m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label ara damansara. Show all posts
Showing posts with label ara damansara. Show all posts

Wednesday, February 5, 2020

Happy Birthday Boss!

11 Oktober 2019 - Kira-kira 56  tahun dahulu, pada tarikh ini, lahirlah seorang bayi comel di sebuah pekan di Melaka. Bayi itu menjadi sumber kegembiraan pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi. Bayi itu telah diberi nama Jalid. Kini bayi itu telah dewasa. Telah menjadi seorang arkitek yang berjaya. Dan telah membuka sebuah firma arkitek bersama rakan kongsinya.

Hebat tak intro aku? Hahaha... Sehari sebelum tarikh hari jadi bossku, En Jalid, kami ada satu perbincangan kecil di bilik mesyuarat di pejabat kami. Bossku yang seorang lagi, Puan Amna juga ada di situ. Selepas habis berbincang, tiba-tiba Puan Amna membawa masuk sebiji kek hari jadi dan disuakan kepada En Jalid. Macam satu kejutan jugalah buat birthday boy. Setelah mengucapkan terima kasih, kek terus dipotong halus. Dan kami memakan kek itu dengan gembiranya. Sedap jugak rasanya. Puan Amna juga telah menghadiahi En Jalid dua buah buku bertajuk Tamadun Melayu dan Tamadun Islam.

En Jalid merenung kek hari jadi dengan penuh pertanyaan.
Pertanyaannya adalah: "Patutkah aku makan sendiri, atau berkongsi dengan yang lain?"
En Jalid meminta pandangan yang lain.
Puan Amna mencuba mencari jawapannya dalam buku.
"Jawapannya ada di muka surat 36," kata Puan Amna.
En Jalid menyelak muka surat 36.
En Jalid berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Lantas kek terus dipotong.
Dan diagih-agihkan kepada semua yang hadir.
Kek red velvet diletakkan di dalam piring kecil.
Berhati-hati.
En Jalid kini sedang cuba mengutarakan soalan yang kedua: "Patutkan aku bawa balik baki kek ini atau kutinggalkan saja di ofis?"

Pada hari berikutnya, En Jalid pula yang telah bermurah hati membelanja kami makan pizza dan ayam KFC bersama staf ofis yang lain. Kek hari jadi telah dibeli oleh salah seorang staf untuk meraikan En Jalid. Kami beramai-ramai menyanyikan ladu Happy Birthday buat En Jalid. Nyanyian kami telah diiringi oleh orkestra muzik yang dipimpin oleh Datuk Ramli MS, serta suara latar oleh Kumpulan Koir Nasional. Sangat meriah nyanyian itu, dan sangat merdu. En Jalid tidak berucap apa-apa selain menjemput kami semua untuk makan sampai puas dan kenyang. Oleh kerana kami semua merupakan staf yang sangat patuh kepada pemimpin,  dan komited kepada kerja, maka kami pun terus berasak-asak mendapatkan makanan dan melunaskan segala arahan dari En Jalid dengan hati dan mulut terbuka. Buuuurrrrppppp!!!! Ahhhhhh..... Alhamdulillah... Begitulah kisahnya.

En Jalid sedang memastikan semuanya in order.
Berdebar-debar menanti saat untuk memotong kek.
Kegembiraan terpancar di wajah.
Seronok dapat meraikan majlis hari jadi bersama staf-staf yang disayangi.
Bergambar bersama staf. Ada sebahagian tidak ada di sini.
Semua staf dah tak sabar-sabar nak menjamah makanan.
Muhaimin yang berbaju hijau memuji organiser majlis ini.
Munif, Gina dan Dora masuk dalam frame gambar.
Sebingkis gaya bebas sebelum memulakan jamuan.


Sunday, August 26, 2018

Farewell yang kedua buat Shahril Neuformation

31 Julai 2018 - Shahril, dah pernah sekali tinggalkan ofis Neuformation. Dengan jiwa sayu dan diraikan kepergiannya dengan acara makan-makan. Kehilangannya amat dirasakan. Kerana beliau banyak membantu dalam kerja-kerja harian di ofis. Aku siap buat gambar karikatur Shahril sebagai kenangan. Tapi tak lama selepas tu, Shahril dipanggil semula. Dan beliau join semula dengan kami di Neuformaiton. Semua orang happy. Tapi setelah beberapa ketika, Shahril putuskan untuk berhenti dari bekerja di ofis ni lagi. Dan kami pun buatlah acara farewell untuk Shhahril buat kali kedua!

Kek farewell Shahril yang simple tetapi special.
Shahril sedang menahan sebak di dada yang teramat sangat dan tidak tertanggung. Keh keh keh...
Di samping kek kesayangannya.
Staf Neuformation sedang bersiap-siap untuk bergambar.
Kebetulan aku pulak bawak kamera pada hari tu. Memang rezeki Shahril lah ada liputan secara langsung dalam blog aku. Ramai orang yang dah berhenti dari ofis Neuformation tanpa siapa pun yang tahu. Kali ni aku bagi berita eksklusif pasal Shahril. Kali ni jugak ada orang belikan kek untuk Shahril. Kira special lah tu. Bukan semua orang dapat kek. Kami tak nyanyi lagu apa-apa sebab hari tu bukannya birthhday Shahril pun. Lagi pun suara kami semuanya al-sumbangsih. Lebih baik senyap ajelah. Walaupun tak ada lagu farewell, kami tetap suruh Shahril berucap. Mula-mula Shahril keberatan. Mungkin sebab tak prepare skrip kot. Tapi setelah didesak oleh kami semua, akhirnya Shahril pun berucaplah. Bila dah berucap, Shahril bagaikan tak boleh berentilah pulak. Dekat lima hari jugaklah kami menunggu, bilalah si Shahril ni nak selesai berucap? Setelah hampir lima hari, barulah ucapan Shahril pun selesai. Lega kami. Dan acara bergambar dan makan-makan pun dimulakanlah.

Shahril bersama Afiq dan Dora dari Brazil.
Shahril sedang bersedia untuk memotong kek dalam gaya paling ganazzz.
Sebahagian besar dari staf Neuformation.
Kedua-dua boss tak ada dalam gambar.
Tapi Carol ada mewakili mereka.
Happy bercampur sedih.
Free style dari warga Neuformation.
Aku baru nak masuk frame (paling kanan - in case korang tak kenal aku).
Kami bergambar beramai-ramai. Tapi ramai jugak yang tak ada kat ofis pada petang tu. Malah kedua-dua boss kami pun tak ada. Tapi acara tetap kami jalankan seperti biasa, pasal itulah hari last day buat Shahril di ofis Neuformation. Tak taulah pulak kalau sat lagi dia mai balik kat ofis ni. Untuk kali ketiga!

Lepas bergambar, barulah kek dipotong dan kami makan kek beramai-ramai. Tapi keknya kecil aje. Jadi kek tu perlu dicincang dadu agar semua orang dapat merasanya. Berdasarkan gambar-gambar di atas, macam tak ada makanan lain yang dihidangkan pada hari tu. Maknanya kami makan kek ajelah. Tak kisahlah tu. Janji ada makan something. Kepada Shahril, kami ucapkan 'Good luck' dan 'All the best'. Semoga perjalanan career Shahril lebih cemerlang selepas ini. Tapi kalau nak patah balik, buat u-turn dan join balik ofis Neuformation untuk kali ketiga, silakan. Kalau bosses kata okay, boleh aje join. Kami para pekerja cuma menurut perintah aje. Okay, Shahril. See you next time! And always keep in touch. Adios!!

Shahril sedang memikirkan cara bagaimana kek ini dapat dibahagi-bahagikan untuk semua staf.
Afiq sedang membuat tunjuk ajar kepada Shahril cara memotong kek mengikut standard QLASSIC.
Shamyl dan Shafiq memerhatikan tingkah teman-teman mereka dari kejauhan.
Azfar baru aje join Neuformation. Dah ada orang yang berhenti.
Hafeez, Dora dan Ayu turut meraikan majlis perpisahan ini.
Muhaimin ingin merasa keenakan kek ini terlebih dahulu.
Awal memastikan acara berjalan lancar pada petang itu.
Gina turut happy dapat makan kek farewell.
Tetiba Shafiq berasa kehilangan. Rupa-rupanya dia kehilangan kunci kereta. Aduh!
Afiq dan Azfar menanti acara kek diagihh-agihkan.
Kerja Carol masih belum berakhir lagi. Kena kira berapakah jumlah duit untuk dimasukkan ke dalam akaun Shahril.
Dora baru nak try explore masakan kek di Malaysia.
Sampai sekarang Shafiq masih tak tau di manakah letaknya kunci kereta BMW-nya. Adakah ia masih di kedai?