Dalam majlis persandingan Ardy & Zila Ahad lalu, kami tiba di tempat pengantin lelaki kira-kira jam 1.30. Memang dah time makan tengah hari. Jadi bagi mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti merenjis, bersilat, berkaraoke, bersanding, bolehlah terus duduk di meja hidangan dan memulakan aktiviti makan beramai-ramai. Nasi yang dihidangkan tak lain tak bukan adalah nasi minyak dan lauk pauk yang seiring dengannya, kerana itulah expectation kebanyakan orang bila cakap pasal pergi kenduri kahwin. Sebab tu kalau orang tanya pasal kahwin dia akan cakap, "Bila aku nak merasa makan nasi minyak engkau?" Orang tak kan cakap, "Bila aku nak merasa nasi kerabu engkau?" atau "Bila aku nak merasa makan nasi goreng engkau?" Macam tulah adanya.
No comments:
Post a Comment