m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label ampang. Show all posts
Showing posts with label ampang. Show all posts

Friday, August 13, 2021

Sayur-sayuran musim PKP

11 November 2020 - Wabak covid-19 telah melanda negara sejak awal tahun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula sejak Mac 2020. Sejak musim PKP ni, kami memang jarang-jarang keluar rumah, melainkan ada urusan penting. Antara inisiatif kami untuk mengurangkan masa berada di luar rumah ialah melakukan aktiviti menanam sayur-sayuran di belakang rumah. Kalau ada pokok sayur sendiri, tak payahlah nak sibuk-sibuk nak ke pasar mencari sayur. Kalau dapat ternak ikan, ayam, lembu, kambing sendiri pun lagi power. Tapi ruang belakang rumah kami tanahnya banyak batu konkrit. Nak bercucuk tanam agak sukar sedikit. Jadi kami bercucuk tanam dalam pasu, dan membuat batas tanaman di ruang yang sesuai. 

Kebun sayuran kami tak tersusun rapi. Agak bersepah juga. Yang mengusahakan kebun sayur itu ialah isteriku dan pembantu rumah kami. Antara yang ada ditanam di belakang rumah kami ialah:

Kangkung, kailan, kacang tanah, kucai, kemangi, bayam brazil, serai, pandan, nanas, papaya lalat, pisang hutan, kunyit, bayam, ulam raja, cili akar, kacang panjang, kacang botor, dan macam-macam lagi tumbuhan pelbagai jenis. 

Yang paling seronok ialah apabila menuai hasilnya. Pokok-pokok yang kami tanam tu taklah segar-bugar. Tapi janji ada hasil yang boleh dimakan, kami dah rasa cukup heppi. Cuma sekarang ni, kebanyakan pokok tu dah mula layu dan kurang mengeluarkan hasil. Mungkin sebab tak dibela dengan sempurna. Apa-apa pun kami dah puas merasa keenakan hasil tanaman sendiri. Jom kita bertani!!!

Baru tuai baby kangkung dan baby kailan.

Pokok nanas ni sampai sekarang tak berbuah lagi.

Rasanya ini pokok selasih kot?

Ini ulam raja - antara favourite aku.

Bayam brazil dan bayam biasa.

Kat sini ada daun kesum yang pedas.

Kat sebelah kiri tu ada pokok papaya lalat. Sedap daunnya.


Friday, May 29, 2020

20 Syawal 2019: Di rumah menerima tetamu lagi

16 Jun 2019 - Pada hari yang ke-20 Syawal tahun lalu, kami duduk di rumah lagi. Menanti tetamu untuk hadir beraya di rumah kami. Kami tak buat open house besar-besaran. Sekadar masak sedikit juadah dan menjemput teman-teman rapat dan beberapa saudara-mara unuk dijamu. Ada sebahagian kawan dan saudara telah datang lebih awal. Yang berkesempatan, telah singgah di rumah kami pada hari itu.

Antara yang hadir pada hari itu ialah teman-teman teater kami - Along Yusry, Kak Yatie, Sadiq, Een dan Mummy. Sepupuku, Abang Wira juga datang dengan isterinya. Dan teman sepejabat isteriku, Rahma datang dengan keluarganya. Dalam kelompok kecil lebih mudah kami berinteraksi dan berbual santai. Para tetamu nampaknya mula bergerak pulang apabila waktu maghrib menjelang. Kepada semua tetamu kami pada hari itu, kami mengucapkan terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah kami. Kami ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Mummy dan Een sedang menjamu selera.

Makan-makan di tepi dapur.

Ada sesuatu yang menggeletek hati Kak Yatie.

Bercerita tentang bahaya virus corona.

Vaccine nya masih belum ditemui.

Along Yusry memakai baju yang matching dengan warna rumah kami.

Sebahagian dari teman-teman teater kami.

Abang sepupuku, Abang Wira dan isteri.

Anak kepada teman isteriku.

Mereka ini sangat peramah dan happening.

Suka buat facial expression yang lucu.

Rahma bersama dua orang puterinya.

Bergambar bersama Rahma.

Bergambar bersama geng-geng teater.

Bergambar puas-puas sebelum berangkat pulang.



19 Syawal 2019: Beraya di rumah Kak Uda

23 Jun 2019 - Pada tahu lalu, tahun 2019, kami pergi beraya sangat bersemangat. Ke rumah saudara-mara di sana-sini. Ke rumah kawan-kawan lagi. Pergi rumah terbuka di sana dan di sini. Rumah tertutup pun kami pergi juga, kat sana dan kat sini. Tak cukup dengan itu, kat ofis pun ada buat makan-makan jugak sikit-sikit. Tapi itu cerita tahun dulu. Tahun ni muram sikitlah. Semua orang takut nak keluar rumah. Virus corona sedang bersembunyi entah di mana. Menanti mangsa yang silap langkah. Oleh kerana tahun ini kami tak berjalan sangat, maka aku keluarkanlah cerita-cerita beraya pada tahun lalu. Bagi feel raya tu meresap ke segenap lubuk hati para pembaca sekelian.

Pada Syawal hari yang ke-19 tahun lalu, salah satu teman akrab kami telah datang ke rumah - Ienah dan suaminya Mohamad serta anaknya Ain. Bila hari semakin menghala ke petang, kami semua pergi beraya ke rumah Kak Uda pula. Kak Uda ada buat open house pada hari tu. Jadi kami pun pergilah ke sana memenuhi jemputan beraya sebelum menghantar Amier pulang ke asrama di Kajang. 

Mohamad sedang bermain dengan salah seekor anak kucing belaan kami.

Nama anak kucing ni sama ada Sate ataupun Sushi Wushi. Muka diorang lebih kurang sama.

Giliran Ain pula bermain dengan anak kucing.

Dah pun sampai di rumah Kak Uda.

Ienah dan keluarga ikut sama ke rumah Kak Uda.

Sabriena macam dah kenyang sebelum makan.

Mungkin kat rumah Sabriena dah makan banyak kot?

Amier dah bersiap-siap dengan pakaian asrama.

Ienah dan Ain di meja makan.

Wanie melayan dessert.

Abang Anjang tak pernah menolak jika dijemput untuk hadir.

Abang Anjang duduk lama sikit di sini untuk bersembang dengan saudara-mara.

Abang Anjang datang berdua dengan Kak Leha.

Kak Uda dan Abang Zahid buka khemah di luar rumah. Ramai juga tetamu yang datang. Ada di kalangan saudara-mara. Dan ramai juga di kalangan kawan-kawan. Kami terus cari tempat kosong dan duduk di situ. bergilir-gilirlah kami mengambil makanan dan minuman. Menu dia memang banyak, sampai aku pun dah lupa secara khusus apa yang aku makan pada petang itu. Dah hampir terbarai jugaklah perut aku menelan segala macam makanan yang terhidang. Kalau tak makan rasa rugi pulak, walaupun sebenarnya perut dah bagi isyarat untuk berhenti makan kerana dah tersangat kenyang.

Kami rasa kami di sana pun tak berapa lama sebab lepas tu kami perlu bergegas ke Kajang untuk menghantar Amier pulang ke asrama sekolah. Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan saudara-mara dan tetamu yang hadir, kami pun bergerak pergilah dari situ. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat Abang Zahid dan Kak Uda sekeluarga. Ada kesempatan yang sesuai, kita berkumpul lagi beramai-ramai seperti ini.

Abang Zahid dan Abang Anjang.

Cikgu Teoh pun ada datang. 

Cikgu Teoh ni adalah jiran Kak Uda yang kebetulan mengajar anak-anak kami di sekolah rendah.

Syauqi mendapatkan segelas air anggur dari Perancis.

Abby Solehin turun dari Pahang untuk membantu Abah dan Mama di Ampang.

Syauqi bersama Kak Uda.

Wawan bersama salah seorang heronya.

Zila dan Ardy baru nak makan.

Terpaksa pause sekejap untuk bergambar.

Menjawab telefon seketika.

Ini aku - penulis blog ini (in case ada yang tak tahu. Hehehe...).

Aku bersama Wanie.

Isteriku bersama Ienah.

Satu lagi gambar  sebelum  beredar menghala ke Kajang.



Thursday, May 28, 2020

13 Syawal 2019: Meraikan teman-teman akrab

17 Jun 2019 - Pada hari ke-13 Syawal, rumah kami dikunjungi oleh teman-teman akrab adikku. Mereka semua datang untuk beraya. Dan kami pula telah memaklumkan kepada mereka juadah yang bakal dihidangkan kepada mereka. Juadah istimewa yang tak mudah dijumpa di mana-mana. Terutama di bandar-bandar. Juadah yang tersohor di kalangan orang-orang Jawa. Itu pun di kampung-kampung sahaja. Dan bukan semua kampung masih menyajikan juadah seumpama ini. Itulah dia "nasi ambeng". Nasi putih berlapik daun pisang, dengan lauk-pauk istimewa. Ada ayam goreng berempah. Ada sambal goreng Jawa. Ada daging masak kicap. Ada ulam timun. Kadang kala ada juga kami iringkan bergedil. Dan yang paling istimewa ialah serunding kelapa spesel. Cara kami tak letak mi goreng. Tetapi rasanya tetap nombor satu! Dan sebahagian teman-teman adikku memang pernah merasa masakan ini. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa mereka datang lagi ke rumah kami - untuk menikmati kelazatan nasi ambeng terbaik di Ampang Jaya.

Adikku bersama teman-temannya.

Ini baru sebahagian yang hadir.

Sebahagian yang lain masih lagi duduk-duduk di ruang tamu.

Ardi baru nak menikmati nasi ambeng.

Kebanyakan yang lain telah pun selesai makan.

Tetamu-tetamu kami itu kelihatannya sangat teruja dan berselera menikmati masakan nasi ambeng yang kami hidangkan. Alhamdulillah! Seronok kami bila melihat mereka makan bertambah-tambah. Ada yang kami bekalkan nasi ambeng bungkus untuk dibawa pulang. Orang Jawa panggil 'nasi berkat'. Sepatutnya makan dalam talam ramai-ramai. Barulah 'feel' dia lebih sikit. Mungkin bukan kali ini. Lain kali kita boleh cuba, ya? Terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang beraya ke rumah kami. Jika ada kesempatan yang lain, sudi-sudikanlah singgah di rumah kami lagi. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

'Nasi berkat' untuk dibawa pulang.

Ada yang sudah hendak beredar.

Ardi dan Jali masih di sini.

Kalau tak ada urusan lain, duduklah lama sikit di sini.

Ibu, Yana dan isteriku duduk di suatu sudut yang lain.

Membiarkan para tetamu menikmati keceriaan malam raya hari yang ke-13.