13 April 2013 - Kami diajak oleh kakak iparku dan suaminya yang mengusahakan sebuah restoran steamboat dan grill di Shah Alam sempena pembukaan dan pengenalan restoran ini kepada umum. Makan free! Tapi masa tu kami tak dapat datang. Jadi kami pilih masa lain untuk datang melawat dan menjamu selera kat sana. Kali ni makan kena bayarlah. Tak kisahlah tu. Yang penting nak bagi sokongan padu kepada perniagaan kaum keluarga kami ini.
Alamat restoran ini adalah seperti berikut:
A-11-1, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
|
Di luar restoran bersama pemilik. |
|
Restoran ini sangat lapang dan selesa. |
|
Harga ada ditulis di banner. |
Kat sini aku nak kisahkan pasal pengalaman kami sendiri ketika mengunjungi tempat makan yang hebat ini. Kami datang untuk makan tengah hari. Tapi sampai kat sana agak terlewat sikitlah. Ada dalam sekitar jam 2 petang lebih kot. Tempatnya agak besar dan lapang. Masa kami masuk dan duduk, pelayan akan memasang dapur masak dan menyalakan api, serta meletakkan kuah sup pilihan (tomyam atau sup biasa) di dalam bekas steamboat. Pengunjung boleh memilih sama ada nak makan steamboat atau grill. Lalu kami pun pergilah ke tempat mengambil bahan-bahan makanan mentah di suatu sudut.
Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat banyak sungguh kepelbagaian makanan dengan ramuan marinate yang berjenis-jenis. Hampir pengsan aku dibuatnya, sampaikan terpaksa meminta bantuan ambulan bagi menstabilkan keadaanku. Bila aku telah tersedar dari lamunan, barulah aku tersenyum lebar dan berbangga dengan makanan yang disajikan. Oleh kerana aku agak rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu, maka aku ambil semua. Aku punya favourite memanglah masak gril. Apa lagi kalau sotong yang digril. Pergh! Terbaek!! Aku boleh makan dengan jumlah yang banyak. Daging gril juga tak kurang hebatnya. Begitu jugak dengan ayam gril. Arghhh! Ni aku dok cerita pasal makan steamboat dan gril ni, air liur aku dah melimpah ruah kat atas komputer. Terpaksa pulak aku ambil mop nak bagi kering komputer aku ni.
|
Bahagian makanan laut. Ada kerang gergasi dan berbulu kat sini. |
|
Ini bahagian ball dan sosej. |
|
Ayam, daging dan sotong yang telah di-marinate. |
|
Seksyen sayur-sayuran berkhasiat. |
Teknik makan kat sini ialah ambil sikit-sikit. Bakar atau gril atau steamboat sikit-sikit. Makan dan telan. Lepas tu ambil lagi, dan masak lagi. Dan makan lagi. Masak lagi dan makan lagi. Teknik macam ni membolehkan kita makan dengan banyak sambil enjoy detik-detik memasak dan memakannya. Kalau makan lauk aje tak berapa sesuai. Kenalah masak sayur jugak. Ada pelbagai jenis sayur dari pelabagai benua dapat dimasak di sini. Aku memang cukup enjoy makan sayur seperti kangkung, brokoli dan cendawan. Tapi sebenarnya ada banyak lagi sayur-sayuran berkhasiat yang kaya dengan vitamin A sampai Z dan patut dimakan bersama lauk-lauk tadi.
|
Masing-masing pengah pening tak tau nak pilih lauk yang mana satu. Punyalah banyak pilihan! |
|
Farid masih tak dapat buat keputusan. Tercegat kat depan makanan tu dekat empat jam lamanya. |
|
Amier pilih udang gergasi. |
|
Makanan ringan. |
|
Sabriena tak kisah makanan apa. Janji ada susu sebotol. |
|
Sabriena dan Nurin. |
|
Ibuku bersama Kak Ogie (pengusaha restoran). |
|
Chef Yana sedang memasak makanan. |
|
Chef selebriti Farid pula sedang menunjukkan cara-cara memasak lauk-pauk. |
|
Chef selebriti Sarah dengan masakan campuran aneka rasa. |
|
Sebahagian dari masakan yang sedang dimasak. |
|
Ini aku punya febret. |
Korang masih ingat ini dah hebat? Sebenarnya ini tak cukup hebat lagi. Kalau korang jalan jauh sikit kat suatu sudut lain, korang akan nampak dan terperasan bahawa rupanya ada banyak lagi bahan-bahan yang boleh dimakan. Ada pelbagai jenis kerepek. Ada minuman 3 in 1. Ada aiskerim. Ada macam-macam lagi makanan yang sedang menanti saat untuk dimakan oleh pengunjung. Macam mana cara nak makan atau nak diadunkan, bergantung kepada kreativiti anda sendiri. Kalau korang tak pasti apa jenis makanan lagi yang ada disajikan di sini, boleh bertanya kepada pekerja dan pelayan di sini yang sangat tak keberatan untuk membantu korang untuk membuat pilihan yang tepat.
|
Ibu dan ayahku turut enjoy. |
|
Sudah masak, mestilah kena makan pulak. |
|
Enak menjamu selera. |
|
Farid dengan pencuci mulut. |
|
Dessert resipi Chef Farid. |
Kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan segala macam makanan yang ada disajikan. Perut amat kenyang. Hati sangat puas. Ada masa yang sesuai kami akan berkunjung lagi dan masak lagi dan makan lagi dan lagi dan lagi. Aku juga syorkan supaya anda semua mencuba berkunjung dan mencuba makanan di sini. Especially yang duduk kat Shah Alam. Datang, jangan tak datang!
|
Reaksi Amier menandakan dia sangat gembira dan puas hati. |
|
Makanan sampingan yang disajikan. |
|
Termenung selepas kenyang. |
|
Tersandar dan puas hati. |
No comments:
Post a Comment