m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kg melayu ampang. Show all posts
Showing posts with label kg melayu ampang. Show all posts

Tuesday, April 7, 2020

Hari pertama Sabriena di sekolah tahun 2020

2 Januari 2020 - Tahun ini Sabriena darjah dua. Ini hari pertama dia masuk ke sekolah sebagai murid tahun dua. Masa rehat aku cepat-cepat pergi ke sekolah. Nak tengok Sabriena okay atau tak okay. Aku cuma risau kalau Sabriena tak reti nak beli makanan kat kantin tu. Aku pun tunggulah kat kantin. Tunggu sampai Sabriena keluar kelas. Tunggu punya tunggu akhirnya aku  pun nampaklah kelibat Sabriena sedang bergerak perlahan ke arah kantin. Aku panggil Sabriena. Tersenyum dia bila terlihat aku. Aku suruh Sabriena duduk kat bangku panjang dalam kantin. Murid-murid lain sedang berasak-asak membeli makanan di kaunter. Aku bagi tahu Sabriena, "Adik tunggu kat sini, ya? Nanti Papa beli makanan kat luar sekejap".

Aku pun bergegas ke kedai mamak seberang jalan dan membeli dua ketul ayam goreng. Aku bagi Sabriena makan seketul. Nampak berselera betul dia menggigit dan mengunyah daging ayam itu perlahan-lahan. Sampai habis. Tak lama selepas itu loceng berbunyi untuk Sabriena masuk ke kelas kembali. Sabriena bersalam dan mencium tanganku. Aku cium pipi Sabriena. Aku beredar dari sekolah. Puas hati dapat tengok Sabriena pada hari pertamanya tahun ini. Oh ya! Ada ayam lagi seketul dalam tanganku. Yang ini akulah yang memakannya. Ini memang habuan aku.

Sabriena kuberi seketul ayam goreng.

Sabriena pun mula memakannya.

Menggigit dan terus mengunyah.

Makan perlahan-lahan sampai habis.


Monday, December 31, 2018

Sabriena baru nak kenal sekolah betul

29 Disember 2018 - Tahun 2019, anak bongsu kami Sabriena akan ke sekolah "budak besar". Maknanya beralih dari sekolah tadika ke sekolah rendah. Pada tarikh ini ada hari orientasi di sekolah.  Sabriena dan anak-anak lain akan dikenalkan dengan sekitaran sekolah, dengan bilik darjah, dengan guru. Dan kami turut menunjukkan kepada Sabriena di mana letaknya kantin tempat makan pada waktu rehat, dan di mana letaknya tandas untuk murid-murid perempuan. Kami juga memberi amaran kepada Sabriena supaya tidak melepasi kawasan sekolah. Kebetulan ada kerja-kerja pembinaan highway kat sebelah sekolah. Ini perlu diawasi supaya anak-anak tidak melewati kawasan pembinaan.

Membeli baju pinafore untuk ke sekolah kebangsaan.
Baju kurung untuk ke sekolah agama.
Baju kurung untuk ke sekolah kebangsaan.
Beberapa hari sebelum hari orientasi, kami ke kedai berdekatan untuk membeli baju seragam sekolah - sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Pada hari orientasi, Sabriena dengan mudah bangun pagi penuh bersemangat. Dia tak menangis ketika mandi dan mengenakan pakaian sekolah. Cuma Sabriena kelihatannya teragak-agak bila kuajak naik kereta untuk ke sekolah. Pada hari tersebut juga, kami perlu mendengar taklimat di dewan, membayar yuran keperluan pembelajaran dan yuran PIBG. Dan di kelas, Sabriena dihulurkan sehelai kertas lukisan untuk diwarnakan.

Dan tanpa disangka-sangka, sepupuku Muhaimin a.k.a. Emin turut menghantar anaknya ke sekolah yang sama. Tetapi bilik darjah yang berlainan. Kami sempat berbual ketika di sekolah. Kepada anak-anak yang baru memulakan pengajian darjah satu mereka di sekolah ini, diharapkan agar segala urusan pembelajaran dipermudahkan oleh Allah. Semoga anak-anak semua berjaya di dunia dan di akhirat. Dan 2 Januari 2019 adalah hari besar bagi Sabriena. Dan bagi kami juga sebenarnya. Selamat menjalani alam persekolahan baru.

Beratur untuk mendaftar dan membayar yuran.
Panjang jugak barisan ini.
Sabriena dalam kelas.
Nampak tenang dan relaks.
Bersama dua pupunya di ruang kantin.
Di depan sekolah.
Satu lagi gambar sebelum balik.

Sunday, June 21, 2015

Ambil report card Amier

17 Jun 2015 - Pada hari ini, aku dan isteri ambil setengah hari off. Kami kena pergi ke sekolah Amier untuk jumpa cikgu dan ambil report card. Kelas Amier terletak pada tingkat yang paling tinggi sekali. Kalau tak silap aku, tingkat 88. Siap kena naik lift lagi. Di kelas, kami kena tunggu giliran sebelum dapat berjumpa cikgu kelas. Kami kena ambil nombor giliran. Di depan kami ada 362 orang mak bapak yang jugak menanti giliran masing-masing untuk berjumpa dengan cikgu kelas.

Bersiar-siar di taman sebelum ke kelas Amier.
Kami menaiki tangga satu per satu sehingga mencapai tingkat 88.
Setelah menunggu dengan sangat lama, iaitu kira-kira 2 minggu 5 hari 18 jam, barulah kami dapat jumpa cikgu kepada Amier. Lalu kami tengoklah keputusan peperiksaan Amier. Bolehlaaaaahhh... Kedudukan Amier lebih kurang kat tengah-tengah. Lepas tu cikgu kelas pun berceritalah kerenah Amier masa kat kelas. Cikgu tu kata Amier suka gelak dalam kelas. Dan dia mempunyai karaktor yang unik. Itu memang kami dah tau. Tapi overall, dia dah lebih pandai berkawan dengan rakan-rakan sekelas. Dan kami harapkan pencapaiannya akan lebih cemerlang pada masa akan datang. Lepas jumpa cikgu, kami pun baliklah.

Di dalam kelas. Menanti giliran.