m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label ping pong. Show all posts
Showing posts with label ping pong. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Akhirnya Bob kahwin jugak

Salah sorang kawan tenis aku, yang kami gelar Bob telahpun mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini. Nama sebenar Bob kalau tak silap aku ialah Nasrul. Dah agak lama jugak aku mengenali Bob. Kerap jugak kami bermain tenis bersama. Tapi itu dulu. Sekarang ni dah agak lama jugak aku tak main tenis dengan Bob. Cuma pada bulan Ramadhan, kekadang aku akan booking meja ping-pong. Dan aku akan ajak Bob untuk main ping-pong dengan kami. Mungkin ada yang kenal Bob sebagai pemain tenis yang hebat. Tapi sebenarnya Bob boleh bermain ping-pong dengan lebih hebat lagi. Tak pernah sekali pun aku dapat menumpaskan Bob dalam permainan ping-pong. Servis skrunya aje dah cukup membuat aku pening kepala.

Menjamu selera dulu.
Banyak lagi nasi dalam bekas.
Majlis persandingan Bob dan pasangannya diadakan di Sentul Perdana. Kami sampai ke dewan tu sangatlah lewat. Dekat nak pukul 4 petang rasanya. Masa kami sampai, dewan dah agak lengang. Tapi makanan masih banyak lagi. Mungkin tak ramai tetamu yang hadir kot. Kami anak beranak makan dulu. Bermacam-macam lauk pauk yang sedap-sedap ada dihidangkan kepada para tetamu. Selari dengan minat Bob terhadap sukan tenis, tetamu telah dijamu dengan pelbagai makanan yang berkaitan dengan tenis. Antara menu yang disajikan termasuklah bola tenis masak merah, reket tenis tiga rasa, net tenis masak sup berempah. Tapi aku punya favourite ialah court tenis masak kunyit berlada. Pergh! Tak cukup makan satu court. Mesti nak dua atau tiga court kurang-kurang. Baru puas dan kenyang.

Lepas makan barulah kami berjumpa Bob dan bergambar dengannya. Bob nampak macam panglima Melaka di zaman Hang Tuah. Kepada Bob dan isteri, kami ucapkan tahniah. Dan semoga hidup penuh harmoni dan berkah. Dan semoga bahagia kalian anak beranak sampai ke jannah.

Bob dan isteri - sangat segak.
Terhunus keris. Sepatutnya terhunus reket tenis - barulah mengancam.
Bergambar dengan pengantin.
Tahniah kepada pengantin baru.

Wednesday, August 21, 2013

Ping-pong Ramadhan 2013

Bulan Ramadhan dah pun berlalu. Sewaktu bulan puasa, aku terus stop main tenis, mahupun badminton. Tapi ada satu game yang aku akan main pada bulan puasa. Itulah ping-pong. Sewa meja ping-pong kat Titiwangsa cuma RM2.00 aje. Aku ajak anak aku, Syahmie dan anak-anak buah yang lain. Tapi yang datang cuma Ali. Syahmie yang mungkin dah biasa main ping-pong masa kat MRSM telah improve banyak corak permainannya. Dan dia dah boleh kalahkan Ali pada pertarungan kali ini. Kawan tenis aku, Bob turut datang bagi memeriahkan lagi suasana di pagi Ramadhan. Bob punya penangan memang sangat hebat. Tak terlawan langsung aku. Servis dia aje aku dah menggagau nak return. Seronok sembang-sembang pasal ping-pong dengan Bob. Banyak pengetahuannya pasal ping-pong, dari undang-undang game, teknik pukul dan pegang bat, serta perkakasan ping-pong serta kedai menjual alatan ping-pong yang terunggul di KL. Ramadhan dah berlalu. Bila pulaklah aku nak main ping-pong lagi???

Bob (tengah) diapit oleh Syahmie dan Ali.

Saturday, August 11, 2012

Pusingan akhir merebut emas

Pemburuan pingat emas sukan Olimpik 2012 diteruskan lagi hari ini di Titiwangsa Sports Centre, London dalam acara ping-pong perseorangan lelaki. Empat negara layak ke pusingan akhir. Negara-negara yang layak adalah Uzbekistan, Nicaragua, Guatemala dan pastinya Malaysia. Jaguh-jaguh besar dari China, Jepun dan Korea nampaknya telah tewas kepada underdogs pada pusingan awal lagi.

Perlawanan pertama adalah di antara aku yang mewakili Malaysia menentang Ali dari Uzbekistan. Aku tak ada masalah untuk menewaskan Ali. Perlawanan kedua adalah di antara Abang Zahid yang juga mewakili Malaysia menentang Syafiq dari Nicaragua. Abang Zahid juga menang mudah dalam perlawanan tersebut. Kemudian aku sekali lagi beraksi menumpaskan Akid dari Guatemala. Aku juga turut menumpaskan Syafiq dalam satu lagi perlawanan. Abang Zahid juga tiada masalah untuk menumpaskan jaguh-jaguh dari Uzbekistan dan Guatemala. Perlawanan di antara jaguh Nicaragua, Syafiq menentang jaguh Guatemala, Akid berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Syafiq. Kemenangan ini menjadikan Syafiq berjaya memungut pingat gangsa buat negaranya.

Jaguh-jaguh ping-pong pada pusingan akhir - Abang Zahid, Syafiq, Akid dan Ali.
Perlawanan yang dinanti-nantikan adalah di antara dua jaguh Malaysia iaitu aku menentang Abang Zahid.  Setelah beberapa kali menentang Abang Zahid, aku telah mulai faham corak permainan jaguh nombor satu negara itu. Kalau dulu aku tumpas kerana terlalu banyak menggunakan kudrat, kali ini aku bertekad menggunakan lebih banyak 'otak' dari kekuatan fizikal, Aku siap keluarkan otakku dari tempurung kepala aku dan aku letakkan di atas meja ping-pong. Strategi aku berjaya. Kami bersaing dengan sangat sengit. Semata demi semata kami berkejaran. Di hujung-hujung game, fokusku mulai hilang sehinggakan Abang Zahid berjaya memintas kutipan mataku sehingga aku tewas tipis pada game pertama.

Pada game kedua, aku mula hilang sabar dengan teknik permainan menggunakan otak. Tambahan pulak aku semakin rimas melihat lalat dan langau asyik menghurungi otakku yang terletak di atas meja tadi. Lalu aku masukkan balik otakku ke dalam kepala ku yang semakin botak. Perlawanan game kedua dimulakan. Kali ini aku dengan kaedah lamaku, menggunakan kekuatan fizikal yang memang terbukti kurang memberi impak. Aku tewas mudah kepada Abang Zahid dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak. Namun aku tetap berbangga kerana pingat emas jugak telah digondol oleh pemian dari Malaysia, yang melengkapkan jumlah pingat mutlak buat Malaysia - satu perak dari badminton, satu gangsa dari akuatik, satu emas dari ping-pong.

Gambar kenangan setelah tamat perlawanan.
Turut menjadi tumpuan adalah perlawanan di antara jaguh Uzbekistan menentang jaguh Guatemala bagi merebut pingat timah. Perlawanan sengit menyaksikan Ali menentang Akid. Game pertama dimenangi oleh Ali. Ini adalah kali pertama Ali memenangi perlawanan menentang jaguh-jaguh besar. Dan game kedua dimenangi oleh Akid pula. Keputusan seri ini menyaksikan pingat timah dikongsi oleh dua orang pemain hebat ini. Kesemua pingat telah diberikan oleh Ratu Elizabeth kepada para pemain. Masing-masing telah pulang ke negara masing-masing setelah temasya ping-pong ini tamat. Kita akan berjumpa dan bertarung lagi pada Kejuaraan Dunia pada tahun hadapan pula. Selamat berjuang.

Abang Zahid dan Syafiq berkongsi minat yang sama.
Syafiq sedang mengagumi kehebatan teknologi bat ping-pong yang aku gunakan. Ia mempunyai cip komputer bagi mengesan kelajuan dan arah putaran bola ping-pong.

Saturday, August 4, 2012

Berpeluh main ping pong

Sabtu semalam, aku, Ali dan Hidayat turun ke gelanggang ping-pong lagi di Titiwangsa. Sesampainya di sana, aku nengok Abang Zahid dah sedia menunggu sedari subuh dengan semangat berkobar-kobar untuk kembali mengasah bakat bermain ping-pong nya yang telah lama dipinggirkan. Aku pun terus warm up dengan Abang Zahid. Sepanjang aku berentap dengan Abang Zahid, cuma tahun lepas aje yang aku berjaya mengalahkan dia. Masa tu dia main tak form langsung. Jadi kesempatan itu aku gunakan untuk menumpaskan Abang Zahid yang memang cukup terkenal dengan smash kilasnya.

Semalam, aku kalah mudah dengan Abang Zahid. Main empat game, kesemua empat game aku tumpas mudah tanpa dapat aku memberikan tentangan hebat kepada Abang Zahid. Servis side spin, top spin dan under spin aku semuanya tak lut untuk mengelirukan Abang Zahid. Mati kutu aku. Kalau play safe, nanti bola naik tinggi sikit kena smash. Jadi aku cubalah buat hantaran-hantaran yang lebih deras. Tapi kebanyakannya keluar meja atau tersangkut kat net. Main ping-pong ni kena cepat. Jadi aku tak sempat nak fikir strategi mana nak gunakan untuk mengalahkan Abang Zahid. Dia mempunyai kontrol dan smash yang hebat. Yang itu aku tak boleh challenge. Buat masa ni kena terima ajelah kekalahan yang berterusan tu.

Ali, Abang Zahid (Pak Uda) dan Hidayat.
Abang Zahid menggayakan teknik pukulan slice cara Nigeria.
Akhirnya aku dapat satu idea cara nak menumpaskan Abang Zahid. Aku terpaksa gunakan taktik 'kotor'.  Taktik 'kotor' tu maksudnya bukan bergomol atas tanah atau lempar air longkang atas meja ping-pong, tapi aku ajak Abang Zahid main double - aku partner dengan Hidayat dan Abang Zahid partner dengan Ali. He he he... Strategi aku berkesan. Sorry, bang. Minggu depan jangan serik datang lagi untuk main double.

Permainan Ali dan Hidayat dah banyak improvement berbanding dengan masa mula-mula aku ajak mereka main beberapa tahun dulu. Hidayat dah faham konsep top spin. Alaaah, macam main tenis jugak. Cuma yang ni kena pakai wrist (pergelangan tangan) lebih sikit. Ali pulak kena praktis lebih banyak lagi untuk faham cara nak kontrol bola. Abang Zahid sempat jugak bagi tips pada Hidayat dan Ali cara-cara nak meningkatkan mutu permainan. Berikut ada beberapa pointer yang aku sempat terdengar, "Masa main kau kena tengok lawan engkau punya pergerakan. Baru engkau boleh ready nak ambil bola. Tangan kiri biasa kena letak kat depan. Korang kena praktis potong bola. Masa pukul bola tu, angkat bat sikit. Ping pong ni kena main selalu. Kalau setahun sekali tak menjadi dia. Korang boleh praktis pakai meja makan aje". Dan aku pun turut memberikan beberapa nasihat yang bernas jugak, "Cuba korang bayangkan bola ping pong tu macam telur penyu. Kalau direbus, makan dengan kicap, pergh!!! Sedap bukan main!!! Masa pukul bola ping pong, korang kena tenung bola tu macam korang tenung awek cun. Tapi sekarang bulan puasa, tak elok tenung kat awek. Jadi teknik tu korang kena simpan dulu sampai raya nanti. Tapi masalahnya masa raya, Pak Usu tak main ping pong pulak. Ahhhh! Pandai-pandai koranglah fikir macam mana!" Ali dan Hidayat setelah mendengar tips yang aku bagi, terus insaf dan memahami sejarah pembentukan permainan ping pong dan berazam untuk mengalahkan Lin Dan dalam permainan badminton pada Olimpik tahun 2016 nanti.

Setelah jam menunjukkan pukul 10 pagi kami pun pulang. Aku lebih puas pasal kali ni aku bertemu dengan seorang juara. Barulah main ping pong berpeluh-peluh.

Ali dan Hidayat sedang berentap. Siapa kalah, balik jalan kaki!

Sunday, July 29, 2012

Bermain sukan extreme di bulan puasa

Sabtu semalam, aku telah mengerah dua orang anak buahku, Ali dan Hidayat untuk menjalani latihan gigih ala tentera sempena menyiapkan diri untuk temasya sukan Olimpik 2012 di London yang telah bermula beberapa hari lepas. Jam 7.30 pagi aku dah tercegat kat pintu rumah mereka berteriak memanggil mereka untuk keluar dari selimut enak dan masuk ke dalam keretaku untuk berlatih tubi bagi mencapai tahap kecemerlangan sukan peringkat tertinggi di alam maya ini. Rata-rata kat Titiwangsa aku nengok hanya warga keturunan China aje yang ber-jogging, dan bersukan. Kami aje geng Melayu Muslim yang buat kerja extreme masa bulan puasa ini.

Dua orang jagoan tenis dalam pembikinan.
Wajah-wajah penuh konfiden untuk menang emas Olimpik pertama buat Malaysia.
Kami bermula dengan bermain tenis kat tengah panas. Mula-mula stroke ringan-ringan aje. Aku tahu, ini bulan puasa. Kederat masing-masing memanglah tak sekuat mana. Tapi main pukul-pukul aje mana nak puas. Lagi pun aku nengok Ali ada membuat beberapa pukulan kilas halilintar yang menghantar bola laju hingga aku sendiri pun tak terkejar. Lalu aku cakap pada Ali, "Masa main stroke, pukul pelan-pelan aje. Yang penting control. Nanti kita main kira, baru boleh hentam sekuat hati". Lalu kami pun bermainlah satu set kat tengah gelanggang yang panas tu. Kelebihan Hidayat, dia control bola baik. Serve dia pun baik. Aku kena ace dua kali dengan Hidayat. Kelebihan Ali, kalau dia dapat bola tinggi, dia akan pukul top spin yang deras dan memang susah nak kejar. Kalau masing-masing dapat overcome kelemahan tang control bola dan servis, aku rasa mereka ini nanti boleh kalahkan Djokovic dan Nadal suatu hari nanti. Tapi tak mungkin mereka dapat kalahkan sifu mereka, iaitu aku. Pasal aku dah bayar mereka kaw-kaw punya untuk sentiasa kalah bila berentap dengan aku kat gelanggang.

Ohhhh... masing-masing mula terbayang juadah minuman yang enak dan menyegarkan...
Lepas main tenis tu, memanglah kami keletihan. Soal tekak kering dan haus tak payah nak cakap. Masa tulah terbayang segala macam juadah minuman seperti abc, cendol, Coke, 100 Plus, iced lemon tea, sirap bandung, soya cincau, air barli, milo ais, teh ais, dan tak ketinggalan air ketum ais. (Ooops! Pecah rahsia pulak).

Lepas tu kami berpindah pulak ke gelanggang ping-pong. Medan main ping-pong lebih redup dan nyaman. Kami main pun kira ala kadar aje. Ingatkan ada kengkawan aku nak join. Tapi mereka semua ada hal dan tak dapat datang. Jadi kami main bertiga jugaklah lagi. Hidayat dah mula menunjukkan taringnya yang mengerikan dalam permainan ping-pong. Serve-nya jugak semakin laju dan sukar untuk aku return dengan baik. Aku hampir kalah dengan Hidayat masa game yang pertama. Aku terpaksa bayar dia up sikit barulah Hidayat mengalahkan dirinya. Fuuuh.. lega. Top spin Hidayat jugak semakin menjadi.

Aksi Ali bagaikan juara dari China.
Ali mempamerkan teknik permainan gaya Korea.
Ali jugak telah semakin baik dari segi kontrol bola. Kalau Faiisal join sekali mesti lagi best. Kalau Syahmie cuti, mesti aku dah bawak dia join main ping-pong dengan aku. Sepatutnya kami main ping-pong selama dua jam. Tapi oleh kerana keletihan, kami putuskan untuk berhenti awal. Hidayat aku nengok amat keletihan. Katanya dia tak bangun sahur semalam. Oh... patutlah lepas main tu dia melepek kat bangku kayu.

Hidayat dengan aksi kombinasi Jepun dan Bangladesh.
Teknik pukulan Gagak Nigeria telah memperdayakan pihak lawan secara berkesan.
Lepas habis main tu aku taklah berasa letih sanat. Tapi masa lepas zuhur, badan aku mula terasa kering dan panas. Masa tulah baru aku rasa letih yang amat sangat. Tapi aku gagahkan jugak pasal nak kena tunjuk macholah sikit. Bila kena air atau aircond, barulah rasa nyaman sikit. Minggu depan kami semua dah bersetuju untuk main ping-pong aje. Tenis tak payah. (Walau pun aku ada cadang untuk main futsal dan ragbi lepas main ping-pong. Tapi cadanganku telah ditolak oleh anak-anak buahku). Kami pulang dengan berat badan kami turun sebanyak 5 kilo.

Setelah tamat sessi permainan.
Wajah ceria dalam keletihan.
Owh! Hidayat terlalu penat...

Sunday, August 28, 2011

Satu round lagi sebelum Syawal

Sabtu semalam aku berkesempatan ajak anak sulung aku Syahmie dan anak saudaraku Farid main ping pong kat Titiwangsa. Yang lain tak dapat hadir. Tak cukup sorang, tak dapatlah main double. Syahmie dan Farid jarang-jarang main ping pong maka banyak lagilah yang nak kena belajar. Aku ajarlah sikit-sikit teknik nak men-smash dan control bola.

Kemuncaknya bila aku suruh Syahmie lawan Farid. Aku jangka Syahmie boleh bagi tentangan hebat kat Farid, tapi nampak gayanya Farid dengan agak mudah mengalahkan Syahmie. Permainan semalam tak begitu memenatkan pasal aku tak jumpa kawan sparing aku seperti Syahwal, Bob atau abang Zahid. Tapi eloklah sebagai sessi terakhir untuk Ramadan tahun ni bagi cool down sikit. Jumpa kembali di gelanggang ping pong Titiwangsa tahun depan.

Farid dan Syahmie bersiap siaga.

Tok gurunya pegang taknik 'pen hold', anak-anak muridnya pun ikut pakai teknik 'pen hold'.

Saturday, August 20, 2011

Ping pong bersaudara

Selepas hantar Syahmie ke sekolah, aku bergegas ke Tasik Titiwangsa. Sesampai di sana, seperti yang aku jangkakan memang kawan-kawanku sorang pun belum ada yang sampai. Aku duduk sebelah abang Md Nor, penjaga fasiliti sukan di situ. Sembang-sembang kosong dengan abang Md Nor cuma seketika saja pasal kami sama-sama jenis manusia pendiam. Cepat habis modal berborak. Aku layan telefon bimbitku. Abang Md Nor layan perasaannya sambil bermenung jauh.

Setelah agak lama kami buat hal masing-masing akhirnya aku putuskan untuk bentang meja ping pong dan practise servis. Masa tu dah pukul 8.30 lebih. Abang Md Nor juga beredar dari situ dan masuk ke dalam pejabat. Sedang aku melayan bola ping pong sorang-sorang, tiba-tiba Ali datang. Ummi Ali yang hantar Ali ke situ. Aku sangat gembira pasal dah ada kawan main ping pong. Aku stroke pelan-pelan dengan Ali sambil bagi tips yang berunsur profesional seperti masa pukul bola kena buat muka berlagak untuk menjadikan pihak lawan kecut perut.

Sedang aku dan Ali bermain ping pong, datang pulak Hidayat dan Akid naik motor. Punyalah aku gembira pasal sekarang dah cukup korum nak main double. Aku dah tau permainan Hidayat dan kebolehannya. Tapi Akid, memang belum pernah aku nengok dia beraksi. Aku suruh Akid lawan Hidayat. Sama-sama handal. Hidayat main top spin. Akid main under spin atau potong. Dalam tiga set akhirnya Hidayat menang tipis.

Kami enjoy main bergu sambil gelak-gelak dan terhibur. Aku nampak bakat ping pong dalam diri Akid dan Hidayat. Bagi Ali pula, masih banyak yang perlu diperbetulkan, baik dari segi cara pegang bat mahu pun cara pukul bola. Tapi masa main double Ali main boleh tahan jugak. Sesekali terkeluar jugak jurus-jurus unik yang sukar dimengerti pihak lawan. Minggu depan ada satu lagi sessi ping pong. Aku harap anak-anak buahku boleh join aku lagi.

Hidayat, Ali dan Akid - tiga sepupu sehati sejiwa.

Jaguh ping pong in the making!

Thursday, August 18, 2011

Melenggokkan bola ping pong

Sabtu lalu main ping pong lagi. Tapi tak ada sesiapa yang boleh aku paksa untuk ikut aku ke gelanggang pagi tu. Syahmie ada kelas. Ali pun ada kelas. Hidayat duduk jauh. Faiisal kerja syif pagi dan petang. Aku drive kereta sorang-sorang menuju Tasik Titiwangsa.

Sampai agak awal. Lalu aku layan dengar CD ceramah ugama dalam kereta. Pukul 8 lebih baru aku keluar kereta. Kebetulan Syahwal pun sampai bersama anak dan isterinya. Perfect timing! Sementara menanti yang lain datang, aku warm-up dulu dengan Syahwal. Bila dah cukup panas badan, aku jumpa doktor mintak ubat. Maksud aku bila dah panas badan kami pun mulalah berentap. Misi membalas dendam yang terperam setahun lamanya bermula. Perlawanan berlangsung sangat sengit. Siapa yang ada sakit jantung memang tak digalakkan menengok aksi pertembungan kami. Akhirnya aku berjaya menumpaskan Syahwal 2-1. Aku happy bukan kepalang. Niat di hati nak belanja kawan-kawan minum teh tarik dan makan roti canai. Tapi apakan daya - bulan puasa.

Masa tu abang Zahid pun dah sampai. Bagi abang Zahid lawan Syahwal dulu. Syahwal menang. Abang Zahid masih belum dapat sentuhan lagi agaknya. Lepas tu giliran aku pulak berentap dengan abang Zahid. Abang Zahid ada teknik servis baru yang agak mengelirukan. Tapi smash lintang yang menjadi senjata penting abang Zahid tak pulak muncul. Kesempatan ini aku gunakan untuk membagi top spin dan under spin serta smash jarak dekat yang padu. Aku menang 2-0. Abang Zahid memang tak main macam biasa. Sebab tu aku boleh menang.

Bob pun datang jugak. Tapi aku tak berkesempatan nak lawan Bob pasal dia datang pun terlalu lambat. Tapi Bob memang terhandal. Syahwal pun kalah selamba di tangan Bob. Aku sempat lawan Syahwal satu round lagi. Yang ini jauh lebih sengit dari yang tadi. Seorang pakcik yang kebetulan tertoleh ke arah kami terus tersungkur sakit jantung. Perlawanan kali ni aku pulak yang kalah 1-2. Dan minggu depan kalau Syahwal datang lagi, akan aku buat perhitungan sekali lagi.

Dari kiri: Abang Zahid, aku, Syahwal dan Bob.

Aku, abang Zahid dan Bob pegang bat ping pong gaya "pen hold" Syahwal pegang style "hand shake".

Saturday, August 6, 2011

Ping pong Ramadhan - 2011

Ramadhan menjelma macam biasa. Bulan semua umat Islam wajar membanyakkan amalan. Peluang keemasan ini cuma hadir setahun sekali aje. Aku pun tak pasti amalan aku makin banyak atau makin kurang. Baki lagi 3 minggu ni kena tingkatkanlah amalan kebaikan dan ibadah.

Kali ni aku nak kisahkan sikit pasal permainan ping pong yang memang telah menjadi kegiatan tahunanku apabila ramadhan menjelang. Tahun lepas kami main ping pong dan badminton. Tahun ni kami main ping pong aje. Pagi tadi dari jam 8 sampai 10 aku ke Tasik Titiwangsa dengan Hidayat. Hidayat semacam aku paksa untuk teman aku pasal aku khuatir takda orang lain yang datang join. Memang betul pada jam 8 pagi tu cuma aku dan Hidayat aje. Kami main stroke dan kemudian main game. Aku ajar Hidayat pukul top spin dan Hidayat cepat menangkap dan permainannya jauh lebih baik dari dulu. 

Dekat pukul 9 pagi barulah Bob datang. Aku berentap dengan Bob untuk pertama kalinya. Bob terlalu hebat bagi aku. Satu set pun dia tak bagi aku menang. Serve-nya aje dah cukup mengelirukan. Backhand dan tophand-nya juga sama hidup. Ke hulu ke hilir aku lari macam main badminton, sedangkan Bob cuma relaks aje. Lepas tu ada dua orang kawan Bob datang secara tak sengaja - abang Rahman (bekas polis) dan Zaini. Dua-dua handal giler. Especially abang Rahman. Terkucil aku mengejar bola satu dewan. Tak pernah aku main ping pong kena lari marathon macam ni. Memang agak penat.

Jam 10 lebih kami balik selepas aku bersembang-sembang dengan Bob. Balik terus melepek. Aku betul-betul flat sampai ke asar. Dulu tak macam ni. Inilah bahana main ping pong dengan orang yang terer sangat macam Bob dan abang Rahman. Ada ilmu-ilmu ping pong yang boleh aku belajar dari mereka untuk meningkatkan mutu permainan aku pada masa hadapan.

Aku dan Hidayat gembira lepas kalah berset-set.

Dua orang taiko ping pong - abang Rahman dan Bob. Bob jugak adalah kawan tenis aku.