangan.



Syahmie sedang bertarung dengan bapak pari. (Ye lah tu).


Anak-anak merasuah ikan sebelum upacara memancing dimulakan.


Kitang gergasi dan giant trevally yang aku maksudkan, pancingan isteriku.