m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 5, 2011

Badminton - pandang dari bawah, bukan dari atas

Malam hari Isnin semalam berkesempatan berkumpul beramai-ramai di dewan badminton untuk beriadah lagi. Tapi sejak kebelakangan ni perjalanan aku ke dewan badminton dah tak seperti waktu-waktu dulu. Semangat yang selalu mengiringi aku nampaknya dah mula hilang. Kalau dulu datang dewan cukup awal. Mula main jam 10 malam, jam 6 petang dah tercegat kat pintu dewan sambil buat stretching. Pergi dewan siap bawak segala kelengkapan termasuklah shuttle sampai 10 tabung, air 100 Plus berbotol-botol, siap make-up lagi, pakai pakaian badminton lengkap dengan head band dan wrist band. Siap bawak mop kot-kot peluh bersepah atas court.

Sekarang suasananya dah berubah. Aku melangkahkan kaki ke dewan dengan langkah longlai, separuh semangatku dah luntur. Datang lewat, lagi 5 minit dah nak habis time baru muncul di tepi gelanggang. Pukulan-pukulan yang dibuat ketika bermain sangatlah lemah dan lebih gemar membagi bola tanggung biar cepat di-smash pihak lawan supaya game cepat habis. Lebih banyak duduk di tepi gelanggang minum air dari beraksi di court. Kenapa jadi begini ya?

Teringat aku falsafah pendita Afrika: "Kalau mula merasa diri ini terlalu hebat, dan mula sombong dan bongkak, maka lihatlah diri ini dari mata zirafah. Baru disedari betapi kerdil diri ini dan sebenarnya tak segah manapun tubuh ini. Kalau mula merasa diri kehilangan semangat dan kekuatan, terasa diri kecil dan tiada konfiden serta inferior, hendaklah melihat diri dari mata black mamba. Kelak akan terlihat kesasaan tubuh dan diri kan merasa bernyawa kembali." Itulah yang telah dilakukan oleh segelintir di antara kami. Tapi tatkala melihat dari mata black mamba, yang aku nampak hanyalah ketulan lemak yang masih erat berpaut pada jasad kami bagai enggan melepaskan. Well, semoga keinginan membakar lemak ini akan membakar semangat kami balik ketika kembali ke gelanggang.





No comments:

Post a Comment