m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label utm. Show all posts
Showing posts with label utm. Show all posts

Saturday, August 8, 2020

Matoa - Buah tiga rasa

4 Mei 2020 - Beberapa hari sebelum tarikh ini, keluar iklan bertubi-tubi dalam grup whatsapp UTM mengenai penjualan sejenis buah yang unik dan rare dan eksklusif dan ekzotik. Nama buah itu ialah "MATOA". Memang aku tak pernah dengar nama itu. Bila ditunjukkan gambar, pun aku tak pernah melihatnya. Rupa buah itu pun tak lah cantik atau hensem. Tak menyelerakan dari segi luarannya. Tapi bak kata orang putih, don't judge a book by its cover. Judge-lah by its content. Apakah selling point yang menyebabkan kami dalam grup whatsapp tu beriya-iya nak merasa buah itu? Menurut ejen yang menjualnya, Tuan Izad Latif, buah "matoa" ini turut dikenali sebagai buah tiga rasa. Itu belum selling point lagi. Yang selling point dia ialah, tiga rasa yang dimaksudkan ialah rasa buah rambutan, rasa buah laici, dan rasa buah DURIAN!!! Pergh! Tak ke pelik. Benda pelik itulah yang menyebabkan kami ingin tahu dan mencuba. Betul ke? Iya ke? Tak cuba takkan tahu. Lalu kami pun buatlah tempahan. Aku sendiri menempah buah matoa ini sebanyak 2 kilogram untuk dimakan bersama famili.

Biarlah aku ceritakan dulu perihal buah matoa ini. Nama saintifik buah matoa ini ialah Pemetia Pinnata. Ia juga dikenali dengan nama buah tiga rasa, buah kasai, buah tava, buah laici pulau, buah terajang, buah kristal dan buah pokok taun. Buah ini tumbuh melata di kawasan Asia Tenggara. Ia memang kurang popular di Malaysia, tetapi telah dikenali lebih lama di bahagian-bahagian tertentu di Indonesia. Penanaman pokok buah matoa ini telah diusahakan secara komersil di beberapa negeri di Malaysia seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Setelah membuat bayaran online, aku pun menantilah penghantaran buah itu pada tarikh seperti yang telah dijanjikan. "Assalamualaikum!" Tiba-tiba ada yang memberi salam dari luar pagar. Anakku Syahmie lantas memanggilku yang sedang berehat di dalam rumah. Bila aku keluar, ternampaklah aku wajah seorang teman lama, sepengajian di UTM dulu - Norazlan Bujang atau kami panggil Ola. Heppinya aku dapat bersua muka dengan Ola. Rupanya Ola pun duduk tak jauh dari rumah aku juga. Setelah delivery dilakukan, kami pun cakap bye-bye dan merancang-rancang untuk mengeteh bersama jika ada kesempatan nanti.

Oh, aku lupa pulak nak bercerita pasal pengalaman aku sendiri bila memakan buah matoa ini. Masa aku membuat kupasan buah yang pertama, terlihatlah isi buah ini yang seperti buah rambutan. Lalu aku menggigitnya sedikit. Kriuk. Begitulah bunyi gigitan itu. Dan mengalirlah jus buah. Terasa manis dan lemaknya. Texture-nya memang seakan-akan laici dan rambutan. Dan ada iras-iras buah longan juga. Tapi adakah ia memiliki rasa seperti buah durian? Setelah diamat-amati rasanya secara terperinci, aku dapati, ia memiliki rasa lemak seperti buah durian musang king dan durian black thorn! Pergh!!! Bukan main power lagi kan? Nak tau betul tak betul cakap aku ni, kenalah beli sendiri dan try sendiri. Sekarang dah ada orang jual online. Cubalah!!!

Bersama teman lamaku - Ola.
Buah matoa dalam bekas plastik.
Buah matoa dari dekat.
Isi buah matoa yang manis lemak dan sangat enak.




Sunday, October 7, 2018

Tenis empat tenis

18 September 2018 - Memang tenis merupakan sukan yang aku paling minat sekali, walaupun aku masih tak berapa pandai main sangat. Kalau tak berkesempatan main tenis dengan geng kelab Titiwangsa Tennis Community (TTC), aku kenalah cari ruang lain untuk bermain tenis. Aku sempat booking court kat Kompleks Tenis Jalan Duta. Ramai yang aku ajak sebenarnya. Tapi yang hadir ada empat orang. Raja - kawan kelab TTC. Noris - kawan karib satu universiti UTM, Skudai. Dan, Namat - kawan satu universiti di Nebraska, USA. 

Sepanjang empat setengah tahun aku kat Nebraska, tak pernah sekali pun aku main tenis dengan Namat. Namat berada pada kelasnya tersendiri bersama kelompok yang hebat-hebat seperti Saiful, Shahril dan lain-lain. Kali ini aku berasa sangat bertuah bila Namat setuju untuk join sesi tenis dengan aku. Walaupun usia dah melebihi setengah abad, Namat masih cergas, pukulan masih berbisa, servis masih kencang dan mengelirukan. Puas kami berempat main untuk jangka masa lebih dua jam. Okay guys, siapkan perkakas untuk kita berentap lagi pada lain masa.

Dari kiri: Raja, Namat, aku dan Noris di gelanggang Duta.


Tuesday, August 28, 2018

Bertenis dengan kawan 'rare'

5 Ogos 2018 - Aku terpaksa booking court kat Jalan Duta sekali lagi. Pasal aku tak dapat join kengkawan kelab aku bermain pada sebelah petang. Lalu aku uar-uarkan pada kawan-kawan tenisku. Termasuk yang berada dalam kelompok NUMSA (geng Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika). Aku mendapat confirmation dari kawan-kawan yang berikut untuk join aku main tenis pagi tu:

1. Tardmizi - kawan NUMSA
2. Hj Noris - kawan UTM
3. Azlan - kawan kepada Hj Noris
4. Hanafi - kawan tenis ex-TTC
5. Safa - kawan tenis kelab TTC (Safa datang sepontan aje sebenarnya)

Campur aku cukuplah enam orang. Pagi tu hujan lebat. Risau jugak aku kalau ianya berpanjangan. Tapi jam 9.00 pagi hujan pun berhenti.  Tarmidzi datang awal. Jadi lama jugaklah kami sparring berdua. Aku tak cam Tarmidzi. Tarmidzi pun tak cam aku. Mungkin memang tak selalu jumpa masa kat U dulu kot. Aku lebih junior dari Tarmidzi masa kat Nebraska. Aku tabik kat Tarmidzi pasal sanggup tinggalkan teman-teman tenisnya di Bangi untuk bersama aku. Setelah seketika warmup, barulah Hanafi dan Safa datang. Dan kami pun berentaplah empat orang. Aku tengok permainan Tarmidzi agak hebat. Jadi aku pun partner-lah dengan dia. Boleh tolong payung aku sikit. Safa partner dengan Hanafi.

Aku dapat main satu set. Tapi agak puas jugaklah. Nak main the next set macam tak berapa nak larat. Hj Noris dan Azlan sampai agak lambat sikit. Dan akhirnya time pun dah pukul 11.00 pagi. Masa untuk stop. Okay guys! Kalau ada game lagi, aku akan sound you guys. Keep in touch!


Bergambar dengan Tarmidzi Nebraska.
Antara yang hadir pada pagi tu - Hj Noris, Azlan, dan di belakang - Safa dan Hanafi.


Sunday, April 8, 2018

Menerima kunjungan artis Hollywood

5 April 2018 - Teman-teman Diploma Senibina UTM menerima kunjungan mengejut dari seorang artis tersohor Hollywood - Charles Jaunis Bronson. Beliau dilahirkan di sebuah desa terpencil di Sabah. Seperti kanak-kanak lain, beliau amat kreatif dalam aktiviti-aktiviti kesenian. Ketika usianya dalam lingkungan belasan tahun, seorang pengarah Hollywood yang sedang bercuti di Sabah telah ternampak kehandalan beliau ketika sedang bermain lawan-lawan dengan teman-teman sebaya. Pengarah Hollywood itu telah menawarkan beliau untuk berlakon di Hollywood dengan menggunakan nama Charles Bronson sahaja.

Antara filem-filem tersohor lakonan Charles Jaunis Bronson adalah seperti Death Wish, Magnificent, Death Hunt, Dirty Dozen, dan lain-lain lagi. Walau sehebat mana pun beliau dalam dunia lakonan, naluri Arkitek beliau tetap masih menebal dan akhirnya beliau telah meninggalkan kemasyhurannya di Hollywood dan pulang ke Sabah untuk menjadi seorang Arkitek yang berwibawa.

Di kalangan teman-teman arkitek, beliau hanya dikenali sebagai Jaunis sahaja. Sempat pada malam itu kami bersua muka. Teman-teman lain meluangkan masa yang lama berbual-bual santai sambil makan sate. Yang hadir pada malam itu termasuklah Noris Helmi Dickson, Azmi Jemi, Fauzi Jawa, Amran Yan, Jefreedzal. Aku sekadar tunjuk muka aje. Itu pun setelah Noris bagi mesej kat aku melalui whatsapp akan keberadaan Jaunis di kawasan Ampang. Walaupun singkat pertemuan itu, namun semoga pada lain waktu kami boleh bersua lagi dan berbicara dan bertukar-tukar fikiran.

P/S: Sorry Jaunis. Aku memang suka merapu sikit. Insya Allah pada lain masa kita bersua lagi.

Di kawasan tempat makan Nan Corner. Pekena sate.

Tuesday, March 20, 2018

Eh! Mana court saya?

18 Mac 2018 - Aku dah lama tau yang kelab tenisku, TTC akan menganjurkan tournament untuk novice pada tarikh ini. Maka aku tau, court kat Titiwangsa akan fully booked dan digunakan untuk tujuan itu. Kalau aku nak main tenis jugak, aku kena book kat tempat lain. Dan yang paling senang ialah kalau booking kat Kompleks Tenis Jalan Duta. Telefon aje. Bagi nama. Bagi tarikh. Bagi time. Kalau ada kosong, dapatlah kita main. Bayar, belakang kira. Seminggu sebelum tarikh ini, aku dah buat booking. Dan telah di-confirm-kan aku punya court ialah Court 2. Dan aku pun happy-lah. Terus whatsapp kat group. Dan teman akrabku, Hj Noris adalah yang pertama bagi nama, selepas aku.

Seminggu berlalu, tibalah hari yang dinanti-nanti. Kebetulan Syahmie jugak pulang bercuti. Aku ajak Syahmie main tenis sekali. Dan temanku, Noris berjaya mengumpulkan tiga lagi teman tenisnya - Hisham, Azlan dan Along Azahar. Total semua sekali ada enam orang. Perfect! Tak terlalu ramai. Dan tidak juga sedikit. Jumlah player yang sempurna untuk tempoh tiga jam 8.00 - 11.00 pagi.

Sesampai di lokasi, aku terus ke kaunter hadapan. "Tolong check. Nama saya Adi. Booking dari 8 sampai 11 pagi. Hari tu kata saya dapat court nombor 2." 

Petugas kaunter belek buku catatannya. From cover to cover. Lama. Dekat lima jam aku menunggu. Dan akhirnya beliau bersuara. "Tak adalah, Bang." Aku terkejut dengan jawapan yang kudengar. Hampir saja aku pengsan.

"Betul ke?" tanyaku. "Betul," jawabnya.

"Satu court kosong pun takda?" 

"Ada. Court 5. Tapi satu jam aje, 8 sampai 9 pagi."

Aku tak ada pilihan lain. Aku terpaksa ambil apa saja yang ada. Di gelanggang, cepat-cepat aku warm up dengan Syahmie. Nak mengejar masa lah katakan. Tak lama kemudian, barulah yang lain-lain datang. Warm up lebih kurang. Lepas tu kami terus main. Permainan teman-teman baruku sangat hebat. Cuma sayangnya masa sangat terhad. Azlan mengalah dan memberikan laluan untuk kami terus bermain. Sedang Azlan cuma jadi pemerhati saja. Syahmie pun nampaknya bermain dengan agak baik jugak kali ini. Cuma kami masing-masing tak dapat bermain lama. Tak apalah. Lain kali kalau ada kesempatan lagi, aku berharap dapat bermain tenis lagi dengan geng-geng yang ini.

Kami berenam - penggemar sukan tenis.

Friday, January 19, 2018

Tenis tahun baru dengan teman lama

13 Januari 2018 - Selamat tahun baru semua! Lama jugak aku tak menulis kan? Selalu ada saja hal yang lebih penting yang perlu aku dahului. Bila lapang aje, tubuh dan mental sudah agak keletihan. Lalu tak menulislah aku.

Okay. Tak apa. Tahun ni aku nak membuka tirai blog 2018 dengan berkisah pasal tenis. Pada hari tersebut, kelab tenis TTC ada buat close tournament main double. Aku tak dapat join. Jadi aku booking lah court kat Kompleks Tenis Jalan Duta. Aku ajak kengkawan lama aku. Yang confirm nak datang ialah Hj Noris dengan Hariz, dan Hanafi. Manakala aku akan membawa Syahmie untuk join main tenis. Cukuplah korum.

Main tenis dengan Syahmie, Hj Noris, Hariz dan Hanafi.
Main kat indoor court Jalan Duta pasal cuaca sedang hujan.
Asalnya aku booking outdoor court. Tapi pagi tu hujan masih renyai-renyai turun. Court masih basah. Orang kat kaunter tu tanya aku, "Nak main indoor court?" Aku terus jawab, "Nak!" Kebetulan memang ada court kosong masa tu. Cuma indoor court ni mahal sikit sewanya. Dan agak gelap jugak. Tapi tak kisahlah. Asal dapat main tenis dengan teman lama kira okay lah tu.

Dengan kawan lama UTM  - Hj Noris.
Bersama Syahmie, Hariz dan Hanafi.
Baru lepas berentap selama hampir tujuh jam dalam perlawanan single yang berkesudahan seri.
Kami semua ni bukanlah pemain tenis yang hebat. Asal boleh pukul bola sikit-sikit kira okay lah tu. Anak sulung Noris, Hariz baru first time main kat court. Good experience for him. Kami main dua set aje. Lepas tu bersurai pasal dah pukul 11 pagi. Tu ajelah. The end.

Combination dua ayah dan dua anak lelaki.
Kita berentap lagi pada lain masa.

Saturday, August 26, 2017

Reunion UTMers: Jumpa lagi pada lain masa

Bahagian 3 (Akhir)

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ۞

Petang tadi, sewaktu aku, isteri dan anak-anak menghadiri satu majlis hari jadi teman anakku, aku mendapat berita sedih tentang pemergian seorang insan yang telah banyak memberikan jasa, menaburkan ilmunya kepada kami ketika di universiti dulu - di UTM. Terkesan jugak aku bila membaca mesej whatsapp dari teman sepengajianku. Beliau yang dimaksudkan adalah guru, mentor, teman, dan abang kepadaku, kepada kami semuanya - Allahyarham Saari Omar. Beliau pergi menghadap Ilahi setelah sekian lama bertarung nyawa kerana penyakit barah hatinya. Aku sempat menziarahi Allahyarham dalam masa yang sangat singkat kira-kira dua minggu sebelum pemergiannya. 

Mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Para syuhada, dan para mukhlisin. Semoga ilmu bermanfaat yang beliau curahkan menjadi amal jariah yang berlanjutan sehingga ke hari kiamat. Semoga semua pembaca yang budiman menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarham. Al Fatihah!

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Aku tetap akan menghabiskan tulisan ini - Bahagian 3 dan terakhir dari keseluruhan kisah jamuan makan malam alumni senibina Universiti Teknologi Malaysia, walaupun dalam keadaan sayu. Kerana sudah pasti hidup perlu diteruskan, dan iktibar perlu diambil oleh kita yang masih hidup untuk sentiasa dalam ketaatan kepada kesemua perintah Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w).

Geng-geng junior yang pernah sangat rapat dengan batch kami.
Mintak maaflah, aku tak dapat nak kenal semua. Batch korang ramai sangat.
Tiga hero Malaya - Aziz, Hazmi Cheng, Sezali Retro.
Orang-orang kuat UTM Senibina.
Terima kasih kerana masih mahu bersama kami walaupun masing-masing telah semakin berusia dan uzur.
Memperlihatkan buku kompilasi kartun karya Datuk Lat dan alumni UTM Senibina.
Aku cuma kenal Dr Syed Iskandar dan Azhar DBKL saja.
Batch super senior lagi bersama Prof Parid Wardi dan Tn Hj Ar Nik Malek.
Setelah bergambar secara beramai-ramai, kami berpecah mengikut kelompok pulak. Mengikut batch tahun berapa kami belajar. Yang senior bersama yang senior. Yang junior bersama yang junior. Malah ada kalanya bergambar tanpa mengira di batch mana kami berada. Asalkan dapat bersama teman-teman yang kami pernah rapat ketika di UTM dulu.

Geng-geng senior aku.
Mat Jani dan Tuan Hj Shaikh Ahmad Jafni pernah jadi class mate aku.
Bersama Tn Hj Shaikh Ahmad Jafni, Dino, Mat Jani, dan Ridha Lua.
Masih dengan group yang sama.
Ya. Belum berubah kedudukan lagi.
Kapten Din Bakar join sekali.
Ar Chin haw, Hj Noris dan Dr Hamdan turut join.
Aku mencari kelompok aku. Ternyata tidak ramai. Jadi aku join geng senior bersama Kapten Din Bakar, Shaikh Ahmad Jafni, Dino, Ridha Lua, Mat Jani dan lain-lain lagi. Waktu tu aku tak dapat menemukan Ravi, Chot, Hj Ibrahim untuk mengajak mereka bergambar bersama. Kami jalan dulu ajelah. Yang penting ada gambar buat kenangan.

Aku try cover perut sikit menggunakan kedua belah tanganku.
Group photo yang lebih kemas.
Isteriku bergambar dengan Kak Pah - isteri Tn Shaikh Ahmad Jafni.
Masih dengan Kak Pah. Datang jauh dari Penang.
Kapten Din Bakar sedang berdiskusi dengan Dino.
Mat Jani, Dr Hamdan dan Tn Hj Shaikh Ahmad Jafni.
Bersama Ravi, Iskandar dan Aslinda.
Bersama Hj Ibrahim dan Hazmi Cheng.
Bersama Ayof dan Mister Halim.
Isteriku bersama Ar Nurakmal Goh.
Sebelum bersurai, kami berpecah lagi ke kelompok yang lebih  kecil - berempat, bertiga, berdua. Cepat-cepat isteriku mengambil gambar sebelum kami bersurai sepenuhnya. Dapatlah aku bergambar bersama Ar Ravi, Hj Ibrahim, Chot, Ar Ayof, serta teman-teman dari batch-batch lain. Termasuk bekas pensyarah-pensyarahku. Aku perlu meniggalkan majlis ini dengan pelbagai kenangan manis yang dapat dirakamkan di dalam gambar.

Bersama Chot - salah seorang teman tenisku jugak.
Bersama orang-orang kuat UTM Architecture. Allahyarham Saari Omar turut bersama kami pada waktu itu.
Isteriku membeli buku kartun UTM. Limited edition. Collectors' item.
Gambar terakhir sebelum bersurai.
Ketika aku mula melangkah keluar dari dewan majlis, aku terlihat sebuah buku pelawat untuk diisi oleh para hadirin dan hadirat. Terdetik dalam fikiranku untuk menulis sesuatu yang ringkas buat tatapan pemilik buku itu. "All the best wishes". Atau "Good luck to Kalam UTM". Atau "Satu perjumpaan yang hebat. Semoga bersua lagi. 2017". Itu adalah antara kata-kata atau tag line yang ingin aku tulis pada asalnya.

Tapi aku nengok muka surat kosong buku itu masih banyak lagi. Orang lain tak pulak nak menulis di dalamnya. Lalu aku panjangkan tulisanku. Dan waktu itulah pulak idea menulisku datang mencurah-curah bak air terjun The Falling Water House. Maka aku terus berkarya, mencurahkan ilhamku ke atas kertas putih pada halaman buku itu. Sehelai demi sehelai muka surat kuselak dan kutulis. Dah macam tulis cerpen. Dah macam tulis novel. 

Sewaktu aku asyik berkarya, tetiba datang pulak seorang produser drama terlihat  tulisanku. Lalu beliau membaca sebahagian dari hasil karanganku dengan penuh minat. Lantas berbisik kepadaku, "Kalau buat drama tv boleh jual ni. Boleh saya gunakan novel encik untuk jadikan drama slot Akasia TV3?" tanya beliau. Aku membenarkan beliau menggunakan karya aku tanpa ingin ku menuntut sebarang bayaran royalti.

Itu adalah kira-kira lima bulan yang lalu. Dengar ceritanya drama tu telah pun disiapkan. Dan bakal ke udara tak lama lagi. Apa ya agaknya tajuk drama yang diberikan oleh produser tu? Dan siapa ya agaknya yang menjadi heronya? Aku pun tak tahu.

T A M A T

Aku terjumpa buku nota pelawat.
Started off dengan "Good Luck Kalam UTM".
"Tersebutlah al-kisah di padang pasirun, dengan tumfuk-tumfuk taik unta".
Tiba-tiba ilham datang mencurah-curah.
"Dan hero pun pergi selamatkan heroin yang sedang lemas dekat swimming pool".
Dah masuk volume ke-10 dah ni.
Nantikan. Tonton, jangan tak tonton!