m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label neighbour. Show all posts
Showing posts with label neighbour. Show all posts

Thursday, May 14, 2020

1 Syawal 2019: Jiran pertama yang datang ke rumah

5 Jun 2019 - Pada hari pertama syawal tahun lepas, tetamu yang pertama sampai ke rumah kami ialah jiran kami, Karim dan Halim. Memang tiap-tiap tahun mereka datang ke rumah kami bagi meraikan Syawal. Mereka tinggal sangat hampir dengan rumah kami. Mereka juga sangat peramah. Satu keluarga sangat peramah dengan kami. Dari bapak, mak, sampailah ke dua beradik ini. Terima kasih kerana datang ke rumah kami. As-sebab rahmat buat kediaman kami. Insya Allah.

Halim dan Karim.




Sunday, August 19, 2018

1 Syawal 2018: Tetamu kedua - Karim dan Halim

15 Jun 2018 - Setelah rombongan tetamu pertama beredar, kami menanti pulak siapakah yang bakal menjengah ke rumah kami selepas ini. Tunggu punya tunggu, akhirnya tibalah jiran kami yang kedua - gabungan Karim dan Halim, anak-anak kepada Abang Azlan dan Kak Esah. Kami persilakan mereka masuk. Kami sambut dengan senyuman.

Amier dan Karim.
Halim dan Sabriena.
Karim sedang membelek kuih-muih di dalam balang.
Karim dengan cerita lawak jenakanya.
Sabriena cuba mencatatkan perbincangan di antara kami dengan pasangan Karim-Halim.
Karim dan Halim memang sudah tidak asing lagi dengan kami. Anak-anak ini sangat peramah dan rajin bertegur sapa dengan kami. Ayah dan ibu mereka, Abang Azlan dan Kak Esah pun sama peramah dan baik  dengan kami. Menurut Karim, anak yang sulung, ini bukanlah rumah pertama yang mereka kunjungi. Sebelum ke sini, mereka telah terlebih dahulu menziarahi saudara-mara yang lain yang duduk berdekatan di kawasan Ampang juga.

Karim dengan gaya super star.
Melihat album gambar Sabriena.
Kami makan sama-sama.
Aku makan lagi banyak dari tetamu.
Tetamu dah selesai makan. Aku masih mengunyah.
Seronok berborak-borak dengan mereka. Halim yang baru pulang bercuti sekolah memang telah lama kami tak jumpa. Badannya sedikit susut, dan sangat rajin bercerita dengan kami tentang macam-macam hal. Abangnya, Karim lebih suka berjenaka dan ada kalanya loyar buruk, yang kerap membuatkan kami semua tertawa melihat kerenahnya.

Terima kasih kami ucapkan kepada kedua anak ini. Ada kesempatan silalah datang lagi ke rumah kami. Boleh kita bersembang lagi.

Sabriena hirup kuah apa tu?
Sabriena masih terus menghirup kuah. Aku masih meneruskan makan.
Halim masih membelek album gambar Sabriena semasa kecil.
Halim dan Karim.
Pasangan adik beradik ni macam kembar.

Tetapi sebenarnya bukan kembar.
Sekadar wajah mereka hampir seiras.

Tuesday, August 14, 2018

1 Syawal 2018: Tetamu pertama sudah sampai

15 Jun 2018 - Masa tu kami seisi rumah sedang bergambar satu keluarga. Tiba-tiba ada orang beri salam dari luar. "Assalamualaikum." Sayup-sayup kedengaran suaranya. Salam diucapkan beberapa kali. Kami jenguk ke luar. Di balik langsir terlihat kelibat jiran akrab kami - Hairi, Azizah dan anak-anak. Alamak! Sesi fotografi kami masih belum selesai lagi ni. "Tunggu sekejap ya?" kata kami kepada tetamu. Kami teruskan mengambil beberapa snap photo lagi sebelum mempersilakan mereka masuk. "Jom. Jemput masuk ke dalam".

Tetamu pertama kami pada Syawal tahun ini ialah jiran rapat kami Hairi-Azizah dan anak-anak.
Makan kuih dulu.
Sabriena menonton video dengan Huda dalam telefon bimbit.
Kesian tetamu kami. Terpaksa duduk transit di luar rumah sementara menanti kami selesai dengan agenda photo shoot kami. Hakimi yang sudah tidak asing lagi dengan rumah kami terus menerpa ke arah pintu. Hakimi, anak nombor dua dari pasangan Hairi-Azizah mengepalai rombongan kecil itu. Kami sambut dengan senyuman di wajah. Mempersilakan mereka menjamah kuih dahulu sementara pembantu rumah kami menyediakan ketupat dan rendang ayam di dapur. Kami berbual-bual ringkas. Kami dapat tahu baju sedondon mereka dijahit sendiri oleh Azizah. Setidak-tidaknya baju kurung. Kami bagai diberi penghormatan kerana rumah kami inilah yang merupakan rumah pertama mereka kunjungi sebelum mereka pulang ke kampung masing-masing.

Hairi sedang menikmati kuih raya sambil bersembang dengan kami.
Hairi dan Azizah.
Sabriena masih dengan Huda.
Anak-beranak berbaju sedondon.
Sama-sama makan kuih raya.
Menunjukkan album gambar Sabriena dan Amier kepada tetamu.
Seronok tengok gambar Sabriena dan Amier masa mereka kecil-kecil dulu.
Haziq pun tengok sama.
Sabriena turut melayan tetamu.
Sebelum bersurai, aku mengambil gambar Hairi-Azizah satu famili. Kebetulan mereka pun belum bergambar bersama pada pagi itu. Tak apalah. Biar aku saja yang menjadi jurufoto mereka. Sesudah itu, barulah isteriku dan Sabriena enter frame. Sesudah mengambil gambar, Hairi dan Azizah memohon diri untuk beredar. Mereka akan memulakan perjalanan jauh menuju ke kampung.

Keluarga Hairi dan Azizah.
Family photo.
Wife aku dan Sabriena tumpang sekaki.

Sunday, June 11, 2017

5 Syawal 2016: Ke rumah jiran dekat

10 Julai 2016 - Sedang kami lepak-lepak di pagi hari kat rumah, setelah solat subuh, mind our own business, tiba-tiba ada satu bauan yang semerbak harum dan enak menusuk ke rongga hidung kami. Straight masuk lubang hidung sampai ke otak. Kami terbangun dari alpa dan tertanya-tanya sesama sendiri - bau apakah ini yang sebegitu sedap dan menyelerakan sekali? Tak siapa di antara kami yang tahu. Lalu kami berpakat untuk menjejaki bau ini agar kami tahu di manakah puncanya. Tak ubah seperti penyiasat tersohor - Sherlock Holmes.

Masuk-masuk rumah aje, Amier terus tidur dengan Hakimi.
Sempat mimpi sampai pergi London lagi.
Yana dan Baby Huda.
Berehat di ruang tamu sebelum makan.
Santai-santai di ruang tamu.
Bagaikan anjing polis, kami menghidu setiap zarah bau ini. Dan akhirnya sampailah ke arah puncanya - rumah jiran kami - Hairi dan Azizah yang letaknya hanya beberapa langkah saja dari rumah kami. Kami membunyikan loceng dan memberi salam. Salam kami dijawab. Pintu pagar juga dibuka. Tanpa berlengah lagi kami pun masuklah ke dalam beramai-ramai. Dan bagaikan telah menjangka kehadiran kami, tuan rumah mengajak kami masuk, duduk dan terus makan. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Bagaikan melepaskan batok di tangga. (Eh! Itu salah kategorilah pulak). Okay, tak apalah. Pokok pangkalnya, kami pun menjamu seleralah sampai perut kami kenyang. Dan kami pun happy. Dan lepas tu kami pun cakap terima kasih. Dan lepas tu kami pun beredar dan mendoakan murah dan berkat rezeki buat jiran kami yang baik hati itu. The end.

Halim dan Karim, jiran-jiran kami yang turut bertandang ke sini.
Mereka juga makan dengan senang hati.
Bersama tuan rumah.
Bersembang sambil menjamu selera.

Sunday, December 25, 2016

Happy birthday Halim!

17 Julai 2016 - Jiran kami Abang Azlan dan Kak Aishah telah mengajak kami untuk datang ke rumah mereka sempena menyambut hari jadi salah seorang anak mereka - Halim. Maka kami pun pergilah. Lagi pun rumah mereka tak jauh dari rumah kami. Kami pun datanglah anak beranak. Nampak gayanya macam tak berapa ramai sangat tetamu yang dijemput. Yang special-nya, siap ada food truck parking kat sebelah rumah. Order aje apa yang nak dimakan. Nanti orang food truck tu akan masaklah. Bezanya, yang ini tak perlu dibayar. Tuan rumah yang tolong kaw tim. Seronoklah kami. On top of that, budak-budak dapat angpau pulak lagi.

Kepada Abang Azlan dan Kak Aishah sekeluarga, kami mengucapkan berbanyak terima kasih. Kepada Halim, kami ucapkan: Selamat Hari Jadi!

Wanie dan Amier sedang menikmati makanan dengan penuh keasyikan.
Sabriena makan tortilla. Sedap jugak tortilla ni. Di-order dari food truck.
Masih dengan chicken nugget.
Seronok sungguh Sabriena.
Dapat goodies bag Spiderman pulak lagi.
Abang Azlan menghulurkan angpau kepada anak-anak.
Wanie dari tadi asyik makan dan minum aje.
Birthday boy Halim di samping food truck. Cantik food truck dia.
Food truck ni jual makan Italy.
Reaksi sesudah kenyang.
Menanti waktu pulang.
Minum air dulu.
Okay. Lepas ni kita balik rumah.