m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label inter-team. Show all posts
Showing posts with label inter-team. Show all posts

Friday, March 20, 2015

TTC Inter-Team Tennis Challenge: Antara hujan dan air peluh

Bahagian 3

Setelah hujan berhenti, perlawanan tenis diteruskan kembali, walaupun gelanggang masih basah. Untuk mengelakkan tergelincir akibat lantai basah, para pemain telah menukar kasut masing-masing kepada kasut larian trek olahraga yang mempunyai paku di tapaknya. Dengan kasut ini nampak gayanya pemain dapat bermain dengan lebih selamat.

Hashim dari Kumpulan Bakawali sedang menanti pukulan dari Haini dan Halim.
Halim sedang menanti dengan tabah akan pukulan jurus angin lintang oleh Hashim.
Eddy menjadi umpire pada pertembungan Hashim-Jimmy menentang Haini-Halim.
Piala pusingan rebutan semua pemain.
Pertarungan yang melibatkan Datuk Zainal.
Putera Amir sedang bereksperimentasi.
Acara single Jimmy menentang Ashraf.
Kalau tak salah aku, Jimmy telah memenangai perlawanan ini.
Faiz sedang menanti untuk membuat pukulan forehand.
Berlari ke depan mendapatkan bola.
Reket dihayun.
Reket diangkat tinggi.
Bola pun datang naik bas ekspres.
Dan pukulan dibuat tanpa rasa ragu.
Sempurnalah satu pukulan yang hebat.
Danial dan Faiz bertembung dalam acara single.
Ir Danial tumpas dalam perlawanan ini, walapun dengan menggunakan banyak theorem Engineering.
Joko menjadi umpire untuk perlawanan single ini.
Perlawanan demi perlawanan berlangsung dengan sangat sengit, walaupun court masih basah. Kami bermain sampailah court kering. Semakin lama semakin rancak pertembungan ini, demi meraih suatu kejuaraan yang sangat berprestij.

Aku sempat menyaksikan perlawanan yang membabitkan Datuk Zainal. Walaupun usia Datuk dah agak meningkat sekitar 70 tahun, namun Datuk Zainal masih lagi dapat bermain dengan baik. Cuma pergerakan aje yang agak perlahan. Kredit harus diberikan kerana kesungguhan dan semangat yang beliau tunjukkan kepada pemain-pemain muda. Kehadiran Datuk selaku penaung TTC, sedikit sebanyak telah menambahkan lagi kemeriahan pesta pertarungan pada petang itu.

Bersambung...

Pertarungan yang melibatkan Datuk Zainal. Eddy jadi umpire.
Amy menggalas tugas yang berat pada kali ini.
Ashraf menggunakan kuasa pukaunya untuk menghentikan bola yang sedang melayang. "Fuh! Berhenti!!!"
Sedang membuka jurus silat gayung Panglima Alibaba.
Dan disadurkan pula dengan buah jurus Panglima Berantai Nusantara.
Lantas diterap lentok tarian kalari payat.
Dan bila bola tiba, tangan bersiaga untuk mengilas mengikut rentak Cekak Hanafi.
Bola terus dipukul bagaikan KL Gangster 2.
Pukulan yang tepat ke sasaran. Ashraf sangat berpuas hati. Malam besok semua orang boleh makan satay free!!
Datuk Zainal bersiap sedia.
Datuk Zainal mengorak langkah.
Datuk Zainal berfikir sejenak.
Datuk Zainal akan buat servis dua bola sekali gus.
Memegang bola sambil membaling bola.
Bagai menanti bola tak gugur.
Akhirnya bola turun dan pukulan dibuat.
Satu servis ace untuk pihak lawan.
Amy berkawal di jaring.
Datuk Zainal jugak sedang berkawal di jaring.

Tuesday, March 17, 2015

TTC Inter-Team Tennis Challenge: Sengitnya kami bertarung

Bahagian 2

Setelah Grup Anggerik menentang Grup Bakawali, kini tibalah masanya Grup Cempaka bertemu dengan Grup Dahlia pulak. Oh, tapi sebelum tu, aku nak kisahkan sikit pasal pertembungan aku dengan pencabar dari Grup Anggerik dulu. Kapten Amir telah memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menjadi pemain single pertama mewakili Grup Bakawali menentang Anggerik. Masa tu aku berasa sangat teruja dan dah tak sabar-sabar nak bertanding dengan menampilkan segala keupayaanku dengan skil-skil luar biasa yang telah aku pelajari ketika bertapa di Gua Niah, Sarawak tempoh hari. Lebih-lebih lagi aku baru saja menempah reket baru dari Amerika jenis Wilson X-Fire Bolt 3225 Platinum Ace Maker. Inilah reket tenis teknologi paling baru pada alaf ini yang masih belum dijual di pasaran antara bangsa. Kalau Federer tau aku ada reket high class macam ni, mesti dia bergolek-golek kat kaki aku nak mintak pinjam reket aku tu. Itulah reket terbaik yang pernah dihasilkan oleh mana-mana pembikin reket sedunia. Rating yang diberikan kepada reket ini ialah 11 Stars!

Kita tinggalkan kejap pasal reket yang hebat tu. Sejurus namaku dipanggil untuk beradu tenaga, aku terus meluru ke dalam gelanggang dengan semangat Waja, semangat Exora, dan semangat Preve. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu sikit punya lama dalam gelanggang tu. Lawanku tak jugak kunjung tiba. Setelah dekat empat hari berkampung di gelanggang, barulah aku diberi tahu bahawa lawanku telah menarik diri kerana terlalu gerun untuk bertanding denganku. Aku pun tak pasti siapakah sebenarnya yang menjadi lawanku pada masa itu. Oleh kerana pihak lawan telah menarik diri, maka aku telah beroleh markah percuma melalui Technical Knock Out (TKO) 6-0. Point walk over untuk Grup Bakawali!

Kak Yan-Aril menentang Amy-Faizal. Memang berat sebelah perlawanan ini.
Perlawanan single Joko menentang Ir Danial.
Kapten Amir tak puas hati dengan keputusan yang tercatit pada kertas jadual perlawanan.
Ir Danial sedang memikirkan cara nak buat servis paling Engineering sekali.
Mengambil kira segala faktor Bending Moment dalam membuat balingan.
Lantunan bola mengikut arah wind cantilevered compression.
Badan dilengkungkan ke belakang untuk membentuk Axed Arch.
Hentaman dibuat dengan padu bagaikan concrete pile dihentam ke dalam bumi.
Dan selesasilah sebuah servis yang sempurna yang penuh dengan Engineering Property.
Berbalik kepada pertandingan selanjutnya. Grup Cempaka menentang Grup Dahlia - aku pun dah tak ingat siapa yang mendahului siapa. Dan tak ingat siapa yang menang pun. Tak apalah. Kita terus tinjau perlawanan di antara Hashim-Jimmy (Bakawali) menentang Haini-Halim. Di atas kertas memang semua orang tahu yang team Bakawali akan menang mudah dalam perlawanan ini. Tapi apa yang berlaku adalah sangat mengejutkan. 

Sebelum perlawanan bermula, Haini sempat jugak membuat secret training dengan Halim, sampailah Halim jadi lebih konfiden untuk pertembungan ini. Dalam perlawanan yang agak berat sebelah ini, aku menyaksikan performance Haini-Halim dalam keadaan yang sangat hebat. Luar biasa hebatnya. First class! Servis Haini sangatlah power. Lebih power dari Power Rangers. Lebih power dari Power Bank. Forehand drive Haini jugak sangat laju dan padu. Dan Halim pulak dapat memulangkan hampir kesemua bola yang ditujukan ke arahnya. Sehinggakan pasangan Hashim-Jimmy agak cuak jugak pada awal perlawanan. Tapi nasib baik Hashim-Jimmy telah organize balik dan merangka strategi baru sehingga akhirnya berjaya jugak mereka menewaskan pasangan Haini-Halim. Bagi aku, persembahan Haini-Halim pada masa itu sangatlah membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Dan rakyat Nepal jugak.

Pasangan Hashim-Jimmy (Bakawali) sedang membuat stretching dengan sangat over confident.
Membaling duit sen bagi menentukan siapa yang akan membuat servis dahulu.
Pertembungan Halim-Haini dan Hashim-Jimmy.
Masing-masing bertekad untuk memenangi perlawanan ini.
Berehat sebentar sementara menunggu giliran.
Zahari masih terkenang kampung di Perlis.
Menghantar mesej demi mesej ke kampung halaman.
Berehat sementara hujan merintik.
Sedang kami asyik bertanding di dalam gelanggang hijau, tetiba awan di langit singgah lalu dan merembeskan airnya ke bumi. Gelanggang jadi kuyup dengan air hujan yang agak lebat. Perlawanan terpaksa ditangguhkan. Gelanggang yang licin memang berbahaya buat pemain. Lantai yang licin boleh membuat pemain tergelincir, jatuh, dan cedera. Maka kami berehat ajelah kat tepi gelanggang, atas tangga kambing. Ada yang berbaring. Ada yang tidur. Dan aku pulak tak sudah-sudah menjamah makanan yang masih banyak tersisa. Bila hujan mulai reda, kami beramai-ramai menolak air hujan yang bertakung di atas gelanggang ke longkang sisi.  Bila gelanggang dah agak kering, barulah perlawanan dapat disambung kembali.

Bersambung...

Gelanggang basah kuyup dek limpahan air hujan.
Jimmy menolak air hujan di gelanggang. Padahal masa ni hujan masih lagi belum berhenti turun.
Hujan melebat semula.
Pasangan Alyas Brothers berganding bahu mencuci gelanggang bagi memperolehi pendapatan sampingan.
Abang Mohd Nor turut membantu.
Ashraf sedang menyapu sampah yang telah dibuang oleh para penonton dan penggemar tenis.
Gelanggang hampir sedia untuk digunakan.