m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label coaching. Show all posts
Showing posts with label coaching. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Jadi coach tenis sekejap

25 April 2015 - Pada tarikh ni, kelab rekreasi tenis TTC yang aku join ada buat tournament TTC Open kat Taman Tasik Titiwangsa. Jadi semua court penuhlah untuk kejohanan yang berprestij ini. Mengetahui tarikh ini ada tournament, aku telah mintak tolong kepada anak buah aku, Zuan untuk buat booking court tenis yang ada kat rumah kelab kondominium, tempat beliau tinggal.

Zuan happy dapat training tenis pagi tu.
Zuan yang lebih penat sebab dia yang banyak berlari dan pukul bola. Aku jadi coach relax aje.
Pada mulanya aku ada buat promosi awal melalui whatsapp. Aku uar-uarkan kepada semua ahli keluarga. Siapa yang berminat boleh turut serta. Berjinak-jinak dengan sukan tenis pulak. Bila dah dekat hari nak main tenis, aku cuba kontek balik anak-anak buah aku yang ada potensi dalam game ni. Nampak gayanya masing-masing ada urusan sendiri. Kebanyakannya bekerja pada hari Sabtu. Jadi aku tak dapat mengumpulkan cukup players untuk bermain game double. Kawan-kawan Zuan jugak tak ada yang berminat untuk menceburkan diri dalam sukan tenis. Maka pada pagi tu, aku dan Zuan berdua ajelah kat gelanggang.

Gelanggang kat sini tak berapa cantik. Net pun dah lusuh. Tapi jauh lebih baik dari permukaan tar. Sebenarnya kira okay jugak court ni, sebab aku pernah main kat court yang jauh lebih buruk dari ni. Sayangnya tak ada pengguna.

Gaya seorang coach amatur.
Bulat betul badan aku. Kena exercise lebih sikit.
Bersedia untuk membuat pukulan forehand drive.
Sebelum ni aku pernah kerap jugak bermain tenis dengan Zuan. Tapi dah bertahun-tahun Zuan tak main, maka teknik pukulan perlu di-refresh dan dimantopkan semula. Maka pada pagi tu, kami tak main stroke sangat. Aku lebih kepada menjadi coach kepada Zuan. Bagi bola kepada Zuan, dan bagi dia pukul banyak-banyak kali. Walaupun banyak bola yang keluar gelanggang atau sangkut kat net, tapi ada jugak bola-bola yang dipukul cantik oleh Zuan. Aku rasa dalam dua atau tiga sessi lagi, mungkin Zuan boleh dapat teknik pukulan yang lebih konsisten. Lepas main, kami sarapan sama-sama kat kafeteria bawah. Kepada anak-anak buah yang lain yang pernah ikut aku main tenis sebelum ni, bolehlah join kami kalau ada kesempatan. Tapi kalau ada kerja atau urusan keluarga, utamakanlah yang itu dulu. Majulah sukan tenis untuk negara!

Follow through setelah membuat pukulan.
Dengan Zuan - selfie sekejap.
Selesai sudah sessi kali ini.

Monday, July 9, 2012

Hampir kecundang di tangan protege

Pada hari Sabtu lalu, sekali lagi aku bawak anak-anak buahku, Ali, Faiisal, dan Hidayat ke gelanggang Titiwangsa untuk berlatih main tenis. Kali ni kami datang agak awal. Kami terus ke court H. Ada sorang coach kata, gelangang tu dia dah book. Lalu kami check kat kaunter. Eh, alamak! Rupanya kami salah court daaa... Okay, kami ke court A pulak, yang lebih cantik gelanggangnya.

Setelah buat warm-up dan regangan otot, sessi latihan pun bermula. Seperti biasa, aku mulakan dengan latihan pukulan forehand top spin. Hidayat dapat memukul dengan baik. Spin-nya kurang, tapi control-nya agak konsisten. Giliran Ali pulak. Ali juga dapat membuat pukulan yang agak kemas. Spin-nya kuat, tetapi control-nya perlu dimantapkan. Dan tibalah giliran Faiisal. Faiisal nampaknya masih tak berapa nak faham konsep top spin. Dia boleh tolak bola seberang jaring, tapi mengikut kaedah yang tak berapa nak profesional. Tak apa. Mungkin Faiisal boleh catch-up masa main game nanti.

Ali sedang membuat pukulan forehand top spin yang dahsyat.
Sessi kedua ialah membuat pukulan backhand top spin dan backhand slice. Masa aku demo backhand slice pun bola banyak yang sangkut kat net, sebab aku pun memang tak expert buat pukulan ni. Aku suruh anak-anak buahku cari sendiri tekniknya. Dalam membuat pukulan backhand top spin, keadaan berlawanan pulak yang berlaku. Tatkala Hidayat dan Ali masih terkial-kial mendapatkan rentak, Faiisal telah menemui rentaknya sendiri. Faiisal boleh membuat pukulan double handed backhand dengan agak baik. Aku tak ajar pun buat pukulan backhand pakai dua tangan, pasal aku tak reti. Tak kisahlah. Aku suruh Faiisal stick pakai teknik dua tangan tu. Main cara tu sampai dia hebat.

Faiisal dengan tenang membuat pukulan double handed backhand.
Latihan terakhir ialah membuat servis. Faiisal dan Hidayat agak boleh jugaklah nak buat servis yang masuk dalam kotak servis. Ali nampak gayanya perlukan latihan yang lebih banyak lagi. Aku jugak ajar teknik buat servis menggunakan pukulan slice. Nampaknya teknik ni lebih sukar difahami oleh anak-anak muridku. Tak apalah, nanti cari sendiri teknik yang sesuai dengan diri.

Hidayat sedang membuat servis kat tengah gelanggang?????
Setelah puas training, kami pun mulalah berlawan satu set. Aku geng dengan Ali, dan Faiisal geng dengan Hidayat. Minggu sudah, geng yang sama tewas tipis kepada geng aku. Mungkin minggu ni mereka akan cuba membalas dendam. Dan perlawanan berlangsung sengit, sehingga pemenangnya perlu ditentukan dengan game tie breaker. Sama macam minggu lepas. Tapi tie breaker kali ni lebih sengit. Dan akhirnya aku dan Ali berjaya menundukkan lawan setelah point tie breaker mencecah berbelas-belas angka. Dan pada penghujung permainan, Ali pulak telah mula mendapat rentak dan berjaya membuat beberapa pukulan yang mantap bagi mendapatkan markah bagi pihak kami. 

Untuk set kedua pula, aku geng dengan Hidayat lawan Faiisal geng dengan Ali. Kali ni kami menang mudah. Lepas tu kami main stroke pulak. Ketika aku main stroke dengan Faiisal, aku baru perasan yang Faiisal dah mula mendapat rentak membuat pukulan forehand top spin dengan baik dan konsisten. Wah! Ini satu perkembangan yang baik. Semoga ketiga-tiga mereka akan lebih memahami kaedah permainan ini dengan lebih mendalam.

Tiga orang protege - Ali, Faiisal dan Hidayat.
Aku sebenarnya ada mengajak beberapa orang kawan aku untuk main tenis bersama. Tapi nampak gayanya mereka tak dapat datang join. Jadi, kami berempat teruskanlah bermain sampai jam 11 pagi. Aku ajak anak-anak buahku main single pulak menggunakan kaedah pengiraan super tie breaker - siapa cecah markah sepuluh dulu, dialah yang menang. Dalam perlawan single, Ali tewas dua kali, Hidayat juga tewas dua kali, dan penentu juara adalah di antara aku dan Faiisal. Masa kami main ni, matahari dah mula menegak atas kepala. Moral aku pun dah agak down. Dan perlawanan aku dan Faiisal berlangsung dengan sangat sengit, sehinggakan satu masa tu, Faiisal telah mendahului aku 7-9. Hanya satu mata aje lagi untuk menang mengalahkan aku. Tergugat jugak ke-machoan aku waktu tu. Nasib baik aku dapat menyamakan kedudukan, dan akhirnya aku menang tipis 12-10. Fuuuuhhhhh! Leganya. Dan syabas kepada Faiisal kerana telah berjaya memberi tentangan yang  hebat. Permainan tenis ini bukan saja perlukan teknik yang kuat, tapi juagak mental yang sangat kuat. Aku tewas mental sebenarnya. Sebab tu pukulan aku pun turut sama terjerumus menjadi tak menentu dan tak terkawal. Satu lagi kelebihan Faiisal berbanding Ali dan Hidayat ialah, Faiisal telah berjaya mempelajari pukulan backhand. Satu perkara yang kecil, tetapi memberi impak yang besar terhadap corak permainan keseluruhannya. Minggu depan aku tak pasti dapat turun bermain atau tidak. Apa-apa pun, kepada tiga orang anak buahku ini, teruskan perjuangan. Matlamat untuk mengalahkan Team-Hafez mesti diteruskan. He he he...

Setelah tamat latihan.

Saturday, June 30, 2012

Jalan menuju Roland Garros dan Wimbledon

Semalam aku bawak lagi anak-anak buahku, Faiisal, Ali dan Hidayat pergi training tenis kat Tasik Titiwangsa. Bukan training dalam tasik. Training atas court tenis lah. Kami sampai lewat sikit dari jam 8 pagi. Stretching lebih kurang, lepas tu aku terus bagi muqadimah pasal cara membuat hayunan maut untuk memukul bola. Dan kemudian terus praktikal. Masa buat training forehand top spin, aku nengok yang paling konsisten dan steady sekali ialah Hidayat. Dia kontrol bola cantik. Faiisal kekadang okay, dan kekadang tak okay. Ali pulak masih banyak latihan kena buat. Koordinasi tubuh dengan lantunan bola masih belum difahami. Lepas tu buat praktikal pukul backhand top spin pulak. Ketiga-tiga anak muridku masih tak berapa faham kaedah pegang reket dan gaya hayunan yang sepatutnya dilakukan. Bola pukulan banyak yang pergi liar. Cuma Faiisal aje yang sesekali membuat pukulan backhand slice yang agak cantik. Pukul slice aku tak ajar diorang. Yang ni aku nak diorang belajar sendiri semasa bermain nanti.

Abang Hj Nordin tengah nak buat servis mautnya.
Foong dengan servis spin lencongnya.
Lepas tu kami pun mainlah. Faiisal geng dengan Hidayat, dan aku geng dengan Ali. Permainan sangat sengit. Bola yang di-serve oleh anak-anak buahku selalu sangkut kat net. Selalu team lawan dapat markah percuma. Namun demikian, ada sekali Faiial berjaya mengenakan service ace kat aku. Terkejut jugak aku pasal aku tak jangka Faiisal akan buat servis laju yang sukar diambil. Kedua-dua pasukan saling saing bersaing sehinggakan pemenang perlu ditentukan dengan "tie-breaker". Akhirnya team aku dan Ali menang tipis. Jadi kami menanglah set tadi 7-6.

Para pemain sedang beraksi.
Hidayat menanti bola volley untuk dihentam.
Lepas tu geng-geng tenis aku, Abang Hj Nordin dan Foong pulak datang join main sekali. Kami pun bermain beberapa set dengan enjoy sekali. Aku memang cukup suka bermain tenis dengan kedua-dua jagoan tenis yang bermain dengan teknik yang baik ni. Aku jugak memberi peluang kepada Faiisal dan Hidayat untuk bermain dengan pemain-pemain tenis yang hebat ini. Bermain dengan orang-orang yang hebat, kita akan cepat jadi hebat.

Daripada pemerhatian aku, Hidayat dapat pukul bola dengan lebih relaks dan kontrol bola dengan baik. Malah Hidayat jugak telah dapat bermain volley dengan baik walaupun aku tak ajar lagi pasal volley dengan lebih terperinci. Hidayat jugak dapat return bola servis spin Foong dengan baik. Aku pun masa mula-mula main dengan Foong tak dapat ambil servis lencong dia dengan kemas. Tetapi Hidayat dapat melakukannya. Faiisal jugak ada kelebihan dia sendiri. Bola top spin lob yang Abang Hj Nordin bagi sebelah kiri court, Faiisal berjaya smash dengan baik. Dua kali dia buat macam tu. Dan Faiisal jugak ada membuat beberapa pukulan return yang hebat ketika bermain. Cuma yang peliknya, kalau bagi dia bola simple, dia kantoi. Kedua-dua Faiisal dan Hidayat cuma ada problem dari segi servis. Servis asyik sangkut kat net aje. Rugi markah kalau asyik dapat double fault aje. Dan kedua-dua mereka jugak agak gabra bila nak ambil servis pihak lawan, especially Faiisal. Walau bagaimana pun, aku bangga dengan kedua-dua mereka kerana cepat belajar apa yang aku ajar. (Nengok siapa yang ajarlah kan, kan, kaaaannnnn... he he he). Shot of the day pada hari semalam telah dilakukan oleh Faiisal ketika return servis kencang aku yang sukar. Tetapi Faiisal dapat membalas dengan pukulan cantik yang jugak kencang dan tak dapat aku return.

Ali balik awal pasal kena pergi Hari Sukan sekolah dia.
Okay! Dah cukup kena puji. Minggu depan Pak Usu (akulah tu) nak nengok Faiisal, Hidayat dan Ali improve top spin. Setakat semalam, bola yang korang pukul masih tak ada spin lagi. Pemain tenis kalau nak jadi pro mesti pakar buat top spin. Okay? Ada faham? Okay, sekarang korang boleh lari keliling tasik Titiwangsa sepuluh round, pumping seratus kali dan lepas tu balik jalan kaki sampai rumah. Jumpa lagi minggu depan, dan jumpa pulak kita kat gelanggang Roland Garros dan Wimbledon lepas ni.

Faiisal, Hidayat dan Ali.
Bersama Abang Hj Nordin dan Hidayat.
Abang Hj Nordin sedang bagi perangsang kepada kedua-dua Faiisal dan Hidayat.
Abang Hj Nordin suruh anak-anak buahku tinggalkan badminton, main tenis aje sepanjang hayat.
Banyak kami boleh belajar dari Abang Hj Nordin yang murah ilmu ni.

Monday, December 19, 2011

Mencipta juara di usia muda

Court dah ditempah minggu sudah. Tiba hari Ahad pagi, kenalah kami bangun awal untuk bersiap-siap pergi training main tennis kat Tasik Titiwangsa. Entah macam mana pagi tu aku bangun agak terlewat sikit. Anak-anak aku pun macam tu jugak. Kelam kabut kami bersiap dan hanya tiba di gelangang jam 8.30 pagi. Lewat setengah jam. Masa aku memandu kereta keluar rumah aje aku macam dah rasa pagi ni punya session akan berlangsung agak hambar. Tak sempat nak buat overall punya stretching, aku dah suruh anak-anak aku berlatih memukul bola forehand dan backhand. Syahmie tak ada masalah nak memukul bola forehand. Wanie nampaknya macam kurang bersemangat sikit. Aku kerah jugak tenaga mereka. Kemudian buat latihan backhand. Yang ini memang lebih susah sebenarnya. Tapi Syahmie dapat memukul target dengan lebih tepat. Tapi footwork dia macam kelam kabut sikit. Tak berapa stable. Wanie ada masalah nak coordinate lantunan bola yang menuju ke arahnya. Tapi masa buat pukulan backhand, footwork-nya lebih stabil. Memanglah makan masa sikit. Aku sendiri pun makan bertahun-tahun nak betulkan footwork dan topspin. Pun masih tak konsisten lagi. Inikan pulak anak-anak aku yang baru beberapa sessi menjinakkan diri dengan permainan tenis.

Lepas training Syahmie dan Wanie, kini tiba giliran aku pulak untuk main. Yang join aku ialah abang Hj Nordin, Abang Murad dan Helmi. Seperti firasat aku tadi, permainan aku sangat hambar. Macam tak puas main pasal banyak sangat buat unforced error. Ingatkan nak extend lagi sejam, tapi tiba-tiba jam 10 pagi dah ada orang lain yang booking court. Apa yang aku boleh buat hanyalah balik ke rumah.

Coach Adi dan Syahmie.

Coach Adi dan Wanie.