m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label risda. Show all posts
Showing posts with label risda. Show all posts

Tuesday, January 14, 2020

Majlis resepsi perkahwinan Farid & Mira: Barakallah

Bahagian 13 (Akhir)

Kisah perkahwinan Farid dan Mira sampai juga ke penghujungnya. Puas sudah para tetamu bergambar sakan dengan pengantin. Dan kami menyaksikan dewan majlis semakin petang semakin berkurang penghuninya. Teman-teman teater kami, Sakrani, Ewan Deen dan Dollah datang pada minit-minit akhir perlawanan. Tapi jangan bimbang. Nasi masih banyak lagi. Lauk-pauk juga masih penuh dalam bekas. Dan yang lebih penting, kami tuan rumah sudah pasti dapat melayan dan meluangkan masa lebih lama dengan tetamu-tetamu yang sampai lewat ini. Dewan pun dah tak sibuk lagi. Dah tak kelam kabut lagi.

Dah lama aku tak nampak Dollah. Masih pendiam macam dulu. Masing tenang macam dulu. Tapi dah semakin hensem dia sekarang. Badan pun dah semakin sasa a.k.a sado. Maklumlah, kerja mengangkat besi selalu. Ketiga-tiga mereka makan dengan sangat berselera. Aku dan isteri duduk semeja sambil bersembang pasal macam-macam hal. Pasal teater memang sudah tentu turut disembangkan. Aku tengok Sakrani dan Ewan Deen memang penggemar ulam-ulaman rupanya. Banyak betul pucuk ulam yang dimakannya. Ada ulam raja dan tenggek burung kalau tak silap aku. Aku pun penggemar ulam juga. Tapi mereka berdua ini jauh meninggalkan aku dari segi tahap ketaksuban terhadap ulam-ulaman. Bagaikan makan ulam berlauk nasi.

Dollah dan Ewan Deen.
Dollah, Ewan Deen dan Sakrani.
Datuk Dr Azhar dan Datin Dr Liza.
Bersama keluarga anak buah kami - Koas.
Koas juga tiba sedikit lewat ke dewan majlis.

Antara tetamu yang datang lewat termasuklah dua pupuku, Datin Dr Liza dan suaminya Datuk Dr Azhar. Begitu juga dengan anak saudara kami, Koas yang telah membantu kami malam kelmarin memasang tanda arah di tepi jalan bagi memudahkan tetamu untuk datang ke dewan Risda ini. Tak kiralah yang datang awal atau lewat, kepada kalian semua kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian kalian memeriahkan majlis perkahwinan ini.

Bergambar anak-beranak di pelamin.
Pakai sedondon.
Buat gaya silat yang tak berapa nak menjadi.
Gaya formal pulak.
Sabriena dah mula bosan.
Dan kami terus bergambar.
Free style yang pelik.

Sebelum bersurai, kami anak-beranak mengambil kesempatan untuk bergambar di atas pelamin beramai-ramai. Semua pakai baju sedondon warna merah hati (maroon). Macam-macam gaya kami buat. Kesempatan bergambar dalam suasana begini sudah tentu tidak kami lepaskan. Lepas ni tunggu anak buah kami yang seorang lagi pulak kahwin. Bila? Tunggu dan lihat sajalah.

Kepada Farid dan Mira, barakallah. Semoga alam rumah tangga yang kalian tempuhi ini dipenuhi dengan kasih sayang dan harmoni. Penuh tolak ansur dan saling faham-memahami. Sarat dengan amalan soleh dan ketaatan kepada perintah Allah dan sunnah Rasul. Dengan pengakhiran yang baik dan mulia - bersama menghuni Jannatul Firdaus selamanya. Ameen!

T A M A T

Free style yang lain pulak.
Bergambar dengan rakan sebaya.
Anak buah kami, Ali dan rakannya bergambar dengan pengantin.
Keluarga kami dengan pengantin.
Sabriena tak mahu senyum.
Oops! Aku tak boleh pandang sisi. Nampak botak kepalaku.
Pandang depan macam ni tak apa.
Pengantin dengan sepupu-sepupu dan Nyai.
Sabriena masih masam.
Solo oleh Amier.


Monday, January 13, 2020

Majlis resepsi perkahwinan Farid & Mira: Bergambar dulu sebelum pulang

Bahagian 12

Majlis masih berlangsung meriah. Farid berkesempatan bertemu dengan abahnya. Tetamu sedikit demi sedikit mula meninggalkan ruang majlis kerana hari telah semakin petang. Yang baru sampai terus saja ke meja hidang mendapatkan makanan yang masih banyak lagi berbaki. Ramai juga yang masih mahu duduk-duduk berehat di ruang luas yang selesa sambil menanti waktu yang sesuai untuk beredar. Pintu dewan masih terbuka luas. Selagi ada yang mahu mampir, silakanlah masuk menjenguk.

Rizal sekeluarga.
Teman dari Surau Ihsaniah Ampang jaya.
Mencedok makanan yang masih ada dalam dulang.
Bersama sepupuku - Widi.
Terima kasih Widi dan keluarga yang datang jauh dari Melaka.
Bersama Pakcik Supiat Mukri dan Makcik Ummi.
Teman rapat ibuku. Adik ibuku, Makcik Mini juga ada di sisi.
Masing-masing telah mendapat cenderahati dari kami.
Bersama keluarga Mira.
Datang dari jauh - Perak.
Syukur, segalanya telah berlangsung dengan baik.
Ini keluarga sepupuku, Haji Izhar.
Terima kasih kerana sudi datang.
Widi masih bersembang dengan kenalan yang lain.
Tetamu yang hadir mengambil peluang bergambar dengan pengantin, bergambar dengan keluarga tuan rumah sebelum meninggalkan pekarangan dewan majlis. Silakan bergambar. Boleh bergambar melalui lensa kamera juru kamera profesional, atau boleh saja bergambar melalui lensa kameraku. Pilihan di tangan kalian. Kualiti sudah pasti lain-lain. Namun matlamatnya tetap satu - buat kenangan manis yang berpanjangan.

Bersambung...

Dua orang adik-beradik anak-anak saudara kami.
Intan dan Ika.
Kawan-kawan adikku juga ramai yang datang.
Kepada kalian juga kami mengucapkan terima kasih.
Abang Mansor baru berkesempatan untuk makan.
Pengantin bersama anak-anak saudara kami.
Bersama Ali, Syafiyah, Salleh dan Syakirah.
Pengantin bersama sepupu kami - Kak Hashimah dan Abang Jamal.
Bergambar dengan keluarga Mira lagi.
Lepas ni nak bermusafir lagi - nun ke utara di Ipoh.
Pengantin dengan kawan-kawan.
Mereka lebih kurang sebaya. Ramai lagi yang masih bujang.
Gambar formal.
Gambar belia.
Siapa yang kentut? Masing-masing menuding jari ke arah pengantin.
Pose santai.