m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label dance. Show all posts
Showing posts with label dance. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Ardy+Zila: Tarian al-Arabia

Kemuncak kepada malam berinai bagi majlis persandingan Ardy & Zila adalah tarian gelek ala al-Arabia. Time ni geng-geng anak mudalah yang banyak join. Tapi mak-mak saudara pun ada jugak menumpang. Sebenarnya bila aku perhatikan, ianya bukanlah tarian gelek sangat, tapi lebih kepada tarian pusing badan sampai pitam. Dan bila sepupu-sepapat join, mulalah masing-masing buat tarian kereta api. Macam tarian arwah Mahmud June kena kejar bini dalam cerita Do Re Mi pun ada jugak.

Sambil berjoget tu ada pulak yang buat bunyi "Luluuluuluuluululululu..." Kan biasa orang Arab kalau meraikan sesuatu akan buat bunyi macam tu, especially yang perempuan. Tiba-tiba anak perempuan aku, Wanie tanya kat aku, "Kenapa orang buat bunyi Red Indian?" Terkedu aku tak terjawab. Betul jugak. Macam Red Indian pun ada jugak. Apa-apa pun aku nengok hadirin-hadirat terhibur. Besok pagi pasti hari yang memenatkan untuk semua.


Tuesday, March 1, 2011

Ladang rusa vs ladang manusia di Rembau

Malam hari Sabtu lalu selepas maghrib aku, isteri, Amier dan kakak iparku menghala ke Rembau menaiki Wira yang baru di-repair pada petangnya. Kami nak pergi ke tempat kakak iparku bertugas: ladang ternakan serta resort yang baru diusahakan. Perjalanan ke Rembau agak nyaman dan untuk ke destinasi, kami perlu meredah hutan dan jalan sempit. Agak menyuspenkan jugak bila kereta kami membelah hutan yang sunyi sepi. Ada beberapa buah rumah terpencil yang mungkin dimiliki oleh pengusaha ladang atau kebun berdekatan.


Sesampai di lokasi, aku dan isteriku agak terkejut melihatkan berpuluh-puluh kereta parking di tepi jalan. Meriah sungguh suasana, dan ini semua berlaku di dalam belantara! Kakak iparku cakap memang selalu macam tu. Yang datang ramai di kalangan orang-orang yang dah berumur dan ada jugak warga Indonesia yang bersantai sambil berjoget mengikut lagu karaoke yang didendangkan. Tempat tu dilabel sebagai ladang rusa pada siangnya, dan pada malamnya pulak ia lebih dikenali sebagai tempat karaoke rimba. Tapi aku nengok macam disko dangdut je. Lepas satu ke satu lagu dangdut didendangkan dan pengunjung nampaknya amat terhibur dengan irama dangdut yang berkumandang.

 

Aku dan isteri memang agak rimas sikit dengan suasana macam tu. Tapi tujuan kami datang ialah untuk membawa Amier melihat ladang rusa, arnab, kambing, dan lembu yang memang dari KL dah cukup teruja dengan haiwan-haiwan itu. Kami lepak kat kedai minum di situ tanpa buat apa-apa. Tiba-tiba seekor katak pisang melompat entah dari mana, punyalah tinggi lompatannya sampaikan kami semua terkejut siamang dibuatnya. 

Tatkala jam hampir pukul 12 malam, Amier mula mengantuk dan ingin tidur. Bila kami bawak dia ke tempat penginapan, Amier tiba-tiba merasa takut dan menangis-nangis ajak balik Ampang. Alamak! Aku sendiri dah agak keletihan nak drive. Tapi Amier begitu mendesak. Maka akhirnya kami akur. Ke KL kami tuju.

Plan kami nak mancing ikan dan udang galah terpaksa dibatalkan. Aku dah siapkan joran-joran aksi berat dengan tali sulam 120 paun dan perambut nylon 50 paun serta ladung saiz 9 untuk memancing udang galah gergasi saiz mega. Siap bawak tali pinggang penahan joran lagi. Mana tau boleh naik udang galah berskala 10 kilo ke atas. Dan berkilo-kilo timun telah aku beli sebagai umpan memancing. Nama Sungai Timun (tempat kami bercadang nak buru udang galah) diberi bukan sembarangan. Mengikut teori aku, ia adalah kerana timun menjadi makanan kegemaran udang-udang galah di situ. Kecewa kali ini. Lain kali datang lagi dengan rombongan yang lebih besar agar Amier tak merasa takut lagi.