Kali pertama rakan kami, Hanim menyatakan dalam email pasal cadangan berkelah di Hulu Langat bersama rakan-rakan terpilih kira-kira pada bulan Februari dulu, aku dan isteri dah sangat teruja pasal salah satu kelengkapan yang ada ialah kolam pancing. Selain tu ada jugak kolam renang, set karaoke dan meja ping-pong. Itulah antara lain yang aku ingat ada tertera dalam emel Hanim. Plan asal buat bulan Mac, tapi ditunda pada bulan April. Bagus jugak pasal bulan Mac aku memang tengah sangat-sangat sibuk dengan kerja ofis.
Tiba hari yang dinantikan pada 9 Mac 2011, kami anak beranak bertolak ke Hulu Langat ikut Ampang. Dalam setengah jam dah sampai. Memang dekat sangat. Setelah berkomunikasi dengan teman-teman yang tau tempat ni aku pun membeloklah ke suatu simpang kiri yang tak jauh dari Sungai Congkak. Lalu ternampak satu rumah besar dengan laman yang besar. Secara sepontan terpacul keluar dari mulut aku, "ni rumah orang kaya". Dalam hati aku berkata, tak mungkin yang ini. Lalu aku terus memandu ke depan sampai menerjah semak belukar dan hampir menuju hutan belantara sampai terlihat kelibat binatang-binatang seperti gajah, harimau dan gorila. Lalu aku pasti aku dah terlajak ke jalan yang salah dan menyesatkan.
Kami patah balik. Isteri aku kata, "mungkin rumah besar tadi kot?" Aku menghala ke rumah besar tadi. Dan aku nampak kawan-kawan kami melambai-lambai dari dalam perkarangan rumah. Okay, confirm itulah tempatnya. Aku mula-mula ingatkan tempat yang kami nak pergi tu sebuah mini resort ala sederhana keadaanya. Rupa-rupanya ia merupakan sebuah rumah percutian peribadi milik saudara rapat kepada Hanim. Hebat sungguh! Aku terpaku melihat kehebatan rumah, laman dan kemudahan yang tersedia di situ. Lama aku tercegat kat tepi pagar sambil mulut ternganga besar kerana kekaguman. Nganga mulut aku terlalu besar sampai seekor tupai cokelat sempat keluar masuk ke dalam mulut aku tanpa aku sedari. Dan aku dah dapat bayangkan betapa seronoknya kami anak beranak bercuti dan berkelah di situ nanti.
Salam...Ape nama homestay ni ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum Azliza. Sebenarnya ini bukannya Homestay. Ini adalah sebuah rumah percutian milik seorang Dato'. Pemiliknya merupakan sepupu kepada teman kami. Jadi kami cuma tumpang bermalam dan tumpang memancing kat situ ajelah. Memang seronok, tapi segan nak mintak kawan kami tu tanyakan kat sepupu dia supaya membenarkan kami lepak kat situ lagi.
Delete